Senarai Tugasan
Bagi pembahagian tugasan, sila rujuk senarai di bawah
Aktiviti Pos Membaca
1. ditugaskan kepada Sabrina
Susun semula surat-surat yang Hamid utuskan kepada Zainab.
2. ditugaskan kepada Adila dan Aishah
a. Bina dialog mengenai permintaan Mak Asiah kepada Hamid untuk memujuk Zainab agar bernikah dengan sepupunya sendiri. (Adila)
b. Bina dialog perbualan Mak Asiah dengan ibu kandung Hamid. (Adila)
c. Bina beberapa buah dialog perbualan Hamid dengan ibunya daripada bab “Penolong”. (Adila)
d. Bina monolog Haji Ja’far mengenai Hamid dan ibunya. (Aishah)
e. Bina monolog Hamid yang mendapat khabar mengenai Zainab setelah sekian lama dia menetap di Makkah. (Aishah)
3. ditugaskan kepada Syahirah
a. Buat catatan perjalanan Hamid sejak dia meninggalkan kampung halamannya hingga terlantar di Makkah.
4. tiada
a. Bincangkan gaya bahasa secara ringkas yang terdapat dalam novel ‘Di Bawah Lindungan Kaabah.’
5. ditugaskan kepada Siti Umairah dan Farhana Rosli
a. Susun kisah cinta Hamid dan Zainab seperti yang terdapat dalam novel ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’ dalam bentuk puisi.
b. Susun kisah kasih dan sayangnya Hamid akan ibu kandungnya seperti yang terdapat dalam novel ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’ dalam bentuk puisi.
c. Susun kisah peri kebaikan Haji Ja’far dan keluarganya kepada Hamid dan ibunya seperti yang terdapat dalam novel ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’ dalam bentuk puisi.
6. ditugaskan kepada semua pelajar saya
Berdasarkan novel ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’, bincangkan watak dan perwatakan berikut.
a. Hamid (Izyan)
b. Zainab (Sabrina)
c. ibu kandung Hamid (Adila)
d. Mak Asiah (Aishah)
f. Haji Jaafar ((Siti Umairah)
g. Saleh (Syahirah)
h. Rosnah (Farhana)
i. Syekh (Siti Umairah)
7. ditugaskan semua pelajar saya
a. Ringkaskan cerita dalam novel ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’ dalam buku kecil enam halaman atau kotak cerita.
b. Buat sebuah rajah plot yang ringkas mengenai cerita yang terdapat novel ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’ dalam bentuk puisi.
8. ditugaskan kepada semua pelajar saya
Berikan respons peribadi anda terhadap cerita yang terdapat dalam ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’.
Tugasan hendaklah dibuat dengan menggunakan slaid 'powerpoint' bagi tujuan perkongsian di perpustakaan kelak.
Nota
Sila gunakan bahan-bahan perbincangan watak dan seumpamanya yang terdapat blog ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan