Mulai Januari 2011, catatan di sini memuatkan semua bahan dan penemuan saya yang berkaitan dengan projek peribadi penulisan saya yang berjudul Cerita Rakyat Orang Melayu. Bahan-bahan ini saya pungut daripada kajian lapangan sewaktu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, hingga pada masa ini. Cerita-cerita di sini kebanyakannya berasal dari seluruh ceruk dan rantau di Asia Tenggara. Alamat emel saya di manafyasir@gmail.com
Selasa, April 05, 2011
Isnin, April 4, 2011
(Sewaktu perbincangan di Madrasah Aljunied Al-Islamiyah)
Alhamdulillah, dalam sesi perkongsian di Madrasah Aljunied Al-Islamiyah semalam, kelima-lima soalan itu telah disentuh berdasarkan kertas perbincangan yang dipaparkan pada minggu lalu.
Perbincangan yang ditegaskan dalam sesi ini termasuk cara-cara pengutaraan hujah bagi soalan-soalan perbincangan (sama ada dalam surat kiriman rasmi atau soalan perbincangan).
Saya mengusulkan agar setiap pernyataan diberikan alasan atau sebab-musababnya dan dilanjutkan dengan contoh-contoh yang konkrit serta dekat dengan pemahaman para pelajar itu sendiri.
Saya juga menunjukkan cara-cara penggunaan 'tool' yang dimainkan Kamus Dewan sewaktu pelajar menyusun idea dan dalam proses pemilihan kosa kata yang sesuai bagi menggantikan kata-kata harian yang tidak sesuai dalam perbincangan mereka.
Isi-isi yang dikemukakan kemudiannya saya ajak para pelajar susun dalam ayat yang sesuai bagi menjawab soalan-soalan perbincangan itu (sila lihat di atas).
Saya juga menekankan agar para pelajar berhemat dan patuh pada masa yang ditetapkan untuk menyudahkan sesebuah soalan karangan. Masa memilih soalan, pengumpulan idea, masa menyusun idea, edit lakaran idea dan menulis hinggalah bahagian penyuntingan dalam masa yang para pelajar perlu tetapkan sendiri sewaktu menjawab soalan bagi kedua-dua bahagian kertas tersebut.
Saya juga membincangkan agar, pada masa ini, para pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menyediakan bahan-bahan yang mereka pilih untuk diisi dalam fail sumber atau 'resource file'. Apa-apa makalah yang dipungut daripada bahan-bahan majalah, internet, surat khabar, buku dan seumpamanya hendaklah dibuat dengan segera tetapi bersistem. Hal ini dapat membantu mereka mendapatkan sebanyak mungkin maklumat yang mereka perlu dalam menyudahkan tugasan karangan mereka pada hari muka. Mereka juga perlu bertukar-tukar karangan yang baik untuk kegunaan mereka dalam membiasakan diri membaca bahan-bahan yang baik dan yang akan membantu mereka dalam menghasilkan karangan yang baik, baik dalam tugasan harian atau dalam menjawab kertas ujian mereka kelak.
Saya merayu agar para pelajar membuat latihan daripada mana-mana soalan untuk dihantar dan disemak. Bahan tersebut akan dapat membantu mereka mengusi fail sumber mereka kelak. Setelah menyemak latihan karangan mereka itu, saya akan memuatkannya di blog ini bagi dimanfaatkan oleh para pelajar yang lain.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan