Memaparkan catatan dengan label Bahan Pengajaran Bahasa Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahan Pengajaran Bahasa Melayu. Papar semua catatan

Khamis, April 14, 2011

Bengkel Penulisan P5, Sekolah Rendah North Spring, 14.4.2011

Alhamdulillah. Aktiviti ini telah berjalan dengan jayanya dan bermula dari jam 1.30ptg hingga 3.30ptg. Terima kasih kepada Cikgu Fahmy dan rakan-rakan guru BMnya yang sudi menerima pelawaan saya untuk berkongsi keghairahan menulis karangan dengan baik bagi tujuan kerja-kerja harian dan ujian.


Saya menyuruh para murid dalam kumpulan masing-masing menyusun kepingan-kepingan gambar bersiri dan membincangkan bahawa ada jalinan cerita dalam latihan mereka itu. Saya lanjutkan dengan perbincangan menggunakan pengalaman deria dalam menghasilkan ayat-ayat menarik dalam karangan mereka pula. Sesudah itu, saya bincangkan tentang 3 cara memulakan karangan dan 3 cara mengakhiri karangan mereka.


Pada akhir sesi, saya minta mereka buat sebuah karangan berdasarkan latihan yang guru mereka siapkan. Karangan-karangan itu akan disemak para guru dan 10 daripadanya akan dihantar kepada saya untuk dinilai dan akan saya berikan hadiah kelak.


Semoga murid-murid itu dapat menghasilkan karangan yang lebih baik berkat bimbingan para guru BM mereka itu, insya-Allah. Saya berasa amat senang dengan pengalaman ini.

Selasa, Ogos 04, 2009

Baca! Singapura 2.1 - Potret

Berikut adalah sebahagian gambar yang dipetik semalam. Hanya untuk rakaman sahaja.





Ahad, Julai 26, 2009

Sesi Bicara Dengan Muhd Khairool Haque

Penulis - bekas pelajar BPGHS 2008

Penulis bersama Pustakawan

Peserta sesi berfoto dengan penulis


Acara jam sebelas pagi itu bermula pada pukul sebelas suku pagi. Muhd Khairool bercerita tentang karya MRT, cerpen yang termuat dalam antologi Perjalananku - Karya Sayembara Cerpen Pelajar Menengah 2008.

Dalam sesi yang dipengerusikan oleh Pustakawan Herman Rothman, Khairool menceritakan cerpen yang ditulisnya dalam masa sehari itu sarat dengan perihal yang berlaku sekitar ikon negara; MRT. Setiap satu yang begitu biasa bagi setiap penumpangnya diteliti Khairool dan diberikan penilaian serta persoalan akan apa-apa yang berlaku dalam setiap fikiran penumpang MRT. Darihal simbol wanita yang mendapat sorotan persoalan masa, kasih sayang, wang, pelajaran dan hakikat hidup masyarakat di sekelilingnya diperlihatkan dalam karya anak muda bekas pelajar BPGHS ini. Beliau kini meneruskan pelajarannya di salah sebuah politeknik di sini.

Sesi perbincangan dengan peserta amat menarik dengan hal-hal yang kita boleh kaitkan dengan peristiwa harian yang bukan asing dalam kalangan kita rakyat Singapura.

Setiap peserta mendpat senaskhah antologi dan saya berharap para pelajar saya yang menjadi sebahagian peserta sesi ini akan tersu membaca dan mungkin akan timbul lebih ramai penulis baru dalam kalangan mereka, insya-Allah.

Sinopsis Cerpen Antologi 'Impian dan Pillihan'



Antologi Impian dan Pilihan dalam bentuk buku dan buku audio

Antologi ini merupakan bahan yang diterbitkan bagi acara Baca! Singapura 2009. Saya berharap dengan sinopsis mudah yang saya sediakan di bawah ini dapat merangsang para pelajar untuk menikmati hasil kerja kreatif negara kita yang tercinta.

01.Usah Pandang Belakang – Robert Shearman
Sang Suami menempuh penuh kesukaran untuk membawa roh isterinya pulang dari Alam Barzakh. Isterinya mati dipatuk ular sewaktu menari-nari selepas upacara pernikahan mereka. Sepulangnya dari Alam Barzakh, mereka hidup bahagia dan telah dikurniakan dua orang anak. Namun, sang isteri berkelakuan ganjil walaupun anak mereka sudah besar.
Pada suatu masa, sang suami menemukan hobi yang baru yang amat dibenci sang isteri. Dia memelihara ular sawa di rumahnya. Sang suami berasa bahagia dengan hobi barunya itu.

02. Sepupuku Tim - Simon Tay
Eddie berasa iri dengan sepupunya yang digelarnya Tim. Tim dihantar belajar di sebuah universiti di London. Namun, Tim tidak menyelesaikan pengajiannya dan ini menghambat peluang Eddie untuk belajar di London. Tim hidup bergelandangan di kota besar itu dengan kerap bertukar ganti wanita yang hidup sekedudukan dengannya di sana. Tim tidak mahu pulang ke Singapura kerana dia sedar betapa dia menjadi cemuhan saudara-maranya di Singapura. Eddie pula Berjaya melanjutkan pelajaran di Singapura dan telah berumah tangga dengan mendapat dua orang anak.
Pada hari kematian ayah Tim, mendiang Uncle Keong Tim, keluarga Eddie turut bersama-sama berjaga malam sebelum mayat bapa saudaranya itu dikebumikan. Tim pulang ke rumah mereka dengan senyap-senyap dan menemui Eddie lantas mereka saling bertukar pandangan tentang masa depan Tim. Akhirnya, Tim dapat Eddie yakinkan untuk pulang mendampingi ibunya, Auntie Jane yang telah kehilangan tempat bergantung setelah kematian Uncle Keong Tim itu. Tim tidak pulang sebagai seorang yang papa kedana tetapi dia telah berjaya meraih wang yang banyak setelah berusaha mengumpul hartanah dan menjualnya sebelum dia pulang semula ke Singapura.

03. Xiang Xue – Tie Ning
Xiang Xue gadis Tao Er Guo, sebuah desa kecil tempat perhentian kereta api yang terletak di kawasan pergunungan. Para gadis desa tersebut mengambil kesempatan untuk bertukar-tukar barang-barang kampung dengan para penumpang kereta api yang singgah di perhentian itu setiap hari. Xiang Xue seorang gadis terpelajar itu amat menginginkan sebuah kotak pensel automatis yang tidak terdapat di tempat tinggalnya. Ayah Xiang Xue seorang tukang kayu dan hidup mereka sekeluarga amat miskin. Kemiskinan Xiang Xue itu tidak menghambatnya untuk mendapatkan kotak pensel yang diidam-idamkannya itu.
Pada suatu hari, Xiang Xue berjaya mendapatkan kotak pensel daripada salah seorang penumpang kereta api itu sewaktu kereta api itu singgah sebentar di perhentian Tao Er Goa. Malangnya, Xiao Xuen terpaksa turun di perhentian selanjutnya setelah kereta api itu bergerak sebelum sempat dia turun. Cita-citanya tercapai juga tetapi Xiang Xue menghadapi kesulitan untuk pulang kerana perhentian selanjutnya terletak 30 batu dari kampungnya. Dalam kelam malam, Xiang Xue memberanikan diri untuk berjalan pulang ke kampungnya dengan menyusuri laluan landasan kereta api itu. Dia menyedari betapa indahnya negeri yang dia diami sewaktu dalam perjalanan pulang itu. Kerana kecekalan hatinya, dia berjaya sampai ke Tao Er Guan dan kepulanganya disambut oleh kawan-kawannya yang menyangka dia akan tersesat setelah terperangkap dalam kereta api hari sebelumnya.

04. Tebing Merah – Luo Guan Zhong
Dalam cerita perang ini, strategi Perdana Menteri Cao Cao telah berkali-kali tidak berjaya kerana pihak musuh berjaya mengalahkan pasukannya dengan teruk sekali. Ini menyebabkab Cao Cao terpaksa merayu belas ikhsan daripada
panglima Guan Yu agar melepaskannya dengan saki-baki askar-askranya untuk berundur. Mengenangkan akan jasa baik Cao Cao pada masa lalu, Guan Yu membenarkan dia meninggalkan medan peperangan untuk menyelamatakan diri sungguhpun Guan Yu tahu hal sedemikian akan mengundang kemarahan dan hukuman berat daripada ketuanya, Zhuge Liang dan Liu Bei.

05. Elergi Di Tabir Pelangi – Helmilina Mohd Som
Giri meninggalkan kampung halamannya untuk untuk bekerja di Singapura kerana gaji tinggi yang amat dia perlukan untuk menyara hidup keluarga dan biaya yuran persekolahan adik-adiknya. Dia sedar betapa di kota yang mencabar ini, ramai yang pada mulanya datang sepertinya untuk mencari rezeki hanyut dengan kemewahan hidup di sini. Girish tidak begitu. Dia sedar sebab-musabab dia datang bekerja di sini.
Tapak pembinaan di bawah tanah itu pula digugat dengan keruntuhan tanah akibat musim hujan dan struktur tanah yang tidak kukuh. Girish terperangkap dan terhempap dengan palang-palang besi. Dalam saat-saat terakhirnya, dia terbayang betapa keadaan keluarganya apabila dia menemui maut kelak. Dia berharap pampasan yang akan mereka terima daripada kemalangan yang dia hadapi akan dapat membantu mereka untuk terus bertakat dalam kehidupan masa hadapan mereka tanpa krhadirannya.

06. Perempuan Kerudung Hitam
Rat dan isterinya sedang bergerak keluar dari Masjidil Haram apabila dia menangkap seorang perempuan yang cuba mencopetnya. Dia terdorong untuk melaporkan perbuatan perempuan itu namun berubah fikiran setelah dia menyaksikan nasib seorang pesalah yang dipotong tangannya akibat kesalahan mencuri. Dengan sekelip mata perempuan itu menghilangkan dirinya sebaik-baik sahaja Rat melepaskan tangannya.
Sewaktu dia dan isterinya berjalan pulang ke hotel tempat penginapan mereka itu, mereka didatangi perempuan tersebut dengan diiringi oleh dua orang lelaki lain. Kehadiran mereka mencemaskan pasangan suami isteri itu namun mereka lega setelah dapat berbual-bual dan memahami maksud mereka datang menemuinya.

07. Kehidupan Begitu – Pon Sundararaju
Anak Ayavvoo, Elango menggantikan pegawai pengurus di pejabat tempat Ayavvoo bertugas. Maniam yang menyelianya berubah daripada seorang yang suka mencari masalah dengannya kini dengan tiba-tiba menjadi seorang yang menghantar seorang pekerja lain untuk menolong Ayyavvoo di kawasan dia bertugas. Menyedari akan hal itu, Ayavvoo bertegas dengan sikap yang tidak patut itu hanya kerana anaknya sudah menjadi pegawai di pejabat tempat dia bertugas.

08. Fatamorgana – N. Palanivelu
Kannappar amat menyenangi naak angkatnya, Thiruselvam. Thiruselvam sedar betapa kepercayaan Kannapar tidak disenangi oleh anaknya yang bernama Malliga, yang hendak dikahwinkan kepadanya oleh majikannya itu. Namun, Thiruselvam berasa lega akhirnya Kannappa mengahwinkan Malliga kepada Thangarasan dan tidak dibebani dengan kebencian keluarga Kannappar. Kannappar sedar betapa mulia hati Thiruselvam membantu majikannya berjaya dalam perniagaan dengan menjalankan tugasnya dengan tekun. Kannappar masih berasa bahawa dia terhutang kepada pekerjanya dan masih mencari jalan untuk mengotakan janji-janjinya.

Selasa, Disember 23, 2008

Kata Tugas - Bahan Pelajaran

Bahan-bahan ini merupkan fasa terakhir bagi komponen morfologi - pembentukan kata - untuk tujuan memberikan pengetahuan asas bagi tatabahasa Melayu. Namun, semua ini jauh daripada sempurna. Tugas setiap pelajar saya menyempurnakannya dengan kerap berlatih mengayat dengan baik yang perlu disokong dengan pembacaan dan pendengaran bahan-bahan berbahasa Melayu. Penguasaan Bahasa Melayu kita boleh dijanakan dengan tanpa hadnya, namun, hal-hal tatabahasa hendaklah dipatuhi dengan penuh kesedaran agar mudah bagi orang lain memahami apa-apa yang hendak kita nyatakan kelak.

Namun begitu, bahan ini akan saya kemas kini dari masa ke masa.

Slaid Pengajaran
Kata Tugas 1
View SlideShare presentation or Upload your own.


Kertas Latihan
Latihan Kata Tugas 1
View SlideShare presentation or Upload your own.

Kata Adjektif - Bahan Pelajaran

Bahan ini juga adalah lanjutan usaha saya dalam menyediakan bahan bagi pengajaran tatabahasa Melayu, menurut kemampuan saya. Semoga bahan ini juga akan memberikan anda pemahaman asas bagi penjanaan idea dan gagasan dengan menggunakan tatabahasa Melayu yang baik.

Slaid Pengajaran
Kata Adjektif
View SlideShare presentation or Upload your own.


Kertas Latihan
Latihan Kata Adjektif
View SlideShare presentation or Upload your own.

Kata Kerja - Bahan Pelajaran

Ini adalah lanjutan daripada usaha saya menyediakan bahan-bahan untuk para pelajar saya gunakan. Bahan ini hanya memberi anda latihan dan harus disokong dengan pembacaan yang luas dalam apa-apa bidang yang setiap para pelajar saya minati. Doa saya semoga semua harapan ibu bapa dan orang-orang yang anda kasihi menemukan anda kejayaan dan kebahagiaan.

Slaid Pengajaran
Kata Kerja
View SlideShare presentation or Upload your own.


Kertas Latihan
Latihan Kata Kerja
View SlideShare presentation or Upload your own.

Jumaat, Disember 12, 2008

Kata Nama

Bahan ini boleh para pelajar gunakan untuk memantapkan pemahaman tentang salah satu kelas kata dalam bahasa Melayu. Para pelajar diusulkan agar dapat menguasainya untuk membolehkan diri agar dapat membina ayat yang efektif pada masa hadapan.

01. Slaid Pengetahuan Kelas Kata Nama
Kata Nama
View SlideShare presentation or Upload your own.


02. Slaid 3 Helai Kertas Latihan Lengkap
Latihan Kata Nama
View SlideShare presentation or Upload your own.

Jumaat, November 28, 2008

Lagu Syair Guru Arif Budiman 2008

Bagi makluman semua, bahan ini saya angkat daripada pesanan-pesanan yang terdapat dalam Hikayat Abdullah oleh Munsyi Abdullah dan Seuntai Kata Seindah Bahasa yang banyak memuatkan puisi-puisi tradisional Pak Tenas Affendy. Setelah memahami akan objektif Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB), saya gubah inti pati kedua-dua teks dan disusun dalam lapan rangkap syair ini.

Dendangan syairnya pula saya memanfaatkan dua daripada sebilangan besar ragam Lagu Syair Siti Zubaidah yang terkenal di daerah Nusantara ini.

Semoga usaha ini akan memeriahkan lagi usaha kita semua di seluruh Nusantara, dalam mengayakan lagi jumlah jenis-jenis lagu syair tradisional kita yang masih dikenali dan diamalkan.

****


Teks Syair Guru Arif Budiman


01.
Ayuhai tuan arif budiman,
Ayahanda Munsyi ada berpesan,
Padanya guru dalam pekerjaan,
Moleklah kita buat pedoman.

02.
Berpengetahuan syarat utama,
Tiada ujub pada cirinya,
Sabar membimbing anak didiknya,
Walaupun bebal pada sifatnya.

03.
Ilmu bahasa penting baginya,
Tahu setiap kata, penggunaannya,
Supaya faham anak-anak didiknya,
Setiap masa rajin berusaha.

04.
Pesanan Ayahanda Paduka pula,
Orang yang alim banyak manfaatnya,
Ilmunya ditebar merata-rata,
Setiap insan dapat kebaktiannya.

05.
Apabila anak ditunjuk ajar,
Kecil bernama besar bergelar,
Duduk tegak pada yang benar,
Fikiran jernih hatinya penyabar.

06.
Apabila anak diberi petuah,
Kecilnya baik besar menakah,
Berjalan tidak tersesat langkah,
Bercakap tidak tersalah lidah.

07.
Bergaul tidak tersilap tingkah,
Berkerja tidak pada yang salah,
Tahu memelihara laku kerenah,
Itulah dia insan bermaruah.

08.
Pekerjaan guru bukan mudahnya,
Berbakti untuk bangsa negara,
Arif budiman harapan bangsa,
Ayuhlah kita laksanakannya.


(pautan rakaman suara menggunakan 2 ragam Lagu Syair Siti Zubaidah untuk anda muat turun)
http://myfreefilehosting.com/f/908191d752_2.42MB

****

Tahniah buat semua penerima Anugerah Guru Arif Budiman 2008.

Jumaat, Oktober 31, 2008

Bahan Bahasa Melayu

Semoga bahan yang Cikgu Mohamaed Naim Daipi kongsi ini dapat para pelajar manfaatkan.

Sila dapatkan bahan-bahan tersebut dalam pautan di bawah ini.
http://saujana.sg/Wahana/BICARABAHASA/PenggolonganKata/tabid/2052/Default.aspx

Selamat bercuti.

Isnin, Ogos 11, 2008

Antologi Jauh Di Mata, Dekat Di Hati

Buku dan Buku Audio Antologi Jauh Di Mata, Dekat Di Mata
Singapura: NLB, 2008


Inilah sinopsis ringkas kesemua cerpen yang termuat dalam buku ini. Buku audio hanya memuatkan dua karya aslinya, iaitu cerpen berbahasa Melayu dalam antologi ini.


Cerpen 1
Pandangan Salji - oleh Anita Desai

Rakesh serba salah apabila kedua-dua orang 'ibu'nya dari India datang hendak membantu merawat Beth, isterinya yang sarat mengandung dan akan bersalin.

Kasih antara Asha dan Anu, kedua-dua orang wanita yang menjadi 'ibu' Rakesh tidak dapat dihuraikan Rakesh untuk menuntut pemahaman isterinya itu.

Sebagai orang Asia yang berkeperibadian tinggi, kedua-dua orang 'ibu' Rakesh sedar betapa keadaan yang membenarkan Rakesh menjadi manusia berjaya dan bahagia dengan menuntut ilmu di luar negara.

Kisah silam Asha dan Anu cukup unik. Kerana kasih akan kakak yang dikasihinya, Anu mengizinkan Asha merawat dan mengasuh anaknya, Rakesh sejak bayi lagi.

Kerana kasih akan Anu pula, Asha membela adiknya yang diusir keluar keluarga suaminya setelah dia menjadi janda.

Kedua-dua wanita janda itu hidup bersama-sama sambil membesarkan Rakesh.

Kerana sedar bahawa kehadiran mereka tidak disenangi oleh menantu orang barat mereka, kedua-dua mengambil keputusan untuk pulang segera ke tanah air mereka apabila mereka yakin menantunya itu akan berada dalam keadaan yang lebih baik tanpa campur tangan mereka dalam merawat bayi yang baru lahir itu.



Cerpen 2
Singa Di Musim Salji - oleh Weena Poon


Cerpen menceritakan pengalaman Freddie, rakyat Singapura yang menetap di Amerika Syarikat dan pulang ke Singapura. Dia menyedari betapa di Singapura, dia menemui semula kenangan hidupnya sewaktu kanak-kanak sebelum berangkat ke Amerika Syarikat.

Yang terkesan padanya sewaktu berada di Singapura adalah keramahan oang-orang Singapura (hlm 33, perenggan 4) dan keindahan serta kecekapan pegawai-pegawai di Lapangan Terbang Changi (hlm 36, perenggan 1). Freddie juga terkesan akan tanggapan msyarakat Cina Singapura mengenai peranan penjaga kanak-kanak yang diupah (hlm 39, perenggan 3) serta layanan mesra orang Singapura kepada tetamu yang berkunjung ke rumah mereka (hlm 40, perenggan 4).

Kerinduannya pada pengalaman-pengalaman itulah yang membuat Freddie sedar betapa kakaknya, Franceska, masih terus mengekal hubungan erat lagi mesra dengannya dan semua kenalan yang merantau ke luar negara Singapura.



Cerpen 3
Kampung Nee Soon - oleh Ding Yu

Setiap kali pulang ke Singapura, Guo Quan terkenang akan zaman kanak-kanaknya. Dia masih mengenang akan kawan-kawan baiknya, iaitu Xiao Mi, Ah Siong dan 'Tembam'.

Walaupun kini dia memiliki kerakyatan Amerika Syarikat, Guo Quan telah mengambil keputusan untuk terus memegang kerakyatan Singapura. Singapura baginya adalah masa hadapannya. Namun, nasib Xiao Mi yang sebatang kara serta teringat akan janji-janjinya kepada Xiao Mi, membuat remaja lapan belas tahun itu terus mencarinya.

Xiao Mi tidak diketemuinya. Guo Quan menangisi usahanya yang gagal itu, dan selain itu juga "….. dia menemui kenangan yang hilang, tetapi juga pengalaman yang telah dilupakan."



Cerpen 4
Perkahwinan Yang Direstui - oleh Collin Lee

Hajat kedua-dua keluarga You Li dan Su Fen untuk mengahwinkan mereka berdua dipersetujui walaupun masing-masing dikatakan tidak serasi. Namun, anak-anak muda yang berpegang dengan pandangan moden dan menentang adat lama yang dipegang keluarga kedua-dua pihak menimbulkan ketegangan.

Perbalahan itu diselesaikan oleh Paderi Micheal yang pernah mengajar You Li dan Su Fen. Paderi itu fasih berbahasa Hokkien. Sikap dan gaya mesra paderi tersebut telah menambat hati kedua-dua pihak keluarga. Dengan perantaraan paderi tersebut, kedua-dua keluarga dapat mencapai kata sepakat dalam merundingkan acara majlis perkahwinan anak-anak mereka itu.



Cerpen 5
Singapuraku - oleh Hafiza Talib

Aini berasa kagum dan terharu dengan kegigihan rakyat Singapura dalam menempuh pelbagai cabaran seperti SARS, kemelesetan ekonomi dan pembuangan kerja.

Dia segera pulang ke tanah air untuk menyambut hari kemerdekaan Singapura bersama-sama keluarga arwah kakaknya. Bersama-sama tunangnya, Abdul Hadi, mereka bersama-sama merenung semula betapa Singapura bangkit semula dengan kukuh tali persaudaraan sesama rakyatnya menjadi sebuah masyarakat yang kuat.



Cerpen 6
Singapura Lama Singapura Baru - Oleh Dehliez

Pak Raub kembali setelah 45 tahu meninggalkan Singapura. Dia kagum dengan kepesatan pembangunan Singapura dalam masa dia merantau itu. Kenangannya akan kampung halamannya dan pencariannya mencari kaum keluarganya menghimbau kenangan-kenangan lama sewaktu menaiiki beca sewaannya.


Cerpen 7
Buaian Kasih - oleh Mu Thangarasan

Azhgammal, pembantu dari India, diambil bekerja dengan keluarga Anbumani dan Kanagambigai untuk merawat cucu mereka, Anbanadhan yang baru dilahirkan, anak Selvanathan. Azhgammal pula baru melahirkan anak dan telah dititipkan kepada keluarganya sebelum berangkat ke Singapura.

Menyedari akan keadaan Anbazhagi tidak mahu menyusukan sendiri bayinya, Azhgammal memberi susu badannya kerana sedar akan manfaat tindakannya itu. Hal itu tidak ketahui oleh sesiapa melainkan Kanagambigai dan Anbumani. Kedua-dua oran datuk dan nenek Anbanadhan bersyukur kerana mereka juga sedar akan manfaatnya bayi yang baru lahir itu menerima susu badan. Kanambagai bertambah kasih akan Azhgammal dan dimasakkannya pel;bagai makanan yang berkhasiat untuknya sewaktu menyusukan cucunya.

Pada masa yang sama, Azhgammal juga merindui anak kandungnya sendiri dan kasihnya itu ditumpahkan kepada anak majikannya, Anbanadhan.

Enam bulan, setelah tempoh Azhgammal bekerja dengan keluarga Anbumani dan Kanagambigai tamat, mereka menghadapi masalah sesudah Azhgammal dipulangkkan kepada pihak agensi pembantu rumah. Menyedari Anbanadhan merindui susu dan kasih Azhgammal dan setelah dinasihati doktor, pembantu rumah itu diambil semula bekerja demi perkembangan bayi yang berusia enam bulan itu.



Cerpen 8
Berlian Di Dasar Bumi - oleh Se Ve Shanmugam

Kanegasabapathy serba salah apabila mengetahui hasrat anak gadisnya, Devi hendak berkahwin dengan Subramaniam, seorang pemuda golongan kasta yang berbeza daripada mereka. Isterinya, Sivagami, yang kuat memegang adat tradisi itu pasti tidak akan bersetuju dengan hasrat anak gadis mereka. Namun, setelah menyaksikan sendiri betapa Subramaniam yang amat beradab sewaktu bertamu di rumah mereka, Sivagami berubah fikiran dan kemelut suaminya itu lenyap.

Khamis, Ogos 07, 2008

Puisi Randai Buya Hamka

Puisi ini sudah disemak dan akan dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar sastera saya. Mereka sudah saya suruh susun sinopsis bersama-sama saya, urutan persembahan lagu-lagu puisi tradisional(macam bertaranum pun ada) serta bersajak, dan juga pergerakan seni (termasuk silat, indang dan gerak dikir barat) selain menari dan seumpamanya.

Mereka juga harus membaca buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan memberikan sinopsisnya yang akan dimuatkan dalam persembahan randai ini.

Insya-Allah semua yang disusun dan digubah akan berjalan dengan serius. Apakah agaknya bentuk hasil persembahan ini.

Para pelajar bahasa saya pula sudah saya arahkan untuk membaca novel tipis Di Bawah Lindungan Ka'abah. Seperti novel yang sebelumnya, skit yang diangkat daripada novel ini akan juga termuat dalam randai ini juga.


HAMKA
(BPGHS 6 Ogos 2008)


01.
Lahirlah seorang anak ternama
Di Sungai Batang, Maninjau Sumatera
Abdul Malik Abdul Karim Amrullah
Dikenal juga sebagai Buya Hamka.

02.
Anak pejuang Islam terbilang
Ibunya seorang wanita terpandang
Namun, akibat adat kaumnya yang dijulang
Hidup anak bak dagang terbuang.

03.
Di Kota Deli, gemuruh riuh di mana-mana
Rang Tapanuli Rang Minang semua
Datang sewaktu kota itu mula-mula dibuka
Di situlah bermula hidup mudanya.

04.
Seorang diri Hamkah melangkah kaki
Menjadi seorang yang amat disegani
Lahirlah karya-karyanya bermutu tinggi
Falsafah, tasawuf menjadi inti.

05.
Mengadu untung di Ranah Deli Si Buya Hamkah
Usianya 19 tahun belayar dia ke Makkah
Sepulangnya di Belalawan dia berlindung
Sebelum pulang ke ranah kampung.

06.
Berdiamlah di Medan lalu ke Deli
Di Baja Linggi Kota Tebing Tinggi
Menjadilah beliau seorang guru terpuji
Ramai anak muda datang mengaji.

07.
Kata-katanya, sewaktu hayatnya:
Biar mati badanku ini
Payah benar menempuh hidup
Hanya khayal sepanjang umur
Biar muram sunyi pusaraku
Ceruk kerah pudingnya redup
Lebih mana tidurku di kubur.

08.
Tatkala hidupnya dihimpit derita
Tidak, tanpa sesiapa juga
Tidak kita ‘kan mati
Tuhan nan satu bertaruh diri
Jagalah muruah martabat diri
Usah terpedaya kehidupan susah.

09.
Kata-katanya, sewaktu hayatnya:
Tiliklah kiranya kekurangan diri
Ditambahlah dengan ilmu pengetahuan
Seluas alam ciptaan Tuhan.

10.
Kata-katanya, sewaktu hayatnya:
Usahlah berharap penghargaan orang
Biarlah merendah diri kita
Di hadapan mereka semua.

11.
Tahun 1966 sewaktu ditahan
Selama 2 tahun hidupnya tidak kelam
Sinaran Al-Quran menjadi pegangan
Tafsir al-Azhar yang lengkap tersiap.

12.
Tidak mengharap akan pujiannya orang
Sewaktu berjawatan tiada teman tempat berharap
Setelah mengudur diri, ratusan telegram dan surat
Tak putus-putus ucap selamat terungkap.

13.
Seorang pemuka bangsa yang tabah
Dalam setiap tokoh karyanya
Ditampilkan ajaran-ajaran Islam tentang akidah
Ibadah, muamalah, akhlak dan falsafah
Tidak lupa dengan kayanya sirah Nubuwah
Sejarah bangsanya yang tercinta.

14.
Cintanya bulat pada bangsanya megah
Daulah Islamiyah diharapnya tercipta
Islam disorot sebagai wadah karya sasteranya
Islam itu penyelesaian masalah setiap umat manusia
Kepada Allah berkiblat setiap makhluknya.


15.
Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah
Sebagai ulama pembela bangsanya
Sebagai pendawah, sastera Islam disebarkannya
Anak pintar tajam kalamnya
Kebenaran Islam disanjung-sanjungan
Berkalam falsafah dan ajaran agamanya

16.
Senandungnya bukan kosong
Malah sering kali berisi
Kehidupan seorang Muslim dihajati
Yang dituntut agama yang suci.



Saya sempat berbincang dengan mereka dalam penyediaan sinopsis persembahan tersebut.
Daripada beberapa hal yang berbangkit, mereka sudah saya arahkan mencari ayat-ayat Al-Quran, mencari seseorang pelajar lelaki yang mampu melaungkan azan, mereka akan bertalbiah, mendendangkan lagu-lagu Berzanji dan seumpamanya. Ada penggunaan Caklempung, bangsi, gendang, serunai dan juga kopak-kopak.

Selain itu, mereka saya arahkan membuat skit mudah daripada pembacaan novel Di Bawah Lindungan Kaabah dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Rabu, Ogos 06, 2008

Karangan Perbincangan

Berikut adalah bahan-bahan paparan salid untuk karangan perbincangan. Bahan ini boleh digunakan untuk semua peringkat sekolah menengah.


(Bahan sedang dipertingkatkan)


Selamat maju jaya.

Isnin, Julai 28, 2008

Singapura Lama, Singapura Baru - Baca! Singapura

Alhamdulillah. Daripada teks di atas, kita sudah menjalankan pembacaan dan sekali gus perbincangan mengenai kandungannya.

Mujur ada buku audio yang membantu dalam pembacaan cerpen tersebut.

Tugasan-tugasan yang telah dijalankan sejauh ini.

1. Suka diingatkan, para pelajar 1HMT BPGHS perlu membuat catatan ringkas mengenai kedua-dua watak pak Raub dan Penarik Beca daripada teks tersebut. Daripada aktiviti ini, pemerian mengenai kedua-dua watak ini akan dibuat karangan pemerian. Bahan itu perlu para pelajar buat dalam buku kecil dan kotak cerita seperti biasa. Saya bercadang hendak membuat latihan perbandingan antara kedua-dua watak ini. Berkemungkinan, aktiviti kraftangan menghasilkan papet dan diodrama akan dibuat dalam masa terdekat.

2. Para pelajar diminta mengayat daripada sebilangan perkataan yang saya pilih.

3. Daripada perbincangan secara lisan, para pelajar diminta memberikan pandangan peribadi terhadap kedua-dua orang watak.

Aktiviti lain akan menyusul pada minggu berikutnya. Aktiviti-aktiviti tersebut termasuklah karangan membina pemahaman mengenai konflik masa lalu watak Pak Raub semasa dia remaja.

Bahan-bahan latihan bahasa dan karangan yang sesuai akan dijalankan selain kerja kraftangan juga akan dibuat sama.

Ahad, Jun 29, 2008

Gurindam Bicara Sopan

http://myfreefilehosting.com/f/1ab38227d8_0.66MB


Tanda orang beradat,
elok perangai sempurna sifat.

Tanda orang beriman,
perangainya elok berbicaranya sopan.

Tanda orang berilmu,
cakapnya tidak menyingkap malu.

Tanda orang terpuji,
bercakap tidak mengeji,
berbicara tidak memfitnah,
menyanggah tidak menyumpah.


(Tenas Effendy- Seuntai Kata Seindah Bahasa)

Gurindam dan Syair Untuk Anak

Semoga paparan ini akan menjadi teman pedoman sepanjang masa buat anak-anak saya serta semua pelajar saya.

**********

Gurindam Untuk Anak
(dengan lagu gurindam narasi)
http://myfreefilehosting.com/f/8880cde9b5_0.71MB

Kalaulah hendak anak yang cerdik,
Mestilah dia pandai kita mendidik.

Kalaulah hendak anak terpuji,
Mestilah dia pandai mengaji.


Gurindam Untuk Anak 2 (3 Lapis)
http://myfreefilehosting.com/f/cc9c7f545b_0.93MB

Cahari anakku akan sahabat,
Yang boleh kita jadikan ubat,
Bahagia hidupmu mendapat selamat.

Cahari anakku akan guru,
Yang tahu ‘kan kita sahabat seteru,
Supaya hatimu tetap tidak keliru.

Cahari anakku akan kawan,
Pilihlah segala yang setiawan,
Semoga hidupmu selalu aman.

Cahari anakku teman di hati,
Yang halal dekatkan haram dijauhi,
Bahagia hidupmu dunia akhirat nanti.


Syair Untuk Anak
(dengan 2 variasi lagu Syair Siti Zubaidah)
http://myfreefilehosting.com/f/3a4afad645_1.06MB

Ayuhai anakku dengarlah manja,
Pesanan ayahanda janganlah leka,
Tuntutlah ilmu walau di mana-mana,
Cahaya ilmu jadikan pelita.

Menuntut ilmu tujuan utama,
Sertailah yakin gigih berusaha,
Apabila dewasa pasti berjaya,
Bahagia anakku sepanjang masa.

Apabila berjaya usah kauleka,
Asyik dengan segala-gala yang ada,
Bersyukur anakku kepada yang Esa,
Hulurkan bantuan banyakkan jasa.

Khamis, Mei 29, 2008

Tugasan Bagi Pelajar Menengah 3

Tugasan 1
Usah lupa, semua pelajar yang tidak melengkapkan semua pembetulan karangan diminta menyudahkannya dalam cuti tengah tahun ini. Saya berharap semuanya anda paparkan dalam blog peribadi masing-masing. Bahan-bahan itu termasuklah bahan ujian yang sudah anda betulkan.

Setiap pelajar hendaklah menyemak bahan-bahan rakan anda dan beri komen yang membina terhadap semua karangan yang dimuatkan itu. Usaha ini untuk mempertingkatkan pengetahuan dan tahap pemahaman anda.

Setiap pelajar yang sudah menydahkan pembetulan hendaklah mengirimkan saya pesanan melalui emel saya supaya saya dapat memastikan bahan-bahan itu sudah dipapaekan.


@@@@@@@@@@

Tugasan 2
Muat turun bahan-bahan latihan bahasa yang saya berikan dalam paparan-paran yang lalu. Gunakan bahan-bahan itu sebagai latihan dalam kegiatan ulangkaji anda untuk bahasa Melayu sepanjang cuti tengah tahun ini. Selesaikan mana-mana bahan yang belum anda selesaikan.

Selepas 15 Jun akan datang, saya akan memaparkan 3 bahan ujian: karangan dan tatabahasa untuk anda buat dalam minggu-minggu terakhir cuti nanti. Saya akan hantar panduan jawapan bagi latihan-latihan ujian itu melalui emel peribadi anda.

Cetak setiap satu daripadanya dan masukkan bahan yang anda cetak itu dalam fail bahasa anda.

Cerpen Sebatang Pohon Tua karya Abdul Wahab Hamzah

Bahan 1 - Aktiviti Membaca dalam Bacalah! Singapura 2008 di BPGHS.

Petikan teks diambil daripada antologi Ikatan Yang Menyatukan, NLB: 2007, Singapura.

@@@@@@@@@@


ABDUL WAHAB BIN HAMZAH


Abdul Wahab bin Hamzah juga dikenali sebagai A.Wahab Hj. Hamzah. Dilahirkan pada 2 Februari 1947 di Pulau Damar laut, Singapura.

Menerima pendidikan di Sekolah Melayu Pulau Bukom; Sekolah Menengah Kallang (1960-62); Sekolah Menengah Sang Nila Utama (1962-64); Maktab Perguruan Singapura (TTC) (1965-68); calon persendirian HSC (1971); Sarjana Bahasa & Sastera Melayu Indonesia, Universitas Nasional Jakarta Indonesia (UNAS) (1985); Diploma Pendidikan Lanjutan (ADE) (1992); dan Diploma Linguistik Universiti Nasional Singapura (1995).

Mula menulis puisi pada tahun 1964 dan aktif menulis cerpen dan puisi pada tahun 1997. Cerpen Keputusan merupakan yang pertama tersiar di Berita Minggu pada tahun 1997 dan sebuah sajak tersiar di ruangan Bicara Puisi di Radio.Beliau pernah bertugas sebagai guru bahasa di sekolah menengah Singapura; Guru Bahasa Melayu Lanjutan di Pusat Bahasa MOE (1990-1996); Guru Kanan Bahasa Melayu (1997-2003) dan bersara pada tahun 2003. Kini, beliau merupakan pembimbing sambilan Penulisan Kreatif & Tip untuk Peperiksaan Bahasa Melayu G.C.E peringkat O. Beliau bergiat dalam Jawatankuasa Penduduk (RC) Pasir Panjang ZONE 2 (1975-1986); anggota Jawatankuasa penduduk Islam Dover Road (1975-86); Jawatankuasa (Penolong Setiausaha) Masjid Al-Khair (1986-1988); anggota Jawatankuasa Madrasah Al-Irsyad (1994-1995); anggota Jawatankuasa KGMS (1990-2002); anggota Jawatankuasa Asas 50 (1990-2003); anggota Jawatankuasa Pertemuan Sasterawan Nusantara (1991 dan 2003 ); dan panel Juri Hadiah Sastera MBMS bagi Antologi Puisi (2003).



Karya:
Pertemuan kedua: Antologi cerpen penulis-penulis Singapura-Johor-Riau. (1995). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Igau: Kumpulan cerpen. (1999). Indonesia: Persama Indonesia.

Tuhan masih sayang: Antologi cerpen. (2002). Singapura: Angkatan Sasterawan 50.Krisis: Kumpulan cerpen Li Jian. (2002). Singapura: Singapore Literature Society & Toko Buku Haji Hashim.

Berlalu sudah dukanya. (2005). Singapura: EDN Consultant.


Pencapaian/Anugerah:
1982 : Hadiah Penghargaan JHS: Cerpen Hidup satu persinggahan.

1983 : Hadiah Kedua JHS: Cerpen Ajal.

2001 : Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: Antologi cerpen Igau.

2003 : Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: Antologi cerpen Tuhan masih sayang.

2004 : Cerpen Genggamnya terlerai dan Igau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin dan termuat dalam kumpulan cerpen Segelas wine dan Secawan susu oleh Chan Maw Woh; Antologi cerpen Tuhan masih sayang dicalonkan bagi Anugerah Singapore Literature Prize NBDCS.


SumberMohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). (2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965 (ms. 64-65). Singapura: Angkatan Sasterawan '50 & National Library Board.

@@@@@@@@@@

SEBATANG POHON TUA
A. WAHAB HAMZAH

Agak lama Hari Bakri merenung pohon mempelam yang semakin hilang daunnya. Pohon itu ditanam di pinggir kanan bahagian hadapan rumahnya. Kalau ada orang duduk di beranda rumahnya, pandangan mereka tidak akan terhalang oleh pohon mempelam itu. Namun begitu dahan-dahan pohon itu banyak yang menghampiri bumbung rumah Haji Bakri. Kebelakangan ini pohon itu sudah kurang berbuah, kalau ada pun boleh dikira.


Haji Bakri merenung terus pohon mempelam yang telah banyak berjasa itu. Dia cuba mengingat-ingat berapa usia pohon itu. Tiba-tiba dia tersedar bahawa usia pohon itu sebenarnya sama dengan usianya. Umurnya sudah menjangkau 80 tahun, ini bermakna pohon itu juga sudah 80 tahun berdiri tegak di hadapan runahnya itu.

“Sudahlah ayah, tebang sahaja pohon mempelam ini. Pohon ini sudah amat tua. Ayah tengok, dahan-dahannya sudah banyak yang rapuh. Daunnya sudah mula jarang-jarang dan hasilnya tak seberapa, ayah. Hendak makan sendiri pun tak cukup.” Salam , anak sulungnya yang sudah berumah tannga dan beranak tiga itu, memberikan pandangannya.

Haji Bakri tidak berkata apa-apa. Dia merenung dalam-dalam ke wajah anaknya. Ada riak-riak kurang senang di wajahnya. Salam, anak sulungnya yang sudah berumah tannga dan beranak tiga itu, memberikan padangannya.Sebenarnya bukan Salam sahaja yang mahu pohon itu ditebang. Anak-anaknya yang lain jug – Salim, Sani Salmah dan Salimah – juga pernah menyuruhnya menebang pohon itu. Alasan mereka, pohon itu sudah tua, tidak berhasil dan boleh membahayakan orang ramai. Nyawa ayahnya juga terancam.

Setiap kali anak-anaknya menuruh menebang pohon itu, dia akan berlalu meninggalkan anak-anaknya itu. Dia tidak mahu berkata apa-apa. Dia tahu anak-anaknya tidak tahu betapa kuatnya ikatan pohon itu dengan jiwa dan kehidupannya. Dia semacam yakin kalau pohon itu mati, dia akan mati, atau kalau dia mati, pohon itu akan mati. Naluri kemanusiannya sering berkata begitu.

“Kalau pohon yang sudah tua itu mahu dipotong, bermakna aku yang sudah tua ini juga harus mati. Aku sudah tua dan tidak berguna lagi.”

Petang semalam, semasa dia duduk di beranda rumahnya, anak bongsunya, Salimah, menimbulkan perkara itu lagi. Jiwa Haji Bakri yang tenang tiba-tiba berubah.

“Apa dosanya pohon itu yang kamu adik-beradaik mahu potong? Kamu semua tidak nampak betapa berjasanya pohon itu pada makhluk-makhluk lain.”

“Engkau lihat burung-burung itu akan pulung dan berteduh pada pohon itu pada waktu petang dan malam. Tak terlihatkah kamu semua betapa daun-daun pohon yang tua itu memberikan perlindungan pada orang-orang yang berjalan di bawahnya dari panas matahari. Walaupun ia sudah tua, ia masih lagi berjasa. Tapi kamu semua, apa jasa yang telah kamu buat pada bangsa kamu, pada agama dan negara kamu?”

Haji Bakri menarik tongkatnya yang berada di sebelahnya, lalu bangkit dari kerusi rotan yang amat setia menemaninya.“Kamu tidak faham betapa besarnya pengorbanan pohon itu pada aku dan kamu semua. Pohon itu tidak minta makan daripada kamu semua. Dia hidup sendiri, mendapat rezeki daripada Allah. Pohon itu juga tidak menyusahkan kamu. Kamu adik-beradik harus tahu bahawa pohon itu adalah aku dan aku adalah pohon itu. Kalau kamu menebangnya bermakana kamu membunuh aku.”

Haji Bakri menundukkan kepalanya. Dia berasa amat sayu. Imran, menantunya, bangun dan memegang bahunya,kemudian Haji Bakri dibawa duduk di kerusi.“Sudahlah ayah, kami semua hanya mencadangkan sahaja. Kami lihat pohon itu sudah mula rapuh. Kami takut bila-bila masa sahaja ia akan tumbang. Kami bimbang kalau ia tumbang, rumah kita juga akan turut musnah. Kami tidak ada niat hendak menyakitkan hati ayah,” Imran cuba membela isterinya dan sekali gus memujuk rasa kurang senang ayah mentuanya.

Haji Bakri cuba menyandarkan kepalanya di dinding rumahnya. Pandangan matanya terus tertumpu kepada pohon mempelam. Dia merasakan pohon mempelam itu seolah-olah melihat ke arahnya.“Bakri, atuk tanam pohon mempelam ini sama waktunya ketika engkau dilahirkan. Engkau dilahirkan malam, pohon ini atuk tanam waktu pagi. Kalau sudah besar nanti, juga pokok ini baik-baik. Kalau dia banyak buah, boleh juga atuk jual ke kedai Ah Leng di simpang jalan sana.” Kata-kata atuknya tiba-tiba bermain di kotak ingatannya. Waktu itu, Haji Bakri baru sahaja berumur lapan tahun. Pohon mempelam itu juga sudah mula mengeluarkan bunga-bunga sulung.

Sejak kecil lagi dia amat sayang dengan pokok mempelam itu. Apabila dia sudah menjadi orang muda, pohon itu juga semakin subur dan banyak sekali buahnya apabila tiba musim berbuah. Namun pada masa itu buah-buah yang besar dan manis itu tidak dijualnya malah dia akan menghantar ke rumah jiran-jirannya.

Pada masa itu, kampung Abu kasim terdapat hampir 15 buah rumah. Semuanya rumah orang Melayu. Rumah-rumah di situ didirikan di atas tanah mereka sendiri. Mereka semua adalah tuan tanah.Haji Bakri amat sedih apabila mengingatkan keadaan kampungnya kini. Sekarang semua rumah dan tanah milik jiran-jirannya telah habis dijual kepada pihak pemaju. Pihak pemaju membayar mereka beratus-ratus ribu dolar.


Mereka semua gelap mata. Duit lebih penting daripada harta milik mereka itu.Dia berasa bersyukur juga kerana ayahnya tidak menjual tanah dan rumah milik mereka itu. Jirannya yang jarak 50 meter dari rumahnya juga masih bertahan.Rumah-rumah jirannya yang lain semua sudah didirikan rumah sebandung dan penghuninya bukan lagi orang Melayu.

Haji Bakri sedar rumahnya yang paling buruk antara rumah-rumah di kampung itu, maklumlah rumah kampung yang dibina dengan separuh batu dan separuh papan.

Pernah beberapa waktu dulu, rumahnya didatangi pihak pemaju untuk membangunkan tapak rumahnya dengan bangunan rumah sebandung. Waktu itu isterinya baru meninggal. Anak-anaknya semua bersetuju dan memujuknya untuk menjualnya tetapi dia tetap dengan pendiriannya.

Haji Bakri hanya berkata kepada anak-anaknya:“Kalau aku mati, baru boleh kamu jual. Kalu pemaju itu mahu juga tanah ini, aku mahu satu daripada rumah yang dibina dan tanah ini hanya aku sewakan, bukan dijual.” Akhirnya tidak ada pemaju yang setuju dengan syarat-syarat yang dikemukakan.Malam itu Haji Bakri tidak dapat melelapkan matanya. Sebagaimana selalunya kalau dia tidak dapat tidur , dia akan bangun dan menunaikan sembahyang tahajud dan membaca Al-Quran. Kali ini, dalam sembahyangnya, sujudnya begitu lama. Banyak sekali permohonannya kepada Allah. Selepas memberi salam, dia terus mengangkat tangan. Selepas itu dia terus duduk di birai katil. Gambar isterinya yang berada di penjuru katil diambilnya. Direnungnya gambar itu lama-lama.

“Anak-anak kita mahu aku tebang pohon yang banyak membawa kenangan kepada kita. Aku tak sanggup menebangnya. Pohon tua itu lambang pertemuan kita,” dia meluahkan perasaannya kepada gambar isterinya. Dia benar-benar sedih.Di luar kedengaran deru angin seolah-olah angin ribut akan turun. Dia bangun lalu menuju ke arah jendela. Jendela yang tertutup itu dibukanya sedikit. Agak terketar-ketar juga tangannya membuka daun tingkap itu. Sebaik sahaja daun tingkap terbuka, angin sejuk menerjah masuk.

Dia duduk semula di birai katil, kemudian merebahkan badannya. Dia masih tidak dapat melelapkan mata. Dia mencapai gambar isterinya. Ingatan pada pertemuan mereka mengimbau dalam ingatan.Waktu itu hampir petang. Hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Beberapa orang yang sedang lalu lalang bertempiaran lari mencari tempat perlindungan daripada hujan lebat yang tiba-tiba turun itu.Haji Bakri pada masa itu masih muda dan baharu sahaja mula bekerja sebagai seorang guru pelatih. Dia sedang duduk di beranda sambil membaca buku. Sebaik sahaja dia mengangkat pandangannya dari pembacaannya, dia terlihat seorang perempuan sebaya ibunya bersama seorang perawan yang masih berpakaian sekolah, berteduh di rumahnya.

Melihat keadaan dua orang perempuan itu timbul pula rasa simpatinya. Dia mengambil dua kaki payung yang memang sentiasa tersangkut di penjuru beranda rumahnya itu lalu menuju ke arah dua orang wanita itu. Dia mempelawa mereka singgah dan berteduh di rumahnya.

Haji Bakri memanggil ibunya dan wanita itu berkenalan dengan ibunya. Daripada perbualan mereka, Haji Bakri tahu bahawa gadis yang berada bersamanya adalah anak wanita itu. Mereka berdua mahu ke rumah saudaranya mereka yang jauh ke dalam kampung Abu Kassim itu. Memang jodoh itu Tuhan yang menentukan.Pohon mempelam tua itu menjadi nostalgia antara dia dengan isterinya.Dentuman petir di luar rumahnya yang diikuti dengan bunyi sesuatu yang rebah ke bumi dengan kuat telah mengembalikan Haji Bakri ke alam nyata. Ingatan pada isterinya putus tiba-tiba.

“Ayah, ayah!” suara Salimah yang seperti orang dalam keadaan terkejut memanggilnya.

“Ayah...rumah kita, ayah!” getaran suara Salimah yang seperti orang terkajut itu menyuntuh gegendang telinga Haji Bakri.

"Rumah kita kenapa? Apa yang dah jadi?” Haji Bakri bertanya bertalu-talu sambil memegang bahu anaknya.“Beranda rumah kita ranap, ayah. Pohon mempelam kesayanagn ayah itu telah dipanah petir dan dahannya telah rebah. Habis beranda rumah kita, ayah.”I

Imran, menantunya, dengan tenang membantu isterinya memberitahu Haji Bakri. Haji Bakri tidak dapat berkata apa-apa. Perlahan-lahan dia menuju ke beranda rumahnya. Pintu utama dan dinding beranda rumahnya musnah. Haji Bakri hanya melihat dalam lebat hujan dan samar-samar pohon mempelam itu menyembah bumi.

Tanpa sedar, air matanya bergenang. Dia sedih melihat pohon tua yang akhirnya kalah dan tumbang dipanah petir.Haji Bakri merenung ke dalam dirinya: “Aku juga sudah tua, hanya menanti masa. Aku pasrah kepada-Mu ya Allah.”

@@@@@@@@@@

Bahan ini telah digunakan dalam projek tersebut dua minggu sebelum cuti penggal yang lalu. Daripada bahan ini, pelajar-pelajar Menengah 1, 2 dan 3 membaca dan diikuti dengan membuat komik, diodrama, kotak cerita dan puisi. Bahan-bahan yang para pelajar hasilkan sedang saya semak.

Saya berasa sungguh gembira mendapati banyak bahan yang menarik yang terhasil. Insya-Allah akan saya kongsi sebahagian bahan yang saya katakan tadi dengan anda sekalian.

Nota
Sulaiman Bin Sukaman - Men 3L1 (2008) telah membantu saya menaip semula cerpen ini. Terima kasih.

Isnin, Mei 26, 2008

Hikayat Abdullah - Ringkasan Bab





Bab 1
Memberikan perihal latar belakang keluar Abdullah. Ayahnya Syeikh Abdul Kadir yang dilahirkan di Melakan dan ibbunya, Salamah.


Bab 2
Memerikan akan betapa kasihnya Abdullah akan ibunya, Salamah.


Bab 3
Peri Abdullah menerima pendidikan. Abdullah memerikan sebilangan guru yang mengajarnya. Abdullah memberikan pandangan peribadinya akan peri pentingnya ilmu dalam kehidupan kita.


Bab 4
Abdullah mencatat pemandangan dan suasana Kota Melaka yang ramai penduduknya. Abdullah memerikan kerja-kerja merobohkan tembok-tembok kota Melaka dengan perintah Raja Farquhar. Kota itu diruntuhkan dengan menggunakan bom.


Bab 5
Salah satu episod betapa bijaknya Encik Sulong menangkap gajah. Hanya seekor sahaja yang hidup daripada puluhan yang ditangkap. Abdullah memerikan ekspedisi penangkapan gajah itu dari mula hingga akhir.


Bab 6
Menurut pandangan Abdullah, Raffles amat mementingkan ilmu. Banyak kajian tentang alam dan budaya orang-orang Melayu dijalankan Raflles denan megerahkan sebilangan orang bawahannya. Selain tu, banyak kitab dan khazanah bangsa Melayu dapat Raffles kumpul dengan imbalan yang sungguh besar.


Bab 7
Abdullah memerikan ketokohan Lord Minto sewaktu pegawai Inggeris itu berkunjung ke Melaka. Daripada salah satu lawatannya, Lord Minto mengusulkan Abdullah, salah seorang juru tulis dan penyalin kitab-kitab lama yang mahir, belajar bahasa Inggeris. Seperti Raffles, Abdullah mendapati Lord Minto seorang pegawai tertinggi Inggeris yang amat merendah diri terhadap semua orang.


Bab 8
Rahsia penipuan Tengku Panglima Besar yang menyuruh Pengiran menulis surat yang didakwanya datang dari Susuhunan Mataram yang memohon bantuan tentera Inggeris di Singapura melanggar tanah Jawa. Kejahatan yang didalangi oleh Tengku Panglima Besar terbongkar setelah Pengiran mengakui sendiri surat tersebut dan bukan Susuhunan Mataram.

Diperikan juga keengganan bonda Abdullah melepaskannya menuruti Raffels ke tanah Jawa. Tempat Abdullah diganti Ismail Lebai, bapa saudara Abdullah sendiri.


Bab 9
Diperikan Abdullah belajar bahasa Inggeris daripada seorang paderi yang bernama Tuan Milne dan Tuan Morrison. Sebaliknya, Abdullah diminta mengajar mereka bahasa Melayu.

Abdullah menulis sedikit mengenai kebodohan orang-orang yang mempercayai akan beberapa fahaman tahyul. Diberikannya penerangan secara bertulis kepada Tuan Milne perihal penanggalan dan polong. Dengan kesedaran kepentingan ilmu, Abdullah memujuk anak-anak Melayu belajar daripada orang-orang putih. Namun sebilangan besar menuduhnya sudah sesat daripada agaa Islam, mengadu kepada ayahnya. Berlakulah pertengkaran antara anak dan bapa. Sebagai anak yang menghormati orang tua, Abdullah dapat memujuk bapanya dengan mengemukakan alasannya yang dapat diterima. Hal tersebut ketahuan oleh Tuan Milne dan Tuan Thomson yang peri bertemu ayah Abdullah. Kedua-dua paderi itu berjaya meyakinkannya bahawa Abdullah akan mendapat manfaat yang besar dengan menguasai bahasa Inggeris selain bahasa Melayu.

Abdullah juga berjaya membantu Tuan Milne membuat senarai kosa kata bahasa Melayu dengan padanan kosa kata bahasa Inggeris.

Diperikan juga majlis pernikahan Abdullah. Kasih Abdullah akan isterinya teramat besar. Abdullah menemani Tuan Milne yang kesakitan itu ke laut untuk berubat bagi penyakit batuk keringnya. Kematian isteri Tuan Milne ditangisi Abdullah dan kasihnya Abdullah akan Tuan Milne bagaikan ayah kandungnya sendiri.

Diperikan juga akan tugas Abdullah menyalin Kitab Injil Matius Holanda karangan berbahasa Melayu Tanah Jawa. Usahanya itu disenangi kerana Abdullah membantah penggunaan istilah dan ayat yang tidak tepat. Semua pendapat Abdullah idak diterima oleh pegawai Inggeris yang bertanggung jawab.


Bab 10
Perihal peralihan kuasa Inggeris pada penguasa Belanda mentadbir Melaka. Hal tersebut mendukacitakan Abdullah. Peralihan kuasa itu berlaku setelah Inggeris berjaya memeroleh Singapura daripada Tengku Long.


Bab 11
Perihal Farquhar membuat perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman, orang kepercayaan Tengku Long, untuk membenarkan Kompeni Inggeris membuka negeri di Singapura. Ramai orang laut yang pada mulanya takut dengan rombongan Farquhar mula berniaga ikan dan bahan-bahan makanan yang lain. Farquhar mendaki Bukit Larangan dan mendirikan tiang untuk mencacakkan bendera Inggeris.

Perihal tikus yang banyak dihapuskan dengan ganjaran wang dcatat Abdullah juga. Kisah seekor kucing yang diserang enam ekor tikus besar dan arahan untuk menghapuskan tikus; setiap seekor yang tertangkap akan diberikan ganjaran wang. Nama perlatan menjerat tikus yang aneh-aneh disinggung juga Abdullah dalam catatannya ini.


Bab 12
Perihal kekejaman penguasa Belanda di Melaka menyebabkan kesengsaraan masayarakatnya.

Peluang-peluang ekonomi yang ditawarkan di Singapura menarik penghijrahan orang-orang Melaka ke sana. Pihak Belanda di Melaka menghalang orang-orang Melaka yang hendak ke Singapura. Mereka yang berbuat demikian ditangkap dan semua kepunyaan mereka dirampas sewaktu belayar di Selat Melaka.

Diperikan juga perihal harga makanan Singapura yang melambung tinggi harganya. Kesengsaraan di Melaka mereda apabila Gabenor Van Goor mati. Hartanya dirampas masyarakat tempatan.


Bab 13
Diceritakan tentang penduduk Singapura yang bertambah ramai. Banyak peuang ekonomi memungkinkan ramai pedagang dan pekerja datang ke Singapura untuk mengadu nasib mereka. Singapura pula bertambah makmur dengan bertambahnya urusan perniagaan.

Diceritakan juga tentang perjanjian Tengku Long dan Tengku Abdul Rahman mengenai kedudukan penguasa Inggeris di Singapura. Raffles dengan bijaknya memuat perjanjian mengangkat Tengku Long menjadi Sultan di Singapura tanpa pengetahuan pihak penguasa Belanda. Diceritakan juga keengganan Tengku Long berniaga seperti yang diusulkan Raffles. Tengku Long yang mengadu akan kekurangan belanja pada mulanya diputuskan Raffles meerima belanja tetap sebanyak seribu ringgit besar setiap bulan dan Temenggung Abdul Rahman mendapat tujuh ratus ringgit.

Penemuan sebongkah batu besar bekas pahatan huruf Arab di hujung Tanjung Singapura di Lorong Tabungan. Batu itu dipecahkan oelh Tuan Coleman, seorang jurutera Inggeris sesudah itu. Abdullah mencatatkan sikap kurang senang dengan langkah terburu-buru itu,

Kawasan itu diterangkan dan dibuka kawasan perniagaan. Raffels mengusulkan Abdullah membeli beberapa bidang tanah di situ tetapi Abdullah enggan. Abdullah bimbang akan dibebani hutang jika usul Raffles itu diturutinya. Tindakannya itu di kesal apabila didapatinya harga tanah-tanah di situ melambung tinggi harganya sesudah itu.

Raffles yang memina kediaman di puncak Bukit Larangan meneruskan kajiannya mengumpul pelbagai perkara dan barang mengenai alam sekeliling di Singapura. Menurut Abdullah, usaha Raffles itu semakin guat dan berjaya yang sudah dimulakan sejak di Melaka sebelum itu.

Sungai Rocoh yang didiami buaya dikepung. Setiap buaya yang ditangkap di sana dibunuh, Bangkai-bangkai buaya itu digantung di tepi Sungai Beras Basah.


Bab 14
Pertelingkahan antara peniaga-peniaga Sayid Yasin dan Pengiran Sharif Umar berakhir dengan Kolonel Farquhar tertikam. Raffles begitu marah dengan pegawai-pegawainya. Mujur Kolonel Farquhar tidak menemui ajalnya.

Persengketaan orang-orang Temenggung dengan orang-orang Melaka. Kolonel Farquhar dapat menghalang terjadinya pertempuran kedua-dua pihak itu dengan menghantar ketumbukan supai yang bersenjatakan senapang. Dari peritiwa itu, keluarlah arahan menghalang sebilangan besar orang-orang awam bersenjata. Walaupun berasa hampa, pihak Inggeis berjaya menguatkuasakan arahan tersebut demi menghalang kejadian serupa pada masa-masa mendatang.

Raffles yang sudah mengusulkan agar Temenggung berpindah ke Teluk Belanga. Temenggung berlengah-lengah namun terpaksa bergegas dalam urusan berpindah itu setelah digesa oleh Raffles dengan bijaknya.

Perihal pendidikan putera Tengku Long yang dibantah keluarga diraja itu menurut Abdullah amat merugikan.


Bab 15
Raffles mengusulkan agar sebuah sekolah didirikan untuk pendidikan anak-anak di Singapura. Setelah mendapat persetujuan, walaupun dibantah secara senyap oleh orang-orang Melayu, dibina sebuah sekolah yang bergelar ‘Institution’.

Diceritakan oleh Abdullah perihal perdagangan hamba yang amat menyayat hati. Hal sedemikian juga telah diketahui oleh penguasa Inggeris dan usaha-usaha dijalankan untuk menghapus kegiatan yang tidak berperikemanusiaan itu.


Bab 16
Raja Siam yang diperikan sebagai angkuh mengirim sepucuk surat untuk menjalin persahabatan. Namun, surat yang dikirim pada pihak Inggeris dikoyakkan pada satu penjuru.

Abdullah diminta menulis surat jawapan dengan sebuah cerita kiasan mengenai cerita seekor ayam. Surat balasan yang Abdullah buat dengan segera itu amat menyukakan hati Raffles. Surat itu diutus setelah dibunkus dengan baik-baik dalam lapik sehelai kain kuning.

Pembinaan Masjid Kampung Gelam dengan bantuan wang pihak Inggeris didapatkan Sultan Hussain Syah.


Bab 17
Perihal usaha menyediakan undang-undang di Singapura Abdullah buat dalam bahasa Melayu setelah disalin daripada bahasa Inggeris. Kerja itu Abdullah segerakan dengan menggunakan mesin dan siap pada jam tiga pagi tahun baru Inggeris. Undang-undang yang diwartakan menerima reaksi yang pelbagai-bagai daripada masyarakat tempatan.

Abdullah memerikan peranan juru tulis yang tersangat penting dalam urusan perniagaan masyarakat pada waktu itu.

Abdullah memerikan kesilapannya dalam menguruskan perbelanjaan harian dan hartanya.


Bab 18
Kepulangan Tuan Raffles dan isterinya amat mendukacitakan Abdullah. Abdullah memerikan kenangan mengenai kebaikan Raffles dan isteri terhadapnya dan para pekerja mereka yang lain.

Abdullah berasa sungguh sedih mengenangkan berita kapal yang Raffles naiki itu terbakar sewamtu berada di Bangkahulu. Semua muatan kapal itu hangus. Muatan kapal itu, menurut apa yang Abdullah tahu, etrmasuk kitab-kitab Melayu yang dia sendiri masukkan ke dalam peti-peti menurut arahan raffels sebelum berangkat.


Bab 19
Bagi Abdullah, Farquhar tidak kurang hebatnya darupada Raffles. Kebaikan Farquhar yang hendak pulang ke England juga amat berkesan di hati Abdullah. Diperikannya suasana kapal kenaikan Farquhar berlepas dari pelabuhan yang dirai oleh segenap lapisan masyarakat majmuk Singapura.


Bab 20
Abdullah sudah menghidap penyakit pasang-pasang sekian lamanya. Dia pada mula amat takut apabila seorang doktor yang bertamu di rumah Tuan John Morgan. Setelah bertimbang-timbang, akhirnya Abdullah bersetuju untuk menjalani pembedahan kecil. Hasilnya, penderitaan Abdullah sebelum itu berkurangan. Abdullah perlu menjalani pembedahan serupa pada masa yang ditetapkan dan mendapat sepucuk surat untuk doktor yang akan merawatnya kelak. Doktor yang tidak diketahui namanya itu berangkat beberapa hari sesudah itu.

Perihal kejayaannya berubat itu tersebar luas hingga sampai di Kota Melaka. Para pesakit yang datang menemui Abdullah tanpa dikhabarkan terlebih dahulu berasa hampa untuk mendapatkan rawatan bagi diri mereka sendiri.


Bab 21
Perihal kongsi gelap Ten Thien Hoe yang bermaharajalela mendapat catatan yang menyeluruh dalam bab ini. Abdullah sendiri mendapatkan bantuan seorang kenalannya.

Diceritakan juga betapa kumpulan kongsi gelap ini melakukan onar di Singapura dengan merompak, membunuh dan menyeksa mangsa-mangsa mereka. Usaha penguasa Inggeris untuk membanteras aktiviti kongsi gelap ini mendapat tentangan besar.


Bab 22
Perihal Sultan Hussain yang tidak mendapat perbelanjaan selama 3 bulan daripada Crawfurd hingga surat tanda tangan penyerahan kuasa Sultan dan Temenggung kepada kuasa Inggeris diperikan dalam bab ini. Dengan langkah liciknya itu, Crawfurd mendapat kuasa penuh melakukan pembangunan di Singapura.

Pada masa yang sama, ramai orang-orang muda Inggeris datang ke Singapura dan mereka berguru dengan Abdullah, mempelajari bahasa Melayu. Seorang muridnya, Tuan Douglas yang dikatakan bijak dan cepat mengikuti pelajarannya didapati telah mati sepulangnya dari Melaka untuk beberapa ketika. Semasa hayatnya, dikatakan Abdullah Tuan Douglas memiliki ciri-ciri seorang murid yang baik serta amat menghormati gurunya.

Dalam bab ini, Abdullah memberi pandangan betapa bahasa Melayu adalah sebuah bahasa yang mempunyai keistimewaannya sendiri.Bahasa Melayu baginya adalah bahasa yang mempunyai ciri-cirinya dan amat sebati dengan bangsa Melayu yang selalu dipandang remeh dan dianggap sebuah bahasa yang mudah. Abdullah secara halus mengkritik orang-orang yang menyangka bahasa Melayu tidak berwibawa. Oleh yang demikian, mereka selalu memandang remeh akan kepersisan penggunaan bahasa Melayu dalam memberikan makna dalam hal-hal ilmu. Oleh kerana keangkuhan bangsa penjajah, maka disangkanya cukup menggunakan bahasa pasar bagi tujuan pemerintahan. Namun, yang demikian adalah satu tindakan yang silap bagi sebahagian besar pegawai-pegawai Inggeris.

Abdullah pulang ke Melaka untuk berkhidmat semula di College. Namun, Abdullah masih mengenangkan kelebihan yang dia dapati semasa berkhidmat di Singapura.


Bab 23
Abdullah memerikan usaha pengumpulan dana untuk membina chaple di Melaka. Setelah mendapat persetujuan Tuan Kidd dan Collie, Abdullah kembali semua ke Singapura.

Diceritakan berita mengenai kapal asap yang masyhur pada waktu itu sewaktu Tuan Maxwell bertugas di Singapura. Diperikan juga kepercayaan masyarakat tempatan yang majmuk mengenai gerhana bulan yang popular pada waktu itu. Diceritakan mengenai kematian yang banyak berlaku di Melaka akibat wabak ketumbuhan.

Pada masa yang sama, Abdullah berkawan dengan seorang tukang melukis peta dunia yang bernama Smith. Daripada persahabatan itu, pelbagai makluman dan pengetahuan yang salin dikongsi kedua-dua Abdullah dan Smith. Sewaktu berpisah, mereka saling bertukar-tukar hadiah. Dinyatakan betapa Abdullah amat mengagumi Smith yang banyak pengetahuannya mengenai peta. Smith pun kagum dengan kepetahan Abdullah yang tentunya dapat berbahasa Inggeris dalam persahabatan mereka itu.

Dalam bab ini, Abdullah menceritakan betapa segala-gala kepunyaannya yang hendak dibawa pulang musnah dijilat api dalam sebuah kejadian kebakaran yang sungguh besar. Dengan sehelai sepinggang, Adullah berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa kebakaran besar itu. Daripada peristiwa itu, Abdullah mengarangkan ‘Syair Singapura Terbakar’. Kesusahan Abdullah diketahui oleh saudara-aranya yang menjemputnya pulang ke Melaka semula.

Pada tahun 1983, pemerintahan Melaka beralih daripada kuasa Belanda kepada Inggeris. Usaha menanam padi digalakkan dalam kalangan penduduk Melaka, bagi mengantikan sumber beras yang sebelum itu datang dari tanah Jawa, yang masih dikuasai Belanda.

Setelah kedudukan Abdullah pulih semula, dia pulang semula ke Singapura dan diceritakan betapa penguatkuasaan undang-undang bagi menjaga keamanan Singapura demi memakmurkan kota perdagangan. Oleh kerana pelaksanaan undang-undang di Singapura amat tegas, maka masalah yang menggugat pertumbuhan ekonominya berkurangan.

Abdullah menyatakan hasratnya mengkaji dan menyusun bahasa Melayu bagi manfaatn masyarakatnya sendiri.

Diperikan ekspedisi Tuan Newbold mengkaji mengenai orang-orang Jakun yang terdapat di persekitaran Gunung Panchor. Abdullah membuat catatan wawancaranya dengan orang-orang Jakun itu mengenai adat istiadat dan kepercayaan mereka. Ternyata usaha Abdullah dalam ekspedisi itu memberikannya pemahaman betapa luasnya alam yang Allah cipta ini dengan segala kelebihan-Nya.

Tercetuslah khabar perang antara Inggeris dengan Penghulu Naning. Diperikan bahawa ketumbukan Penghulu Naning telah mengatasi kekuatan tentera Inggeris dalam peperangan itu.

Rabu, Mei 21, 2008

Bacaan Saya Pada Waktu Ini

Hikayat Abdullah adalah buku yang sedang saya baca pada masa ini. Memoir ini sarat dengan banyak maklumat serta pedoman yang amat berguna untuk kita. Kisah-kisah yang tercatat dalam memoir tokoh tersohor ini keluar daripada lingkungan hikayat-hikayat Melayu yang biasa dalam zaman penulisnya.

Saya akan memberikan ringkasan setiap bab dalam kitab ini.

Selain itu, saya juga mahu mengkaji pelbagai peribahasa lama yang terdapat dalam memoir Munyi Abdullah.

Saya juga sedang menyusun pelbagai hal yang bersangkutan dengan bahasa dan orang-orang Melayu yang amat memberikan kesan kepada saya secara peribadi.

Insya-Allah, saya akan juga memberikan ulasan buku lanjutan daripada hikayat ini, iaitu Hikayat Pelayaran Abdullah.

Ada sebuah karya yang diterbitkan oleh seorang penulis di Malaysia yang menyampaikan Hikayat Abdullah ini dengan gaya bahasa yang mudah untuk pembacaan generasi zaman ini.

Sebuah buku yang mengulas tentang Hikayat Abdullah ini dari sudut perpekstif sejarah sosio-budaya juga akan saya buat sorotan mudah.

Semoga pembacaan saya dalam menghayati bahan penulisan yang sudah lebih daripada seabad ini akan lancar di sela-sela tugas harian dan aktiviti masyarakat yang saya ceburi juga.