TOPIK-TOPIK KARANGAN BT2A – HML
Unit 1 – Emel Naratif – BT/2A/12
1. Bayangkan kamu rakan yang menerima emel Munirah. Balas emel Munirah dan ceritakan kepadanya pengalaman kamu sekeluarga sewaktu cuti sekolah.
2. Ceritakan sebuah aktiviti bersama-sama keluarga yang tidak dapat kamu lupakan.
Unit 2 – Naratif/Deskriptif – BT2B/24
1. Penduduk di kawasan tempat tinggal kamu enyertai latihan mencatu makanan/air yang diadakan pada hari Ahad lalu. Kamu sekeluarga juga telah menyertai latihan tersebut. Tulis pengalaman yang kamu sekeluarga perolehi pada hari itu.
2. Sekolah kamu menganjurkan aktiviti sempena Hari Pertahanan Mutlak. Tuliskan karangan untuk menerangkan aktiviti tersebut dan kesannya kepada kamu.
Unit 3 – Naratif/Imaginatif – BT2A/33
1. Bayangkan kamu Mahsuri. Apakah tindakan kamu apabila kamu dihukum? Ubah dan tulis semula bahagian akhir cerita ‘Akibat Ditohmah’ BT2A/29-30, yang telah kau baca menurut imaginasi kamu sendiri.
Unit 4 – Deskriptif – BT2A/46
1. ‘Jauh perjalanan luas pemandangan’. Berikan pendapat kamu tentang ungkapan ini dengan contoh-contoh yang sesuai.
2. Bayangkan kamu sebagai agen pelancongan yang hendak menggalakkan pelancongan di sebuah negara pilihan kamu. Sediakan itinerari berdasarkan kegiatan berikut:
- melawat tempat-tempat bersejarah
- membeli-belah
- masa berehat
- masa makan
- melihat keindahan alam semula jadi
- kegiatan riadah seperti berenang, menyelam, berbasikal, merentas pulau
- menonton persembahan budaya tradisional
Unit 5 – Naratif/Deskriptif – BT2A/57
1. Tuliskan seuah karangan yang menceritakan tindakan kamu apabila melihat kawan baik kamu meniru semasa peperiksaan. Terangkan kesan yang timbul daripada tindakan kamu itu.
2. Tulis sebuah karangan naratif yang menggambarkan sikap amanah seseorang.
Unit 6 – Dialog – BT2A/67
1. Tuliskan sebuah dialog berkenaan perkara berikut.
Katakan kamu telah menunjuk ajar rakan-rakan kamu cara-cara memasak sejenis makanan tradisional Melayu. Tuliskan sebuah dialog tentang perkara tersebut. Kamu boleh menggunakan panduan yang berikut serta resipi yang kamu sediakan untuk menulis karangan kamu.
- namakan makanan tradisional itu
- cara-cara menyediakan makanan itu
- mengenai kepuasan yang kamu nikmati
Unit 7 – Deskriptif/Rencana – BT2A/82
1. Tulis sebuah karangan deskriptif mengenai perubahan yang telah disarankan pada kawasan riadah di estet perumahan yang lama tempat kamu diami.
2. Tulis sebuah karangan deskriptif mengenai pemuluharaan monumen dan tempat bersejarah.
Unit 8 – Deskriptif
1. Kamu mengagumi seorang tokoh yang berjaya dan terkenal walaupun mempunyai kekurangan fizikal. Tulis mengenai tokoh yang kamu kagumi itu. Dalam tulisan kamu, adabeberapa perkara yang perlu kamu berikan perhatian.
- asal usul tokoh itu (contohnya, tarikh lahir dan tempat kelahirannya)
- kekurangan fizikal yang dialaminya dan sebab-musababnya
- pencapaiannya
2. Tulis sebuah karangan yang menunjukkan kesungguhan seseorang yang cacat anggota melakukan sesuatu usaha yang akhirnya membawa kejayaan.
TOPIK-TOPIK KARANGAN BT2B – HML
Unit 9 – Makalah Berita – BT/2B/8
1. Tuliskan sebuah karangan yang membincangkan isu pengambilan ubat-ubatan untuk membantu kecergasan dan kecerdasan.
Unit 10 – Naratif/Deskriptif – BT/2B/20
1. Terangkan suasana serta pengalaman peribadi kamu sewaktu berkunjung ke sebuah tempat yang menarik (lihat contoh BT2B/11), sama ada di dalam atau di luar negara.
2. Tuliskan sebuah karangan yang menerangkan persamaan dan perbezaan dua perayaan yang kamu ketahui.
Unit 11 – Huraian/Naratif – BT/2B/41
1. Huraikan cara-cara melestarikan busana tradisional Melayu.
2. Sejenis pakaian Melayu tradisional yang ingin saya kenalkan kepada dunia.
Unit 12 – Naratif/Surat – BT/2B47
1. Utuskan sepucuk surat dalam emel kepada sahabat kamu. Ceritakan kepadanya peglibatan kamu dan pasukan palang merah dalam usaha sekolah kamu membantu mangsa-mangsa gempa bumi di sebuah negara asing.
2. Bayangkan kamu salah seorang mangsa kejadian banjir dalam gambar di buku teks. Utuskan sepucuk surat kepada sahabat kamu dan perikan pengalaman serta perasaan kamu ketika berlakunya bencana alam itu.
Unit 13 – Naratif/Deskripif – BT2B/55
1. Tulis sebuah karangan mengenai sebuah ciptaan atau rekaan yang telah kamu buat. Gunakan perkara-pekara berikut untuk memandu kamu mengarang.
- nama ciptaan/rekaan
- fungsi/objektif ciptaan/rekaan tersebut
- bahan-bahan yang kamu gunakan
- struktur
- masalah yang kamu hadapi dalam proses perekaan/penciptaan tersebut
- penyelesaian yang kamu temui
2. Seorang pencipta yang amat kamu kagumi.
Unit 14 – Laporan – BT/2B/67
1. Tuliskan sebuah laporan mengenai sebuah projek gotong-royong yang dilakukan oleh kumpulan belia kamu di sebuah estet kejiranan. Gunakan panduan-panduan berikut untuk menyusun semua isi karangan kamu itu.
- Bilakan projek itu dijalankan?
- Mengapa projek itu diadkan?
- Siapa-siapakah yang menyertai projek tersebut?
- Bagaimanakah smabutan masyarakat terhadap projek itu?
- Apakah faedah yang diraih daripada projek tersebut?
Gunakan Panduan Menulis Laporan yang terdapat di dalam buku teks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan