Berikut adalah senarai topik berdasarkan buku teks 4A & $B Bahasa Melayu Lanjutan - Kursus Khas.
TOPIK-TOPIK KARANGAN BT4A – HML
Unit 1 – Perbincangan – BT4A/9
1. Dalam pemilihan bidang kerjaya, minat menjadi faktor utama. Bincangkan.
2. Katakanlah kamu akan ditemu duga bagi sesebuah jawatan. Ceritakan persiapan dan cara kamu meyakinkan bakal majikan akan minat dan kebolehan kamu menyandang jawatan tersebut.
Gunakan salah sebuah borang penyusunan idea bagi menyudahkan tugasan di atas.
a. Borang Karangan Perbincangan A
b. Borang Karangan Perbincangan B
Unit 2 – Laporan
1. Sempena minggu innovasi, sekolah kamu mengadakan pameran reka cipta. Tulis laporan tentang pameran tersebut.
Unit 3 – Naratif – BT4A/21
1. Pada suatu hari, selepas waktu sekolah, kamu ternampak seorang lelaki yang tidak dikenali keluar dari bilik makmal sains sekolah. Tiba-tiba kamu terdengar bunyi letupan dari bilik makmal sejurus lelaki itu keluar. Kamu lalu bergegas untuk menyiasat. Ceritakan apa-apa yang kamu nampak di sana dan lakukan sesudah itu.
2. Sambungkan cerita dalam teks yang telah kamu baca, “Rumah Besar Di Atas Bukit.” BT4A/24-25
Unit 4 – Ucapan/Huraian – BT4A/49
1. Sekolah kamu akan mejadi tuan rumah kepada wakil pelajar dari beberapa buah negara. Kamu telah dipilih sebagai pemudah cara pada hari tersebut. Kamu diminta menyampaikan satu ucapan tentang keunikan masyarakat Singapura dari sei amalan dan etiket. Tulis ucapan tersebut.
2. Tulis sebuah karangan tentang sesebuah masyarakat yang memunyai budaya/etiket/amalan yang menarik.
Unit 5 – Biodata – BT4A/61
1. Tuliskan karangan tentang seorang tokoh pilihan kamu.
Unit 6 – Deskriptif/Naratif – BT4A/73
1. Bincang tentang kebaikan dan keburukan urusan jual beli tanpa wang.
2. Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa ‘Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis’.
TOPIK-TOPIK KARANGAN BT4B – HML
Unit 7 – Deskriptif/Argumentatif –BT4B/11
1. Tuliskan sebuah karangan yang menceritakan kejayaan kamu dalam sesebuah bidang yang kamu ceburi.
2. Pelajar hari ini diberikan banyak peluang utuk memaparkan kreativiti dan inovasi mereka. Bincangkan
Unit 8 – Naratif/Ekspositori – BT4B/23
1. Karangkan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ‘hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa’.
2. Pilih salah seorang tokoh negara pilihan kamu. Cari maklumat mengenainya dan tuliskan sebuah karangan mengenainya.
Unit 9 – Argumentatif – BT4B/34
1. Siswazah lepasan universiti di luar negara harus pulang ke tanah air untuk sama-sama menyumbang kepada perkembangan negara. Bincangkan.
Unit 10 – Naratif/Argumentatif – BT4B/47
1. Sudahi cerita ‘Kaca Hati’ yang telah kamu baca. BT4B/40-42
2. Tulis semula cerita ‘Kaca Hati’ dari sudut pandangan watak Andrew. BT4B/40-42.
3. ‘Kemajuan sains membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan’. Bincangkan.
Unit 11 Deskriptif/Naratif – BT4B/56
1. Terangkan bagaimana seseorang tidak harus menjalani hidup seperti peribahasa ‘Besar pasak daripada tiang.’
2. Berdasarkan gambar rangsangan yang diberikan, tulis sebuah karangan mengenainya. Berikan tajuk karangan kamu itu.
Unit 12 – Biografi – BT4B/69
1. Tuliskan sebuah biografi mengenai seniman yang sangat kamu minati
**********
Catatan Buat Semua
Saya berharap anda semua mendapat manfaatnya dengan mencari bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan dalam tugasan kita kelak di dalam bilik darjah pada tahun 2009.
Bagi saya, karangan bukan hanya memerlukan isi yang mempunyai bahagian dalam penilaian karangan, bahagian susunan dan ketrampilan berbahasa amat perlu. Pertingkatkan mutu karangan yang akan anda hasilkan dengan menyodorkan isi yang lebih menarik daripada bahan-bahan yang biasa. Pertingkatkan juga kemahiran berbahasa dan penyusunan yang menarik lagi segar agar mutu karangan yang anda hasilkan menyenangkan pembaca dan juga pemeriksa kertas ujian-ujian yang akan datang.
Saya sedang mengusahakan agar borang-borang penyusunan idea dalam merangka isi karangan ini juga disisipkan bagi setiap topik bagi manfaat anda dalam masa-masa mendatang.
Hal yang serupa juga akan saya buat untuk peringkat menengah 1 hingga 3 pada masa-masa yang akan datang. Insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan