Elok kata murni jiwa harum budi
peribadi yang budiman orang puji.
Elok rupa kaya harta miskin budi
buruk sikap tak beradab orang keji.
Ingat pesanan orang tua banyak guna
jaga lidah merendah diri itu bijaksana.
Kalau berada banyakkan sedekah
Kalau bijak aturkanlah ilmu
Kalau rajin hidup tak susah
Kalau teliti kerja 'kan bermutu
Kalau berkata biarlah berhemah.
Elok kata murni jiwa harum budi
peribadi yang budiman orang puji
kalau berkata walau sepatah kita berhemah.
**********
rakaman audio suara
http://myfreefilehosting.com/f/c431f5dc66_1.46MB
**********
Puisi ini saya dendangkan dengan memanfaatkan lagu 'Nazam Melaka' bagi baris-baris nazamnya dan lagu 'Lenggang Kata' bagi baris-baris gurindamnya, dengan iringan irama akordion oleh Saudara Ahmad Shah Redza.
Persembahan kami buat sewaktu majlis pelancaran Bulan Bahasa 2008 di Dewan Istana, Taman Warisan Melayu pada 27 Jun 2008.
Saya bersyukur persembahan kami itu menyenangkan ramai hadirin majlis itu.
**********
Seperkara yang membahagiakan saya sewaktu dan selepas persembahan acara tersebut adalah kehadiran ramai kenalan, mantan pensyarah, guru, teman-teman kesenian dan para karyawan guru selain teman-teman rapat yang saya hormati lagi kasihi ada menyaksikan persembahan saya yang sederhana. Bagi saya, mereka merupakan orang-orang yang mempengaruhi saya secara langsung atau tidaknya pada perkembangan minat saya terhadap kesenian yang saya sayangi ini.
Selain itu, ramai perkenalan baru dapat saya jalin dalam usaha melakukan sesuatu untuk mengembalikan minat ramai terhadap seni istana dan bangsa ini. Semoga usaha saya ini mendapat keredhaan-Nya dan sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan alam kita ini.
Busana yang saya gunakan merupakan baju Melayu cekak musang tanpa butang dan seluar potong Aceh yang dibuat daripada kain kapas. Saya menggunakan sibai panjang yang ditenun dan saya lipat selebar empat inci. Ketiga-tiga bahan pakaian Melayu saya itu dari Negeri Thai dan saya kenakan songkok baldu hitam di kepala serta berkasut kulit. Macam Orang Melayu Petani.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan