Bangkok 8-14 Jun 2008
Minggu kedua ini, saya dikejarkan dengan jadual menjaga pelajar-pelajar pasukan bola tampar (volleyball) yang berlatih di Kompleks Sukan Chua Chu Kang sebelah pagi, dari hari Isnin hingga hari Khamis. Pasukan pelajar lelaki akan berangkat ke Bangkok untuk program pertukaran dan perlawanan persahabatan dengan sekolah-sekolah di Kota Bangkok.
Sebelah tengah harinya pula, saya berada di sekolah bagi kerja-kerja pendokumentasian pasukan ini. Walaupun menjenuhkan, tersalah taip nama, tarikh lahir dan sebagainya memberikan saya pengalaman untuk mengurus hal-hal pejabat dengan baik. Memang, saya juga melakukan kesilapan namun saya sedar semuanya itu memberikan pengajaran yang berguna bagi saya untuk menjalankan tugas yang serupa atau sepertinya pada masa akan datang.
Satu-satu yang amat saya hargai daripada pengalaman ini adalah setiap usaha saya memberikan penerangan bagi semua ibu bapa dan waris pelajar-pelajar yang turut serta dalam program itu. Kesemua ibu bapa dan waris mereka memberikan saya kerjasama yang sungguh padu dan setiap penerangan yang saya buat itu, amat menyenangkan. Selain memohon kerjasama saya memerhatikan para anak-anak mereka, mereka juga meminta agar saya juga usah terhambat dengan tugas sahaja. Mereka berharap saya juga akan mengambil masa untuk bersiar-siar sewaktu di sana.
Kami akan ke sana bersama-sama Naib Pengetua 1, Encik Ng Kian Woon dan jurulatih pasukan Encik Huang Jun Hao. Kerjasama Encik Ng dan Jun Hao amat bermanfaat. Pengetua sekolah, Encik Lee Seng Hai juga mahu kami, Encik Ng dan saya, mencari kesempatan untuk berehat di samping menjalankan tugas. Pengalaman ini amat berguna buat diri saya sendiri.
Saya sendiri berasa berdebar-debar menanti masa kami berangkat Ahad, 8 Jun 2008 nanti. Besar harapan saya semuanya akan berjalan dengan lancar. Saya akan merindui keluarga saya setentunya.
***
4 Jun 2008
Pagi hari tersebut, saya berada di Sekolah Rendah Teck Whye. Saya mengisi salah satu ruang perkhemahan bahasa yang dianjurkan oleh guru-guru bahasa Melayu di sana.
Saya memberikan penerangan dan bimbingan secara ringkas lagu puisi tradisional nazam dan gurindam, puisi dua baris, kepada 60 orang murid darjah 4, 5 dan 6. Pengalaman di sekolah rendah itu amat terkesan dalam hati saya. Anak-anak murid dapat mengikutinya dengan mudah. Saya bersyukur kerana mendapat banyak pengajaran dan kesedaran secara peribadi dengan pengalaman sewaktu membuat sesi apresasi ini.
Mulai Januari 2011, catatan di sini memuatkan semua bahan dan penemuan saya yang berkaitan dengan projek peribadi penulisan saya yang berjudul Cerita Rakyat Orang Melayu. Bahan-bahan ini saya pungut daripada kajian lapangan sewaktu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, hingga pada masa ini. Cerita-cerita di sini kebanyakannya berasal dari seluruh ceruk dan rantau di Asia Tenggara. Alamat emel saya di manafyasir@gmail.com
Sabtu, Jun 07, 2008
Jumaat, Jun 06, 2008
Renungan Minggu 1 Cuti Tengah Tahun 2008
Alhamdulillah, kini kita sudah berada di pertengahan bulan cuti sekolah tengah tahun. Beberapa hal yang berlaku sepanjang minggu lalu agak membuat saya sibuk.
27 Jun 2008
Saya berasa gembira anak-anak murid menengah 3 saya membantu dalam seminar bahasa Melayu di Maktab Rendah Innova. 'Puteri Bertujuh Turun Bersiram' saya kemukakan sebagai salah satu usaha saya dalam pengajaran bahasa dan sastera Melayu di dalam bilik darjah. Tidak semua kas persembahan yang pertama hadir. Tempat-tempat mereka diganti Syahirah dan Farhana. Kumpulan pengiring mendapat sentuhan sokongan Saufy dan Tirmuzi juga. Oleh perkongsian saya itu menyentuh pembinaan persembahan tersebut, mereka yang menyertai saya dalam sesi perkongsian itu memberikan persembahan yang sungguh menggalakkan. Terima kasih buat semua yang turut bersama-sama saya, termasuklah Hanafi dan Ridhwan yang turut hadir.
31 Jun 2008
Sesudah membuat persembahan di Maktab Rendah Innova, kumpulan 'Puteri Bertujuh Turun Bersiram' membuat persembahan di Maktab Rendah Catholic demi mennerima undangan pihak penganjur Peraduan Mereka Desain Wau. Persembahan anak-anak murid saya itu juga amat membanggakan saya.
***
Daripada pengalaman bersama-sama anak-anak ini dalam membuat semua persembahan termasuk yang lalu-lalu, saya sedar mereka bukan hanya saling mempelajari mengenai menata dan berlatih bagi sesebuah tugas persembahan, malah saya mendapati mereka secara sedar tahu betapa setiap keunggulan itu perlu banyak pengorbanan. Masa dengan ayah ibu dan keluarga disisihkan untuk mendahulukan latihan. Mereka juga saya sedar tahu betapa dalam menyelesaikan sesebuah tugasan, perlu ada muhasabah diri dan bersedia memberikan daya usaha yang sebaik-baiknya demi mencapai kejayaan selain menimba pengalaman dan pengetahuan.
Saya berharap sungguh-sungguh, apa-apa yang mereka lalui akan menjadi manfaat besar dalam mereka menempuh hidup sebagai orang-orang dewasa kelas.
***
Terima kasih yang tidak terhingga buat Syafiq, Saufy, Sufy, Tirmuzi, Ridhwan, Diana, Puteri, Sabrina, Syahirah, Shahirah, Farhana, Siti Umairah, Aisyah, Izyan, Adilah, Fazleen, Cikgu Teoh, Cikgu Normarlina dan Cikgu Sazali. Besar ertinya sumbangan anda semua bagi usaha saya dalam membuat persembahan-persembahan dan perkongsian ini.

Khamis, Mei 29, 2008
Tugasan Bagi Pelajar Menengah 3
Tugasan 1
Usah lupa, semua pelajar yang tidak melengkapkan semua pembetulan karangan diminta menyudahkannya dalam cuti tengah tahun ini. Saya berharap semuanya anda paparkan dalam blog peribadi masing-masing. Bahan-bahan itu termasuklah bahan ujian yang sudah anda betulkan.
Setiap pelajar hendaklah menyemak bahan-bahan rakan anda dan beri komen yang membina terhadap semua karangan yang dimuatkan itu. Usaha ini untuk mempertingkatkan pengetahuan dan tahap pemahaman anda.
Setiap pelajar yang sudah menydahkan pembetulan hendaklah mengirimkan saya pesanan melalui emel saya supaya saya dapat memastikan bahan-bahan itu sudah dipapaekan.
@@@@@@@@@@
Tugasan 2
Muat turun bahan-bahan latihan bahasa yang saya berikan dalam paparan-paran yang lalu. Gunakan bahan-bahan itu sebagai latihan dalam kegiatan ulangkaji anda untuk bahasa Melayu sepanjang cuti tengah tahun ini. Selesaikan mana-mana bahan yang belum anda selesaikan.
Selepas 15 Jun akan datang, saya akan memaparkan 3 bahan ujian: karangan dan tatabahasa untuk anda buat dalam minggu-minggu terakhir cuti nanti. Saya akan hantar panduan jawapan bagi latihan-latihan ujian itu melalui emel peribadi anda.
Cetak setiap satu daripadanya dan masukkan bahan yang anda cetak itu dalam fail bahasa anda.

Label:
Bacaan,
Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
Perkhemahan Di Pulau Ubin - 28 Mei 2008
Alhamdulillah, para pelajar saya di tingkatan Menengah 1 telah menghadiri aktiviti ini. Mereka membatik, bermain beberapa jenis permainan tradisional dalam suasana kampung. Mereka juga belajar beberapa gerak tari Melayu tradisional dan mengikat samping dagang.
Tugasan bagi semua Pelajar yang menyertai aktiviti ini.
Buat perenungan peribadi mengenai pengalaman anda menyertai setiap bahagian aktiviti ini. Paparkan dalam blog anda.

Cerpen Sebatang Pohon Tua karya Abdul Wahab Hamzah
Bahan 1 - Aktiviti Membaca dalam Bacalah! Singapura 2008 di BPGHS.
Petikan teks diambil daripada antologi Ikatan Yang Menyatukan, NLB: 2007, Singapura.
@@@@@@@@@@
ABDUL WAHAB BIN HAMZAH
Abdul Wahab bin Hamzah juga dikenali sebagai A.Wahab Hj. Hamzah. Dilahirkan pada 2 Februari 1947 di Pulau Damar laut, Singapura.
Menerima pendidikan di Sekolah Melayu Pulau Bukom; Sekolah Menengah Kallang (1960-62); Sekolah Menengah Sang Nila Utama (1962-64); Maktab Perguruan Singapura (TTC) (1965-68); calon persendirian HSC (1971); Sarjana Bahasa & Sastera Melayu Indonesia, Universitas Nasional Jakarta Indonesia (UNAS) (1985); Diploma Pendidikan Lanjutan (ADE) (1992); dan Diploma Linguistik Universiti Nasional Singapura (1995).
Mula menulis puisi pada tahun 1964 dan aktif menulis cerpen dan puisi pada tahun 1997. Cerpen Keputusan merupakan yang pertama tersiar di Berita Minggu pada tahun 1997 dan sebuah sajak tersiar di ruangan Bicara Puisi di Radio.Beliau pernah bertugas sebagai guru bahasa di sekolah menengah Singapura; Guru Bahasa Melayu Lanjutan di Pusat Bahasa MOE (1990-1996); Guru Kanan Bahasa Melayu (1997-2003) dan bersara pada tahun 2003. Kini, beliau merupakan pembimbing sambilan Penulisan Kreatif & Tip untuk Peperiksaan Bahasa Melayu G.C.E peringkat O. Beliau bergiat dalam Jawatankuasa Penduduk (RC) Pasir Panjang ZONE 2 (1975-1986); anggota Jawatankuasa penduduk Islam Dover Road (1975-86); Jawatankuasa (Penolong Setiausaha) Masjid Al-Khair (1986-1988); anggota Jawatankuasa Madrasah Al-Irsyad (1994-1995); anggota Jawatankuasa KGMS (1990-2002); anggota Jawatankuasa Asas 50 (1990-2003); anggota Jawatankuasa Pertemuan Sasterawan Nusantara (1991 dan 2003 ); dan panel Juri Hadiah Sastera MBMS bagi Antologi Puisi (2003).
Karya:
Pertemuan kedua: Antologi cerpen penulis-penulis Singapura-Johor-Riau. (1995). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Igau: Kumpulan cerpen. (1999). Indonesia: Persama Indonesia.
Tuhan masih sayang: Antologi cerpen. (2002). Singapura: Angkatan Sasterawan 50.Krisis: Kumpulan cerpen Li Jian. (2002). Singapura: Singapore Literature Society & Toko Buku Haji Hashim.
Berlalu sudah dukanya. (2005). Singapura: EDN Consultant.
Pencapaian/Anugerah:
1982 : Hadiah Penghargaan JHS: Cerpen Hidup satu persinggahan.
1983 : Hadiah Kedua JHS: Cerpen Ajal.
2001 : Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: Antologi cerpen Igau.
2003 : Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: Antologi cerpen Tuhan masih sayang.
2004 : Cerpen Genggamnya terlerai dan Igau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin dan termuat dalam kumpulan cerpen Segelas wine dan Secawan susu oleh Chan Maw Woh; Antologi cerpen Tuhan masih sayang dicalonkan bagi Anugerah Singapore Literature Prize NBDCS.
SumberMohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). (2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965 (ms. 64-65). Singapura: Angkatan Sasterawan '50 & National Library Board.
@@@@@@@@@@
SEBATANG POHON TUA
A. WAHAB HAMZAH
Agak lama Hari Bakri merenung pohon mempelam yang semakin hilang daunnya. Pohon itu ditanam di pinggir kanan bahagian hadapan rumahnya. Kalau ada orang duduk di beranda rumahnya, pandangan mereka tidak akan terhalang oleh pohon mempelam itu. Namun begitu dahan-dahan pohon itu banyak yang menghampiri bumbung rumah Haji Bakri. Kebelakangan ini pohon itu sudah kurang berbuah, kalau ada pun boleh dikira.
Haji Bakri merenung terus pohon mempelam yang telah banyak berjasa itu. Dia cuba mengingat-ingat berapa usia pohon itu. Tiba-tiba dia tersedar bahawa usia pohon itu sebenarnya sama dengan usianya. Umurnya sudah menjangkau 80 tahun, ini bermakna pohon itu juga sudah 80 tahun berdiri tegak di hadapan runahnya itu.
“Sudahlah ayah, tebang sahaja pohon mempelam ini. Pohon ini sudah amat tua. Ayah tengok, dahan-dahannya sudah banyak yang rapuh. Daunnya sudah mula jarang-jarang dan hasilnya tak seberapa, ayah. Hendak makan sendiri pun tak cukup.” Salam , anak sulungnya yang sudah berumah tannga dan beranak tiga itu, memberikan pandangannya.
Haji Bakri tidak berkata apa-apa. Dia merenung dalam-dalam ke wajah anaknya. Ada riak-riak kurang senang di wajahnya. Salam, anak sulungnya yang sudah berumah tannga dan beranak tiga itu, memberikan padangannya.Sebenarnya bukan Salam sahaja yang mahu pohon itu ditebang. Anak-anaknya yang lain jug – Salim, Sani Salmah dan Salimah – juga pernah menyuruhnya menebang pohon itu. Alasan mereka, pohon itu sudah tua, tidak berhasil dan boleh membahayakan orang ramai. Nyawa ayahnya juga terancam.
Setiap kali anak-anaknya menuruh menebang pohon itu, dia akan berlalu meninggalkan anak-anaknya itu. Dia tidak mahu berkata apa-apa. Dia tahu anak-anaknya tidak tahu betapa kuatnya ikatan pohon itu dengan jiwa dan kehidupannya. Dia semacam yakin kalau pohon itu mati, dia akan mati, atau kalau dia mati, pohon itu akan mati. Naluri kemanusiannya sering berkata begitu.
“Kalau pohon yang sudah tua itu mahu dipotong, bermakna aku yang sudah tua ini juga harus mati. Aku sudah tua dan tidak berguna lagi.”
Petang semalam, semasa dia duduk di beranda rumahnya, anak bongsunya, Salimah, menimbulkan perkara itu lagi. Jiwa Haji Bakri yang tenang tiba-tiba berubah.
“Apa dosanya pohon itu yang kamu adik-beradaik mahu potong? Kamu semua tidak nampak betapa berjasanya pohon itu pada makhluk-makhluk lain.”
“Engkau lihat burung-burung itu akan pulung dan berteduh pada pohon itu pada waktu petang dan malam. Tak terlihatkah kamu semua betapa daun-daun pohon yang tua itu memberikan perlindungan pada orang-orang yang berjalan di bawahnya dari panas matahari. Walaupun ia sudah tua, ia masih lagi berjasa. Tapi kamu semua, apa jasa yang telah kamu buat pada bangsa kamu, pada agama dan negara kamu?”
Haji Bakri menarik tongkatnya yang berada di sebelahnya, lalu bangkit dari kerusi rotan yang amat setia menemaninya.“Kamu tidak faham betapa besarnya pengorbanan pohon itu pada aku dan kamu semua. Pohon itu tidak minta makan daripada kamu semua. Dia hidup sendiri, mendapat rezeki daripada Allah. Pohon itu juga tidak menyusahkan kamu. Kamu adik-beradik harus tahu bahawa pohon itu adalah aku dan aku adalah pohon itu. Kalau kamu menebangnya bermakana kamu membunuh aku.”
Haji Bakri menundukkan kepalanya. Dia berasa amat sayu. Imran, menantunya, bangun dan memegang bahunya,kemudian Haji Bakri dibawa duduk di kerusi.“Sudahlah ayah, kami semua hanya mencadangkan sahaja. Kami lihat pohon itu sudah mula rapuh. Kami takut bila-bila masa sahaja ia akan tumbang. Kami bimbang kalau ia tumbang, rumah kita juga akan turut musnah. Kami tidak ada niat hendak menyakitkan hati ayah,” Imran cuba membela isterinya dan sekali gus memujuk rasa kurang senang ayah mentuanya.
Haji Bakri cuba menyandarkan kepalanya di dinding rumahnya. Pandangan matanya terus tertumpu kepada pohon mempelam. Dia merasakan pohon mempelam itu seolah-olah melihat ke arahnya.“Bakri, atuk tanam pohon mempelam ini sama waktunya ketika engkau dilahirkan. Engkau dilahirkan malam, pohon ini atuk tanam waktu pagi. Kalau sudah besar nanti, juga pokok ini baik-baik. Kalau dia banyak buah, boleh juga atuk jual ke kedai Ah Leng di simpang jalan sana.” Kata-kata atuknya tiba-tiba bermain di kotak ingatannya. Waktu itu, Haji Bakri baru sahaja berumur lapan tahun. Pohon mempelam itu juga sudah mula mengeluarkan bunga-bunga sulung.
Sejak kecil lagi dia amat sayang dengan pokok mempelam itu. Apabila dia sudah menjadi orang muda, pohon itu juga semakin subur dan banyak sekali buahnya apabila tiba musim berbuah. Namun pada masa itu buah-buah yang besar dan manis itu tidak dijualnya malah dia akan menghantar ke rumah jiran-jirannya.
Pada masa itu, kampung Abu kasim terdapat hampir 15 buah rumah. Semuanya rumah orang Melayu. Rumah-rumah di situ didirikan di atas tanah mereka sendiri. Mereka semua adalah tuan tanah.Haji Bakri amat sedih apabila mengingatkan keadaan kampungnya kini. Sekarang semua rumah dan tanah milik jiran-jirannya telah habis dijual kepada pihak pemaju. Pihak pemaju membayar mereka beratus-ratus ribu dolar.
Mereka semua gelap mata. Duit lebih penting daripada harta milik mereka itu.Dia berasa bersyukur juga kerana ayahnya tidak menjual tanah dan rumah milik mereka itu. Jirannya yang jarak 50 meter dari rumahnya juga masih bertahan.Rumah-rumah jirannya yang lain semua sudah didirikan rumah sebandung dan penghuninya bukan lagi orang Melayu.
Haji Bakri sedar rumahnya yang paling buruk antara rumah-rumah di kampung itu, maklumlah rumah kampung yang dibina dengan separuh batu dan separuh papan.
Pernah beberapa waktu dulu, rumahnya didatangi pihak pemaju untuk membangunkan tapak rumahnya dengan bangunan rumah sebandung. Waktu itu isterinya baru meninggal. Anak-anaknya semua bersetuju dan memujuknya untuk menjualnya tetapi dia tetap dengan pendiriannya.
Haji Bakri hanya berkata kepada anak-anaknya:“Kalau aku mati, baru boleh kamu jual. Kalu pemaju itu mahu juga tanah ini, aku mahu satu daripada rumah yang dibina dan tanah ini hanya aku sewakan, bukan dijual.” Akhirnya tidak ada pemaju yang setuju dengan syarat-syarat yang dikemukakan.Malam itu Haji Bakri tidak dapat melelapkan matanya. Sebagaimana selalunya kalau dia tidak dapat tidur , dia akan bangun dan menunaikan sembahyang tahajud dan membaca Al-Quran. Kali ini, dalam sembahyangnya, sujudnya begitu lama. Banyak sekali permohonannya kepada Allah. Selepas memberi salam, dia terus mengangkat tangan. Selepas itu dia terus duduk di birai katil. Gambar isterinya yang berada di penjuru katil diambilnya. Direnungnya gambar itu lama-lama.
“Anak-anak kita mahu aku tebang pohon yang banyak membawa kenangan kepada kita. Aku tak sanggup menebangnya. Pohon tua itu lambang pertemuan kita,” dia meluahkan perasaannya kepada gambar isterinya. Dia benar-benar sedih.Di luar kedengaran deru angin seolah-olah angin ribut akan turun. Dia bangun lalu menuju ke arah jendela. Jendela yang tertutup itu dibukanya sedikit. Agak terketar-ketar juga tangannya membuka daun tingkap itu. Sebaik sahaja daun tingkap terbuka, angin sejuk menerjah masuk.
Dia duduk semula di birai katil, kemudian merebahkan badannya. Dia masih tidak dapat melelapkan mata. Dia mencapai gambar isterinya. Ingatan pada pertemuan mereka mengimbau dalam ingatan.Waktu itu hampir petang. Hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Beberapa orang yang sedang lalu lalang bertempiaran lari mencari tempat perlindungan daripada hujan lebat yang tiba-tiba turun itu.Haji Bakri pada masa itu masih muda dan baharu sahaja mula bekerja sebagai seorang guru pelatih. Dia sedang duduk di beranda sambil membaca buku. Sebaik sahaja dia mengangkat pandangannya dari pembacaannya, dia terlihat seorang perempuan sebaya ibunya bersama seorang perawan yang masih berpakaian sekolah, berteduh di rumahnya.
Melihat keadaan dua orang perempuan itu timbul pula rasa simpatinya. Dia mengambil dua kaki payung yang memang sentiasa tersangkut di penjuru beranda rumahnya itu lalu menuju ke arah dua orang wanita itu. Dia mempelawa mereka singgah dan berteduh di rumahnya.
Haji Bakri memanggil ibunya dan wanita itu berkenalan dengan ibunya. Daripada perbualan mereka, Haji Bakri tahu bahawa gadis yang berada bersamanya adalah anak wanita itu. Mereka berdua mahu ke rumah saudaranya mereka yang jauh ke dalam kampung Abu Kassim itu. Memang jodoh itu Tuhan yang menentukan.Pohon mempelam tua itu menjadi nostalgia antara dia dengan isterinya.Dentuman petir di luar rumahnya yang diikuti dengan bunyi sesuatu yang rebah ke bumi dengan kuat telah mengembalikan Haji Bakri ke alam nyata. Ingatan pada isterinya putus tiba-tiba.
“Ayah, ayah!” suara Salimah yang seperti orang dalam keadaan terkejut memanggilnya.
“Ayah...rumah kita, ayah!” getaran suara Salimah yang seperti orang terkajut itu menyuntuh gegendang telinga Haji Bakri.
"Rumah kita kenapa? Apa yang dah jadi?” Haji Bakri bertanya bertalu-talu sambil memegang bahu anaknya.“Beranda rumah kita ranap, ayah. Pohon mempelam kesayanagn ayah itu telah dipanah petir dan dahannya telah rebah. Habis beranda rumah kita, ayah.”I
Imran, menantunya, dengan tenang membantu isterinya memberitahu Haji Bakri. Haji Bakri tidak dapat berkata apa-apa. Perlahan-lahan dia menuju ke beranda rumahnya. Pintu utama dan dinding beranda rumahnya musnah. Haji Bakri hanya melihat dalam lebat hujan dan samar-samar pohon mempelam itu menyembah bumi.
Tanpa sedar, air matanya bergenang. Dia sedih melihat pohon tua yang akhirnya kalah dan tumbang dipanah petir.Haji Bakri merenung ke dalam dirinya: “Aku juga sudah tua, hanya menanti masa. Aku pasrah kepada-Mu ya Allah.”
@@@@@@@@@@
Bahan ini telah digunakan dalam projek tersebut dua minggu sebelum cuti penggal yang lalu. Daripada bahan ini, pelajar-pelajar Menengah 1, 2 dan 3 membaca dan diikuti dengan membuat komik, diodrama, kotak cerita dan puisi. Bahan-bahan yang para pelajar hasilkan sedang saya semak.
Saya berasa sungguh gembira mendapati banyak bahan yang menarik yang terhasil. Insya-Allah akan saya kongsi sebahagian bahan yang saya katakan tadi dengan anda sekalian.
Nota
Sulaiman Bin Sukaman - Men 3L1 (2008) telah membantu saya menaip semula cerpen ini. Terima kasih.

Isnin, Mei 26, 2008
Tugasan 1 Bagi Pelajar-pelajar Sastera Saya
Arahan
Berdasarkan nota yang diberikan oleh Cikgu Rasiah, bincang kesemua sajak yang terdapat dalam antologi Anak Bumi Tercinta dan Anak Laut. Perbincangan sajak-sajak itu mengambil kira kesemua aspek yang terdapat dalam nota 'Mengupas Puisi Melayu'.
Semua hasil perbincangan yang anda buat hendaklah dimasukkan sebagai posting dalam blog-blog peribadi anda.

Bicara Sastera 3
Berikut merupakan nota yang Cikgu Rasiah sebarkan untuk kegunaan para peserta bengkel.
@@@@@@@@@
Mengenal Puisi
@@@@@@@@@
Hakikat Puisi
1. Tema/Makna (inti pokok puisi)
2. Rasa/Perasaan (sikap penyair terhadap bahan atau objeknya)
3. Nada (sikap penyair terhadap pembaca puisi)
4. Amanat/Tujuan/Maksud (maksud atau tujuan penyair)
- Apakah tema sesebuah sajak?
- Bagaimana rasa dan nada yang terkandung dalam sajak tersebut?
- Apakah tujuan penyair?
- Berjayakah diadun unsur-unsur ni dalam sajak tersebut?
@@@@@@@@@@@@@
Mengupas Puisi Melayu
1. Pilihan kata/Diksi
2. Citra/Imej (daya bayang)
3. Irama/Ritme dan Rima
4. Lambang/Simbol
5. Aliterasi iaitu perulangan konsonan: sayang Serawak sungainya sempit
6. Asonansi iaitu perulangan bunyi vokal: air mata mutiara ibunda
7. Perbandingan/Simile dengan adanya kekata: bak, seperti, bagai/bagaikan, laksana, umpama, dan lain-lain. Contoh: bijak laksana pujangga silam
8. Kiasan/Metafora tanpa adanya kekata bak, seperti, bagai/bagaikan, laksana, umpama dan lain-lain, Contoh: kaulah kandil kemerlap
9. Unsur perorangan/personifikasi iaitu makhluk dan ciptaan bukan manusia diberi ciri-ciri manusia. Contoh: kucing memendam duka, glasier berhiba dek panasnya dunia
10. Kata-kata dan frasa-frasa yang segar, bukan klise. Contoh:
a. Klise: nyir melambai, bayu berpuput
b. Segar: memilih yang teruji bandingan/sekali bererti, sudah itu mati
@@@@@@@@@@
Puisi-puisi dalam antologi 'Anak Bumi Tercinta' - (nukilan daripada teks)
1. 'Rumah Baru' membicarakan tanggungjawab mengisi pembangunan, perpaduan dan penggemblengan tenaga untuk mencapai wawasan negara.
2. 'Bahasa' menyarankan kita menggunakan bahasa sebagai alat atau wahana penting untuk membentuk sahsiah manusia sama ada sebagai pemipin mahupun rakyatnya.
3. 'Bila Berjauhan' melukiskan perasaan kasih sayang seseorang yang berjauhan daripada keluarganya. Perasaan ini diluahkan secara berterus-terang dan bertanggungjawab.
4. 'Wanita Zaman Ini' menyorot kehidupan wanita moden.
5. 'Ketika Kami Bercerita Tentangnya' mengungkap persoalan tentang pengorbanan dan harapan seorang ayah terhadap anak-anaknya.
6. 'Usia' berteraskan pemikiran tentang kesedaran dan ketentuan Tuhan. Seseorang hamba hendalah sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.

Hikayat Abdullah - Ringkasan Bab

Bab 1
Memberikan perihal latar belakang keluar Abdullah. Ayahnya Syeikh Abdul Kadir yang dilahirkan di Melakan dan ibbunya, Salamah.
Bab 2
Memerikan akan betapa kasihnya Abdullah akan ibunya, Salamah.
Bab 3
Peri Abdullah menerima pendidikan. Abdullah memerikan sebilangan guru yang mengajarnya. Abdullah memberikan pandangan peribadinya akan peri pentingnya ilmu dalam kehidupan kita.
Bab 4
Abdullah mencatat pemandangan dan suasana Kota Melaka yang ramai penduduknya. Abdullah memerikan kerja-kerja merobohkan tembok-tembok kota Melaka dengan perintah Raja Farquhar. Kota itu diruntuhkan dengan menggunakan bom.
Bab 5
Salah satu episod betapa bijaknya Encik Sulong menangkap gajah. Hanya seekor sahaja yang hidup daripada puluhan yang ditangkap. Abdullah memerikan ekspedisi penangkapan gajah itu dari mula hingga akhir.
Bab 6
Menurut pandangan Abdullah, Raffles amat mementingkan ilmu. Banyak kajian tentang alam dan budaya orang-orang Melayu dijalankan Raflles denan megerahkan sebilangan orang bawahannya. Selain tu, banyak kitab dan khazanah bangsa Melayu dapat Raffles kumpul dengan imbalan yang sungguh besar.
Bab 7
Abdullah memerikan ketokohan Lord Minto sewaktu pegawai Inggeris itu berkunjung ke Melaka. Daripada salah satu lawatannya, Lord Minto mengusulkan Abdullah, salah seorang juru tulis dan penyalin kitab-kitab lama yang mahir, belajar bahasa Inggeris. Seperti Raffles, Abdullah mendapati Lord Minto seorang pegawai tertinggi Inggeris yang amat merendah diri terhadap semua orang.
Bab 8
Rahsia penipuan Tengku Panglima Besar yang menyuruh Pengiran menulis surat yang didakwanya datang dari Susuhunan Mataram yang memohon bantuan tentera Inggeris di Singapura melanggar tanah Jawa. Kejahatan yang didalangi oleh Tengku Panglima Besar terbongkar setelah Pengiran mengakui sendiri surat tersebut dan bukan Susuhunan Mataram.
Diperikan juga keengganan bonda Abdullah melepaskannya menuruti Raffels ke tanah Jawa. Tempat Abdullah diganti Ismail Lebai, bapa saudara Abdullah sendiri.
Bab 9
Diperikan Abdullah belajar bahasa Inggeris daripada seorang paderi yang bernama Tuan Milne dan Tuan Morrison. Sebaliknya, Abdullah diminta mengajar mereka bahasa Melayu.
Abdullah menulis sedikit mengenai kebodohan orang-orang yang mempercayai akan beberapa fahaman tahyul. Diberikannya penerangan secara bertulis kepada Tuan Milne perihal penanggalan dan polong. Dengan kesedaran kepentingan ilmu, Abdullah memujuk anak-anak Melayu belajar daripada orang-orang putih. Namun sebilangan besar menuduhnya sudah sesat daripada agaa Islam, mengadu kepada ayahnya. Berlakulah pertengkaran antara anak dan bapa. Sebagai anak yang menghormati orang tua, Abdullah dapat memujuk bapanya dengan mengemukakan alasannya yang dapat diterima. Hal tersebut ketahuan oleh Tuan Milne dan Tuan Thomson yang peri bertemu ayah Abdullah. Kedua-dua paderi itu berjaya meyakinkannya bahawa Abdullah akan mendapat manfaat yang besar dengan menguasai bahasa Inggeris selain bahasa Melayu.
Abdullah juga berjaya membantu Tuan Milne membuat senarai kosa kata bahasa Melayu dengan padanan kosa kata bahasa Inggeris.
Diperikan juga majlis pernikahan Abdullah. Kasih Abdullah akan isterinya teramat besar. Abdullah menemani Tuan Milne yang kesakitan itu ke laut untuk berubat bagi penyakit batuk keringnya. Kematian isteri Tuan Milne ditangisi Abdullah dan kasihnya Abdullah akan Tuan Milne bagaikan ayah kandungnya sendiri.
Diperikan juga akan tugas Abdullah menyalin Kitab Injil Matius Holanda karangan berbahasa Melayu Tanah Jawa. Usahanya itu disenangi kerana Abdullah membantah penggunaan istilah dan ayat yang tidak tepat. Semua pendapat Abdullah idak diterima oleh pegawai Inggeris yang bertanggung jawab.
Bab 10
Perihal peralihan kuasa Inggeris pada penguasa Belanda mentadbir Melaka. Hal tersebut mendukacitakan Abdullah. Peralihan kuasa itu berlaku setelah Inggeris berjaya memeroleh Singapura daripada Tengku Long.
Bab 11
Perihal Farquhar membuat perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman, orang kepercayaan Tengku Long, untuk membenarkan Kompeni Inggeris membuka negeri di Singapura. Ramai orang laut yang pada mulanya takut dengan rombongan Farquhar mula berniaga ikan dan bahan-bahan makanan yang lain. Farquhar mendaki Bukit Larangan dan mendirikan tiang untuk mencacakkan bendera Inggeris.
Perihal tikus yang banyak dihapuskan dengan ganjaran wang dcatat Abdullah juga. Kisah seekor kucing yang diserang enam ekor tikus besar dan arahan untuk menghapuskan tikus; setiap seekor yang tertangkap akan diberikan ganjaran wang. Nama perlatan menjerat tikus yang aneh-aneh disinggung juga Abdullah dalam catatannya ini.
Bab 12
Perihal kekejaman penguasa Belanda di Melaka menyebabkan kesengsaraan masayarakatnya.
Peluang-peluang ekonomi yang ditawarkan di Singapura menarik penghijrahan orang-orang Melaka ke sana. Pihak Belanda di Melaka menghalang orang-orang Melaka yang hendak ke Singapura. Mereka yang berbuat demikian ditangkap dan semua kepunyaan mereka dirampas sewaktu belayar di Selat Melaka.
Diperikan juga perihal harga makanan Singapura yang melambung tinggi harganya. Kesengsaraan di Melaka mereda apabila Gabenor Van Goor mati. Hartanya dirampas masyarakat tempatan.
Bab 13
Diceritakan tentang penduduk Singapura yang bertambah ramai. Banyak peuang ekonomi memungkinkan ramai pedagang dan pekerja datang ke Singapura untuk mengadu nasib mereka. Singapura pula bertambah makmur dengan bertambahnya urusan perniagaan.
Diceritakan juga tentang perjanjian Tengku Long dan Tengku Abdul Rahman mengenai kedudukan penguasa Inggeris di Singapura. Raffles dengan bijaknya memuat perjanjian mengangkat Tengku Long menjadi Sultan di Singapura tanpa pengetahuan pihak penguasa Belanda. Diceritakan juga keengganan Tengku Long berniaga seperti yang diusulkan Raffles. Tengku Long yang mengadu akan kekurangan belanja pada mulanya diputuskan Raffles meerima belanja tetap sebanyak seribu ringgit besar setiap bulan dan Temenggung Abdul Rahman mendapat tujuh ratus ringgit.
Penemuan sebongkah batu besar bekas pahatan huruf Arab di hujung Tanjung Singapura di Lorong Tabungan. Batu itu dipecahkan oelh Tuan Coleman, seorang jurutera Inggeris sesudah itu. Abdullah mencatatkan sikap kurang senang dengan langkah terburu-buru itu,
Kawasan itu diterangkan dan dibuka kawasan perniagaan. Raffels mengusulkan Abdullah membeli beberapa bidang tanah di situ tetapi Abdullah enggan. Abdullah bimbang akan dibebani hutang jika usul Raffles itu diturutinya. Tindakannya itu di kesal apabila didapatinya harga tanah-tanah di situ melambung tinggi harganya sesudah itu.
Raffles yang memina kediaman di puncak Bukit Larangan meneruskan kajiannya mengumpul pelbagai perkara dan barang mengenai alam sekeliling di Singapura. Menurut Abdullah, usaha Raffles itu semakin guat dan berjaya yang sudah dimulakan sejak di Melaka sebelum itu.
Sungai Rocoh yang didiami buaya dikepung. Setiap buaya yang ditangkap di sana dibunuh, Bangkai-bangkai buaya itu digantung di tepi Sungai Beras Basah.
Bab 14
Pertelingkahan antara peniaga-peniaga Sayid Yasin dan Pengiran Sharif Umar berakhir dengan Kolonel Farquhar tertikam. Raffles begitu marah dengan pegawai-pegawainya. Mujur Kolonel Farquhar tidak menemui ajalnya.
Persengketaan orang-orang Temenggung dengan orang-orang Melaka. Kolonel Farquhar dapat menghalang terjadinya pertempuran kedua-dua pihak itu dengan menghantar ketumbukan supai yang bersenjatakan senapang. Dari peritiwa itu, keluarlah arahan menghalang sebilangan besar orang-orang awam bersenjata. Walaupun berasa hampa, pihak Inggeis berjaya menguatkuasakan arahan tersebut demi menghalang kejadian serupa pada masa-masa mendatang.
Raffles yang sudah mengusulkan agar Temenggung berpindah ke Teluk Belanga. Temenggung berlengah-lengah namun terpaksa bergegas dalam urusan berpindah itu setelah digesa oleh Raffles dengan bijaknya.
Perihal pendidikan putera Tengku Long yang dibantah keluarga diraja itu menurut Abdullah amat merugikan.
Bab 15
Raffles mengusulkan agar sebuah sekolah didirikan untuk pendidikan anak-anak di Singapura. Setelah mendapat persetujuan, walaupun dibantah secara senyap oleh orang-orang Melayu, dibina sebuah sekolah yang bergelar ‘Institution’.
Diceritakan oleh Abdullah perihal perdagangan hamba yang amat menyayat hati. Hal sedemikian juga telah diketahui oleh penguasa Inggeris dan usaha-usaha dijalankan untuk menghapus kegiatan yang tidak berperikemanusiaan itu.
Bab 16
Raja Siam yang diperikan sebagai angkuh mengirim sepucuk surat untuk menjalin persahabatan. Namun, surat yang dikirim pada pihak Inggeris dikoyakkan pada satu penjuru.
Abdullah diminta menulis surat jawapan dengan sebuah cerita kiasan mengenai cerita seekor ayam. Surat balasan yang Abdullah buat dengan segera itu amat menyukakan hati Raffles. Surat itu diutus setelah dibunkus dengan baik-baik dalam lapik sehelai kain kuning.
Pembinaan Masjid Kampung Gelam dengan bantuan wang pihak Inggeris didapatkan Sultan Hussain Syah.
Bab 17
Perihal usaha menyediakan undang-undang di Singapura Abdullah buat dalam bahasa Melayu setelah disalin daripada bahasa Inggeris. Kerja itu Abdullah segerakan dengan menggunakan mesin dan siap pada jam tiga pagi tahun baru Inggeris. Undang-undang yang diwartakan menerima reaksi yang pelbagai-bagai daripada masyarakat tempatan.
Abdullah memerikan peranan juru tulis yang tersangat penting dalam urusan perniagaan masyarakat pada waktu itu.
Abdullah memerikan kesilapannya dalam menguruskan perbelanjaan harian dan hartanya.
Bab 18
Kepulangan Tuan Raffles dan isterinya amat mendukacitakan Abdullah. Abdullah memerikan kenangan mengenai kebaikan Raffles dan isteri terhadapnya dan para pekerja mereka yang lain.
Abdullah berasa sungguh sedih mengenangkan berita kapal yang Raffles naiki itu terbakar sewamtu berada di Bangkahulu. Semua muatan kapal itu hangus. Muatan kapal itu, menurut apa yang Abdullah tahu, etrmasuk kitab-kitab Melayu yang dia sendiri masukkan ke dalam peti-peti menurut arahan raffels sebelum berangkat.
Bab 19
Bagi Abdullah, Farquhar tidak kurang hebatnya darupada Raffles. Kebaikan Farquhar yang hendak pulang ke England juga amat berkesan di hati Abdullah. Diperikannya suasana kapal kenaikan Farquhar berlepas dari pelabuhan yang dirai oleh segenap lapisan masyarakat majmuk Singapura.
Bab 20
Abdullah sudah menghidap penyakit pasang-pasang sekian lamanya. Dia pada mula amat takut apabila seorang doktor yang bertamu di rumah Tuan John Morgan. Setelah bertimbang-timbang, akhirnya Abdullah bersetuju untuk menjalani pembedahan kecil. Hasilnya, penderitaan Abdullah sebelum itu berkurangan. Abdullah perlu menjalani pembedahan serupa pada masa yang ditetapkan dan mendapat sepucuk surat untuk doktor yang akan merawatnya kelak. Doktor yang tidak diketahui namanya itu berangkat beberapa hari sesudah itu.
Perihal kejayaannya berubat itu tersebar luas hingga sampai di Kota Melaka. Para pesakit yang datang menemui Abdullah tanpa dikhabarkan terlebih dahulu berasa hampa untuk mendapatkan rawatan bagi diri mereka sendiri.
Bab 21
Perihal kongsi gelap Ten Thien Hoe yang bermaharajalela mendapat catatan yang menyeluruh dalam bab ini. Abdullah sendiri mendapatkan bantuan seorang kenalannya.
Diceritakan juga betapa kumpulan kongsi gelap ini melakukan onar di Singapura dengan merompak, membunuh dan menyeksa mangsa-mangsa mereka. Usaha penguasa Inggeris untuk membanteras aktiviti kongsi gelap ini mendapat tentangan besar.
Bab 22
Perihal Sultan Hussain yang tidak mendapat perbelanjaan selama 3 bulan daripada Crawfurd hingga surat tanda tangan penyerahan kuasa Sultan dan Temenggung kepada kuasa Inggeris diperikan dalam bab ini. Dengan langkah liciknya itu, Crawfurd mendapat kuasa penuh melakukan pembangunan di Singapura.
Pada masa yang sama, ramai orang-orang muda Inggeris datang ke Singapura dan mereka berguru dengan Abdullah, mempelajari bahasa Melayu. Seorang muridnya, Tuan Douglas yang dikatakan bijak dan cepat mengikuti pelajarannya didapati telah mati sepulangnya dari Melaka untuk beberapa ketika. Semasa hayatnya, dikatakan Abdullah Tuan Douglas memiliki ciri-ciri seorang murid yang baik serta amat menghormati gurunya.
Dalam bab ini, Abdullah memberi pandangan betapa bahasa Melayu adalah sebuah bahasa yang mempunyai keistimewaannya sendiri.Bahasa Melayu baginya adalah bahasa yang mempunyai ciri-cirinya dan amat sebati dengan bangsa Melayu yang selalu dipandang remeh dan dianggap sebuah bahasa yang mudah. Abdullah secara halus mengkritik orang-orang yang menyangka bahasa Melayu tidak berwibawa. Oleh yang demikian, mereka selalu memandang remeh akan kepersisan penggunaan bahasa Melayu dalam memberikan makna dalam hal-hal ilmu. Oleh kerana keangkuhan bangsa penjajah, maka disangkanya cukup menggunakan bahasa pasar bagi tujuan pemerintahan. Namun, yang demikian adalah satu tindakan yang silap bagi sebahagian besar pegawai-pegawai Inggeris.
Abdullah pulang ke Melaka untuk berkhidmat semula di College. Namun, Abdullah masih mengenangkan kelebihan yang dia dapati semasa berkhidmat di Singapura.
Bab 23
Abdullah memerikan usaha pengumpulan dana untuk membina chaple di Melaka. Setelah mendapat persetujuan Tuan Kidd dan Collie, Abdullah kembali semua ke Singapura.
Diceritakan berita mengenai kapal asap yang masyhur pada waktu itu sewaktu Tuan Maxwell bertugas di Singapura. Diperikan juga kepercayaan masyarakat tempatan yang majmuk mengenai gerhana bulan yang popular pada waktu itu. Diceritakan mengenai kematian yang banyak berlaku di Melaka akibat wabak ketumbuhan.
Pada masa yang sama, Abdullah berkawan dengan seorang tukang melukis peta dunia yang bernama Smith. Daripada persahabatan itu, pelbagai makluman dan pengetahuan yang salin dikongsi kedua-dua Abdullah dan Smith. Sewaktu berpisah, mereka saling bertukar-tukar hadiah. Dinyatakan betapa Abdullah amat mengagumi Smith yang banyak pengetahuannya mengenai peta. Smith pun kagum dengan kepetahan Abdullah yang tentunya dapat berbahasa Inggeris dalam persahabatan mereka itu.
Dalam bab ini, Abdullah menceritakan betapa segala-gala kepunyaannya yang hendak dibawa pulang musnah dijilat api dalam sebuah kejadian kebakaran yang sungguh besar. Dengan sehelai sepinggang, Adullah berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa kebakaran besar itu. Daripada peristiwa itu, Abdullah mengarangkan ‘Syair Singapura Terbakar’. Kesusahan Abdullah diketahui oleh saudara-aranya yang menjemputnya pulang ke Melaka semula.
Pada tahun 1983, pemerintahan Melaka beralih daripada kuasa Belanda kepada Inggeris. Usaha menanam padi digalakkan dalam kalangan penduduk Melaka, bagi mengantikan sumber beras yang sebelum itu datang dari tanah Jawa, yang masih dikuasai Belanda.
Setelah kedudukan Abdullah pulih semula, dia pulang semula ke Singapura dan diceritakan betapa penguatkuasaan undang-undang bagi menjaga keamanan Singapura demi memakmurkan kota perdagangan. Oleh kerana pelaksanaan undang-undang di Singapura amat tegas, maka masalah yang menggugat pertumbuhan ekonominya berkurangan.
Abdullah menyatakan hasratnya mengkaji dan menyusun bahasa Melayu bagi manfaatn masyarakatnya sendiri.
Diperikan ekspedisi Tuan Newbold mengkaji mengenai orang-orang Jakun yang terdapat di persekitaran Gunung Panchor. Abdullah membuat catatan wawancaranya dengan orang-orang Jakun itu mengenai adat istiadat dan kepercayaan mereka. Ternyata usaha Abdullah dalam ekspedisi itu memberikannya pemahaman betapa luasnya alam yang Allah cipta ini dengan segala kelebihan-Nya.
Tercetuslah khabar perang antara Inggeris dengan Penghulu Naning. Diperikan bahawa ketumbukan Penghulu Naning telah mengatasi kekuatan tentera Inggeris dalam peperangan itu.

Ahad, Mei 25, 2008
Tugasan Cuti Sekolah - Menengah 1 HMT
Inilah Kisah Hidupku 1
Assalamualaikum WR Wb
Semoga semua pelajar saya - sama ada dari BPGHS atau dari VS (visiting schools) sihat sejahtera.
Arahan:
Ada terdapat enam postings dalam tugasan ini. Semua topik hendaklah diselesaikan dan hasilnya anda muatkan dalam blog masing-masing. Hiasiah hasil kerja anda itu dengan apa-apa gambar yang sesuai mengenainya. Semoga bahan yang dihasilkan dapat membantu anda dalam menyemai sikap rendah diri dan sekali gus mencetuskan semangat untuk terus berjaya dalam pelajaran pada masa hadapan.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Topik 1 – Peristiwa Yang Tidak Dapat Saya Lupakan
Setiap daripada kita banyak peristiwa yang terkesan dalam diri hingga pada saat ini. Sesebuah peristiwa yang tidak diduga, peluang yang datang bergolek, seseorang yang hadir dalam kehidupan kita – mengubah hala tuju kehidupan anda. Pilihlah satu yang amat terkesan dalam diri anda dan perihalkan mengenainya.
Pencetus Kenangan
- Dapatkah anda ingati kembali akan masalah kehidupan yang pernah anda hadapi dan semua tindakan anda untuk menanganinya? Sering kali, penyelesaian masalah itu membantu anda mengubah haluan hidup anda.
- Adakah sesiapa yang istimewa dalam hidup anda dan banyak mempengaruhi keperibadian atau beliau ada mencari peluang untuk menjalin persahabatan dengan anda? Mengapakah insan ini istimewa dalam hidup anda?
- Pernahkah anda menghidapi sebarang penyakit atau mengalami kemalangan yang menyebabkan anda terlantar untuk suatu tempoh di sebuah hospital? Semasa terlantar di hospital itu, atau sesudah itu, adakah anda membuat sebarang ketetapan dalam diri tentang langkah atau haluan yang akan anda tempuhi dalam kehidupan anda pada masa depan? Adakah hal tersebut merupakan permulaan dalam perubahan hala tuju hidup anda pada masa kini?
- Berpindah ke sebuah rumah baru atau sebuah bandar baru merupakan hal yang amat besar kesannya dalam kehidupan anda. Perihalkan tindakan anda yang memberikan kesan besar dalam kehidupan anda kini. Apakah sebab-musabab anda berpindah ke tempat dan persekitaran yang baru? Apakah yang berlaku dalam persekitaran baru anda itu?
- Adakah sebuah perceraian atau perkahwinan semula membawa kesan yang besar dalam kehidupan kamu? Perihalkan penyesuaian yang anda lalui dan lakukan. Apakah perkembangannya?
Topik 2 – Sebuah Hobi Yang Bermakna Bagi Diri Saya
Hobi yang anda minati menyerlahkan tentang diri anda. Anda mengorbankan banyak masa dan kegiatan itu merupakan sesuatu yang anda senangi dalam kehidupan harian anda. Hal ini juga menunjukkan kecenderungan dan ruang yang anda pilih untuk merehatkan diri. Anda mungkin menyisihkan masa-masa senggang anda untuk menjalankan hobi tersebut. Perihalkanlah mengenainya.
Pencetus Kenangan
- Bagaimanakah anda menceburkan diri dalam hobi itu? Bila, dan pada usia berapakah anda memulainya? Mengapakah anda seronok melakukannya?
- Bagaimanakah anda menambah pengetahuan dalam hobi anda itu? Anda menyertai sebuah kelab atau persatuan? Perlukah anda menjalani sebarang latihan khusus? Adakah anda melanggani bahan-bahan yang diterbitkan mengenai hobi anda itu? Pernahkah anda menyumbang sebarang artikel untuk penerbitan tersebut?
- Adakah hobi anda itu memerlukan sebarang peralatan yang khas? Adakah hobi anda itu memerlukan peruntukan wang yang banyak?
- Pernahkah anda diminta berucap mengenai hobi anda pada sebarang kumpulan sasaran? Pernahkah hasil hobi anda itu dipamerkan untuk tontonan khalayak ramai?
- Pernahkah anda menerima sebarang anugerah atau pengiktirafan berhubung dengan hobi anda itu? Pernahkah ada sebarang bahan yang ditulis dan dicetak yang menampilkan anda dan hobi anda?
- Pernahkah anda menikmati sebarang ganjaran wang dan meraih pendapatan daripada hobi anda itu? Jika tidak dalam tempoh terdekat, mungkinkah pada masa hadapan?
- Sering kali sesebuah hobi berkembang menjadi sebuah kerjaya yang serius. Adakah hobi anda yang pada asalnya itu berkembang dan menjadi sebuah perusahaan yang besar?
- Adakah anda dapat menjalin ramai sahabat dengan melakukan hobi anda itu? Mahukah anda melihat anak-anak anda melakukan aktiviti hobi yang serupa? Adakah hobi anda ini dapat dilakukan pada usia yang lebih lanjut? Mahukan anda meneruskan hobi itu setelah anda bersara kerak?
Topik 3 – Kejayaan Masa Lalu Saya Yang Amat Saya Banggakan
Anda semua insan-insan yang unik, saat-saat kegemilangan dalam kehidupan anda setelah anda berusaha dengan gigih dan usaha anda itu membuahkan hasil dan memberikan anda kepuasan. Kejayaan itu tidak semestinya sesuatu yang besar lagi menakjubkan setiap insan akan tetapi sesuatu yang cukup bermakna dan penting bagi diri anda.
Pencetus Kenangan
- Adakah sesesuatu bidang yang anda ceburi melibatkan latihan dan akhirnya anda menjadi mahir mengenainya? Apakah pengiktirafan yang anda perolehi, jika ada? Bagaimanakah anda menceburi bidang itu? Apakah sumbangan yang anda telah berikan dalam bidang ini? Pernahkah kemahiran anda dirujuk oleh sesiapa dan pihak-pihak lain?
- Anda juga pernah mengecapi pelbagai kejayaan dalam kehidupan anda; belajar sebuah bahasa asing, mereka dan menjahit pakaian anda sendiri, memperbaiki sebuah peralatan yang rosak, menangani masalah yang anda hadapi, menguruskan sebuah tugas yang rumit, mencapai tahap kesihatan fizikal yang ideal, berjaya menurunkan berat badan, mengendali sebuah usaha niaga dan sebagainya. Pilih salah satu kejayaan itu yang dapat mengungkapkan dan amat penting bagi keluarga kamu.

Bicara Sastera 3 & 4
Saya berasa sungguh gembira atas kehadiran Cikgu Rasiah Halil dalam siri bicara ini. Beliau membincangkan genre Sajak.
Cik Rasiah Halil menerima Ijazah Sarjana (1979), Sarjana Muda (1985) dan Diploma Pendidikan atau Diploma Lanjutan Pendidikan dalam tahun 1985 dari Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau menyertai Program Penulisan Antarabangsa di Universiti IOWA, Amerika Syarikat, dengan dana biasiswa Fullbright dalam tahun 1995.
Beliau mengajar pelajar-pelajar Maktab Rendah St. Andrew (July 1985 – Februari 1991), di Universiti Brunei Darussalam (Februari 1987 – April 1990) dan NUS (Julai 1990 – June 1991).
Beliau juga menyelia guru-guru pelatih semasa bekerja separuh masa di Institut Pendidikan Nasional (Januari 1992 – Jun 1994) dan sebagai kaki tangan sepenuh masa (Julai 1994 – Ogos 1995).
Kini beliau pensyarah bebas yang mengajarkan bahasa Melayu, di IPAM dan beberapa buah pertubuhan sejak awal tahun 1990.
Saya sempat mendendangkan empat rangkap nazam dua baris. Saya berasa bahagia membuat persembahan itu di hadapan beliau yang pernah membangkitkan semangat untuk berjaya dalam pelajaran sewaktu saya menjadi pelatih di Institut Pendidikan Nasional di Kampus Bukit Timah, kira-kira enam belas tahun dahulu.
Dalam sesi pertama, Cikgu Rasiah membincangkan aspek sesebuah sajak. Penerangan beliau cukup mudah dan sungguh berkesan.
Dalam sesi kedua, beliau mengulas semua sajak dalam antologi Anak Bumi Tercinta berdasarkan 10 aspek yang dibincangkannya dalam sesi pertama. Beliau memberikan banyak pandangan yang sungguh bernas sewaktu mengulas sajak-sajak tersebut
Sabtu hadapan, 31 Mei 2008, beliau akan megimbas sekali lalu aspek-aspek sajak tersebut dan membicarakan pula sajak-sajak dalam antologi Anak Laut pula. Saya tidak dapat hadir kerana berada di Maktab Rendah Catholic untuk membuat persembahan 'Puteri Bertujuh Turun Bersiram'.

Jumaat, Mei 23, 2008
Baca! Singapura 2008 - Program Berbahasa Melayu

Salam takzim buat semua.
Beberapa aktiviti dalam acara nasional ini boleh anda sertai dengan rakan-rakan dan anggota keluarga. Jadikan membaca sebahagian daripada kegiatan harian anda.
1. Pelancaran Buku dan Sesi Bermesra Bersama Penulis
Penulis terkenal, Dr Muhd Ariff Ahmad, akan melancarkan edisi baharu novelnya, “Mail Mau Kawin”. Novel yang diterbitkan oleh Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS ’50) merupakan salah sebuah buku pilihan bagi BACA! Singapura 2008. Juga disertakan Sesi Bicara Buku bagi novel tersebut dan Sesi Bermesra Bersama Penulis, Dr Muhd Ariff Ahmad.
Sabtu, 24 Mei 2008, 2.30 ptg. – 4.00 ptg
Visitors’ Briefing Room, Central Lending Library (CLL)
2. Bicara Buku, EkspresiKu
Mari berseronok sertai sesi bicara buku yang kreatif ini di mana para perserta berpeluang berbincang dan berkongsi pandangan dan interpretasi mereka mengenai buku-buku pilihan BACA! Singapura menerusi seni lukis dan kraftangan, persembahan seperti drama, Dikir Barat, atau Berbalas Pantun, Deklamasi Sajak, hidangan makanan dan lain-lain. Buku-buku pilihan adalah novel “Haruman Kencana” oleh Zaharah Nawawi dan “Mail Mau Kawin” (Edisi Baharu) oleh Dr Muhd Ariff Ahmad.
Sabtu, 19 Julai 2008, 2.30 ptg – 4.00 ptg
Programme Zone, Bedok Community Library (BECL)
3. Bicara Buku, EkspresiKu
Mari berseronok sertai sesi bicara buku yang kreatif ini di mana para perserta berpeluang berbincang dan berkongsi pandangan dan interpretasi mereka mengenai cerpen-cerpen pilihan BACA! Singapura menerusi seni lukis dan kraftangan, persembahan seperti drama, Dikir Barat, atau Berbalas Pantun, Deklamasi Sajak, hidangan makanan dan lain-lain. Cerpen-cerpen pilihan dari buku “Jauh Di Mata, Dekat Di Hati” ialah “Singapuraku” oleh Hafiza Talib dan “Singapura Lama, Singapura Baru” oleh Dehliez (Mohd Ismail Sidek).
Sabtu, 2 Ogo 2008, 3.00 ptg – 5.00 ptg
Merpati Hall, Geylang East Community Library (GECL)
4. Bicara Buku
Mari berseronok sertai sesi bicara buku ini di mana para perserta berpeluang berbincang mengenai sebuah cerpen pilihan BACA! Singapura iaitu “Singapuraku” oleh Hafiza Talib.
Rabu, 9 Julai 2008, 3.00 ptg – 5.00 ptg
Programme Zone, Jurong Regional Library (JRL)
5. Bicara Buku
Mari berseronok sertai sesi bicara buku ini di mana para perserta berpeluang berbincang mengenai sebuah cerpen pilihan BACA! Singapura iaitu “Singapura Lama, Singapura Baru” oleh Dehliez (Mohd Ismail Sidek).
Jumaat, 25 Julai 2008, 3.00 ptg – 4.00 ptg

Khamis, Mei 22, 2008
Menjelang Cuti Tengah Tahun
Salam takzim buat anda semua.
Semoga semua harapan ayah ibu dan semua pelajar saya tercapai sejauh ini. Semoga semua usaha pada setengah tahun pertama ini membuahkan hasil yang menyenangkan. Kalau ada apa-apa kekurangan yang para perlu atasi, gunakan masa-masa senggang yang terdapat pada masa cuti sepanjang bulan ini untuk mengatasinya. Isikanlah masa anda dengan sebaik-baik mungkin di samping harus menjalani pelbagai program yang pihak sekolah dan ayah ibu anda sediakan.
Kepada mereka yang akan pulang ke tanah air untuk berlibur, selamat bercuti. Kepada yang akan berangkat untuk melakukan program pengayaan yang pihak sekolah jalankan, selamat berangkat dan semoga anda mendapatkan manfaat daripada setiap usaha sama dan aktiviti yang dilakukan di sana.
Kepada yang 'tertambat' di tanah air, usah gelisah. Selama sebulan ini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh pelbagai pihak. Manfaatkanlah waktu-waktu senggang anda dengan mengikuti program-program tersebut. Rujuk pada akhbar dan lelaman internet yang boleh memberikan anda pelbagai usul yang sesuai.
Saya akan terus membaca buku-buku yang sudah saya beli sebelum ini selain menjalankan tugas di sekolah pada masa-masa yang ditetapkan. Pada minggu ketiga bulan cuti ini, saya akan berada di sekolah sepanjang minggu. Sesiapa pelajar yang mahu bertanya apa-apa hal mengenai pelajaran bolehlah menghubungi saya pada masa itu.
Sebelum itu pada minggu pertama bulan cuti ini, saya amat sibuk dengan program pengayaan di sekolah bagi para pelajar dan diri saya sendiri. Skit puisi tradisional 'Puteri Bertujuh Turun Bersiram' akan beraksi lagi. Pertama, dalam sesi perkongsian keprofesionalisme saya di Maktab Rendah Innova. Kedua, di Maktab Rendah Catholic bagi mengisi undangan Peraduan Mencipta Desain Wau. Para pelajar saya yang menyertai kegiatan-kegiatan itu sedang melakukan persediaan secara sederhana. Mereka saya dapati terpaksa menjalankan aktiviti lain selain membuat persediaan bagi persembahan-persembahan tersebut.
Saya akan turut sibuk membuat persediaan bagi beberapa buah persembahan dendangan puisi tradisional saya pada Bulan Bahasa 2008 ini.
Zaman persekolahan saya merupakan zaman yang cukup menarik dalam kehidupan saya pada masa lalu. Semoga pada masa ini, para pelajar saya mendapati hal yang sama. Saya mengharapkan anda mendapat lebih manfaat dalam masa-masa sebegini.
Jaga kesihatan dan keselamatan diri. Doa saya anda semua berbahagia di samping keluarga dan rakan-rakan dalam setiap aktiviti yang anda jalani. Saya akan kesunyian dan merindu iriang tawa ramai daripada anda. Walaupun berjauhan, saya berharap anda akan saling berhubung dan bertanya khabar antara satu sama lain. Bantu-membantulah sesama sendiri untuk mengatasi kelemahan dalam subjek-subjek yang perlu anda berikan perhatian. Bina persahabatan atas dasar keikhlasan dan semaikan dalam diri anda semua semangat untuk berjaya bersama-sama rakan-rakan dalam pelajaran dan seumpamanya.
Akan tetapi, saya juga akan sentiasa sibuk dengan Nurul Rasyidah dan Muhamad Faiz Danisy kali ini. Isteri saya akan berjauhan dengan kami kerana beliau akan menjalani program pengayaan selama 20 hari..... lamanya! Kedua-dua anak saya akan saya jaga sepenuhnya pada masa isteri saya berpergian. Mungkin kami akan masak bersama-sama dan membuat beberapa kraftangan mudah selain pergi menonton di pawagam dan membaca buku secara seronok di perpustakaan Jurong East atau Jurong Point. Tengoklah, mana-mana yang sempat.
Sebagai seorang guru atau teman anda, saya hanya tumpang gembira dengan sebahagian kebahagiaan anda.
Sayangilah ibu bapa anda dan pupuk serta eratkanlah rasa kasih antara setiap anggota keluarga. Berhemahlah dalam melakukan sesuatu demi kebaikan diri anda dan orang-orang yang anda sayangi. Peliharalah diri agar tidak terjebak dengan apa-apa yang boleh menggusarkan mereka pada cuti sekolah ini. Masa yang luang itu pergunakanlah dengan sebaik-baiknya.
Salam kasih buat anda semua, rakan-rakan dan anak-anak didik saya.

Rabu, Mei 21, 2008
21 Mei 2008 - Program Pertukaran Budaya dan Kesenian usaha sama Insititut Hwa Chong
Minggu lagu, kami membatik - melukis dengan menggunakan lilin. Petang tadi, kami memasak dua jenis kuih Melayu tradisional - kuih abok-abok dan kuih ondeh-ondeh.
Madam Royhayati membimbing para pelajar EMAS dan Hwa Chong membuat kuih-muih itu. Aroma kelapar parut dengan daun pandan begitu kuat terhidu.
Daripada pengamatan saya, para peserta senang mengikuti aktiviti hari ini.

17 Mei 2008 - Sepagi Bersama Ustaz Fatris Kiyai Bakaram

Dua hal yang amat terkesan dalam hati saya daripada ceramah motivasi ini adalah
1. menilai semua kelebihan yang ada dalam diri kita, sebagai masyarakat Muslim Singapura yang berdaya saing lagi maju dan beriman;
2. menyusun masa dengan sebaik-baik mungkin.
Beliau mengingatkan saya betapa Rasulullah s.a.w pernah berpesan agar menjaga orang-orang muda dengan penuh kasih saya, dalam banyak-banyak pesanannya dalam saat-saat sebelum Baginda Rasulullah s.a.w. wafat.
Bagi seorang guru, saya sedar betapa saya harus benar-benar melihat tantangan serta cabaran dalam dunia pendidikan hari ini.
Sebagai seorang ayah, saya sedar betapa saya juga mempunyai harapan yang tinggi terhadap anak-anak, sama ada dalam soal disiplin, keimanan dan pelajaran. Daripada soalan-soalan peserta, saya sedar betapa sebilangan anak didik saya menghadapi tekanan dalam mencapai harapan ibu bapa dan kesukaran untuk memahami apa-apa yang dikehendaki ibu bapa mereka.
Terharu juga hati saya apabila mendapati saranan Ustaz Fatris agar sama-sama memahami dan mengasihi anak-anak muda harapan bangsa dan negara.

Bacaan Saya Pada Waktu Ini
Hikayat Abdullah adalah buku yang sedang saya baca pada masa ini. Memoir ini sarat dengan banyak maklumat serta pedoman yang amat berguna untuk kita. Kisah-kisah yang tercatat dalam memoir tokoh tersohor ini keluar daripada lingkungan hikayat-hikayat Melayu yang biasa dalam zaman penulisnya.
Saya akan memberikan ringkasan setiap bab dalam kitab ini.
Selain itu, saya juga mahu mengkaji pelbagai peribahasa lama yang terdapat dalam memoir Munyi Abdullah.
Saya juga sedang menyusun pelbagai hal yang bersangkutan dengan bahasa dan orang-orang Melayu yang amat memberikan kesan kepada saya secara peribadi.
Insya-Allah, saya akan juga memberikan ulasan buku lanjutan daripada hikayat ini, iaitu Hikayat Pelayaran Abdullah.
Ada sebuah karya yang diterbitkan oleh seorang penulis di Malaysia yang menyampaikan Hikayat Abdullah ini dengan gaya bahasa yang mudah untuk pembacaan generasi zaman ini.
Sebuah buku yang mengulas tentang Hikayat Abdullah ini dari sudut perpekstif sejarah sosio-budaya juga akan saya buat sorotan mudah.
Semoga pembacaan saya dalam menghayati bahan penulisan yang sudah lebih daripada seabad ini akan lancar di sela-sela tugas harian dan aktiviti masyarakat yang saya ceburi juga.

Selasa, Mei 13, 2008
HAMKA - Siapakah Tokoh Ini?
Potret Lukisan Wajah Tokoh
Potret Tokoh
Pengenalan
Hamka merupakah tokoh sasterawan unggul di Indonesia. Semasa hayatnya juga, tokoh merupakah seorang ulama terkenal dan penggiat politik.
Julukan Buya, panggilan buat orang Minangkabau yang berasal dari kata 'abi' dan 'abuya' dalam bahasa Arab, bermakna 'ayahku', atau seseorang yang dihormati.
Tokoh ini berpulang ke rahmatullah pada 24 Julai 1981 di Jakarta, Indonesia.
Lungsuri lelaman berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tokoh Pemikir Islam yang tersohor di Asia Tenggara ini.
http://id.wikipedia.org/wiki/Haji_Abdul_Malik_Karim_Amrullah
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Para pelajar saya akan menyusun sebuah puisi yang panjang mengenai tokoh yang tersohor ini. Puisi tersebut merupakan bahan yang akan dipersembahkan secara dendangan cara Kaba dan Randai - sejenis kesenian suku kaum Minang di Sumatera Barat.
Puisi yang akan mereka susun bersama-sama saya nanti akan memanfaatkan sajakdan sebilangan besar bentuk puisi tradisional Melayu yang kami kenali.Dendangan akan juga diiringi dengan caklempong dan saluang Minang, insya-Allah.
Selasa, Mei 06, 2008
Ramlee Awang Murshid
Potret Novelis

Ujian tengah tahun sudah berlalu. Seorang penulis yang mahu saya anda kenali ialah Ramlee Awang Murshid. Beliau seorang wartawan penyiaran di RTM, Angkasapuri Kuala Lumpur. Penulisan beliau mengesankan dan saya masih dapat ingat novel ADAMnya saya baca tanpa henti selama 4 jam. Seronok. Begitu juga dengan novel-novel lainnya yang ada dalam label Alaf 21 ini.
Novel-novelnya dengan Alaf 21 ada sejumlah 12 judul. Sebelum dengan penerbit ini, Ramlee ada menghasilkan beberapa buah buku yang sama memukau seperti kedua-dua belas yang saya maksudkan.
Lungsuri http://www.alaf21.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penulis ini dan cuplikan mengenai kesemua buku tulisannya dengan label Alaf 21.
Selamat membaca.
Selasa, April 15, 2008
Citra Sketsa Sajak Sembawang di NLB
Penampilan kesemua pelajar peserta pada awal persembahan.
Amirul melaungkan iqamat yang sungguh mensyahdukan suasana mengiringi penyampaian Fadillah.
Sebelum meninggalkan pentas
Projek ini melibatkan Rizki Ahmad Firdaus, Hifzul Matin, Sulaiman, Amirul Zainudin, Syahirah Abdul Razak , Siti Aisyah, Farhana Rosli, Farhana Husnan, Fazleen, Safiah, Izyan, Fazleen dan Fadillah Kamsani.
Lihat betapa setiap pelajar berperanan (lihat akan Safiah yang menggerakkan peranan selaku pokok sembawang) dalam membawa secercah puisi hidup dengan penghayatan masing-masing.
Prof Hadijah sendiri datang turun menyaksikan pelajar-pelajar ini berlatih dan memberikan dapatan dan pandangan. Saya sendiri seronok dan ghairah dengan kehadiran beliau pada sesi latihan tersebut.
Bagi saya, persembahan mereka memang boleh dipertingkatkan. Namun, dengan ruang masa yang agak terhad, saya berharap para pelajar ini akan dapat mengenal erti kesungguhan dalam setiap tugasan yang mereka lakukan, mulai sekarang dan selama-lamanya. Kesederhanaan boleh menjadi sesuatu yang unik dengan memerhatikan setiap peluang dan ruang untuk mempertingkatkan diri. Saya tidak akan berputus harap dalam hal ini.
Persembahan ini dibuat pada 23 Mac 2008 di NLB, dengan kehadiran dua tetamu terhormat, Dr. Khaw Boon Wan dan Dr Tony Tan.
rakaman sebahagian persembahan
http://myfreefilehosting.com/f/9c746abb8d_17.88MB

Selasa, Mac 11, 2008
'Puteri Bertujuh Turun Bersiram'
Sebahagian daripada kumpulan pelajar peserta BPGHS
Perenungan Peribadi
(Bagi mendapatkan semua foto yang Cikgu Sazali petik, sila layari lelaman ini: http://emasbpghs.multiply.com/)
Sepanjang minggu kesepuluh, kami menjalankan sesi latihan untuk persiapan bagi peraduan Gema Puisi Artistik 2008 anjuran Maktab Rendah Nanyang.
Yang menyenangkan saya adalah kesungguhan setiap peserta, daripada ketujuh-tujuh anak gadis yang berdeklamasi dan berdendang puisi, termasuk ketiga-tiga orang pelajar, Nadiah, Syafiq dan Sufi begitu sabar dan tekun menjalani latihan. Ada saat-saat ketawa dan serius dalam masa berlatih. Namun, saya cukup senang hati, dalam masa yang singkat juga mereka dapat menjalankan sesi latihan dengan baik.
Yang menyerlah dalam sesi-sesi tersebut, diketepikan faktor saya, sikap kebersamaan dalam melakukan kerja-kerja dengan baik di kalangan pelajar peserta begitu terasakan. Walaupun ada masa-masanya, seorang dua yang tidak dapat hadir kerana ada tugasan lain, latihan berjalan dengan lancar. Dan apabila rakan-rakan itu kembali semula, mereka saling bantu-membantu dalam memastikan latihan itu mereka jalankan bersama-sama dengan rukun dan suasana menggembirakan..
Mereka saling memberi pandangan ikhlas untuk memberikan dapatan pada aspek pergerakan dan penghayatan. Teguran yang saling membina itu diterima setiap peserta dengan hati terbuka. – betapa saya terharu bahawa anak-anak yang sebegitu muda tahu apakah yang dimaksudkan dengan kerjasama dan kesungguhan dalam menjalankan tugasan.
Saya berharap setiap pengalaman belajar dan kegembiraan yang mereka temui dalam projek ini memberikan mereka arah dan landasan untuk membina keyakinan diri dan langsung membentuk perilaku yang elok sepanjang masa.
Sebagaimana ghairahnya mereka dalam projek ini, saya begitu juga. Rasa penat tidak terasakan dan masa bergerak pantas.
Yang menjadi keprihatinan saya juga semoga semangat cintakan tanah air, bangsa dan diri sendiri akan sentiasa menjadi teras dan warna indah dalam penakatan hidup mereka pada masa hadapan. Saya cuba mengungkapkan sikap bekerjasama dan saling hormat-menghormati antara satu sama dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru, sekali gus sebagai seorang dewasa. Memang, usaha ini menuntut perhatian dan masa yang bukan sedikit. Semoga usaha kecil saya ini dapat mereka manfaatkan bagi kehidupan mereka pada masa akan datang.
Terimbas kembali saat-saat menggerakkan ketujuh-tujuh pelajar sastera saya untuk mendapatkan bahan bagi asas teks puisi panjang yang akan mereka dendangkan itu. Teringat kekeliruan pada wajah-wajah mereka bertujuh. Ini dibebankan lagi dengan disiplin untuk menguasai dendangan beberapa lagu puisi tradisional. Namun, saya bersyukur mereka saling meyakinkan sesama sendiri akan kemampuan masing-masing dan merujuk setiap apa-apa yang kurang mereka fahami kepada saya. Senang melihatkan mereka amat menghormati saya sebagai guru dan menghargai setiap satu hal yang saya perkatakan dalam aspek-aspek pengkaryaan kerja seni ini.
Begitu juga dengan pelajar yang membunyikan alat muzik. Mereka tekun menggunakan kemampuan sendiri dalam saling bergabung pendapat dan pandangan untuk membuat yang terbaik, walaupun ada masa-masanya saya membiarkan sahaja mereka melihat apa-apa peranan yang masing-masing perlu lakukan. Mereka kembali merujuk kepada saya setiap apa yang mereka kurang pasti.
Diyanah dan Tirmuzi juga pelajar yang membantu saya dalam usaha ini. Pandangan mereka yang dikongsi bersama-sama rakan-rakan yang membuat persembahan amat membantu. Saya sedar sebagai rakan sebaya, pandangan mereka lebih terkesan dan tidak menimbulkan tekanan kepada rakan-rakan mereka itu. Mereka juga turut senang dapat bersama-sama dalam projek ini, walaupun bekerja pada saat-saat terakhir dan sebagai peserta di belakang tabir.
Saya secara peribadi menyenangi semua pengalaman yang dilalui sewaktu menjalankan projek ini. Menang bukanlah matlamat saya dalam projek ini. Saya bersyukur dapat menyemai sikap saling meyakini kemampuan masing-masing, kerjasama yang memadukan semangat persaudaraan, mendapatkan bantuan dengan gaya dan cara yang sepatutnya, membantu sesama rakan, percaya akan kebolehan sendiri dan bersiap siaga memberikan bantuan selain mendahulukan tugasan penting sekolah dan menyusun masa selain bersikap jujur dan hormat-menghormati.
Semoga setiap teguran, anjuran dan tunjuk ajar saya memberikan arah kepada pelajar-pelajar ini betapa cinta akan ilmu dan kerja keras untuk mencapai kejayaan menjadi tunggak mencari kesejahteraan dan kebahagiaan dalam hidup. Masa saya tidak panjang, namun harapan ibu bapa saya mahukan saya menjadi insan yang syumul, semampu saya, sedang saya usahakan. Semoga pelajar-pelajar saya ini akan menjadi penyumbang besar pada kesejahteraan dan kemakmuran negara dan dunia, tidak lupa pada diri dan keluarga masing-masing.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Pada hari persembahan, bukan sahaja anak-anak peserta itu tertekan, saya tambah-tambah lagi. Saya sedar betapa bagusnya sesuatu usaha, pengurusan masa dan kerjasama pada saat-saat akhir sama penting. Ada beberapa pelajar saya tidak menghafal rangkap-rangkap puisi masing-masing. Saya terpaksa membiarkan mereka sendiri untuk menyedari bahawa mereka harus mengatasi masalah itu dengan bertindak bijak.
Saya berasa beruntung dengan kehadiran Cikgu Noormarlina dan Cikgu Sazali pada hari tersebut, sejak di sekolah pada pagi hari persembahan dan pada waktu persembahan diadakan.
Cikgu Noormarlina membantu para pelajar perempuan saya berdandan. Beliau juga amat faham kerenah mereka dan dengan senyuman yang sentiasa di bibir, memberikan kata-kata galakan serta semangat kepada mereka.
Cikgu Sazali selain mendapatkan hidangan makanan tengah hari bagi kami, bersama-sama dalam cara persembahan dari mula hingga akhir, membuat rakaman di samping memberikan kata-kata galakan dan sokongan kepada pelajar-pelajar saya itu.
Apabila tiba saat persembahan hendak diadakan, saya berada di belakang tabir menyaksikan sendiri cara dekat pelajar-pelajar saya itu membuat persembahan. Ternyata, persembahan mereka sungguh unik dan lain daripada persembahan-persembahan kumpulan-kumpulan yang lain.
Kumpulan pelajar BPGHS berjaya mendapat tempat ketiga selain hadiah khas ciptaan lagu puisi yang asli. Dua hadiah kami rangkul. Tergambar kegembiraan Syafiq, Sufy, Nadiah, Izyan, Adila, Shahirah, Fazleen, Siti Umairah, Sabrina dan Aisyah sewaktu menerima hadiah daripada Encik Faizal, tetamu khas acara pertandingan tersebut.
Kegembiraan saya tak terhingga sewaktu berdiri memberikan tepukan kepada para pelajar saya yang turun dari galeri penonton untuk naik ke pentas menerima hadiah. Selain ucapan syukur ke Hadirat Ilahi, terlerailah segala rasa tekanan saya pada saat itu.
Bagi saya, kejayaan mereka kejayaan semua pelajar saya. Kejayaan bagi sekolah yang memberikan peluang untuk saya dan pelajar-pelajar saya sama-sama menyelami dan mengalami sendiri apa-apa yang dimaksudkan seni dan pendidikan selain yang terdapat dalam buku teks. Nilai pengajaran yang saya dapati begitu tinggi dan setentunya tiada duanya. Saya berharap hasil usaha ini dapat dipersembahkan kepada lebih ramai khalayak; memberikan gambaran betapa program EMAS dan Bahasa Melayu di BPGHS sememangnya unik dan istimewa.
Persembahan akan dipertingkatkan dengan memberi nilai dan masukan bermutu daripada para pelajar setentunya di samping penyeliaan saya dan rakan-rakan guru yang lainnya.
Saya senang dengan pengalaman yang penuh warna dan rasa ini. Semoga anda juga akan mendapat manfaat daripadanya.
Salam kesenian daripada saya buat anda semua.
Isnin, Mac 10, 2008
8 Mac 2008 - Maktab Rendah Nanyang
Ketiga-tiga orang pemain muzik iringan persembahan kami - Nadiah, Syafiq & Sufy
Salah satu adegan dalam persembahan di pentas
Bergambar sewaktu latihan di bilik ML2
Trofi-trofi yang dimenangi
Alhamdulillah. Semua usaha beberapa minggu ini berbaloi. Kami mendapat tempat ketiga dan memenangi hadiah khas bagi kategori lagu puisi ciptaan asli.
Buat masa ini, saya sedang menyusun perenungan daripada proses pembinaan bahan persembahan ini. Untuk waktu ini, sekadar beberapa gambaran berkenaan sesi latihan dan juga persembahan yang dibuat di Maktab Rendah Nanyang.
Nantikan paparan selanjutnya mengenai persembahan ini.
Langgan:
Catatan (Atom)