Memaparkan catatan dengan label Bahan Pengajaran Karangan Sekolah Menengah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahan Pengajaran Karangan Sekolah Menengah. Papar semua catatan

Selasa, Mac 29, 2011


(Kamus Dewan hendaklah para pelajar manfaatkan setiap masa sama ada dalam melakukan kerja harian latihan karangan atau semasa dalam bilik ujian. Namun, kemahiran kamus yang berkesan hendaklah dipupuk).


Perbincangan mengenai Kertas 1 Bahasa Melayu, 1132/1, telah saya jalankan dengan membincangkan hal-hal yang berkaitan tentang masalah yang sering para pelajar hadapi sewaktu menghasilkan sebuah karangan yang baik pada hari-hari ujian.

Bahan-bahan di bawah ini akan lebih bermakna jika para pelajar mebuat catatan semasa saya membincangkan topik itu pada hari tersebut.

Saya boleh dihubungi melalui facebook dan emel.

Akaun facebook saya: Abdul Manaf Bin-Mohd Yasir
Saya berharap para pelajar menggunakan profil yang sesuai sewaktu cuba mengakses akaun facebook saya ini. Saya juga berharap agar etika penggunaan internet juga hendaklah dipatuhi setiap masa.

Saya berhasrat untuk membina bahan-bahan yang dapat membantu para pelajar untuk mencapai tahap kemhairan menulis dengan baik sama ada untuk tujuan ujian atau serupa, insya-Allah. Karangan-karangan contoh akan saya usahakan dengan bantuan para pelajar peserta sesi perkongsian guna dimanfaatkan pelajar-pelajar yang lain. semoga saya mendapat kerjasama anda semua.


A.Slaid Perbincangan


B.Skala Semakan Karangan Bahagian A
http://www.scribd.com/doc/51773586

C.Skala Semakan karangan Bahagian B
http://www.scribd.com/doc/51773645

D. Perbincangan Strategi Menjawab Soalan Kertas 1/Karangan
http://www.scribd.com/doc/52236820

Selasa, Februari 02, 2010

Tugasan Karangan Peribahasa




Berikut adalah panduan untuk para pelajar bagi menyudahkan tugasan menulis karangan peribahasa.
1. Bincangkan dalam sebuah perenggan maksud peribahasa yang dipilih menurut definisi dalam Kamus Dewan atau Kamus Istimewa Peribahasa.

2. Bincangkan pemahaman kamu terhadap makna peribahasa tersebut. Kaitkan makna peribahasa tersebut dengan cerita yang berbentuk naratif, tanpa dialog.

3. Tegas pada perenggan akhir pengajaran yang kamu dapati daripada cerita tersebut dan serlahkan makna peribahasa tersebut.

4. Karangan yang kamu tulis hendaklah menggunakan sekurang-kurangnya 300 patah perkataan.

Ahad, Januari 17, 2010

Hang Tuah - Soalan Panduan



Sebuah ukiran gangsa wajah Hang Tuah dengan cogan kata terbilangnya "Tak Melayu Hilang Di Dunia" terpahat di bahagian atas bingkai ukiran ini. Bahan dipamekan di Muzium Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.

A. Jawab soalan-soalan panduan berikut berdasarkan cerita hang Tuah yang telah kamu baca dengan menggunakan ayat kamu sendiri.

B. Kamu boleh menyusun semula semua respons pada soalan-soalan itu dalam perenggan-perenggan yang sesuai untuk menjadi sebuah karangan.

1. Keluarga Hang Tuah berasal dari mana?

2. Mereka berpindah ke mana?

3. Mengapakah mereka berpindah ke tempat baru itu?

4. Siapakah nama ayah Hang Tuah?

5. Siapakah nama ibu Hang Tuah?

6. Bagaimanakah kehidupan Hang Tuah serta ibu dan bapanya di tempat baru itu?

7. Apakah yang Hang Tuah lakukan setiap hari?

8. Apakah yang dia pelajari?

9. Siapakah yang mengajar Hang Tuah mengaji al-Quran?

10. Apakah nama-nama bahasa yang telah Hang Tuah pelajari?

11. Selain belajar agama dan bahasa, apakah yang telah Hang Tuah pelajari daripada usaha niaga ayahnya? Berikan alasan bagi jawapan kamu.

12. Siapakah nama rakan-rakan sebaya Hang Tuah itu?

13. Ke manakah mereka berlima pergi pada suatu hari?

14. Mengapakah mereka hendak pergi ke tempat itu?

15. Nyatakan apa-apa yang menimpa atas diri lima orang sahabat itu?

16. Apakah kesudahan peristiwa itu?

17. Apakah manfaat yang didapati daripada peristiwa yang dihadapi Hang Tuah dan sahabatnya?

18. Nyatakan sebuah lagi peristiwa yang ditempuhi Hang Tuah yang mengancam nyawanya.

19. Bagaimanakah Hang tuah dapat menyelamatkan dirinya daripada cengkaman maut itu?

20. Ceritakan dengan ayat kamu sendiri peristiwa Datuk Bendahara diserang dan bagaimanakah Hang tuah dan rakan-rakan sebayanya membantu?

21. Apakah ganjaran yang Hang Tuah dan rakan-rakannya peroleh daripada bantuan yang mereka hulurkan kepada Datuk Bendahara?

22. Setelah tiga kali menghadapai musuh yang hendak mengancam nyawa mereka, apakah pengajaran dan tindakan lanjut yang diambil oleh Hang Tuah dan rakan-rakannya?

23. Mengapakah mereka mahu mengambil keputusan itu dan apakah manffat yang bakal mereka raih pada masa hadapan?

24. Berjayakah mereka mendapatkan apa-apa yang mereka hajati?

25. Mengapakah Raja berkenan mengambil Hang Tuah dan rakan-rakan berkhidmat di istana?




Soalan tambahan:

a. Berikan penilaian peribadi kamu terhadap tokoh wira Hang Tuah dalam buku cerita ini.

b. Apakah kemahiran-kemahiran yang Hang Tuah pelajari sewaktu dia remaja lagi yang dapat membantunya dalam menjalankan tugasnya sehari-hari apabila dia bertugas di istana Raja?

Selasa, Disember 23, 2008

Borang Idea Karangan

Untuk kegunaan semua pelajar saya dalam menyusun idea bagi isi karangan dalam tugasan dan latihan harian. Ini merupakan sebahagian daripada sebilangan borang yang saya sediakan bagi tujuan ini.

01.
Borang Lakaran Idea
1 Hmt Borang Lakaran Idea
View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: karangan bahasa)



02.
Borang 5 Fakta

Borang 5 Fakta
View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: karangan bahasa)



03.
Borang Karangan Perbincangan A

Borang Karangan Perbincangan
View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: karangan bahasa)



04.
Borang Karangan Perbincangan B



05.
Saranan - Kelebihan & Kekurangan

Saranan Kelebihan Kekurangan
View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: karangan bahasa)