Alhamdulillah!
Ka Shen, Wei Liang, Fara, Arveen, Sufy dan Umairah mendapat tempat kedua dan ketiga dalam peraduan yang diadakan di Perpustakaan Serantau Tampines. Pada waktu itu, saya sedang sibuk membuat perkongsian di Perpustakaan Masyarakat Geylang East. Cikgu Senan yang mengiringi keenam-enam orang pelajar itu memberikan penerangan yang amat membanggakan saya. Harapan semua guru BM di BPGHS, setiap pelajar EMAS dan yang lainnya harus mendapat pendedahan yang meluas dan peluang yang banyak diberikan untuk menambah nilai pelajaran dan kehadiran mereka di sana. Kejayaan merupakan bonus yang memang diharap-harapkan kalau berjaya.
Pelajar-pelajar itu sememangnya berkebolehan yang tinggi lagi cerdas. Saya hanya menunjukkan arah dan menemani mereka mana-mana yang saya mampu. Memang, mereka anak-anak cerdas yang berhemah tinggi lagi rajin namun selalu merendah diri.
Ka Shen, pelajar yang mengambil mata pelajaran Mandarin membuat saya begitu bersemangat untuk melakukan mana-mana yang boleh dalam mengasuh setiap pelajar yang mahu mencapai kejayaan. Ka Shen, berasal dari Malaysia, fasih berbahasa Melayu yang santun lagi berkesan. Arveen dan juga Wei Liang memang pelajar-pelajar Bahasa Melayu yang memang disenangi oleh Cikgu Noormarlina, juga menambat hati saya untuk terus-terusan berusaha membuat sesuatu yang boleh menambah nilai dalam pencapaian pelajaran mereka.
Sufy, Fara dan setentunya Umairah ialah kalangan pelajar Melayu yang memang patut dicontohi. Setiap satunya berkeyakinan tinggi selain kuat berusaha dan mempunyai pekerti dan personaliti yang menyenangkan hati. Namun, seperti pelajar-pelajar saya yang lainnya, saya percaya cabaran yang saya bentang kepada mereka saya berharap dapat membuat mereka meningkatkan daya dan usaha mereka dalam mencapai kecemerlangan dalam setiap usaha, pelajaran dan CCA masing-masing.
Tahniah. Kami, semua guru BM di BPGHS, bangga dengan pencapaian anda sejauh ini. Sudah tentu, kami berharap dan berdoa agar anda semua akan terus berjaya pada masa-masa akan datang.
Dirgahayu BPGHS! Dirgahayu Singapuraku!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan