Jumaat, Disember 02, 2011

Cerita Burung Terkukur

Dikatakan bahawa pada mulanya, burung tekukur bertanduk. saiz badannya juga besar seperti seekor kambing. Tanduknya itu memberikan tekukur kekuatan yang ditakuti oleh haiwan lain di tempat tinggalnya.
Sewaktu tiba musim melantik ketua haiwan, terkukur telah mencadangkan dirinya menjadi ketua yang patut dipilih. Sebahagian haiwan tidak bersetuju kerana, bagi mereka, terkukur seekor burung yang sombong dan suka menganiayai haiwan-haiwan lain.
Menyedari akan hal itu, terkukur mula berbaik-baik dengan haiwan-haiwan lain tetapi sebahagian besar daripada mereka tidak mahu diperdayainya.
Kambing lalu meminta terkukur meminjamkan tanduknya buat seketika. Kambing bersetuju untuk melantik terkukur jikan terkukur meminjamkannya tanduknya itu.
Setelah mendapat tanduk terkukur, kambing lalu hilang menyembunyikan dirinya.
Setelah berasa agak lama dia meminjamkan tanduknya, terkukur lalu terbang mencari-cari kambing sambil memanggil-manggilnya dengan bunyi yang nyaring. Akan tetapi usaha terkukur untuk mendapatkan tanduknya semula tidak berhasil. Kambing telah hilang entah ke mana perginya.
Akhirnya, terkukur yang menjadi letih itu mendapati bunyinya menjadi semakin perlahan dan tubuh badannya mengecil kerana kekuatannya telah lenyap kerana dia tidak bertanduk lagi.

Tiada ulasan: