Apa-apa yang anda tanggapi dalam halaman bercetak akan memberikan kesan pada pembacaan anda, dan mungkin faktor penting dalam anda memahami apa-apa yang anda akan baca.
Persiapkan diri anda sebelum memulakan sebarang pembacaan.
Strategi Dalam Mencetuskan Pengetahuan Sedia Ada Pada Diri Anda
Sumbang Saran
Teliti tajuk bahagian yang anda pilih untuk baca.
Senaraikan semua maklumat yang terlintas dalam beka dan fikiran anda, yang berkaitan dengan apa-apa yang akan anda baca.
Gunakan setiap maklumat yang anda ingat semula itu supaya memudahkan pemahaman anda.
Gunakan maklumat tersebut untuk menyusun semula apa-apa yang sudah anda ketahui, atau apa-apa yang anda mungkin tidak bersetuju apabila anda melakukan pembacaan dan penyelidikan maklumat baru itu selanjutnya.
Perbincangan Berkumpulan
Perbincangan dalam sesebuah kumpulan di dalam atau di luar masa sekolah dapat membantu anda menemukan apa-apa yang akan anda baca, termasuk apa-apa yang rakan-rakan anda tahu, melalui perbincangan dan perkongsian pengalaman masing-masing.
Jika anda mendapati rakan-rakan anda itu mempunyai maklumat latar belakang topik tersebut, bertanyalah mereka bagi mendapatkan maklumat yang selanjutnya.
Peta Minda/Peta Konsep
Salah satu aktiviti sumbang saran dalam anda menentukan idea utama judul/subjek, dan boleh anda membina peta minda untuk memberikan gambaran yang jelas akan skop perkara yang akan anda baca itu. Aktiviti ini amat bermakna bagi anda jika dilakukan secara berkumpulan selain anda melakukannya sendiri.
Soalan-soalan Prabaca
Setiap teks mengemukakan soalan-soalan penyusunan idea.
Anda boleh menyenaraikan soalan yang dapat anda jawab semasa membaca:
Perihal Definisi:
Apakah itu …?
Letaknya … di mana?
_ tergolong dalam kumpulan yang mana?
Perihal Ciri-ciri:
Bagaimanakah akan saya perikan tentang …?
Bagaimanakah rupa/bentuk yang dikatakan …?
Apakah bahagian-bahagian …?
Perihal Contoh:
Apakah contoh yang baik bagi …?
Apakah perkara-perkara yang serupa bentuknya tetapi berbeza dalam beberapa hal mengenai …?
Perihal Pengalaman
Apakah pengalaman saya mengenai …?
Apakah yang dapat saya bayangkan mengenai …?
Alat Bantuan Visual:
Gambar-gambar serta bahan-bahan visual yang ada dapat mencetuskan pengetahuan sedia anda mengenai perkara tersebut.
Gunakan lelaman Internet untuk pencarian gambar-gambar yang berkaitan dengan judul/perkara tersebut bagi memberikan anda pemahaman yang lebih melalui visual apa-apa yang akan anda baca itu.
Penyusun Grafik
Hubungkan apa-apa yang terbaru dalam teks tersebut dengan sesebuah maklumat yang sudah anda fahami, termasuk maklumat latar belakang atau pengalaman anda sendiri.
Seterusnya, pertanyaan pada guru/pembimbing dapat membantu anda mengembangkan pengetahuan anda ini.
Strategi Prabaca Tambahan
Gambaran Keseluruhan
Berbincang mengenai maklumat mengenai bahagian pilihan atau tugasan sebelum anda memulakan pembacaan hendaklah dilakukan dahulu.
Aktiviti seperti ini boleh dilakukan dalam kumpulan, ulasan-ulasan yang sedia ada, gambar-gambar, rangka idea, atau melalui sebuah filem dokumentari.
Pastikan anda memahami apa-apa yang guru anda maksudkan untuk membantu pemahaman anda mengenai topik tersebut.
Kemampuan Kosa Kata
Kata-kata kunci yang tidak anda kenali perlu anda pelajari dahulu sebelum anda memulakan pembacaan. Ini termasuklah latar belakang bahan, dengan latihan pemahaman yang sangat-sangat membantu.
Senaraikan semua kosa kata dalam tugasan tersebut amat penting dalam membina pemahaman anda.
Susunlah semua kosa kata untuk menunjukkan hubungan dengan tugasan pembelajaran. Tambahkan kosa kata yang bersangkutan dengan perkara sudah anda fahami, dengan apa-apa yang telah anda ketahui dan apa-apa yang belum anda ketahui.
Berkongsi maklumat tersebut dengan guru dan rakan-rakan pelajar anda.
Guru selalu mengemukakan kuiz secara lisan mengenai maklumat tersebut sebelum meneruskan tugasan membaca.
Penyusun Grafik Yang Berstruktur
Sebelum memulakan tugasan pembacaan, kenal pasti rangka asas idea seperti kesan akibat atau penyelesaian masalah. Amat membantu sekali, seandainya diberikan perhatian pada rangka susunan perenggan-perenggan atau susunan teks seperti penanda-penanda wacana, idea utama, frasa-frasa yang diserlahkan, judul-judul dan sub-sub judul. Teknik membaca sepintas lalu amat sesuai sekiranya pelbagai bidang terangkum dalam teks tersebut.
Pembacaan Yang Bertujuan
Apabila pembacaan anda ada tujuannya, hal tersebut bukan sahaja dapat mengarahkan tugasan membaca anda malah memberikan anda fokus terhadap apa-apa yang anda baca. Guru seringkali memberi anda soalan-soalan yang berkaitan, soalan-soalan yang dibina sewaktu perbincangan atau melalui aktiviti sumbang saran, selain soalan-soalan yang anda bina sendiri. Dengan berpandukan soalan-soalan tersebut, amat bermanfaat sekiranya anda menjangkakan hasil pembacaan anda itu atau permasalahan yang cuba anda huraikan. Guru atau rakan-rakan anda juga dapat membantu anda dalam hal ini. Namun selalunya, guru anda akan menyediakan panduan-panduan tersebut bagi memudahkan anda menangani sesebuah bahan yang dipilih untuk anda baca.
Pertimbangan Penulis
Bergantung pada kandungan teks, sebuah perbincangan mengenai penulis bahan yang anda baca itu dapat membantu anda memahami teks tersebut. Apakah yang cuba diungkapkan oleh sang penulis? Apakah sudut pandangan yang sang penulis gunakan dan sebab-musabab penulisan teks itu sedemikian beliau gunakan?
KWL: Strategi ini terdapat 3 langkah yang boleh anda gunakan dalam memahami teks ekspositori:
Apa yang saya tahu (K)? Apa yang mahu saya pelajari (W)? Apakah yang sudah saya pelajari (L)?
Sebuah strategi yang amat berkesan dalam memahami bahan yang dibaca boleh dilakukan dengan mengadakan aktiviti perbincangan secara berkumpulan. Gunakan carta tiga kolum, dengan setiap soalan dalam sesebuah kolum dan disenaraikan responsnya sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan