Penting bagi anda mengenali buku-buku teks yang akan anda gunakan sepanjang masa dalam persekolahan anda. Anda perlu memahami hal-hal berikut agar dapat memanfaatkan sepenuhnya kesemua maklumat yang terdapat di dalamnya bagi membantu anda menguasai mata pelajaran tersebut di samping meraih kejayaan yang anda idam-idamkan.
1. Teliti halaman judul:
Siapakah penulis atau kumpulan penulisnya?
Apakah keahlian penulisnya dalam bidang tersebut?
Syarikat mana yang menerbitkan buku itu?
Bilakah buku itu diterbitkan? Apakah maklumat ini cuba memberitahu anda?
2. Teliti halaman prakata dan pengenalan
Mengapakah bahagian ini diadakan?
Apakah maklumat daripada bahagian ini cuba memberitahu anda?
Adakah para penulisnya memberikan sebarang bentuk keistimewaan dalam buku itu di halaman ini sebagai persediaan untuk anda memerhatikan keistimewaan-keistimewaan tersebut?
3. Teliti halaman kandungan buku:
Apakah maklumat yang terdapat dalam bahagian ini?
Bagaimanakah buku teks itu disusun? Apakah bahagian-bahagian utama buku teks tersebut?
Bandingkan halaman kandungan buku tersebut dengan halaman kandungan buku teks lain yang sama bidangnya. Adakah kedua-dua buku tersebut merangkumkan topik-topik yang serupa? Adakah topik-topik tersebut perlu anda kuasai dalam bidang tersebut?
4. Teliti halaman indeks, glosari, bahan-bahan lain di bahagian belakang buku:
Apakah perbezaan halaman-halaman indeks dengan halaman kandungan buku? Apakah persamaannya dengan halaman kandungan buku?
Apakah topik-topik yang harus anda dapatkan daripada dalam halaman indeks, berbeza daripada halaman kandungan buku?
Apakah bahan-bahan rujukan buku tersebut?
Adakah halaman-halaman lampiran pada buku teks anda?
Adakah halaman-halaman senarai glosari pada buku anda? Mengapakah maklumat ini tidak disertakan dalam bahagian utama buku tersebut? Bagaimanakah hal ini akan memberikan kesan pada susunan buku tersebut secara keseluruhan?
Apakah makna ‘indeks’ secara umum di dalam kamus milik anda?
5. Teliti semua soalan, panduan, dan bantuan-bantuan lain:
Adakah terdapat apa-apa panduan yang dapat membantu pemahaman anda akan buku teks tersebut?
Adakah panduan itu dalam bentuk senarai soalan, latihan, atau ringkasan?
Jika senarai soalan digunakan, adakah hanya dengan mendapatkan jawapan dari teks atau anda melakukan aktiviti menyelesaikan masalah boleh membantu anda mendapatkan jawapannya?
Adakah sebarang panduan sebelum atau sesudah setiap bab? Bantuan yang mana amat berguna bagi anda?
Adakah buku teks tersebut memberi anda rujukan dan cadangan atau bahan-bahan bacaan yang lain dan bahan-bahan lain yang dibina untuk membantu anda, seperti bahan audio dan visual, menguasai maklumat dalam bab tersebut?
6. Teliti judul bab, sub-judul bahagian, dan panduan:
Semak setiap judul bab dan sub-judul yang mengikutinya. Salin kesemuanya dan pastikan maklumat ini memberikan anda gambaran secara umum akan bab berkenaan. Bagaimanakah judul-judul tersebut, pada memberikan anda gambaran akan setiap bab untuk mendapatkan maklumat khusus yang anda cari-cari? Adakah anda mendapati bentuk cetakan teks yang berbeza dalam bab-bab tersebut? Adakah hal sedemikian membantu anda dalam memahami susunan buku teks anda dengan lebih baik? Bagaimana hal sedemikian membantu?Adakah teks tersebut mengenal pasti bahan yang boleh anda dapati dalam setiap perenggan? Adakah ayat judul diberikan? Adakah terdapat ringkasan dalam buku tersebut? Bagaimanakah hal sedemikian membantu pemahaman anda? Apakah perbezaan gambaran keseluruhan sesebuah bab dengan peringkasan kandungan bab tersebut?
7. Teliti setiap peta, gambar, carta, gambar rajah, dsb:
Alat bantu visual yang manakah digunakan dalam buku teks anda? Adakah anda memahami kandungannya?
Senaraikan pemahaman anda. Senaraikan apa-apa yang tidak anda fahami atau penjelasan yang anda perlukan. Dan, tindakan selanjutnya.... bertanyalah guru atau pembimbing anda. Semoga langkah-langkah ini dapat memberikan anda keyakinan dan persediaan secara psikologi dan mental untuk melakukan yang terbaik dalam kursus anda sepanjang tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan