Senikata: Nadiputra
Gubahan: Dzul Rabull Jalil
Nyanyian: Kumpulan Padu Suara Harmoni Orkid
Kelab Masyarakat Tampines West
01.
Dengan nama Allah
Pengasih, Penyayang
Pasrahlah usaha kami
Menyahut seruan pertiwi
Sesuci jasmani rohani
02.
Duhai putera puteri ibunda
Laksamana Tuah berperi sudah
Takkan Melayu hilang di dunia
Jadi perisai semangat waja
Korus:
Bahasa jiwa bangsa
Lestarikan bahasa ibunda
Adat disanjung
Agama dijunjung
Pusaka pertiwi
Warisan murni
03.
Siapa lagi kalau tidak kita?
Tepuklah dada tanya selera
Bahasa ibunda jiwa nusa
Mertabatkan ke persada dunia
04.
Arif Budiman mulia pekerti
Amalan Nabi duniawi ukhrawi
Jadikan pakaian jasmani rohani
Teguhkan iman sifat terpuji
Korus:
Bahasa jiwa bangsa
Lestarikan bahasa ibunda
Adat disanjung
Agama dijunjung
Pusaka pertiwi
Warisan murni
05.
Kami insan lemah bersujud diri
Bermunajat pasrah sesungguh peri
Limpah rahmatmu, sinarmu Ilahi
Bahasa Ibunda disanjung tinggi
06.
Yang Maha Esa tersemat di hati
Rahmat Syufaat rabbul Izzati
Ya Rasulullah semoga kami diberkati
Usaha murni semulia ini
Korus:
Bahasa jiwa bangsa
Lestarikan bahasa ibunda
Adat disanjung
Agama dijunjung
Pusaka pertiwi
Warisan murni
*****
Saya amat terkesan dengan munajah yang terdapat dalam lirik lagu ini. Lagu ini pernah dipersembahkan dalam acara Anugerah Persuratan pada 29 Disember 2007 yang lalu. Munajah ini merupakan harapan semua para sasterawan, guru dan ibu bapa. Bertambah-tambah lagi jika anda mendengar dendangannya. Semoga akan ada peluang bagi saya mendengar dendangan ini sekai lagi pada masa-masa akan datang.
Mulai Januari 2011, catatan di sini memuatkan semua bahan dan penemuan saya yang berkaitan dengan projek peribadi penulisan saya yang berjudul Cerita Rakyat Orang Melayu. Bahan-bahan ini saya pungut daripada kajian lapangan sewaktu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, hingga pada masa ini. Cerita-cerita di sini kebanyakannya berasal dari seluruh ceruk dan rantau di Asia Tenggara. Alamat emel saya di manafyasir@gmail.com
Memaparkan catatan dengan label Nilai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nilai. Papar semua catatan
Selasa, Januari 08, 2008
3 Buah Cerita Tentang Malu
Perkara di bawah ini merupakan pengamatan peribadi saya. Namun, saya mahu berkongsi dengan anda, anak-anak didik saya. Semoga besar manfaatnya.
Rasa Malu
Malu adalah perasaan rendah diri akan kekurangan yang ada pada diri sendiri apabila dibanding-bandingkan dengan orang lain. Kekurangan ini boleh dimengertikan sebagai kebodohan, kejahilan, tidak setimpal, tidak seperti, mahupun tidak setaraf. Seseorang yang bersifat demikian beranggapan bahawa dirinya hina dan kurang daripada orang lain yang dianggapnya pula memiliki banyak kelebihan daripada dirinya. Seseorang yang bersifat sedemikian akan menjauhi orang lain, menyorok wajahnya apabila dipandang orang.
Mendapat Malu
Seseorang yang dimalukan akan berasa terhina dan terkeji daripada kaca mata orang lain. Orang yang menerima aib dan keji ini akan berasa marah, geram, sanggup bertindak kasar dan keras terhadap orang yang memberinya malu. Oleh sebab dia berpendapat bahawa maruah dan harga dirinya dicabar sewaktu dimalukan. Air mukanya jatuh di khalayak ramai menyebabkan dia berasa begitu hina dan aib sekali. Individu itu akan berasa sedih, pilu dan kecewa. Tindakan yang tidak wajar selalunya menuruti kerana dia menganggap dirinya hina, kotor, keji dan tidak berguna lagi di mata dunia.
Tidak Tahu Malu
Berbeza pula dengan sikap ini. Seseorang akan tergamak melakukan sesuatu perbuatan yang mengaibkan dirinya sendiri. Hal demikian terjadi akibat dorongan atau kerana berasa dirinya terdesak, sama ada dia menyedarinya atau tidak. Timbul istilah muka tebal, sanggup dimalukan dan diaibkan orang begitu sahaja. Bukan kerana dia seorang yang tahan hati dan dapat menelan kekejian yang orang lain lemparkan kepadanya. Mungkin juga dia dimalukan kerana kesalahan akan perbuatannya sendiri.

Gurindam Pujian Bagi Orang Bijaksana

Masalah kusut dapat diselesaikannya,
Orang marah dapat disejukkannya,
Musuh ganas dapat ditundukkannya.
Yang bengkok dapat diluruskan,
Yang patah dapat disambungkan,
Yang bercerai dapat disatukan,
Yang tenggelam dapat ditimbulkan.
Yang hanyut dapat dimudikkan,
Yang tercicir dapat dikutip,
Yang bocor dapat ditampal,
Yang koyak dapat dijahit.
Yang lekuk dapat diratakan,
Yang hilang dapat dicari,
Yang sesat dapat ke pangkal jalan,
Yang kurang dapat dicukupkan,
Yang lebih dapat dikurangkan.
Bila membahagi sama banyak,
Bila memotong sama besar,
Bila mengukur sama panjang,
Bila membungkus sama tebal,
Bila menyapu sama rata.
Yang tua dikedepankan,
Yang berilmu ditinggikan,
Yang muda dihargai,
Yang lemah diajari,
Yang kuat diikuti.
dipetik daripada
Abdullah Hassan, Aripin Said & Ainon Mohd (2004), Pantun & Gurindam untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Gurindam Orang Berguru Daripada Orang Berilmu
Kalau hendak tahu luasnya padang,
tanyalah belalang.
Kalau hendak tahu banyaknya teluk,
tanyalah siput.
Kalau hendak tahu luasnya kolam,
tanyalah katak.
Kalau hendak tahu dalamnya laut,
tanyalah yu.
Kalau hendak tahu luasnya langit,
tanyalah helang.
Kalau hendak tahu luasnya hutan,
tanyalah kijang.
Kalau hendak tahu kerasnya paku,
tanyalah tukul.
Kalau hendak tahu liatnya tangkai jering,
tanyalah galah.
Semua orang mempunyai pengetahuan,
Semua orang boleh menjadi guru…..
dipetik daripada
Abdullah Hassan, Aripin Said & Ainon Mohd (2004), Pantun & Gurindam untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
tanyalah belalang.
Kalau hendak tahu banyaknya teluk,
tanyalah siput.
Kalau hendak tahu luasnya kolam,
tanyalah katak.
Kalau hendak tahu dalamnya laut,
tanyalah yu.
Kalau hendak tahu luasnya langit,
tanyalah helang.
Kalau hendak tahu luasnya hutan,
tanyalah kijang.
Kalau hendak tahu kerasnya paku,
tanyalah tukul.
Kalau hendak tahu liatnya tangkai jering,
tanyalah galah.
Semua orang mempunyai pengetahuan,
Semua orang boleh menjadi guru…..
dipetik daripada
Abdullah Hassan, Aripin Said & Ainon Mohd (2004), Pantun & Gurindam untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Isnin, Disember 03, 2007
Doaku, Harapanku! 5
Rabu, November 28, 2007
Home - Tanah Airku
http://www.youtube.com/watch?v=Vn5U5Uz_4qQ
Video ini sungguh menarik perhatian saya. Menyenangkan sungguh! Terkenang masa-masa di negeri orang, bersendiri pada saat-saat tertentu.
Visual yang amat kita kenal di sekeliling kita. Alunan suara koir yang mengagumkan lagi menggetarkan dan membangkit perasaan kasih akan tanah tumpah darah kita.
Semoga anda juga menyenanginya.
Doaku, Harapanku! 4

Doa Berlapang Dada Dan Berlidah Yang Fasih
Maka Nabi Musa(a.s) berdoa seraya berkata,
"Wahai Tuhanku, Lapangkanlah bagiku , dadaku;
Mudahkan bagiku, tugasku;
Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku,
Supaya mereka faham perkataanku;
Dan jadikanlah bagi aku, seorang penyokong
daripada ahli keluargaku."
(Surah Taha, ayat 25-29)
Selasa, November 27, 2007
Anugerah Mas

***Foto 4 orang Penerima Anugerah Mas 2006***
Bagi saya adalah amat bermakna sekali penyampaian Anugerah MAS kepada empat tokoh muda yang telah menunjukkan pencapaian dan potensi selaku guru bahasa Melayu yang aktif dalam masyarakat, pengarang dalam bahasa Melayu, ustaz/ustazah yang menulis dalam bahasa Melayu dan ustaz/ustazah yang menyampaikan dakwah dan ilmu dalam bahasa Melayu. Saya menerima anugerah tersebut bagi kategori guru bahasa Melayu yang aktif dalam masyarakat. Anda boleh tersenyum.....
Sebagai salah seorang penerimanya buat julung-julung kalinya, saya bersyukur usaha saya selama ini mendapat perhatian umum walaupun bagi saya usaha-usaha itu sungguh kecil. Selain menunaikan tuntutan dan kewajipan sebagai seorang pendidik, saya berasa perlu melakukan apa-apa yang saya fikir baik untuk manfaat umum. Walaupun ada masa-masanya, usaha yang dijalankan selalu disalah tanggap, disangsikan, digurat dengan maklum balas yang mendukacitakan, saya berkeyakinan bahawa usaha saya bukan untuk dinilai dan bukan untuk diberi ganjaran. Saya mengidam-idamkan ganjaran yang lebih besar daripada-Nya.
Mengenang kembali saat-saat saya menerima anugerah tersebut, isteri, anak-anak dan saudara-mara saya lekat di hati walaupun secara zahirnya mereka tidak hadir kerana meneruskan kelangsungan kehidupan. Bagi mereka, cukup seorang bapa, suami dan saudara yang mereka kenali itu, saya yang dimaksudkan, tetap menjalankan tugas harian saya sedaya mungkin yang saya mampu.
Menilai semula apa-apa yang saya lalui sepanjang 11 bulan setelah menerima anugerah itu, saya harus melangkah terus dengan melipatgandakan usaha saya dalam tugas harian dan kerja-kerja kemasyarakatan yang saya taburkan selama ini. Bukan sesuatu yang besar, namun cukup memberikan kepuasan bagi diri saya. Masa-masa senggang saya tidak berlalu begitu sahaja. Kesihatan zahir dan mental serta batin perlu saya jaga. Selain berusaha dan berdoa, saya juga selalu berharap agar kasih sayang keluarga yang saya bina akan tetap kukuh dan Allah rahmati.
Sebaik-baik sahaja tamat pengajian di Akademi Pengajian Melayu di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, saya berasa terpanggil untuk melakukan apa-apa yang terbaik buat keluarga dan anak-anak didik saya. Di rumah, saya seorang bapa dan suami. Di sekolah, saya seorang guru dan rakan. Pada khalayak masyarakat, saya salah seorang anggota yang harus bersedia mempertahankan nilai-nilai bersama yang setiap warga negara mahukan. Kesemuanya menuntut saya bertambah matang dan berhemah.
Mengenangkan betapa besarnya sumbangan Cikgu Muhammad Ariff Ahmad, dengan kegigihannya, kepada masyarakat dan negara, saya sedar betapa usaha saya selama ini tidaklah dapat menyamai segala-gala yang telah beliau sumbangkan. Namun, dalam diri saya semaikan semangat beliau dan juga setiap guru dan mantan guru saya untuk melakukan yang terbaik bagi anak-anak didik yang bakal menjadi warga negara masa akan datang. Usaha saya termasuklah mempertingkatkan kemampuan dan kemahiran semana yang saya mampu dan memberikan yang terbaik dalam menjalankan tugas saya. Sokongan isteri dan anak-anak saya selama ini menjadi pembakar semangat saya untuk tujuan itu.
Semoga semua pihak dan anak-anak didik saya memahami hasrat saya ini.
Isnin, November 26, 2007
Gurindam Bicara Sopan
Tanda orang beradat,
elok perangai sempurna sifat.
Tanda orang beriman,
perangainya elok berbicaranya sopan.
Tanda orang berilmu,
cakapnya tidak menyingkap malu.
Tanda orang terpuji,
bercakap tidak mengeji,
berbicara tidak memfitnah,
menyanggah tidak menyumpah.
(Tenas Effendy
- Seuntai Kata Seindah Bahasa)
*****
rakaman suara lagunya
http://myfreefilehosting.com/f/7d0b082cfd_0.28MB

Selasa, November 13, 2007
Pantun Panglima
01.
Burung helang terbang menjerit,
Unggas melayang jadi mangsanya;
Keris disandang pedang diheret,
Takut berjuang apa gunanya.
02.
Canang pendekar hebat bunyinya,
Raja berangkat istana Puri;
Jangan kaucabar darjat panglima,
Salah disanggah ajal menanti.
03.
Bunga telapuk songket pendekar,
Senget terselak sebelah kiri;
Bumi kutampar langit bergegar,
Inikan pula busut baru nak jadi.
04.
Pohon gajus condong ditangkat,
Buahnya timbul jatuh di perigi;
Walaupun putus jalan maripat,
Cakap takbur ilmu tak jadi.
05.
Kayu serentang dibuat antan,
Lesungnya pula batang membatu;
Sikat melintang lagi kutelan,
Inikan pula membujur lalu.
06.
Ikan kenderah masak berkuah,
Giling perisa tidak berkunyit;
Takat sedepa kaubawa galah,
Janganlah cuba 'nak jolok langit.
07.
Cantiknya rupa burung belatuk,
Cari makan di tunggul buruk;
Kail sebentuk umpan secangkuk,
Habis kutangkap ikan selubuk.
08.
Buat sikat si duri tanduk,
Sikatkan mari anak Cik Yusup;
Kalau setakat umpan secangkuk,
Anak seluang makan tak cukup.
cuplikan
1000 Pantun Dondang Sayang
KEKKWA, Malaysia, 2004.
Burung helang terbang menjerit,
Unggas melayang jadi mangsanya;
Keris disandang pedang diheret,
Takut berjuang apa gunanya.
02.
Canang pendekar hebat bunyinya,
Raja berangkat istana Puri;
Jangan kaucabar darjat panglima,
Salah disanggah ajal menanti.
03.
Bunga telapuk songket pendekar,
Senget terselak sebelah kiri;
Bumi kutampar langit bergegar,
Inikan pula busut baru nak jadi.
04.
Pohon gajus condong ditangkat,
Buahnya timbul jatuh di perigi;
Walaupun putus jalan maripat,
Cakap takbur ilmu tak jadi.
05.
Kayu serentang dibuat antan,
Lesungnya pula batang membatu;
Sikat melintang lagi kutelan,
Inikan pula membujur lalu.
06.
Ikan kenderah masak berkuah,
Giling perisa tidak berkunyit;
Takat sedepa kaubawa galah,
Janganlah cuba 'nak jolok langit.
07.
Cantiknya rupa burung belatuk,
Cari makan di tunggul buruk;
Kail sebentuk umpan secangkuk,
Habis kutangkap ikan selubuk.
08.
Buat sikat si duri tanduk,
Sikatkan mari anak Cik Yusup;
Kalau setakat umpan secangkuk,
Anak seluang makan tak cukup.
cuplikan
1000 Pantun Dondang Sayang
KEKKWA, Malaysia, 2004.
Isnin, November 12, 2007
Renungkanlah! 2
Memupuk Cita-cita
* Ramai orang ingin mencapai cita-cta, tetapi keinginan sahaja tidak mencukupi untuk membawa kita tiba ke puncak cita-cita. Kita harus berani berjuang untuk berusaha dan menjadikannya kenyataan dengan bertindak bijak. Kita harus kaya dengan cita-cita.
* Anda mesti gigih berjuang gigih dengan semangat yang menyala-nyala untuk mencapai cita-cita anda itu. Kecil atau besarnya sesorang manusia itu ditentukan oleh kecil atau besarnya cita-cita yang dibina dalam hidupnya.
* Betapa kuatnya cita-cita anda, jika tidak disertai dengan tindakan yang wajar, tidak akan terlaksana. Cita-cita yang baik itu tidak diamalkan kerana etrnyata cita-cita itu ibarat sebuah mimpi.
* Gagahkan diri anda untuk mencapai cita-cita. Berjuta-juta manusia yang berjaya berhasil mencapai cita-cita mereka bukan kerana mereka pandai tetapi mereka berani mencuba. Bagi Iskandar Zulkarnain, Maharaja Makadunia, "Tidak ada yang mustahil bagi mereka yang berani mencuba."
Membina Kejayaan
* Jika anda membiasakan diri memikirkan kejayaan dan berasa diri anda sebagai salah seorang yang telah berjaya, sikap demikian akan pasti membawa anda lebih dekat ke arah tahap kejayaan.
* Perlu anda ketahui bahawa seseorang yang telah berjaya bukanlah orang yang menafikan masalah yang timbul tetapi adalah seseorang yang faham cara-cara mencari ikhtiar menanganinya apabila berhadapan dengan rintangan dalam usahanya mencapai cita-cita.
* Kejayaan tidak akan dapat kita hampiri, apa lagi untuk kita capai dengan hanya kata-kata kosong tanpa usaha. Cara yang paling berkesan adalah melalui tindakan yang jitu lagi wajar.
* Setiap kejayaan harus diperjuangkan. Setiap perjuangan mesti ada menang kecundang, manis pahitnya, gagal jayanya. Demikianlah lumrah alam ini.
Menghadapi Kegagalan
* Jika anda menghadapi kegagalan, usah sekali-kali membiarkan kegagalan itu meracuni dan melemahkan semangat anda. Anda harus yakin bahawa setiap kesulitan dapat diatasi dan jangan sekali-kali menyerah kalah atau berputus asa.
* Usahlah anda berputus asa jika ada masa-masanya anda terpaksa berhadapan dengan kegagalan. Usahlah anda menyerah kalah. Anggaplah setiap masalah yang anda lalui sebagai cabaran atau ujian daripada Allah swt.
* Jika anda menghadapi kegagalan kerana kesilapan, usahlah mengecam nasib. Hal sedemikian tidak ada faedahnya. Anda harus ada hasrat dan kemahuan yang semakin kukuh untuk memperbaiki kesilapan itu.
* Pujangga Hamka pernah mengatakan, "Usah takut menghadapi kegagalan kerana dengan kegagalan itu kita beroleh pengalaman tentang kekuatan dan kelemahan diri kita. Yang harus kita takuti adalah gagal kali kedua dalam perkara yang sama."

Selasa, November 06, 2007
Doaku, Harapanku! 3
Isnin, Oktober 22, 2007
Syair Petua Berkawan
oleh Cikgu Mohamed Naim Daipi
1.
Wahai anakku permata hati,
Jadikan panduan amanatku ini,
Sesama sahabat jangan beriri,
Sahabat menjauh tersingkir diri.
2.
Sahabat yang baik bagai pelita,
Menerangi alam gelap gelita,
Tatkala susah bersama kita,
ketika senang dia bersama.
3.
Dengan sahabat jangan berlagak,
Tutur dan kata jangan terlajak,
Selalu berhemah lurus dan tegak,
Berbudi bahasa selalu tergalak.
4.
Hasad dengki anakku hindari,
Agar tersisih sifat yang keji,
Pekerti murni hiasan diri,
Amalkanlah anakku setiap hari.
5.
Jika berjanji dimungkir jangan,
Kelak sahabat menjadi rawan,
Janji dikota kita amalkan,
Teballah semangat setia kawan.
6.
Usahlah sombong usahlah anggak,
Sifat begitu tidak dibagak,
Rendah hati hendaklah digerak,
Kawan pun intim tidak berjarak.
7.
Sesama sahabat jangan berbalah,
Intim dan akrab nanti terbelah,
Sesama sahabat jangalah menyalah,
Kata sepakat nanti menyerlah.
8.
Sesama sahabat jangan berdusta,
Kelak kawan tidak percaya,
Semua ucapan semua kata,
Hilang bicara tidak bermakna.
9.
Sesama sahabat jangan mencela,
Jangan menghina jangan mencerca,
Kepada sahabat hendaklah dimulia,
Setia kawan terpelihara.
10.
Semua tindak hendaklah fikir,
Agar persahabatan tidak gelincir,
Sifat bakhil mahupun kikir,
Jadikan sahabat jauh tersingkir.
11.
Dengan sahabat hormat-menghormati,
Tolong-menolong berteguh hati,
Dengki khianat kita jauhi,
Persabahatan kita semakin bahari.
12.
Bersama sahabat kejarlah ilmu,
Giatlah belajar jangan jemu,
Sentiasa bertanya kepada guru,
Bantu-membantu amalkan selalu.
13.
Jauhilah anakku sifat amarah,
Agar keakraban kita tak punah,
Kepada Tuhan mentiasa berserah,
Doakah sahabat aman sejahtera.
14.
Demikianlah ankku petua berkawan,
Kata-kataku jadikan pedoman,
Sebarkan kepada handai dan taulan,
Susana berkawan bertambah aman.
rakaman suara contoh lagunya
http://myfreefilehosting.com/f/93266aaa42_25.41MB

Jumaat, Oktober 19, 2007
Gurindam Pelajar 1
Jika anakku jadi pelajar,
Usahlah malas hendak belajar.
Jika rajin mengulang kaji,
Mudah dijawab apa-apa diuji.
Jikan anakku hendak berlatih,
Mesti tahan penat dan letih.
Jika berusaha sambil lewa,
Tidak hairan kalau kecewa.
Berusaha anakku bersungguh-sungguh,
Usah anakku bertangguh-tangguh.
Banyak membaca fikiran 'kan kaya,
Rajin berusaha pasti berjaya.
Masa itu emas dan wang,
Walaupun sedikit usah dibuang.
Sudah tahu belajar lagi,
Banyak untungnya tiada rugi.
cuplikan
Seuntai Kasih Secebis Harapan,
Mas Adeki, Kuala Lumpur 2006.
rakaman suara contoh lagunya
http://myfreefilehosting.com/f/55baedaa68_9.82MB
Khamis, Oktober 18, 2007
Renungkanlah
1.
“Dunia hari esok dimiliki oleh mereka yang memiliki wawasan hari ini.”
Robert Schuller
2.
“Ketahuilah, gagal mencapai matlamat bukan sebuah tragedi. Tragedi adalah akibat bagi usaha yang tidak bermatlamat untuk dicapai. Bukanlah satu bencana apabila seseorang itu mati dalam keadaan gagal untuk mencapai impiannya, tetapi yang dikatakan bencana adalah apabila seseorang itu tidak mempunyai impian. Usah malu jika cita-cita anda tidak kesampaian, akan tetapi berasa malulah jika anda tidak ada cita-cita untuk dikejar.”
Helmut Schimdt
3.
“90 peratus dalam apa-apa yang kita lakukan terletak pada persediaan yang kita buat. Kepintaran dipercayai 90 peratus usaha gigih dan 10 peratus inspirasi. Hukum 90 peratus ini juga berlaku dalam usaha kita belajar.”
Jean Maris-Stien
4.
“Kunci pada pencapaian ilmu secara mudah adalah kerana pengibatan seluruh emosi dan minda sewaktu kita belajar.”
Jean Marie-Stein
5.
“Kekata disiplin diterjemahkan daripada kekata Inggeris ‘discipline’. Kekata ‘discipline’ berasal daripada kekata ‘disciple’ yang membawa erti ‘… pengikut seseorang guru.’ Seseorang pengikut akan menurut apa-apa suruhan gurunya adalah bukanlah disebabkan kerana dia takut menerima hukuman jika dia mengingkarinya. Malahan, pengikut itu menuruti suruhan-suruhan gurunya kerana dia mempercayai dan menyayangi gurunya itu.”
Zig Ziglar
6.
“Anda boleh mengingati sesuatu yang baru jika hal itu dikaitkan dengan sesuatu yang anda sudah tahu atau dengan ingatan yang anda sudah sedia ada.”
Harry Lorange & Jenny Lucas
7.
“Idea baru itu hanyalah gabungan unsur-unsur idea yang telah ada.”
Gordon Dryden
8.
Ramai orang tidak mendengar dengan tujuan untuk memahami akan sesuatu yang diperkatakan tetapi mendengar dengan tujuan untuk menjawab.”
Stephen Covey

Rabu, Oktober 10, 2007
Doaku Harapanku! 2
Doa Beroleh Ilmu yang Bermanfaat
Dengan nama Allah,
Maha Pengasih, Maha Penyayang!
Ya, Allah!
Sesungguhnya, aku berlindung kepada-Mu
daripada ilmu yang tidak bermanfaat,
daripada hati yang tidak khusyuk,
daripada nafsu yang tidak pernah kenyang,
dan daripada doa yang tidak diperkenankan.
Aamiiin!
Perkenanlah doaku ini,
Tuhan Seru Alam!

Jumaat, Oktober 05, 2007
Erti Tunjuk Ajar
Yang disebut tunjuk ajar,
menunjuk kepada yang elok,
mengajar kepada yang benar,
mendidik kepada yang baik,
beramanah kepada yang berfaedah,
bernasihat kepada yang bermanfaat,
meneladan kepada yang sepadan,
mencontoh kepada yang senonoh,
meniru kepada yang sejudu,
memakai kepada yang sesuai.
Apabila anak ditunjuk ajar,
kecil bernama besar bergelar,
duduk tegak pada yang benar,
fikiran jernih hati penyabar.
Apabila anak diberi petuah,
kecilnya baik besarnya menakah,
berjalan tidak tersesat langkah,
bercakap tidak tersalah lidah,
bergaul tidak tersalah tingkah,
bekerja tidak pada yang salah.
Apabila anak selalu dituntun,
budi mulia perangai pun santun,
hidup sedusun tuntun menuntun,
hidup sebanjar ajar mengajar.
Apabila anak diberi amanah,
mudanya elok tua bermaruah,
tahu menapis benar dan salah,
tahu bekerja membawa faedah,
tahu memelihara laku kerenah.
(Tenas Affendy 2003a)
cuplikan daripada
Seuntai Kata Seindah Bahasa,
2007, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jumaat, September 28, 2007
Doaku Harapanku!
Doa Ketenangan Jiwa
Bismillahir Rahmanir Rahim!
Allah, ya Tuhan kami!
Curahkanlah atas kami
Kesabaran, keteguhan pendirian
Bantulah kami!
Allah, ya Tuhan kami!
Usahlah Kau-palingkan
Hati-hati kami sekalian
Sesudah Kau-tunjuki, Kau-bimbingi!
Daripada Hadirat-Mu
Berilah kami rahmat-Mu!
Kami akui, Kaulah yang Maha Pemberi!
Kepada-Mu, ya Rabbi!
Ketenangan jiwa, ketenteraman jiwa
Pinta kami ini!
Kami akui, kami yakini
Ada pertemuan menghadap-Mu!
Kami redha dengan keputusan-Mu!
Berasa puas pada diri-diri kami
Dengan semua pemberian-Mu!
Aamiiin!
Bismillahir Rahmanir Rahim!
Allah, ya Tuhan kami!
Curahkanlah atas kami
Kesabaran, keteguhan pendirian
Bantulah kami!
Allah, ya Tuhan kami!
Usahlah Kau-palingkan
Hati-hati kami sekalian
Sesudah Kau-tunjuki, Kau-bimbingi!
Daripada Hadirat-Mu
Berilah kami rahmat-Mu!
Kami akui, Kaulah yang Maha Pemberi!
Kepada-Mu, ya Rabbi!
Ketenangan jiwa, ketenteraman jiwa
Pinta kami ini!
Kami akui, kami yakini
Ada pertemuan menghadap-Mu!
Kami redha dengan keputusan-Mu!
Berasa puas pada diri-diri kami
Dengan semua pemberian-Mu!
Aamiiin!
Langgan:
Catatan (Atom)