Projek Menengah 1 (2010) - Inilah Kisah Hidupku 1
Assalamualaikum Wr Wb
Projek ini saya sediakan untuk semua pelajar Menengah 1 saya (termasuk pelajar-pelajar Visiting Schools) dari Kelas HMT, NA dan NT saya bagi tahun ini.
Saya sedar setiap pelajar EMAS (termasuk pelajar-pelajar VS) perlu menulis bahan bagi bengkel penulisan yang akan dijalankan tidak lama lagi. Untuk mengelakkan kesuntukan masa dan kekontangan idea, saya berharap para pelajar akan membuat persiapan bagi bengkel ini awal-awal lagi pada masa-masa senggang sekarang ini.
Untuk para pelajar Normal Ekspres dan Normal Teknikal saya pula, saya mahu mereka bersama-sama dapat berkarya dan menyumbang terhadap pembangunan sahsiah mereka sendiri sewaktu melalui zaman sekolah menengah ini.
Objektif projek ini adalah seperti berikut:
1. Pelajar menetapkan hala kejayaan dalam pelajar di sekolah menengah selain mengimbas kisah lalu yang akan membantu membina kejayaan mereka pada hari ini.
2. Memperbanyakkan bahan bacaan mengenai hal kejayaan masing-masing dan mendorong rakan-rakan yang lain-lain untuk mencapai sama kejayaan. Semua bahan yang pelajar sediakan hendaklah dihantar untuk saya semak dan sunting. Hasil tugasan ini setentunya akan dinilai.
Topik 1 – Peristiwa Yang Tidak Dapat Saya Lupakan
Setiap orang daripada kita banyak peristiwa yang terkesan dalam diri hingga pada saat ini. Sesebuah peristiwa yang tidak diduga, peluang-peluang yang datang bergolek, seseorang yang baru telah hadir dalam kehidupan kita – pastinya mengubah hala tuju kehidupan anda. Pilihlah sebuah peristiwa yang amat terkesan dalam diri anda dan perihalkan mengenainya.
Pencetus Kenangan:
Dapatkah anda ingati kembali akan masalah-masalah kehidupan yang pernah anda hadapi dan semua tindakan anda yang anda ambil untuk menanganinya? Sering kali, penyelesaian masalah itu membantu anda mengubah haluan hidup anda.
- Adakah sesiapa yang istimewa dalam hidup anda dan banyak mempengaruhi keperibadian atau beliau ada mencari peluang untuk menjalin persahabatan dengan anda? Mengapakah insan ini begitu istimewa dalam hidup anda?
- Pernahkah anda menghidapi sebarang penyakit atau mengalami apa-apa kemalangan yang menyebabkan anda terlantar untuk suatu tempoh di sebuah hospital? Semasa terlantar di hospital itu, atau sesudah itu, adakah anda membuat sebarang ketetapan dalam diri anda sendiri tentang apa-apa langkah atau haluan yang akan anda tempuhi dalam kehidupan anda pada masa depan? Adakah hal tersebut merupakan permulaan dalam perubahan hala tuju hidup anda pada masa kini?
- Berpindah ke sebuah rumah baru atau sebuah bandar baru merupakan hal yang amat besar kesannya dalam kehidupan anda. Perihalkan tindakan anda yang memberikan kesan besar dalam kehidupan anda kini. Apakah sebab-musabab anda berpindah ke tempat dan persekitaran yang baru itu? Apakah yang berlaku dalam persekitaran baru anda itu?
- Adakah sebuah perceraian atau perkahwinan semula membawa kesan yang besar dalam kehidupan kamu? Perihalkan penyesuaian yang anda lalui dan lakukan. Apakah perkembangannya?
Topik 2 – Sebuah Hobi Yang Bermakna Bagi Diri Saya
Hobi yang anda minati menyerlahkan tentang diri anda. Anda mengorbankan banyak masa dan kegiatan itu merupakan sesuatu yang anda senangi dalam kehidupan harian anda. Hal ini juga menunjukkan kecenderungan dan ruang yang anda pilih untuk merehatkan diri. Anda mungkin menyisihkan masa-masa senggang anda untuk menjalankan hobi tersebut. Perihalkanlah mengenainya.
Pencetus Kenangan
- Bagaimanakah anda menceburkan diri dalam hobi itu? Bila, dan pada usia berapakah anda memulainya? Mengapakah anda seronok melakukannya?
- Bagaimanakah anda menambah pengetahuan dalam hobi anda itu? Adakah anda menyertai sebuah kelab atau persatuan? Perlukah anda menjalani sebarang latihan khusus? Adakah anda melanggani bahan-bahan yang diterbitkan mengenai hobi anda itu? Pernahkah anda menyumbang sebarang artikel untuk penerbitan tersebut?
- Adakah hobi anda itu memerlukan sebarang peralatan yang khas? Adakah hobi anda itu memerlukan peruntukan wang yang banyak?
- Pernahkah anda diminta berucap mengenai hobi anda pada sebarang kumpulan sasaran? Pernahkah hasil hobi anda itu dipamerkan untuk tontonan khalayak ramai?
- Pernahkah anda menerima sebarang anugerah atau pengiktirafan berhubung dengan hobi anda itu? Pernahkah ada sebarang bahan yang ditulis dan dicetak yang menampilkan anda dan hobi anda?
- Pernahkah anda menikmati sebarang ganjaran wang dan meraih pendapatan daripada hobi anda itu? Jika tidak dalam tempoh terdekat, mungkinkah pada masa hadapan?
- Sering kali sesebuah hobi berkembang menjadi sebuah kerjaya yang serius. Adakah hobi anda yang pada asalnya itu berkembang dan menjadi sebuah perusahaan yang besar?
- Adakah anda dapat menjalin ramai sahabat dengan melakukan hobi anda itu? Mahukah anda melihat anak-anak anda melakukan aktiviti hobi yang serupa? Adakah hobi anda ini dapat dilakukan pada usia yang lebih lanjut? Mahukan anda meneruskan hobi itu setelah anda bersara kerak?
Topik 3 – Kejayaan Masa Lalu Saya Yang Amat Saya Banggakan
Anda semua insan-insan yang unik, saat-saat kegemilangan dalam kehidupan anda setelah anda berusaha dengan gigih dan usaha anda itu membuahkan hasil dan memberikan anda kepuasan. Kejayaan itu tidak semestinya sesuatu yang besar lagi menakjubkan setiap insan akan tetapi sesuatu yang cukup bermakna dan penting bagi diri anda.
Pencetus Kenangan
- Adakah sesesuatu bidang yang anda ceburi melibatkan latihan dan akhirnya anda menjadi mahir mengenainya? Apakah pengiktirafan yang anda perolehi, jika ada? Bagaimanakah anda menceburi bidang itu? Apakah sumbangan yang anda telah berikan dalam bidang ini? Pernahkah kemahiran anda dirujuk oleh sesiapa dan pihak-pihak lain?
- Anda juga pernah mengecapi pelbagai kejayaan dalam kehidupan anda; belajar sebuah bahasa asing; mereka dan menjahit pakaian anda sendiri; memperbaiki sebuah peralatan yang rosak; menangani masalah yang anda hadapi; menguruskan sebuah tugas yang rumit; mencapai tahap kesihatan fizikal yang ideal, berjaya menurunkan berat badan; mengendali sebuah usaha niaga dan sebagainya. Pilih salah satu kejayaan itu yang dapat mengungkapkan dan amat penting bagi keluarga kamu.
Projek Inilah Kisah Hidupku 2 - Hingga Usia 6 Tahun
Pencetus Kenangan
-Apakah cerita-cerita yang pernah ayah ibu dan saudara mara anda dengar mengenai zaman anda kecil-kecil dulu? Apakah ingatan mereka yang pernah dikongsi bersama-sama mengenai anda sewaktu masih kanak-kanak lagi?
- Di manakah tempat tinggal anda itu. Bagaimanakah keadaan kejiranan tempat tinggal anda? Siapakah jiran-jiran anda? Apakah bentuk rumah anda pada waktu itu? Pernahkah anda berasa sedih apabila di suruh tidur bersendirian atau tidur awal daripada anggota keluarga anda yang lain?
- Apakah yang anda amat takuti pada waktu itu? Adakah ketakutan anda itu bersangkut paut dengan seseorang, sesebuah tempat atau barang? Bagaimanakah anda mengatasi perasaan takut anda itu pada akhirnya?
- Apakah kenangan yang masih jelas terbayang sewaktu anda masih kanak-kanak lagi? Adakah sebarang potret diambil untuk merakam gambar anda pada waktu itu? Bahan-bahan itu amat baik sebagai pencetus kenangan. Nyatakan apa-apa yang anda dapati daripada menatap gambar-gambar itu.
- Apabila anda berkelakuan baik, apakah yang dapat sebagai imbalan daripada ibu bapa anda?- Apakah permainan sewaktu anda kanak-kanak? Anda bermain-dengan dengan siapa? Pernahkan anda memiliki seorang teman ‘istimewa’, yang tidak dapat dilihat orang lain? Pernahkah anda disertakan dalam perkhemahan atau kelas-kelas khusus pada waktu itu? Pernahkah anda berasa hendak terus pulang ke rumah kerana tidak mahu menyertai aktiviti itu?
- Ingatkah anda akan masa-masa kelahiran adik-adik anda? Bila? Di mana? Perikan perasaan anda pada waktu itu. Adakah anda seorang abang atau kakak yang baik?
- Adakah anda mendapat kasih sayang yang penuh pada waktu itu? Pernahkan anda menyertai kelas-kelas nurseri atau taska(taman asuhan kaanak-anak)?
- Ada orang mengatakan mereka hidup miskin tetapi tidak memahaminya. Pernahkah anda bersikap sedemikian?
- Adalah anda mengalami sebarang kemalangan pada waktu itu? Pernah pergi ke hospital untuk menerima rawatan? Huraikan.
- Adakah anda memiliki binatang peliharaan sewaktu anda kanak-kanak? Apakah nama binatang peliharaan anda itu? Ceritakan mengenainya.
- Pernahkan anda memiliki sebarang alat permainan yang sangat anda senangi?
- Ingatkan pesta hari jadi yang dianjurkan oleh ayah dan ibu anda untuk anda? Ceritakan mengenainya. Apakah hadiah yang paling bernilai yang anda terima pada masa itu?
- Apakah makanan kegemaran anda? Adakah anda diberi makanan berasingan daripada keluarga atau anda makan bersama-sama mereka? Apakah hidangan pencuci mulut yang anda gemari? Apakah makanan yang amat anda benci?
Panduan 9 hingga 12.
9. Usah menulis untuk mengajar orang lain.
Perikan kisah anda dengan gaya yang mudah dan secara jujur seperti yang pernah anda alami sendiri. Biarkan kisah anda itu membawa kesan-kesannya sendiri.
Usah mengarah pembaca tetapi biarkan mereka memahami sendiri.
10. Usah nantikan saat-saat ilham tiba.
Mulakan kerja menulis walaupun hanya sedikit sahaja yang dapat dihasilkan pada mulanya.
11. Kita mengambil contoh tetapi bukan meniru daripada bahan yang telah dihasilkan oleh orang lain. Sering kali, kisah-kisah orang lain akan mendorong kita mengungkapkan kenangan mengenai kisah kita pada masa lalu.
12. Bayangkan anda sedang mengutus surat kepada orang yang anda kasihii untuk menceritakan apa-apa yang terjadi. Anda boleh memulakan dengan frasa: “Ke hadapan sahabatku yang dihormati’ (yang mana anda boleh memangkasnya kemudian).
Projek Inilah Kisah Hidupku 3 - Zaman Sekolah Rendah
Pencetus Kenangan
- Apakah sikap anda sewaktu mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah? Ingatkah anda akan hari pertama di sekolah? Adakah pengalaman itu menyenangkan atau apa pula yang tidak? Apakah anda mahu sahaja pulang ke rumah?
- Adakah anda berasa ghairah sewaktu pergi ke sekolah? Adakah kerana anda akan bersekolah dengan abang atau kakak anda? Bagaimanakah pergaulan anda dengan murid-murid yang lain?- Adakah sekolah anda itu dekat atau jauh dari rumah anda? Bagaimanakah anda pergi ke sekolah anda itu? Berapa lamakah anda menuntut di sekolah itu? Adakah anda berpindah ke sekolah lain kerana menuruti keluarga anda berpindah rumah? Adakah anda menghadapi masalah akibat perpindahan itu?
- Adakah anda pulang makan tengah hari di rumah atau anda menikmati hidangan di kantin sekolah? Adakah anda membawa bekal untuk dimakan sewaktu berehat? Apakah makanan kegemaran anda ketika itu?- Kelas bagi mata pelajaran apakah yang anda gemar? Yang mana pula yang anda tidak suka? Adakah anda memiliki sebarang minat atau kemahiran yang membuat anda terkenal din sekolah itu? Adakah hal ini mempengaruhi minat anda selanjutnya hingga hari ini?
- Adakah apa-apa keinginan anda sebagai seorang kanak-kanak? Pernahkah anda berpeluang memilikinya? Apakah perasaan anda pada waktu itu? Apakah hadiah istimewa yang anda dapat dan yang masih anda ingati?- Pernahkah anda berkhayal sewaktu usia begini? Apakah yang anda khayalkan itu?
- Pernahkah anda mempunyai seorang atau ramai guru yang amat anda suka? Adakah guru anda itu mempengaruhi kelakonan anda di sekolah? Ceritakan salah satu peristiwa yang masih segara dalam ingatan anda mengenai guru tersebut.
- Pernahkah anda membawa pulang buku laporan yang kurang memuaskan? Mengapa? Apakah reaksi ibu bapa anda? Adakah ibu bapa anda berpendapat anda menerima pendidikan sekolah yang baik? Bagaimanakah hubungan anda dengan ibu atau ayah anda? Pernahkah anda mereka hukum? Mengapakah anda mereka hukum?
- Adakah rakan-rakan sekolah anda yang menjadi terkenal? Adakah anda masih bersahabat dengannya?
- Siapakah tokoh atau orang yang amat memberi pengaruh yang besar atas diri anda?
- Apakah perasaan anda apabila anggota keluarga anda duduk bersama-sama menghadapi hidangan sarapan, makan tengah hari atau makan malam? Apakah yang anda sekeluarga lakukan bersama-sama pada hari-hari kelepasan?
- Apakah permainan yang anda dan rakan-rakan jalankan sewaktu zaman persekolahan ini? Adakah anda berpeluang belajar menunggang basikal? Bersepatu roda? Bermain guli bersama-sama kawan-kawan anda?
- Pernahkah anda berasa terasing sewaktu kanak-kanak dahulu? Adakah anda gemuk, tinggi, pendek atau pun lincah? Bagaimana anda berpakaian? Adakah anda seorang yang pemalu?- Bagaimanakah hubung anda dengan abang, kakak dan adik anda? Adakah mereka juga bersekolah? Adakah mereka sudah bekerja? Apakah tugas-tugas harian di rumah yang ibu bapa anda mahu anda lakukan? Tugas-tugas yang mana satukah yang tidak anda senangi?
- Apakah pernah anda bekerja untuk mencari sedikit wang sewaktu cuti sekolah?
- Cuti yang manakah yang sangat anda suka?
Panduan 13 hingga 16
13. Kerja menulis akan menjadi mudah sekiranya anda mempunyai bahan yang mencukupi. Sesudah semua nota dan catatan dikumpulkan, berilah tempoh bagi idea anda itu untuk berkembang. Biarkan gerak hati anda menyusun setiap idea anda itu. Tidak lama sesudah itu, idea-idea yang menarik akan timbul dengan sendirinya. Semak semula catatan anda, susun semua idea-idea itu dan mulakan kerja-kerja menulis.
14. Biar gaya bercerita anda mudah. Gunakan kosa kata yang mudah lagi tepat. Hal ini akan memudahkan anda melahirkan idea secara bersahaja, anda akan mudah difahami pembaca-pembaca anda. Usah gunakan perkataan yang sukar. Gunakan kekata yang biasa. Usah gunakan kata-kata yang kompleks. Gunakan gaya yang biasa dalam ungkapan idea dalam ayat-ayat yang mudah dan menarik.
15. Usah gunakan terlalu banyak ayat kompleks. Usah longgokkan banyak idea dalam sesebaris ayat. Pembaca akan cepat bosan. Saya juga ada kecenderungan sedemikian. Jika berlaku perkara sedemikian, saya akan memecah-mecahkan idea-idea itu dalam bentuk-bentuk mudah. Ayat-ayat yang ringkas akan saya bina bagi setiap idea. Namun, pelbagaikan jenis ayat yang anda tuliskan. Akhirnya, akan terhasil nada dan gaya dalam bentuk ayat-ayat yang anda hasilkan. Umunya, ayat mudah mengandungi setidak-tidaknya 15 patah perkataan, yang sederhana 15 hingga 30 patah perkataan, dan yang panjang, 30 patah perkataan atau lebih.
16. Penulis harus tekal dalam penggunaan kata ganti diri sepanjang membina ayat-ayat tersebut.
Projek Inilah Kisah Hidupku 4 - Zaman Remaja
- Bagaimanakah keadaan diri anda sebagai seorang remaja? Apakah tanggapan keluarga terhadap anda sebagai seorang remaja?- Adakah zaman remaja anda ini amat merumitkan? Adakah zaman remaja ini menyeronokkan? Adakah anda mendapati sukar ‘mencari jati diri anda’?
- Apakah peritiwa saat zaman remaja ini yang masih anda ingati hingga hari ini? Memalukan, melucukan, menyedihkan, atau yang lain-lain? Berceritalah.
- Bagaimanakah keadaan anda pada masa kini? Apakah kerjaya ayah atau ibu anda kini? Adakah anda selalu membantah keputusan mereka? Bagaimanakah hubungan anda dengan ayah, ibu dan adik-beradik anda? Adakah anda rapat dengan sanak saudara anda selain anggota keluarga anda sendiri?
- Apakah peraturan yang ayah dan ibu anda tetapkan di dalam rumah?
- Bagaimanakah tanggapan anda terhadap sekolah pada waktu ini? Apakah mata-mata pelajaran yang anda minati? Apakah aktiviti-aktiviti sekolah yang anda sertai? Pernahkah anda memenangi sebarang anugerah atau mendapat pencapaian yang cemerlang? Guru-guru yang manakah yang anda senangi? Siapakah rakan-rakan sekolah istimewa anda?
- Bagaimanakah anda mengisi masa lapang anda pada hujung-hujung minggu?
- Adakah anda melakukan kerja-kerja sambilan untuk mendapatkan sedikit wang? Ke manakah anda suka pergi dan apakah yang anda suka lakukan di sana? Apakah tanggapan ibu bapa anda terhadap pertemuan anda dengan rakan-rakan anda?
- Adakah orang-orang yang mempengaruhi kehidupan anda? Pilih dan perikan dua antara mereka. Bagaimanakah mereka membantu anda?
- Siapakah orang-orang pujaan anda? Adakah mereka dalam bidang sukan, perfileman, persekolahan, di kejiranan anda, atau sebagainya?
- Bagaimanakah keadaannya pertama kali anda menonton filem di pawagam bersama-sama rakan-rakan anda? Berapa kerap anda pergi ke pawagam? Filem jenis yang manakah yang anda minati?
- Apakah jenis sukan atau hobi yang anda gemari? Aktiviti yang manakah yang anda sangat cemerlang?
- Adakah anda suka menari? Tarian jenis apakah yang anda senangi? Siapakah yang mengajar anda tarian tersebut? Muzik jenis yang manakah yang anda gemari? Adakah anda belajar menyanyi atau belajar bermain sejenis alat muzik?
- Adakah anda mengambil berat tentang penampilan anda – pakaian, gaya rambut dan seumpamanya? Apakah yang anda lakukan? Apakah yang anda senang dan kurang senang mengenai diri anda?
Panduan 17 hingga 20
17. Idea-idea anda perlu disusun dalam perenggan-perenggan yang sesuai. Setiap idea baru dimulakan dalam perenggan yang baru. Setiap dialog yang baru juga dimulakan dalam perenggan yang berasingan. Oleh itu, dianjurkan agar satu-satu halaman terdapat sekurang-kurangnya 3 hingga 4 perenggan.
18. untuk mengelakkan kebuntuan sewaktu menulis, disyorkan anda mengambil langkah-langkah berikut:
a. Gunakan ayat-ayat anda sendiri. Usah hambat hasrat anda dan berasa tertekan.
b. Tinggalkan bahagian yang sukar dahulu. Apabila anda sudah kembali segar, tangani bahagian yang sukar itu semula.
c. Semak semula apa-apa yang anda tulis semalam. Disyorkan anda membaca petikan daripada buku tulisan penulis yang anda minati sebelum anda mula menulis.
d. Kalau bermasalah untuk memulakan penulisan, buat aktiviti yang lain untuk menjelmakan ilham. Tulis atau coret-coret nama anda di kertas kosong (lakukan selama lima minit sahaja). Kalau tidak berjaya, lakukan hal lain dan tulis pada masa yang lain.
e. Adakah papan arahan menulis. Mulakan pada bahagian tengah yang mudah disudahkan apabila anda memulakannya semula. Tulis arahan untuk tugasan selanjutnya sebelum anda memulakan penulisan pada masa yang akan datang.
19. Hindari kata-kata yang sudah menjadi klise. Gunakan kosa kata anda sendiri. Pembaca akan dapat memahami anda secara dekat.
20. Pembaca adalah khalayak kita. Oleh itu, pastikan penulisan kita mengambil kira faktor memancing pembaca. Dengan melakukan hal demikian, kita akan terpanggil untuk menjangkakan soalan-soalan yang mungkin pembaca kita mahu ajukan. Dengan memberikan jawapan, sudah tentu pembaca akan terus mahu menyudahkan pembacaan kerana minatnya kita berikan pertimbangan.
Projek Inilah Kisah Hidupku 5 - Impianku, Harapanku
- 10 Tahun Akan Datang
Bayangkan keadaan diri anda 10 tahun akan datang. Setentunya, akan ada banyak perubahan pada diri anda, sama ada daripada bentuk fizikal, kedudukan sosial dan perkembangan sahsiah (personaliti) anda. Ceritakan strategi anda pada masa kini sebelum tiba masa itu.
Pencetus Idea
Apakah rupa paras anda pada masa itu; bergaya, segak atau sederhana? Mengapakah anda berkeadaan sedemikian?
Apakah yang anda lakukan dan tidak lakukan hingga berkeadaan sedemikian?
Bagaimanakah pula perasaan anda pada masa itu?
Anda sudah tamat pengajian tinggi?
Adakah anda pergi menuntut di maktab rendah dan sebagainya?
Di sebuah maktab mempelajari selok-belok bidang perniagaan?
Anda masih di dalam perkhidmatan negara?
Adakah anda berhenti sekolah atau sudah memulakan kerjaya?
Adakah anda mempunyai kecenderungan atau minat selain bekerja dan belajar?
Masih menuntut: Sekolah yang mana anda pilih? Mengapa? Sekolah itu terletak di mana? Apakah kursus yang anda ambil atau mata-mata pelajaran apakah yang anda pilih? Apakah mata-mata pelajaran yang anda senangi? Perikan bantuan yang guru-guru anda hulurkan.
Di manakah tempat tinggal anda? Adakah anda bekerja untuk membiayai pelajaran anda itu? Apakah pekerjaan yang anda lakukan? Perihalkan tentang pendapatan yang anda perolehi. Adakah kaum keluarga anda memberi anda bantuan kewangan? Adakah mereka bersetuju dengan sekolah dan bidang pelajaran pilihan anda itu? Apakah yang anda lakukan sewaktu cuti semasa pengajian anda itu?
Adakah anda aktif dalam mana-mana jenis sukan, menganggotai sebarang kelab, melibatkan diri dalam bidang pementasan atau lain-lain aktiviti riadah yang menyeronokkan? Anda tentu ramai kenalan. Siapakah teman-teman istimewa anda?
Perikan kehidupan anda sebagai seorang penuntut. Sukakah anda menjadi penuntut di sebuah institusi pendidikan? Pada peringkat manakah dalam pengajian anda itu yang terkesan hingga pada hari ini?
Pernahkah anda menjalinkan perkenalan dengan teman istimewa? Perikan mengenai teman istimewa anda itu.
Pernahkan anda menetapkan matlamat untuk anda capai dalam tahun-tahun itu? Adakah anda berjaya mencapai harapan dan impian anda itu? Apakah sikap anda pada waktu dianggap wajar? Perikan tanggapan anda pada waktu itu membawa pada kejayaan pada masa hadapan anda.
Perkhidmatan negara: Anda ditempatkan di bahagian mana? Berapa lamakah tempoh anda berkhidmat di situ? Anda menginap di mana sewaktu dalam perkhidmatan negara? Di manakah anda menerima latihan asas ketenteraan? Adakah anda dihantar ke luar negeri sewaktu dalam perkhidmatan negara? Apakah pangkat anda pada waktu itu? Apakah tugas-tugas yang anda pikul? Adakah anda berkursus sewaktu menjalani perkhidmatan negara? Apakah kursus-kursus yang anda sertai? Adakah anda menghargai pengalaman sewaktu dalam perkhidmatan negara?
Berkerjaya: Mengapakah anda meninggalkan bangku sekolah? Bagaimanakah keadaan keluarga anda seisi rumah? Apakah bidang kerja yang anda ceburi? Di mana? Apakah tugas-tugas anda?
Perikan pendapatan yang anda perolehi. Adakah anda menyumbang pada pendapatan keluarga anda?Adakah anda senang dengan kerjaya pilihan anda itu? Adakah anda beralih pada tugas yang lain?
Bagaimanakah keadaan keluarga anda? Apakah nasihat yang sering ayah dan ibu anda berikan? Apakah peraturan dalam rumah yang dipatuhi dalam rumah anda itu? Adakah anda mempunyai abang, kakak atau adik-beradik? Adakah mereka masih belajar atau sudah berkerjaya?
Siapakah teman rapat anda pada waktu itu? Apakah aktiviti yang anda dan teman anda itu lakukan untuk mengisi masa-masa lapang?
Panduan Pengumpulan Bahan dan Penulisan
Pastikan bidang yang anda ingin ceburi telah anda fahami. Lakukan kajian yang perlu agar fakta yang anda dapat itu boleh memberi kesan yang meyakinkan dalam penulisan anda.
Pastikan juga bidang kerjaya yang anda perikan memberikan gambaran akan pemahaman anda mengenainya. Cari maklumat itu daripada semua sumber yang sahih.
Panduan 21 - 23
21. Sertakan orang lain dalam penulisan anda ini. Manusia sememangnya amat meminati akan perihal manusia yang lain. Manusia sememangnya amat terpesona dengan kehidupan manusia yang lain. Anda menemui ramai orang dalam kehidupan anda. Ramai daripada mereka mempunyai banyak pengaruh atas perkembangan diri anda.
22. Gunakan ayat yang sempurna. Ayat yang sempurna mempunyai permulaa, pertengahan dan pengakhiran.
Dalam penulisan, gunakan ayat-ayat yang baku bagi menyatakan hasrat anda dalam bercerita. Ayat yang mudah lagi jelas menghuraikan banyak persoalan kepada pembaca.
Penggunaan bahasa seseorang itu memerihalkan peribadinya. Gaya bahasa yang memudah tidak akan menyukarkan tugasan anda ini. Membaca bahan-bahan penulis yang baik dan mendengar pertuturan orang-orang yang berbahasa dengan baik juga membantu. Oleh itu, baca nyaring bahan anda supaya anda dapat mengesan kesilapan-kesilapan yang ada.
23. Gunakan cara yang lain. Usah sisipkan banyak maklumat dalam sesebaris ayat. Gunakan ayat baru. Ubah kedudukan maklumat dalam ayat anda itu. Misalnya, anda mengungkapkan 'Dua ekor burung yang anda temui'. Gunakan sebaris ayat mengenai 'Seekor burung yang anda temui hinggap di jendela.' Kemudian, anda sambung dengan 'Terbang hinggap pula seekor burung lagi di jendela itu.'
Mulai Januari 2011, catatan di sini memuatkan semua bahan dan penemuan saya yang berkaitan dengan projek peribadi penulisan saya yang berjudul Cerita Rakyat Orang Melayu. Bahan-bahan ini saya pungut daripada kajian lapangan sewaktu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, hingga pada masa ini. Cerita-cerita di sini kebanyakannya berasal dari seluruh ceruk dan rantau di Asia Tenggara. Alamat emel saya di manafyasir@gmail.com
Memaparkan catatan dengan label Karangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karangan. Papar semua catatan
Ahad, Februari 07, 2010
Isnin, Ogos 11, 2008
Antologi Jauh Di Mata, Dekat Di Hati
Singapura: NLB, 2008
Inilah sinopsis ringkas kesemua cerpen yang termuat dalam buku ini. Buku audio hanya memuatkan dua karya aslinya, iaitu cerpen berbahasa Melayu dalam antologi ini.
Cerpen 1
Pandangan Salji - oleh Anita Desai
Rakesh serba salah apabila kedua-dua orang 'ibu'nya dari India datang hendak membantu merawat Beth, isterinya yang sarat mengandung dan akan bersalin.
Kasih antara Asha dan Anu, kedua-dua orang wanita yang menjadi 'ibu' Rakesh tidak dapat dihuraikan Rakesh untuk menuntut pemahaman isterinya itu.
Sebagai orang Asia yang berkeperibadian tinggi, kedua-dua orang 'ibu' Rakesh sedar betapa keadaan yang membenarkan Rakesh menjadi manusia berjaya dan bahagia dengan menuntut ilmu di luar negara.
Kisah silam Asha dan Anu cukup unik. Kerana kasih akan kakak yang dikasihinya, Anu mengizinkan Asha merawat dan mengasuh anaknya, Rakesh sejak bayi lagi.
Kerana kasih akan Anu pula, Asha membela adiknya yang diusir keluar keluarga suaminya setelah dia menjadi janda.
Kedua-dua wanita janda itu hidup bersama-sama sambil membesarkan Rakesh.
Kerana sedar bahawa kehadiran mereka tidak disenangi oleh menantu orang barat mereka, kedua-dua mengambil keputusan untuk pulang segera ke tanah air mereka apabila mereka yakin menantunya itu akan berada dalam keadaan yang lebih baik tanpa campur tangan mereka dalam merawat bayi yang baru lahir itu.
Cerpen 2
Singa Di Musim Salji - oleh Weena Poon
Cerpen menceritakan pengalaman Freddie, rakyat Singapura yang menetap di Amerika Syarikat dan pulang ke Singapura. Dia menyedari betapa di Singapura, dia menemui semula kenangan hidupnya sewaktu kanak-kanak sebelum berangkat ke Amerika Syarikat.
Yang terkesan padanya sewaktu berada di Singapura adalah keramahan oang-orang Singapura (hlm 33, perenggan 4) dan keindahan serta kecekapan pegawai-pegawai di Lapangan Terbang Changi (hlm 36, perenggan 1). Freddie juga terkesan akan tanggapan msyarakat Cina Singapura mengenai peranan penjaga kanak-kanak yang diupah (hlm 39, perenggan 3) serta layanan mesra orang Singapura kepada tetamu yang berkunjung ke rumah mereka (hlm 40, perenggan 4).
Kerinduannya pada pengalaman-pengalaman itulah yang membuat Freddie sedar betapa kakaknya, Franceska, masih terus mengekal hubungan erat lagi mesra dengannya dan semua kenalan yang merantau ke luar negara Singapura.
Cerpen 3
Kampung Nee Soon - oleh Ding Yu
Setiap kali pulang ke Singapura, Guo Quan terkenang akan zaman kanak-kanaknya. Dia masih mengenang akan kawan-kawan baiknya, iaitu Xiao Mi, Ah Siong dan 'Tembam'.
Walaupun kini dia memiliki kerakyatan Amerika Syarikat, Guo Quan telah mengambil keputusan untuk terus memegang kerakyatan Singapura. Singapura baginya adalah masa hadapannya. Namun, nasib Xiao Mi yang sebatang kara serta teringat akan janji-janjinya kepada Xiao Mi, membuat remaja lapan belas tahun itu terus mencarinya.
Xiao Mi tidak diketemuinya. Guo Quan menangisi usahanya yang gagal itu, dan selain itu juga "….. dia menemui kenangan yang hilang, tetapi juga pengalaman yang telah dilupakan."
Cerpen 4
Perkahwinan Yang Direstui - oleh Collin Lee
Hajat kedua-dua keluarga You Li dan Su Fen untuk mengahwinkan mereka berdua dipersetujui walaupun masing-masing dikatakan tidak serasi. Namun, anak-anak muda yang berpegang dengan pandangan moden dan menentang adat lama yang dipegang keluarga kedua-dua pihak menimbulkan ketegangan.
Perbalahan itu diselesaikan oleh Paderi Micheal yang pernah mengajar You Li dan Su Fen. Paderi itu fasih berbahasa Hokkien. Sikap dan gaya mesra paderi tersebut telah menambat hati kedua-dua pihak keluarga. Dengan perantaraan paderi tersebut, kedua-dua keluarga dapat mencapai kata sepakat dalam merundingkan acara majlis perkahwinan anak-anak mereka itu.
Cerpen 5
Singapuraku - oleh Hafiza Talib
Aini berasa kagum dan terharu dengan kegigihan rakyat Singapura dalam menempuh pelbagai cabaran seperti SARS, kemelesetan ekonomi dan pembuangan kerja.
Dia segera pulang ke tanah air untuk menyambut hari kemerdekaan Singapura bersama-sama keluarga arwah kakaknya. Bersama-sama tunangnya, Abdul Hadi, mereka bersama-sama merenung semula betapa Singapura bangkit semula dengan kukuh tali persaudaraan sesama rakyatnya menjadi sebuah masyarakat yang kuat.
Cerpen 6
Singapura Lama Singapura Baru - Oleh Dehliez
Pak Raub kembali setelah 45 tahu meninggalkan Singapura. Dia kagum dengan kepesatan pembangunan Singapura dalam masa dia merantau itu. Kenangannya akan kampung halamannya dan pencariannya mencari kaum keluarganya menghimbau kenangan-kenangan lama sewaktu menaiiki beca sewaannya.
Cerpen 7
Buaian Kasih - oleh Mu Thangarasan
Azhgammal, pembantu dari India, diambil bekerja dengan keluarga Anbumani dan Kanagambigai untuk merawat cucu mereka, Anbanadhan yang baru dilahirkan, anak Selvanathan. Azhgammal pula baru melahirkan anak dan telah dititipkan kepada keluarganya sebelum berangkat ke Singapura.
Menyedari akan keadaan Anbazhagi tidak mahu menyusukan sendiri bayinya, Azhgammal memberi susu badannya kerana sedar akan manfaat tindakannya itu. Hal itu tidak ketahui oleh sesiapa melainkan Kanagambigai dan Anbumani. Kedua-dua oran datuk dan nenek Anbanadhan bersyukur kerana mereka juga sedar akan manfaatnya bayi yang baru lahir itu menerima susu badan. Kanambagai bertambah kasih akan Azhgammal dan dimasakkannya pel;bagai makanan yang berkhasiat untuknya sewaktu menyusukan cucunya.
Pada masa yang sama, Azhgammal juga merindui anak kandungnya sendiri dan kasihnya itu ditumpahkan kepada anak majikannya, Anbanadhan.
Enam bulan, setelah tempoh Azhgammal bekerja dengan keluarga Anbumani dan Kanagambigai tamat, mereka menghadapi masalah sesudah Azhgammal dipulangkkan kepada pihak agensi pembantu rumah. Menyedari Anbanadhan merindui susu dan kasih Azhgammal dan setelah dinasihati doktor, pembantu rumah itu diambil semula bekerja demi perkembangan bayi yang berusia enam bulan itu.
Cerpen 8
Berlian Di Dasar Bumi - oleh Se Ve Shanmugam
Kanegasabapathy serba salah apabila mengetahui hasrat anak gadisnya, Devi hendak berkahwin dengan Subramaniam, seorang pemuda golongan kasta yang berbeza daripada mereka. Isterinya, Sivagami, yang kuat memegang adat tradisi itu pasti tidak akan bersetuju dengan hasrat anak gadis mereka. Namun, setelah menyaksikan sendiri betapa Subramaniam yang amat beradab sewaktu bertamu di rumah mereka, Sivagami berubah fikiran dan kemelut suaminya itu lenyap.
Rabu, Ogos 06, 2008
Karangan Perbincangan
Berikut adalah bahan-bahan paparan salid untuk karangan perbincangan. Bahan ini boleh digunakan untuk semua peringkat sekolah menengah.
(Bahan sedang dipertingkatkan)
Selamat maju jaya.
(Bahan sedang dipertingkatkan)
Selamat maju jaya.
Isnin, Julai 28, 2008
Singapura Lama, Singapura Baru - Baca! Singapura
Alhamdulillah. Daripada teks di atas, kita sudah menjalankan pembacaan dan sekali gus perbincangan mengenai kandungannya.
Mujur ada buku audio yang membantu dalam pembacaan cerpen tersebut.
Tugasan-tugasan yang telah dijalankan sejauh ini.
1. Suka diingatkan, para pelajar 1HMT BPGHS perlu membuat catatan ringkas mengenai kedua-dua watak pak Raub dan Penarik Beca daripada teks tersebut. Daripada aktiviti ini, pemerian mengenai kedua-dua watak ini akan dibuat karangan pemerian. Bahan itu perlu para pelajar buat dalam buku kecil dan kotak cerita seperti biasa. Saya bercadang hendak membuat latihan perbandingan antara kedua-dua watak ini. Berkemungkinan, aktiviti kraftangan menghasilkan papet dan diodrama akan dibuat dalam masa terdekat.
2. Para pelajar diminta mengayat daripada sebilangan perkataan yang saya pilih.
3. Daripada perbincangan secara lisan, para pelajar diminta memberikan pandangan peribadi terhadap kedua-dua orang watak.
Aktiviti lain akan menyusul pada minggu berikutnya. Aktiviti-aktiviti tersebut termasuklah karangan membina pemahaman mengenai konflik masa lalu watak Pak Raub semasa dia remaja.
Bahan-bahan latihan bahasa dan karangan yang sesuai akan dijalankan selain kerja kraftangan juga akan dibuat sama.
Mujur ada buku audio yang membantu dalam pembacaan cerpen tersebut.
Tugasan-tugasan yang telah dijalankan sejauh ini.
1. Suka diingatkan, para pelajar 1HMT BPGHS perlu membuat catatan ringkas mengenai kedua-dua watak pak Raub dan Penarik Beca daripada teks tersebut. Daripada aktiviti ini, pemerian mengenai kedua-dua watak ini akan dibuat karangan pemerian. Bahan itu perlu para pelajar buat dalam buku kecil dan kotak cerita seperti biasa. Saya bercadang hendak membuat latihan perbandingan antara kedua-dua watak ini. Berkemungkinan, aktiviti kraftangan menghasilkan papet dan diodrama akan dibuat dalam masa terdekat.
2. Para pelajar diminta mengayat daripada sebilangan perkataan yang saya pilih.
3. Daripada perbincangan secara lisan, para pelajar diminta memberikan pandangan peribadi terhadap kedua-dua orang watak.
Aktiviti lain akan menyusul pada minggu berikutnya. Aktiviti-aktiviti tersebut termasuklah karangan membina pemahaman mengenai konflik masa lalu watak Pak Raub semasa dia remaja.
Bahan-bahan latihan bahasa dan karangan yang sesuai akan dijalankan selain kerja kraftangan juga akan dibuat sama.
Rabu, Januari 30, 2008
Bahan Buat Karangan Naratif
Bahan yang saya paparkan di bawah ini merupakan sumbangan Cikgu Senan Bin Long. Beliau membenarkan saya berkongsi dengan anda semua. Semoga ada manfaatnya.
Situasi Mencemaskan
1 jantungku berdegap-degup
2 jantungku berdenyut cepat
3 jantungku bagaikan hendak putus
4 hatiku berdebar-debar
5 hatiku sungguh tidak tenteram
6 perasaanku tidak menentu
7 perasaanku gundah-gulana
8 darahku mengalir dengan cepat
9 terasa darah adrenalina mengalir ke seluruh tubuhku
10 mataku terbeliak / terbuka besar
Situasi Menyedihkan
1 air mata jatuh berlinangan
2 air mata mula bergenangan di kelopak mataku
3 sebak di dada dapat aku rasakan
4 sungguh hiba / sayu mengenangkan nasib itu
5 aku hanya mampu mengetap bibir
6 betapa pilu hatiku ini
7 tangisanku tidak terkawal / tidak dapat dikawal
8 rintihan batinku Tuhan yang tahu
9 meraung-raung tangisannya
10 terharu sungguh perasaanku
Situasi Mengecewakan
1 harapan musnah sama sekali
2 harapan hancur berkecai
3 masa depannya kian pudar
4 hatiku retak seribu
5 hatiku remuk redam
6 menyesal sungguh aku rasakan
7 tidak berguna sesen pun
8 aku menangis tidak berlagu
9 aku mula menyumpah saranah di dalam hati
10 tidak aku duga selama ini
Situasi Menggembirakan
1 dapatlah aku berhibur hati
2 dunia ini aku yang punya
3 gembira di hati tidak terkata
4 perasaan riang ria menyelubungi diriku
5 ketawa berdekah-dekah
6 mula mengukir senyuman lebar
7 aku terlonjak-lonjak kegirangan
8 suka sekali aku melihatnya
9 tidak terkata riangnya / gembiranya
10 kasih sungguh perhubungan itu
Situasi Mengimbas Semula / Mengenangkan Kembali
1 mesra sungguh saat itu
2 belaian kasih penuh manja
3 terkenang akan masa-masa bahagia
4 tawanya begitu memikat
5 kata-katanya menyentuh jiwa
6 apakan daya, nasi sudah menjadi bubur
7 tidak ada apa yang boleh menahannya, sudah terlanjur
8 bergelumang penuh dengan dosa
9 sejahat-jahat syaitan, tidak sejahatnya
10 mual sungguh tekak aku mengenangkannya
Situasi Menggeramkan
1 benci aku melihatnya
2 inginku tumbuk sahaja mukanya
3 kalaulah dapat aku meludahnya
4 macam hendak aku picit-picit badannya ibarat memicit bayi
5 rasanya hendak aku sepak / tampar pipinya
6 sedap betul kalau dapat memijak badannya
7 hendak aku siat-siat kulitnya
8 kalaulah dapat dikeroyok ramai-ramai, alangkah baiknya
9 tidak sabar hendak menunggu, rasanya mahu serang sahaja
10 terimalah nanti padahnya
Situasi Melegakan
1 aku menghela nafas panjang
2 barulah dapat aku menghirup udara nyaman
3 rasanya lapang di dada
4 kini ringan keadaanku
5 lapang benar saat ini
6 tenteram sungguh hati ini
7 fikiranku mula aman
8 hembusan nafas tanda lega
9 keadaan kembali seperti sedia kala
10 perasaanku tenang, setenang-tenang air laut
Situasi Tidak Menentu
1 makan banyak, kenyang tidak
2 di luar cuaca sejuk, di bilik panas pula
3 hujan panas diikuti sambaran halilintar
4 buat ini tidak kena, buat itu pun tidak kena
5 ombak mengganas tidak tentu pasal
6 melakukan sesuatu, tetapi asyik salah sahaja
7 badan terasa seram sejuk
8 asyik tergigit lidah sahaja
9 ke hulu, ke hilir tanpa tujuan
10 cakap salah, tidak cakap pun salah
Situasi Kesyukuran
1 mujurlah bantuan datang dengan cepat
2 nasib baik tidak teruk sangat
3 tanpa diduga, pertolongan dating segera
4 tidak disangka-sangka, kami berjaya diselamatkan
5 tidak semena-mena, bantuan datang dari segenap penjuru
6 tiba-tiba keadaan yang genting itu dapat diatasi / diredakan
7 siapa sangka kami masih dapat hidup lagi
8 kami / aku hanya mampu bersujud sebagai tanda mengakui KeMaha
Besarannya
9 aku mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih / syukur ke hadrat Ilahi /
Tuhan
10 segala puji kepada Tuhan yang mengetahui segala-galanya
Situasi Keheningan Alam
1 angin bertiup sepoi-sepoi bahasa
2 desiran ombak memukul pantai
3 burung-burung berkicau riang di angkasa
4 dedaun pokok saling bergeseran
5 bayu bertiup lembut
6 udara segar dan nyaman
7 sang suria / mentari tenggelam di ufuk barat
8 bulan mengambang penuh memikat
9 air sungai mengalir tenang
10 samudera / lautan tenang terhampar luas
Situasi Mencemaskan
1 jantungku berdegap-degup
2 jantungku berdenyut cepat
3 jantungku bagaikan hendak putus
4 hatiku berdebar-debar
5 hatiku sungguh tidak tenteram
6 perasaanku tidak menentu
7 perasaanku gundah-gulana
8 darahku mengalir dengan cepat
9 terasa darah adrenalina mengalir ke seluruh tubuhku
10 mataku terbeliak / terbuka besar
Situasi Menyedihkan
1 air mata jatuh berlinangan
2 air mata mula bergenangan di kelopak mataku
3 sebak di dada dapat aku rasakan
4 sungguh hiba / sayu mengenangkan nasib itu
5 aku hanya mampu mengetap bibir
6 betapa pilu hatiku ini
7 tangisanku tidak terkawal / tidak dapat dikawal
8 rintihan batinku Tuhan yang tahu
9 meraung-raung tangisannya
10 terharu sungguh perasaanku
Situasi Mengecewakan
1 harapan musnah sama sekali
2 harapan hancur berkecai
3 masa depannya kian pudar
4 hatiku retak seribu
5 hatiku remuk redam
6 menyesal sungguh aku rasakan
7 tidak berguna sesen pun
8 aku menangis tidak berlagu
9 aku mula menyumpah saranah di dalam hati
10 tidak aku duga selama ini
Situasi Menggembirakan
1 dapatlah aku berhibur hati
2 dunia ini aku yang punya
3 gembira di hati tidak terkata
4 perasaan riang ria menyelubungi diriku
5 ketawa berdekah-dekah
6 mula mengukir senyuman lebar
7 aku terlonjak-lonjak kegirangan
8 suka sekali aku melihatnya
9 tidak terkata riangnya / gembiranya
10 kasih sungguh perhubungan itu
Situasi Mengimbas Semula / Mengenangkan Kembali
1 mesra sungguh saat itu
2 belaian kasih penuh manja
3 terkenang akan masa-masa bahagia
4 tawanya begitu memikat
5 kata-katanya menyentuh jiwa
6 apakan daya, nasi sudah menjadi bubur
7 tidak ada apa yang boleh menahannya, sudah terlanjur
8 bergelumang penuh dengan dosa
9 sejahat-jahat syaitan, tidak sejahatnya
10 mual sungguh tekak aku mengenangkannya
Situasi Menggeramkan
1 benci aku melihatnya
2 inginku tumbuk sahaja mukanya
3 kalaulah dapat aku meludahnya
4 macam hendak aku picit-picit badannya ibarat memicit bayi
5 rasanya hendak aku sepak / tampar pipinya
6 sedap betul kalau dapat memijak badannya
7 hendak aku siat-siat kulitnya
8 kalaulah dapat dikeroyok ramai-ramai, alangkah baiknya
9 tidak sabar hendak menunggu, rasanya mahu serang sahaja
10 terimalah nanti padahnya
Situasi Melegakan
1 aku menghela nafas panjang
2 barulah dapat aku menghirup udara nyaman
3 rasanya lapang di dada
4 kini ringan keadaanku
5 lapang benar saat ini
6 tenteram sungguh hati ini
7 fikiranku mula aman
8 hembusan nafas tanda lega
9 keadaan kembali seperti sedia kala
10 perasaanku tenang, setenang-tenang air laut
Situasi Tidak Menentu
1 makan banyak, kenyang tidak
2 di luar cuaca sejuk, di bilik panas pula
3 hujan panas diikuti sambaran halilintar
4 buat ini tidak kena, buat itu pun tidak kena
5 ombak mengganas tidak tentu pasal
6 melakukan sesuatu, tetapi asyik salah sahaja
7 badan terasa seram sejuk
8 asyik tergigit lidah sahaja
9 ke hulu, ke hilir tanpa tujuan
10 cakap salah, tidak cakap pun salah
Situasi Kesyukuran
1 mujurlah bantuan datang dengan cepat
2 nasib baik tidak teruk sangat
3 tanpa diduga, pertolongan dating segera
4 tidak disangka-sangka, kami berjaya diselamatkan
5 tidak semena-mena, bantuan datang dari segenap penjuru
6 tiba-tiba keadaan yang genting itu dapat diatasi / diredakan
7 siapa sangka kami masih dapat hidup lagi
8 kami / aku hanya mampu bersujud sebagai tanda mengakui KeMaha
Besarannya
9 aku mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih / syukur ke hadrat Ilahi /
Tuhan
10 segala puji kepada Tuhan yang mengetahui segala-galanya
Situasi Keheningan Alam
1 angin bertiup sepoi-sepoi bahasa
2 desiran ombak memukul pantai
3 burung-burung berkicau riang di angkasa
4 dedaun pokok saling bergeseran
5 bayu bertiup lembut
6 udara segar dan nyaman
7 sang suria / mentari tenggelam di ufuk barat
8 bulan mengambang penuh memikat
9 air sungai mengalir tenang
10 samudera / lautan tenang terhampar luas
Isnin, Januari 07, 2008
Senarai Tajuk Latihan Karangan Tahun 2008
Di bawah ini, terdapat pautan pada senarai latihan yang sudah saya sediakan. Setiap pelajar saya minta memuat turunkan bahan tersebut bagi peringkat anda dan dicetak untuk anda masukkan ke dalam fail atau dimuat turun ke dalam blog peribadi anda yang saya arahkan anda bina sebelum ini. Berdasarkan senarai tersebut juga, anda akan diminta menyudahkan karangan anda dan perlu anda paparkan dalam blog anda sendiri.
Menengah 1HMT
http://myfreefilehosting.com/f/dc7de0bc2d_0.03MB
Menengah 2HMT
http://myfreefilehosting.com/f/5d92d31da0_0.03MB
Menengah 3HMT
http://myfreefilehosting.com/f/bafe752283_0.04MB
Menengah 4HMT
http://myfreefilehosting.com/f/f303e5ccc7_0.04MB
Menengah 1HMT
http://myfreefilehosting.com/f/dc7de0bc2d_0.03MB
Menengah 2HMT
http://myfreefilehosting.com/f/5d92d31da0_0.03MB
Menengah 3HMT
http://myfreefilehosting.com/f/bafe752283_0.04MB
Menengah 4HMT
http://myfreefilehosting.com/f/f303e5ccc7_0.04MB
Ahad, Disember 23, 2007
Tujuh Langkah Tugasan Penulisan
Sebuah tugasan penulisan dikatakan berjaya
sasaran pembaca dikenal pasti
kandungan penulisan disusun dalam bentuk efektif dan meyakinkan.
Tugasan penulisan anda dibahagikan kepada tujuh langkah berikut:
1. pengembangan topik
2. mengenal pasti khalayak pembaca
3. penyelidikan
4. penyusunan semua idea & prapenulisan
5. draf/penulisan
6. penyemakan
7. penyuntingan
Jika tajuk penulisan tidak ditetapkan, kenal pasti satu hal yang anda minati.
Rujuk buku teks anda, yang terdapat topik-topik yang menarik minat anda.
Mengembangkan Topik Pilihan/Tajuk Karangan
Berdasarkan topik atau tajuk yang diberi, bentangkan objektif anda dalam sebaris dua ayat.
Bagi soalan karangan yang sudah ditentukan, atau topik yang anda suka:
Beri perhatian pada idea utama atau kekata yang anda fikirkan penting.
Gunakan hanya frasa-frasa singkat atau sesepatah perkataan pada waktu ini.
Bina peta makna (peta minda/peta konsep) dengan menggunakan senarai frasa dan kata yang anda tetapkan itu.
Kenal pasti apa-apa yang anda mahukan berdasarkan konsep yang anda bina itu.
Pilih kata kerja (atau lebih) dan tuliskan definisi sebagai panduan anda.
Adakah anda mengembangkan idea karangan berbentuk ekspositori atau perbincangan? Rujuk semula soalan yang diberikan kepada anda.
Senaraikan semua sumber maklumat yang anda perlukan untuk tugasan anda itu.
Mulakan dengan yang kecil dahulu – apakah definisi dalam ensiklopedia? Adakah seseorang yang boleh anda tanya, atau sebarang hasil penyelidikan yang telah dibuat – seperti makalah-makalah dalam majalah atau akhbar?
Adakah enjin pencarian di Internet?
Lanjutkan dengan langkah berikut – adakah seseorang pakar rujuk atau sebarang pertubuhan yang boleh anda dapatkan khidmatnya?
Analisis topik anda pada tahap ini
Adakah terlalu kabur atau terlalu sempit ruang lingkupnya.
Adakah topik ini menarik? Adakah hal-hal yang, masih dipertikaikan, atau dapatkan anda menolong sesiapa menghuraikan kekeliruan itu? Dapatkan anda memberikan pendapat daripada dua sudut yang berbeza, atau satu sudut pendapat sahaja dan menjangkakan apa-apa persoalan atau hujah yang bakal dibangkitkan?
Ringkaskan semua maklumat dalam topik anda
Bentangkan dapatan anda kepada guru bagi mendapatkan maklum balasnya.
Ingatkan langkah-langkah yang telah anda lakukan sebelum ini sementara guru anda menghalusi atau membuat pernyataan semula topik anda itu.
Tuliskan pandangan anda, atau pendekatan yang anda lakukan, dalam menangani topik
Ingat: anda menulis esei sambil mempelajari sesuatu dan mengalami sebuah pengalaman. Sering kali, maklumat yang anda temui tidak memihak kepada anda. Anda perlu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam hal ini.
Bersedia untuk menerima pandangan orang lain sementara anda menjalankan penyelidikan:
Anda hanya memahami duduk perkara pada sudut pandangan anda.
Sudut pandangan anda mungkin sepihak sahaja, yang kerap mempengaruhi penyelidikan anda.
Mengenal Pasti Khalayak Pembaca
Siapakah mereka?
Tentulah pada tahap ini, anda sedar betapa khalayak yang terdekat adalah guru dan rakan-rakan anda. Akan tetapi usah anda lupa, bahawa bahan-bahan yang anda tulis itu mungkin akan dibaca juga oleh orang lain.
Bagaimana pula pendekatan yang akan anda gunakan dalam penulisan anda?
Sebuah karangan berbentuk naratif berbeza daripada bentuk perbincangan atau ekspositori. Oleh itu, anda harus mengenal bentuk-bentuk pelbagai jenis karangan. Baca bahan-bahan yang telah diterbitkan atau kumpulan karangan yang terdapat di pasaran.
Penyelidikan
Bina jalur masa anda dalam menetapkan masa bagi penyuntingan, penyemakan dan sebarang kemungkinan yang tidak anda duga.
Peringkat Menimba Ilham
Langkah ini harus berterusan untuk menghalang daripada idea anda menjadi buntu dan tandus. Adakan kaedah pengumpulan frasa dan istilah, kosa kata, peristiwa dan sebagainya, untuk anda gunakan pada masa depan.
Peringkat Penyelidikan; pengumpulan maklumat dan penyimpanannya:
Buat daftar simpanan yang sistematis semua wawancara, percubaan, data, lelaman Internet, laporan dan sebagainya.
Sumber rujukan – para pembimbing, pembantu, pustakawan, pakar rujuk dan lain-lainnya.
1. Bina strategi-strategi penyelidikan dan senarai sumber
2. Sempitkan topik anda dan pemeriannya; tandai kekata kunci dan penggolongannya – adakan senarai sekurang-kurangnya 50 patah perkataan – ini merupakan asas untuk anda gunakan dalam penyelidikan dan penulisan. Buat senarai daripada bahan-bahan sumber yang khusus dan juga yang umum.
3. Gunakan senarai yang anda buat itu untuk ditanyakan kepada guru atau pembimbing dan sebagai panduan untuk anda mendapatkan semua sumber yang ada – buku teks, bahan-bahan rujukan seperti ensiklopedia, lelaman Internet, jurnal, majalah dan seumpamanya.
4. Bahan-bahan yang digunakan dalam bahan anda hendaklah dinyatakan sumbernya supaya anda tidak menyalahi undang-undang hak cipta.
Pelbagai Sumber-sumbernya
Enjin pencarian di lelaman Internet – ada pelbagai maklumat yang boleh anda akses
Penerbitan pemerintah – surat, laporan, jurnal dan seumpamanya.
Media cetak umum – surat khabar, majalah dan seumpamanya.
Peringkat Penyusunan/Prapenulisan
Dengan menggunakan peta konsep, lakaran bentuk karangan, termasuk hasil sesi sumbang saran – tentukan cara-cara anda membina hujah – sama ada gaya naratif atau perbincangan.
Fokus
Cari idea utama – kembangkan dengan hujah dan disokong oleh fakta. Beri penilaian anda pada setiap hujah yang anda kemukakan. Gerakkan minda anda untuk memberikan penilaian antara idea utama dan fakta yang menyokong. Berbincang dengan rakan-rakan atau guru jika terdapat sebarang keraguan.
Peta Minda
Langkah ini membolehkan anda mengembangkan idea tanpa sebarang sekatan. Sering kali, maklumat akan berubah-ubah berdasarkan faktor masa dan keadaan pencapaian teknologi.
Sumbang Saran
Aktiviti ini memberikan anda pemahaman yang lebih. Dengan mengemukakan dapatan kajian anda, anda dapat menyisihkan bahan-bahan yang tidak diperlukan dengan bahan yang penting.
Kerangka karangan dan Kerangka Karangan
Mengenal pasti idea utama, lihat semua soalan atau topik karangan anda. Meneliti semula soalan akan membantu anda lebih fokus. Daripada pemahaman anda dengan semua maklumat yang anda kumpul, buat kerangka karangan. Senaraikan hujah dalam perenggan-perenggan yang sesuai.
Sebuah karangan ekspositori dan perbincangan memerlukan anda memberikan sekurang-kurangnya 5 hingga 6 fakta. Susun semuanya menurut susunan idea yang sesuai.
Sebuah karangan naratif memerlukan anda menyelesaikan sebuah cerita yang lengkap.
Fikirkan idea untuk perenggan permulaan dan perenggan penutup, di samping lima perenggan isi-isinya.
Draf/Penulisan
Draf yang anda mulakan bagi penulisan karangan membantu anda memahami semua topik karangan anda, semasa anda membuat penyelidikan dan pengumpulan maklumat yang seusia, dan dilanjutkan dengan tahap menulis.
Anda perlu:
• masa yang mencukupi untuk memberikan fokus pada tajuk karangan
• ruang bekerja yang tidak diganggu, sama ada projek sekolah yang lain atau gangguan teman-teman anda, agar anda dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya
• kenali semua maklumat dan sumber yang anda kumpul
• bayangkan reaksi guru anda dan rakan-rakan yang akan membaca karangan anda
• menulis secara kasar maklumat daripada penyelidikan anda dalam catatan yang ringkas
• menyemak semua yang telah kumpul, teliti soalan karangan setiap kali anda membuat kerangka karangan anda itu.
Anda perlu sediakan
• judul atau pengenalan yang anda dapat buat melalui latihan prapenulisan
• senarai sumber rujukan anda – buat perangkaan daripada nota-nota yang anda sediakan – jangan terbeban dengan maklumat yang banyak itu. perincian dan fakta sokongan dapat anda isikan kemudiannya
• sunting – jangan lakukan dulu – hanya pastikan anda mendapati setiap yang anda lakarkan serta maklumatnya telah anda buat
Berehat setelah anda lakukan aktiviti prapenulisan ini. Segarkan minda anda pada masa yang sama.
• Semak semua idea, topik, dan soalan yang anda hadapi semasa aktiviti prapenulisan itu. Baca semua kerangka karangan anda. Baca secara nyaring apa-apa yang anda lakarkan. Pastikan gaya yang anda buat dalam kerangka itu ada ciri-ciri yang menarik.
• Nilai semula idea, topik dan soalan dengan memberikan keutamaan mana-mana bahagian yang dahulu dan selanjutnya, gunakan warna pen yang lain semasa anda meneliti semula draf anda ini.
• Pastikan semuanya disusun dengan rapi, ada pertalian dan pengaliran idea yang sesuai.
Menulis Semua Draf Anda
Perenggan pertama
• Kemukakan topik, pancing minat pembaca (ingat – khalayak)
• Wujudkan sudut pandangan
• Berikan fokus pada tiga idea utama untuk dikembangkan
Wujudkan pengaliran idea setiap perenggan selanjutnya
• ayat-ayat idea pokok setiap perenggan memberikan gambaran pada seluruh karangan
• ayat-ayat yang menyambung, frasa-frasa serta kata-kata yang digunakan dalam permulaan perenggan pertama menyatukan idea pada perenggan-perenggan lain.
hindarkan perenggan-perenggan yang hanya terdiri daripada sebaris dua ayat. perenggan-perenggan itu perlu anda kembangkan idea-idea anda itu.
• lanjutkan hujah-hujah anda pada seluruh bahagian karangan
usah menyimpang atau ketepikan fokus karangan anda
usah ringkaskan idea anda yang dikembangkan pada perenggan-perenggan selanjutnya – nantikan pada perenggan akhir, perenggan rumusan.
• gunakan ayat-ayat penyata dalam karangan anda. Idea pada setiap sebaik-baiknya hanya dikembangkan dengan dua maklumat
• sokong setiap hujah anda dengan petikan, data dan keratan yang sesuai
beri pengenalan, jelaskan dan buat petikan yang sesuai
setiap petikan atau keratan yang digunakan usah menggugat pengaliran idea karangan anda
Rumusan• Baca semula perenggan pertama dan perenggan selanjutnya.
• Ringkaskan semuanya, buat rumusan bagi hujah-hujah anda
• Semak semula (sekali lagi) perenggan pertama dan perenggan-perenggan yang lainnya
adakah perenggan akhir anda meneguhkan setiap hujah idea-idea utama anda?
adakah hujah-hujah anda tersusun, ada pengaliran daripada yang penting kepada bahagian-bahagian yang menyokong?
adakah perenggan akhir anda memberikan rumusan bagi semua idea dalam perenggan-perenggan sebelumnya?
• sunting/tulis semula perenggan pertama anda jika perlu untuk memastikan perkembangan idea-idea anda dalam perenggan-perenggan berikutnya dan ditutup dengan rumusan dalam perenggan akhir.
Semakan
Sebelum menyemak, ambil sedikit masa untuk melihat perspektif baru topik anda. Dengan melakukan hal demikian, penulisan anda dapat menyampaikan semua maklumat yang diperlukan dalam karangan anda itu.
Menyemak karangan anda memerlukan anda menumpukan kepada penguasaan kosa kata yang luas.
Strategi Penyemakan Secara Umum
• baca hasil penulisan anda dengan nyaring.
• baca secara perlahan-lahan. Bagaimanakah ‘bunyi’nya?
• tutup bahagian-bahagian yang sudah anda baca semasa anda menyemaknya. Analisis setiap ayat yang anda gunakan.
adakah teks anda itu ada idea yang menyeluruh? adakah teks anda itu terlalu panjang dan perlukah anda memendekkannya?
bagaimanakah agaknya penerimaan khalayak anda itu?
Judul
Adakah teks menerangkan secara ringkas apa-apa yang anda hasilkan memenuhi judul atau topik yang diberikan?
Perenggan permulaan/ pengenalan
Mulakan dengan menarik perhatian pembaca anda.
• Permulaan karangan mengundang pembaca untuk membaca karangan anda hingga selesai. Adakah ayat pertama anda dalam perenggan itu menarik hati? Adakah perenggan pertama anda memberikan sebarang jangkaan? Adakah perenggan itu mengenalkan perkara dan idea yang akan dikembangkan?
Perenggan Sokongan• Adakah setiap perenggan memberikan hujah-hujah yang disusun rapi?
• Adakah setiap hujah-hujahnya logik dan berkesan?
• Adakah idea yang anda curahkan dalam perenggan itu disusun dengan sempurna?
• Adakah peralihan dari satu perenggan kepada perenggan yang lainnya mempunyai pertalian? Apakah hubungan idea dalam setiap perenggan jelas? Adakah perlu jika perenggan-perenggan itu dipadamkan, digabungkan menjadi satu?
• Adakah setiap ayat yang menyokong hujah topik dalam perenggan itu?
• Adakah perlu jika ayat-ayat itu dipadamkan atau digabungkan menjadi satu?
• Adakah setiap idea dalam perenggan-perenggan itu menepati topik dan hujah yang diutarakan dalam setiap perenggan?
Perenggan Rumusan
Adakah rumusan yang dibuat memberikan ringkasan dan menjelaskan semua maklumat penting yang diutarakan dalam soalan?
Adakah perenggan rumusan membuat pembaca berfikir?
Adakah setiap hujah dilengkapkan dengan fakta sokongan?
Ayat-ayat dan Frasa-frasa
Setiap ayat yang digunakan harus jelas dan logik, walaupun pendek tetapi tepat.
Ayat-ayat yang digunakan haruslah lancar, melainkan pada bahagian-bahagian yang anda mahu menegaskan sesuatu hujah.
• Adakah nada dalam karangan anda itu tekal dalam semua perenggan?
• Adakah hujah-hujah disokong dengan fakta yang sesuai? Pastikan tidak ada idea yang tergantung tanpa penghuraian dan penjelasan hujah.
• Adakah ayat-ayat penyata yang anda gunakan terlalu ringkas?
Beri perhatian pada penanda wacana dan kata sendi yang sesuai.
Kosa kata
Pastikan senarai kosa kata yang digunakan dalam sesebuah penulisan sejajar dengan topik yang dibincangkan. Pastikan anda ada senarai kosa kata yang boleh anda gunakan dengan yakin.
• Adakah sebarang perkataan yang tidak jelas atau sesuai menurut konteks perbincangan dalam karangan anda itu?
• Adakah kosa kata yang memberikan gambaran emosi? Adakah kosa kata yang digunakan itu secara berkesan memberikan penekanan pada idea dan hujah yang anda kemukakan?
• Adakah susun kosa kata yang penting ada bahagian-bahagian yang memberikan kesan penekanan idea dan hujah (di awal’ pertengahan, atau penghujung ayat)?
• Adakah ayat penyata, kata pemerian yang sesuai digunakan?
• Adakah penggunaan kata ganti diri yang terlalu kerap digunakan?
Adakah kosa kata yang terlalu kerap digunakan? Bolehkah diganti dengan kata sinonim yang sesuai?
Kata-kata ungkapan dalam perbualan boleh menghambat kejelasan hujah anda dan tidak akan memberikan kesan yang baik pada karangan anda.
Kata Adjektif• Adakah penggunaan atau adjektif dalam tulisan anda memberikan gambaran yang jelas bagi sesebuah watak/peristiwa?
• Adakah kata-kata adjektif itu sesuai dengan alur idea atau adakah kata-kata adjektif itu membuat pembaca berhenti membaca? Jika pembaca berhenti membaca, adakah langkah itu sesuai tau berkesan?
Kata Kerja
Kata kerja aktif lebih berkesan dan tepat bagi sebarang pemerian.
• Adakah dia berkata dia menang atau dia membisikkan, menegaskan kemenangannya, atau dia merahsiakannya?
• Banyak faktor yang membawa kejayaan kami lebih menarik daripada Ada banyak perkara yang membawa kejayaan kami. Hindari penggunaan ada.
• Gadis itu menghempas daun pintu bilik tidurnya lebih menarik daripada Daun pintu biliknya dihempas oleh gadis itu. Hindari ayat-ayat pasif.
Setiap kali anda mendapatkan semula karangan anda yang disemak guru, minta beliau beri lapor balik untuk mempertingkat kemahiran penulisan anda.
Penyuntingan & Penyemakan
Secara sedar, langkah penyuntingan dibezakan daripada langkah penyemakan, dan dilakukan sesudah proses menulis dan meninjau semula tulisan tersebut. Menulis dan peninjauan penulisan berfokus pada kandungan, perutusan dan gaya penulisan, sementara penyuntingan dan penyemakan pula berfokus pada selok-belok penulisan.
Dengan rakan anda,
• saling menyemak kesilapan dan mendapatkan pendapat selain pandangan anda.
• pendapat rakan anda memberi nafas baru pada anda untuk anda meningkatkan mutu tulisan anda itu.
Semai sikap meragui bahan anda.
Usah meremehkan segala-gala yang anda lakukan.
Jika terdapat sebarang pengulangan kesilapan, semak semula tulisan anda itu.
Banyak kesilapan daman kerja tulisan dilakukan tanpa kita sedari.
Tanpa kita sedari kesilapan berikut pasti berlaku:
• Kesalahejaan – ‘kerosakan’ atau ‘kerosakkan’ – gunakan penyemak ejaan kalau anda memilikinya dalam komputer anda.
• Kesilapan menaip – ada masanya kita tersalah taip perkataan.
• Minda kita bergerak lebih pantas daripada tangan atau papan kekunci komputer.
Baca nyaring, perkataan demi perkataan
Manfaatkan dua buah deria anda: pendengaran dan penglihatan
Kita sering kali dapat mendengar kesilapan, seperti kekata yang tertinggal atau diulang-ulang daripada kekata yang kita terlepas pandang
Perlahankan
• Kecepatan pembacaan anda, baca apa yang tercetak di kertas, bukan apa-apa yang anda fikirkan ada di kertas
• Mengenal kesilapan ini lebih sukar jika anda membaca sewaktu anda menulis.
• Mengapakah perlu anda perlahankan kecepatan anda membaca?
• Anda hanya memerhatikan huruf awal dan akhir perkataan sewaktu anda membaca pada kecepatan yang biasa. Mata anda hanya dapat menatap cetakan tiga atau empat perkataan dalam sebaris, atau mungkin kurang daripada jumlah itu. Anda akan dapat menerima perkataan dalam ruang ini, bertabah kurang lagi jika anda melangkau lebih daripada yang disebutkan. Seseorang pembaca yang biasa hanya akan dapat mengambil enam huruf dalam satu-satu ketetapan. Oleh itu, anda perlu memastikan mata anda membaca setiap perkataan yang ditulis dan dua kali lebih panjang jika perkataan itu panjang, dalam anda menyemak tulisan anda itu. Anda harus melihat perkataan itu, bukan melompat-lompat dalam menyemak tulisan anda itu.
Sesudah anda berpuas hati, anda boleh menghantar kerja anda untuk guru semak.
Pastikan anda berasa lega atas kerja-kerja yang anda lakukan dalam menghasilkan sesebuah penulisan karangan dengan keyakinan diri bahawa anda telah melakukan yang terbaik.
Langgan:
Catatan (Atom)