Saya menyediakan petikan karangan yang berjudul 'Komputer dicipta untuk mengatasi masalah manusia. Bincangkan.' dalam kelas bahasa 1HMT saya bagi kedua-dua pelajar BPGHS & VS.
Saya menggunakan kaedah KWL untuk para pelajar baca dan menyaring inti pati petikan itu selain menambah mana-mana maklumat yang mereka fikirkan dapat membantu pemahaman mereka tentang topik yang kami bincangkan sepanjang mingggu tersebut.
Para pelajar memulakan dengan menjangkan apa-apa yang mereka fahami dan ketahui tentang komputer dan diikuti dengan apa-apa yang mereka mahu pelajari setelah membaca teks petikan tersebut.
Saya pandu para pelajar itu mencari makna perkataan yang tidak mereka fahami dengan penggunaan kamus dan kami berbincang mengenai setiap satunya, dengan harapan mereka memahami betul-betul setiap satunya demi menambahkan pemahaman mereka setelah membaca teks itu.
Saya menyuruh mereka skan petikan itu sekali sahaja sambil menggarisi setiap patah perkataan yang tidak mereka tahu maknanya yang terdapat dalam petikan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan