Jumaat, Disember 02, 2011

Cerita Bunga Anggerik

- Sebuah Cerita Cina Peranakan

Tersebutlah kisah sepasang kekasih yang hidup berjiran di dalam sebuah kota. Mereka saling bersumpah tidak akan berpisah antara satu sama lain dan akan sehidup semati bersama-sama. Kedua-dua orang muda, Gadis dan Pemuda itu ialah anak kepada saudagar-saudagar kaya. Ibu bapa mereka akhirnya mendapat tahu akan hubungan anak-anak mereka. Ayah gadis itu tidak merestui pasangan anaknya. Pemuda itu anak seorang sadagar yang dimusuhinya. Dengan senyap-senyap, keluarga Gadis telah menghantarnya ke sebuah bandar yang lain dan ditempatkan di dalam sebuah mahligai yang besar.
Akibat perpisahan itu, hidup kedua-dua Gadis dan Pemuda itu jatuh merana kerana menanggung rindu. Pada suatu malam, mahligai Gadis yang dipingitkan itu telah dimasuki dan dirompak. Malang sungguh gadis itu; dia itu telah dirogol oleh kepala perompak-perompak itu. Gadis sempat menyelamatkan dirinya tetapi dia akhirnya berasa terlalu aib terhadap peristiwa malang yang menimpa dirinya. Tanpa berfikir panjang, Gadis itu membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebatang sungai yang dalam dan deras airnya. Gadis berharap dengan tindakannya demikian, dia dapat menyelamatkan kekasihnya daripada menanggung malu.
Namun, berita kematian Gadis segara diketahui oleh Si Pemuda, kekasihnya. Pemuda juga telah pergi ke sungai yang sama dan juga membunuh dirinya. Dia tidak sanggup berpisah dengan kekasihnya lagi. Di sebuah bongkah batu di tebing sungai itu, tumbuh dua batang pokok anggerik. Orang di sekeliling mempercayai bahawa pokok bunga anggerik itu adalah jelmaan kedua-dua Gadis dan Pemuda yang mati bunuh diri kerana menanggung rindu dan jatuh merana.

Tiada ulasan: