Berikut merupakan nota yang Cikgu Rasiah sebarkan untuk kegunaan para peserta bengkel.
@@@@@@@@@
Mengenal Puisi
@@@@@@@@@
Hakikat Puisi
1. Tema/Makna (inti pokok puisi)
2. Rasa/Perasaan (sikap penyair terhadap bahan atau objeknya)
3. Nada (sikap penyair terhadap pembaca puisi)
4. Amanat/Tujuan/Maksud (maksud atau tujuan penyair)
- Apakah tema sesebuah sajak?
- Bagaimana rasa dan nada yang terkandung dalam sajak tersebut?
- Apakah tujuan penyair?
- Berjayakah diadun unsur-unsur ni dalam sajak tersebut?
@@@@@@@@@@@@@
Mengupas Puisi Melayu
1. Pilihan kata/Diksi
2. Citra/Imej (daya bayang)
3. Irama/Ritme dan Rima
4. Lambang/Simbol
5. Aliterasi iaitu perulangan konsonan: sayang Serawak sungainya sempit
6. Asonansi iaitu perulangan bunyi vokal: air mata mutiara ibunda
7. Perbandingan/Simile dengan adanya kekata: bak, seperti, bagai/bagaikan, laksana, umpama, dan lain-lain. Contoh: bijak laksana pujangga silam
8. Kiasan/Metafora tanpa adanya kekata bak, seperti, bagai/bagaikan, laksana, umpama dan lain-lain, Contoh: kaulah kandil kemerlap
9. Unsur perorangan/personifikasi iaitu makhluk dan ciptaan bukan manusia diberi ciri-ciri manusia. Contoh: kucing memendam duka, glasier berhiba dek panasnya dunia
10. Kata-kata dan frasa-frasa yang segar, bukan klise. Contoh:
a. Klise: nyir melambai, bayu berpuput
b. Segar: memilih yang teruji bandingan/sekali bererti, sudah itu mati
@@@@@@@@@@
Puisi-puisi dalam antologi 'Anak Bumi Tercinta' - (nukilan daripada teks)
1. 'Rumah Baru' membicarakan tanggungjawab mengisi pembangunan, perpaduan dan penggemblengan tenaga untuk mencapai wawasan negara.
2. 'Bahasa' menyarankan kita menggunakan bahasa sebagai alat atau wahana penting untuk membentuk sahsiah manusia sama ada sebagai pemipin mahupun rakyatnya.
3. 'Bila Berjauhan' melukiskan perasaan kasih sayang seseorang yang berjauhan daripada keluarganya. Perasaan ini diluahkan secara berterus-terang dan bertanggungjawab.
4. 'Wanita Zaman Ini' menyorot kehidupan wanita moden.
5. 'Ketika Kami Bercerita Tentangnya' mengungkap persoalan tentang pengorbanan dan harapan seorang ayah terhadap anak-anaknya.
6. 'Usia' berteraskan pemikiran tentang kesedaran dan ketentuan Tuhan. Seseorang hamba hendalah sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan