Mulai Januari 2011, catatan di sini memuatkan semua bahan dan penemuan saya yang berkaitan dengan projek peribadi penulisan saya yang berjudul Cerita Rakyat Orang Melayu. Bahan-bahan ini saya pungut daripada kajian lapangan sewaktu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, hingga pada masa ini. Cerita-cerita di sini kebanyakannya berasal dari seluruh ceruk dan rantau di Asia Tenggara. Alamat emel saya di manafyasir@gmail.com
Selasa, Mac 29, 2011
(Kamus Dewan hendaklah para pelajar manfaatkan setiap masa sama ada dalam melakukan kerja harian latihan karangan atau semasa dalam bilik ujian. Namun, kemahiran kamus yang berkesan hendaklah dipupuk).
Perbincangan mengenai Kertas 1 Bahasa Melayu, 1132/1, telah saya jalankan dengan membincangkan hal-hal yang berkaitan tentang masalah yang sering para pelajar hadapi sewaktu menghasilkan sebuah karangan yang baik pada hari-hari ujian.
Bahan-bahan di bawah ini akan lebih bermakna jika para pelajar mebuat catatan semasa saya membincangkan topik itu pada hari tersebut.
Saya boleh dihubungi melalui facebook dan emel.
Akaun facebook saya: Abdul Manaf Bin-Mohd Yasir
Saya berharap para pelajar menggunakan profil yang sesuai sewaktu cuba mengakses akaun facebook saya ini. Saya juga berharap agar etika penggunaan internet juga hendaklah dipatuhi setiap masa.
Saya berhasrat untuk membina bahan-bahan yang dapat membantu para pelajar untuk mencapai tahap kemhairan menulis dengan baik sama ada untuk tujuan ujian atau serupa, insya-Allah. Karangan-karangan contoh akan saya usahakan dengan bantuan para pelajar peserta sesi perkongsian guna dimanfaatkan pelajar-pelajar yang lain. semoga saya mendapat kerjasama anda semua.
A.Slaid Perbincangan
B.Skala Semakan Karangan Bahagian A
http://www.scribd.com/doc/51773586
C.Skala Semakan karangan Bahagian B
http://www.scribd.com/doc/51773645
D. Perbincangan Strategi Menjawab Soalan Kertas 1/Karangan
http://www.scribd.com/doc/52236820
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan