Memaparkan catatan dengan label Puisi Kanak-kanak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puisi Kanak-kanak. Papar semua catatan

Rabu, April 20, 2011

Contoh Pantun Tradisional Kanak-kanak 02






Pantun Anak Ayam


01.

Anak ayam turun sepuluh,

Mati seekor tinggal sembilan;

Tuntut ilmu bersungguh-sungguh,

Suatu jangan ketinggalan.



02.

Anak ayam turun sembilan,

Mati seekor tinggal delapan;

Suatu jangan ketinggalan,

Itulah boleh jadi harapan.



03.

Anak ayam turun delapan,

Mati seekor tinggal tujuh;

Itulah boleh jadi harapan,

Ibarat berjalan jadi penyuluh.



04.

Anak ayam turun tujuh,

Mati seekor tinggal enam;

Ibarat berjalan menjadi penyuluh,

Supaya kita jangan jahanam.



05.

Anak ayam turun enam,

Mati seekor tinggal lima;

Supaya jangan kita jahanam,

Baiklah tuntut pada ulama.



06.

Anak ayam turun lima,

Mati seekor tinggal empat;

Baiklah tuntut pada ulama,

Mana yang kurang hendaklah dapat.



07.

Anak ayam turun empat,

Mati seekor tinggal tiga;

Mana yang krang hendaklah dapat,

Suatu jangan boleh lupa.



08.

Anak ayam turunlah tiga,

Mati seekor tinggal dua;

Suatu jangan boleh terlupa,

Supaya diri jangan kecewa.



09.

Anak ayam turunlah dua,

Mati seekor tinggal satu;

Supaya diri jangan kecewa,

Segala maksud sampailah tentu.


2004, Harun Mat Piah, KL: DBP

Contoh Pantun Tradisional Kanak-Kanak 01



Pantun Nasihat


01.
Burung kenek-kenek,
Terbang cucur atap;
Pesan datuk nenek,
Hati mahu tetap.

02.
Burung kenek-kenek,
Terbang pokok pandan;
Pesan datuk nenek,
Rajin-rajin jaga badan.

03.
Burung kenek-kenek,
Terbang atas bumbung;
Pesan datuk nenek,
jangan suka sombong.

04.
Burung kenek-kenek,
Terbang ke dalam semak;
Pesan datuk nenek,
cari harta jangan tamak.

05.
Burung kenek-kenek,
Terbang atas pagar;
Pesan datuk nenek,
Rajin-rajinlah belajar.

06.
Burung kenek-kenek,
Terbang pokok birah;
Pesan datuk nenek,
Jangan bantah cakap ayah.

07.
Burung kenek-kenek,
Terbang ke pucuk tebu;
Pesan datuk nenek,
Jangan derhakan pada ibu.

2004, Harun Mat Piah, KL: DBP