Semoga apa-apa yang saya terbitkan di bawah ini dapat dijalankan oleh rakan-rakan dan para karyawan guru.
Soalan dan Aktiviti Pembinaan Pemahaman dan Penghayatan Cerpen
1. Bina papet tangan watak-watak yang terdapat dalam cerpen ini.
2. Lukiskan watak-watak yang terdapat dalam cerpen ini. Perikan hasil kerja tangan kamu itu dengan sebaris dua ayat-ayat yang mudah lagi menarik.
3. Mengapakah para siput berhimpun?
4. Apakah hal y ang hangat dalam perhimpunan siput itu?
5. Apakah yang terjadi atas diri Miut?
6. Apakah yang disaksikan oleh Apot?
7. Dengan menggunakan ayat-ayat kamu sendiri, ceritakan semula laporan yang Abbot buat. Buat cara lisan atau tulis cerita kamu itu.
8. Apakah tindakan Apot melihat kejadian yang menimpa diri Miut?
9. Dengan menggunakan ayat-ayat kamu sendiri, ceritakan keadaan umang-umang yang menyerang Miut secara lisan dan diikuti dengan tulisan mengenainya.
10. Apakah reaksi Tok Rapot setelah mendengarkan laporan Apot itu?
11. Apakah yang dirungut-rungutkan Tok Rapot berikutan setelah dia mendengar akan kejadian Miut diserang?
12. Apakah perjanjian yang diungkit-ungkit Tok Rapot itu?
13. Dengan menggunakan ayat-ayat kamu sendiri, perihalkan perjanjian yang dimeterai antara kaum umang-umang dengan kaum siput.
14. Perikan watak Apot, Limut, Lipot, Miut dan Tok Rapot.
15. Bina dialog perbalahan pendapat antara Tok Rapot, limot dan Lipot.
16. Perikan pendapat Tok Rapot berkenaan nasib kaum siput.
17. Perikan pendapat Limot dan Lipot berkenaan nasib kaum siput.
18. Apakah masalah yang akan para siput hadapi jika para siput itu menurut pandangan Limot dan Lipot itu?
19. Bagaimanakah Tok Rapot cuba menjaga kepentingannya sebagai ketua kaum siput dalam menangani pendapat-pendapat para siput yang tidak senang dengan pandangannya?
20. Bina cerita kisah yang menimpa Miut berdasarkan laopran Apot.
21. Bina monolog Tok Rapot dalam perhimpunan itu.
22. Bina monolog Apot dalam perhimpunan itu.
23. Bina monolog Limot dan Lipot dalam perhimpunan itu.
24. Apakah yang boleh kamu pelajari daripada kisah-kisah yang berbangkit dalam cerpen tersebut?
25. Siapakah benar, Tok Rapot atau Limot dan Lipot? Huraikan jawapan kamu.
26. Berdasarkan cerpen tersebut, bina komik-komik mudah mengainya dengan lengkap.
27. Buatkan jalur masa dalam urutan kronologi, kisah-kisah yang terdapat dalam cerpen tersebut.
28. Pilih bahagian cerpen yang kamu senangi dan buat catatan ringkas mengenainya.
29. Pecahkan bahagian cerita dan semua kisah dalam cerpen ini dan tuliskan catatan ringkas mengani setiap satu daripada bahagian itu dan berikan ilustrasi pada setiap bahagian itu. (buat komik sendiri)
30. Buat ulasan cerpen ini dalam bentuk slaid powerpoint atau nota-nota ringkas untuk tatapan bacaan orang lain.
31. Bina puisi-puisi mudah berdasarkan cerpen ini.
32. Bina sebuah buku cerita kecil, ala cerita rakyat atau dongeng, berdasarkan cerpen ini. Hiasi buku kecil kamu itu.
33. Buat penanda buku berdasarkan watak-watak dalam cerpen ini.
34. Senaraikan peribahasa, dengan merujuk Kamus Dewan atau seumpamanya, yang mengandungi kekata siput dan umang-umang dalam sebuah buku kecil yang dihias indah.
Nota buat para guru
Bahan-bahan ini saya sediakan bagi murid memilih soalan dan tugasan-tugasan yang mereka senangi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan