Isnin, April 12, 2010

Karangan 1HMT - Internet & Kesejahteraan Siber 1.0, Isnin 12.4.2010

Dalam kelas BM menengah 1 HMT (BPGHS & VS) pada hari ini, kami berbincang mengenai internet. Secara tidak langsung, saya menyatakan kepada para pelajar bahawa saya mahu mereka memanfaatkan perbincangan yang dijalankan dalam pelajaran hari ini ini untuk mereka menyudahkan tugasan latihan karangan berbentuk perbincangan pada hari ini, dan akan disusul dengan latihan menulis karangan berbentuk dialog pada masa hadapan.

Daripada semua aktiviti perbincangan dan penulisan catatan ringkas yang dijalankan, saya akan menekankan kepada para pelajar peri pentingnya kemahiran lisan dengan tatabahasa yang bersesuaian.
a. Internet
Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan ‘Internet’ sebagai ‘….. rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia…..’
Keupayaan internet – membolehkan kita menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:–
- Belajar
- Bersosial
- Berhibur
- Berniaga
- Dan bermacam-macam lagi.

Tujuan Penggunaan Internet
- Membijakkan Kita
- Mengurus Kejayan Kita
- Mengurus Fasa dan Tahap Pembelajaran
- Menambah dan Mengayakan Pengetahuan Am dan Khusus

Daripada perbincangan di atas yang saya jalankan, para pelajar saya minta menulis catatan ringkas mengenai hal tersebut. Catatan itu hendaklah terdiri daripada 50-100 patah perkataan. Beberapa orang pelajar saya minta untuk membaca nyaring catatan yang mereka hasilkan. Mana-mana kesilapan yang terdapat dalam catatan mereka itu, saya minta mereka betulkan secara sepontan.


b. Kesejahteraan Siber (Cyberwellness)

Tidak boleh memetik mana-mana maklumat dengan sewenang-wenangnya.
Perlu menyatakan sumber maklumat didapatkan.
Harus disunting maklumat itu sebelum dipaparkan.
Harus dipastikan maklumat itu tidak berdaftar dan ada hak cipta dan perlu diminta kebenaran pemiliknya sebelum digunakan.

Paparan kita buat dalam
– blog, dsb
– emel
– e-sembang (e-chat)

Paparan yang dibuat usahlah menyinggung pihak-pihak lain.
Paparan yang dibuat haruslah positif dengan penggunaan frasa-frasa, ayat-ayat yang positif

Maklumat disajikan dalam bentuk digital:-
- gambar
- audio
- video
- teks
- gabungan kesemuanya di atas

Daripada perbincangan di atas yang saya jalankan, para pelajara saya minta menulis catatan ringkas mengenai hal tersebut. Catatan itu hendaklah terdiri daripada 50-100 patah perkataan. Beberapa orang pelajar membaca nyaring catatan yang mereka hasilkan. Saya mengarahkan mereka membuat pembetulan dengan secara sepontan.



Catatan Peribadi
Saya menyarankan agar para pelajar saya itu menggunakan kata ganti nama ‘kita’ dan bukan 'kami' dalam catatan yang mereka hasilkan. Alasannya; hal-hal yang mereka ungkapkan juga menyertakan pembaca pendengar catatan mereka itu.

Setelah selesai perbincangan pada kedua-dua aspek internet dan kesejahteraan siber, saya mengarahkan mereka menulis sebuah karangan perbincangan dengan judul “Penggunaan maklumat di Internet dan kesejahteraan siber adalah tanggungjawab kita bersama”.
Saya arahkan mereka memetakan isi setiap perenggan dengan soalan-soalan rangsangan seperti berikut.

Perenggan 1
Mengapakah maklumat di internet penting bagi kita pada zaman ini?
Bagaimanakah maklumat disediakan dalam sesebuah lelaman internet?
Apakah ciri-ciri menarik yang hati seseorang itu dalam sesebuah lelaman internet menurut pendapat kamu?

Perenggan 2
Nyatakan sebab-musabab seseorang itu perlu mengakses makluamat di internet?
Berikan contoh-contoh yang kamu fahami sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seorang remaja?

Perenggan 3
Apakah kesejahteraan siber?
Mengapakah penting kemahiran kesejahteraan siber bagi anda sebagai seorang pelajar dan juga sebagai pengguna internet dalam mengakses maklumat di internet?

Perenggan 4
Buat kesimpulan tentang tanggungjawab anda dalam menangani isu-isu kesejahteraan siber sewaktu mengakses apa-apa maklumat di internet.

Kosa kata
- Kesahihan
- Sewenang-wenang
- Copyright – hak cipta
- On line – dalam talian
- Sembang
- Edit – sunting
- Positif – tidak menyinggung pihak-pihak lain, penggunaan frasa-frasa dan ayat-ayat yang positif / sopan / sesuai
- Wadah
- Down load – muat turun
- Up load – muat naik
- Access - akses

Pelajaran ini akan terus dilanjutkan dengan kegiatan menulis latihan karangan berbentuk dialog. Insya-Allah.

Tiada ulasan: