Inilah Kisah Hidupku 1
Assalamualaikum WR Wb
Semoga semua pelajar saya - sama ada dari BPGHS atau dari VS (visiting schools) sihat sejahtera.
Arahan:
Ada terdapat enam postings dalam tugasan ini. Semua topik hendaklah diselesaikan dan hasilnya anda muatkan dalam blog masing-masing. Hiasiah hasil kerja anda itu dengan apa-apa gambar yang sesuai mengenainya. Semoga bahan yang dihasilkan dapat membantu anda dalam menyemai sikap rendah diri dan sekali gus mencetuskan semangat untuk terus berjaya dalam pelajaran pada masa hadapan.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Topik 1 – Peristiwa Yang Tidak Dapat Saya Lupakan
Setiap daripada kita banyak peristiwa yang terkesan dalam diri hingga pada saat ini. Sesebuah peristiwa yang tidak diduga, peluang yang datang bergolek, seseorang yang hadir dalam kehidupan kita – mengubah hala tuju kehidupan anda. Pilihlah satu yang amat terkesan dalam diri anda dan perihalkan mengenainya.
Pencetus Kenangan
- Dapatkah anda ingati kembali akan masalah kehidupan yang pernah anda hadapi dan semua tindakan anda untuk menanganinya? Sering kali, penyelesaian masalah itu membantu anda mengubah haluan hidup anda.
- Adakah sesiapa yang istimewa dalam hidup anda dan banyak mempengaruhi keperibadian atau beliau ada mencari peluang untuk menjalin persahabatan dengan anda? Mengapakah insan ini istimewa dalam hidup anda?
- Pernahkah anda menghidapi sebarang penyakit atau mengalami kemalangan yang menyebabkan anda terlantar untuk suatu tempoh di sebuah hospital? Semasa terlantar di hospital itu, atau sesudah itu, adakah anda membuat sebarang ketetapan dalam diri tentang langkah atau haluan yang akan anda tempuhi dalam kehidupan anda pada masa depan? Adakah hal tersebut merupakan permulaan dalam perubahan hala tuju hidup anda pada masa kini?
- Berpindah ke sebuah rumah baru atau sebuah bandar baru merupakan hal yang amat besar kesannya dalam kehidupan anda. Perihalkan tindakan anda yang memberikan kesan besar dalam kehidupan anda kini. Apakah sebab-musabab anda berpindah ke tempat dan persekitaran yang baru? Apakah yang berlaku dalam persekitaran baru anda itu?
- Adakah sebuah perceraian atau perkahwinan semula membawa kesan yang besar dalam kehidupan kamu? Perihalkan penyesuaian yang anda lalui dan lakukan. Apakah perkembangannya?
Topik 2 – Sebuah Hobi Yang Bermakna Bagi Diri Saya
Hobi yang anda minati menyerlahkan tentang diri anda. Anda mengorbankan banyak masa dan kegiatan itu merupakan sesuatu yang anda senangi dalam kehidupan harian anda. Hal ini juga menunjukkan kecenderungan dan ruang yang anda pilih untuk merehatkan diri. Anda mungkin menyisihkan masa-masa senggang anda untuk menjalankan hobi tersebut. Perihalkanlah mengenainya.
Pencetus Kenangan
- Bagaimanakah anda menceburkan diri dalam hobi itu? Bila, dan pada usia berapakah anda memulainya? Mengapakah anda seronok melakukannya?
- Bagaimanakah anda menambah pengetahuan dalam hobi anda itu? Anda menyertai sebuah kelab atau persatuan? Perlukah anda menjalani sebarang latihan khusus? Adakah anda melanggani bahan-bahan yang diterbitkan mengenai hobi anda itu? Pernahkah anda menyumbang sebarang artikel untuk penerbitan tersebut?
- Adakah hobi anda itu memerlukan sebarang peralatan yang khas? Adakah hobi anda itu memerlukan peruntukan wang yang banyak?
- Pernahkah anda diminta berucap mengenai hobi anda pada sebarang kumpulan sasaran? Pernahkah hasil hobi anda itu dipamerkan untuk tontonan khalayak ramai?
- Pernahkah anda menerima sebarang anugerah atau pengiktirafan berhubung dengan hobi anda itu? Pernahkah ada sebarang bahan yang ditulis dan dicetak yang menampilkan anda dan hobi anda?
- Pernahkah anda menikmati sebarang ganjaran wang dan meraih pendapatan daripada hobi anda itu? Jika tidak dalam tempoh terdekat, mungkinkah pada masa hadapan?
- Sering kali sesebuah hobi berkembang menjadi sebuah kerjaya yang serius. Adakah hobi anda yang pada asalnya itu berkembang dan menjadi sebuah perusahaan yang besar?
- Adakah anda dapat menjalin ramai sahabat dengan melakukan hobi anda itu? Mahukah anda melihat anak-anak anda melakukan aktiviti hobi yang serupa? Adakah hobi anda ini dapat dilakukan pada usia yang lebih lanjut? Mahukan anda meneruskan hobi itu setelah anda bersara kerak?
Topik 3 – Kejayaan Masa Lalu Saya Yang Amat Saya Banggakan
Anda semua insan-insan yang unik, saat-saat kegemilangan dalam kehidupan anda setelah anda berusaha dengan gigih dan usaha anda itu membuahkan hasil dan memberikan anda kepuasan. Kejayaan itu tidak semestinya sesuatu yang besar lagi menakjubkan setiap insan akan tetapi sesuatu yang cukup bermakna dan penting bagi diri anda.
Pencetus Kenangan
- Adakah sesesuatu bidang yang anda ceburi melibatkan latihan dan akhirnya anda menjadi mahir mengenainya? Apakah pengiktirafan yang anda perolehi, jika ada? Bagaimanakah anda menceburi bidang itu? Apakah sumbangan yang anda telah berikan dalam bidang ini? Pernahkah kemahiran anda dirujuk oleh sesiapa dan pihak-pihak lain?
- Anda juga pernah mengecapi pelbagai kejayaan dalam kehidupan anda; belajar sebuah bahasa asing, mereka dan menjahit pakaian anda sendiri, memperbaiki sebuah peralatan yang rosak, menangani masalah yang anda hadapi, menguruskan sebuah tugas yang rumit, mencapai tahap kesihatan fizikal yang ideal, berjaya menurunkan berat badan, mengendali sebuah usaha niaga dan sebagainya. Pilih salah satu kejayaan itu yang dapat mengungkapkan dan amat penting bagi keluarga kamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan