Rabu, Jun 25, 2008

Singapuraku - Baca! Singapura











Berikut adalah tugasan dan bahan-bahan untuk para pelajar Menengah 1 HMT saya sudah dan akan lakukan.

1. Tuliskan sepucuk surat Aini kepada Hadi (bagi pelajar perempuan)/ Hadi kepada Aini (bagi pelajar lelaki), menurut teks dan juga penambahan mana-mana bahagian yang difikirkan perlu. Hantar bahan ini ke alamat gmail.com saya - selewat-lewatnya hari Ahad, 29 Jun 2008.

2. Kirimkan sebuah kad elektronik kepada rakyat Singapura sempena Hari Kemerdekaan. Hantar bahan ini ke alamat gmail.com saya - selewat-lewatnya hari Ahad ini, 29 Jun 2008.

3. Buat papet tangan berdasarkan bahan yang saya sediakan di bawah.

4. Semua pelajar 1HMT BPGHS saya akan membuat lakon semula bahagian-bahagian yang dipilih daripada teks. Bahan ini akan dikongsi bersama-sama dalam bilik darjah pada 27 Jun 2008 jam 8.00 pagi.

Ada lagi pelbagai aktiviti bahasa yag akan dijalankan pada minggu hadapan berdasarkan petikan ini.

Tugasan yang diberikan itu adalah tambahan bagi aktiviti Kotak Cerita dan Buku Kecil, yang merakam repons pelajar-pelajar yang lain dalam program membaca di sekolah ini, termasuk para pelajar yang menghadiri kelas bahasa Melayu lanjutan pada setiap petang hari Isnin dan Rabu.

Semoga usaha kecil ini akan membina minat para pelajar menggemari bahan bacaan mengenai Singapura dalam cereka sempena acara Baca! Singapura ini.
Saya akan mendapatkan bahan mengenai buku-buku 'Mail Mahu Kahwin' dan 'Haruman Kencana' pada paparan akan datang.

Selamat Membaca.

Tiada ulasan: