Rabu, Disember 26, 2007

Menggunakan Buku Teks Sekolah Anda

Apabila anda membeli sesebuah buku teks, ada beberapa perkara yang anda seharusnya lakukan secara automatik.

1. Lihat Kulit Hadapannya

A. Baca dan teliti halaman kandungannya

a. Ini dapat menunjukkan anda susunan secara keseluruhan kursus anda dan dapat membantu anda mengenali mana-mana bahagian yang penting.
b. Langkah ini dapat menimbulkan minat anda terhadap bahan-bahan di dalamnya.

B. Belek bahagian prakata atau bahagian pengenalannya bagi mendapatkan apa-apa maklumat yang buku tersebut hendak anda kuasai.

C. Fikirkan tentang judulnya. Tahukah anda mengenai pengarang-pengarangnya?



2. Lihat Kulit Belakangnya

A. Semak indeks buku. Bahagian ini menyenaraikan perkara dan halaman perkara itu boleh didapatkan.

a. Daripada peratusan perkataan yang anda tahu dan tidak tahu, anda akan dapat mengagak aras kesukaran bahan dalam buku teks itu
b. Anda akan dapat mengenal dengan pasti jurusan kursus anda itu
c. Anda boleh membina minat dengan mempelajari sesuatu perkara secara spesifik
d. Bagi semakan untuk ulang kaji, anda dapat merujuk halaman-halaman item yang tidak anda ketahui dengan mudah.

B. Adakah senarai glosari atau definisi istilah?

a. Keprihatinan setiap kursus adalah mengajarkan anda senarai kosa kata mengenai subjek tersebut. Bahagian ini amat penting dan usah anda pandang ringan.
b. Gunakan penanda buku (post it) dan tampal bahagian-bahagian ini supaya mudah anda rujuk mana-mana kata atau istilah sewaktu anda mempelajarinya. Banyak masa dapat dijimatkan dalam anda mempelajari sesuatu yang baru daripadanya.

C. Pastikan ada bahan-bahan rujukan lain yang dapat meningkatkan pemahaman anda. Anda tidak perlu merujuknya sekarang, memadailah anda tahu tempat anda boleh mendapatkannya.

a. Teliti susunan setiap bab. (Semua bab-bab yang lain serupa juga susunannya. Jika sesebuah bab ada peringkasan, yang lain juga ada. Jika sesebuah bab terdapat soalan-soalan ulang kaji, bab-bab yang lain juga serupa.
b. Usah bimbang untuk mencatat kosa kata yang digunakan dalam buku teks anda, ringkasan idea, respons peribadi anda, dan seumpamanya. Manfaatkan semua yang ada dalam buku teks anda itu. Buku teks anda menyediakan sumber-sumber ilmu pengetahuan yang berharga sewaktu dan sesudah anda bersekolah.



disesuaikan daripada
Academic Skill Centre, Dartmouth College, 2001.

Tiada ulasan: