Khamis, Ogos 14, 2008

Video Muzik 'Ayat-Ayat Cinta'

Saya amat senang dengan video muzik ini.

Para pelajar sastera saya sudah saya tugaskan untuk membaca novelnya. Mereka akan membuat aktiviti sebagai respons aktiviti pos membacanya. Hasil daripada aktiviti ini akan dibuat perkonsian dengan audiens umum pada bulan Disember kelak.



Tidakkah anda bertujuh teruja untuk menyelesaikan pembacaan novel tersebut?

Dan lagi, saya sudah mendapatkan VCD filem 'Ayat-ayat Cinta' ini. Jangan marah......!

Fahry, anak Pak Abdullah Sidik, penjual tempe ialah seorang anak cerdas yang disayangi dosennya dan juga rakan-rakan serumahnya. Dia juga disenangi oleh ramai siswa puteri di Universiti Al-Azhar.

Peristiwa di dalam kereta api yang berakhir dengan majlis ta'aruf dengan Aisya dan dilanjutkan dengan pernikahan. Perkahwinannya itu menyebabkan tiga hati wanita lain terluka. Di sinilah, Aisya mengangkat dirinya menjadi seorang isteri lantas seorang muslimah yang berhati mulia. Apabila dia tidak menyambut cinta Noura, Fahri difitnah dan dipenjarakan kerana dituduh memperkosanya, pada malam dia diselamatkan daripada dipukul bantai.

Maria yang terlibat dalam kemalangan jalan raya daripada komplot yang hendak menganiayanya, terus koma setelah sembuh. Nurul yang menyimpan perasaan cinta kepada Fahry tidak berdaya membela lelaki yang dikatakannya amat sekali dicintainya.

Kisah dosen yang begitu amanah menyimpan semua surat-surat cinta yang diterima Fahry daripada gadis-gadis yang mencintainya mengundang saya merenung jauh akan keperibadian manusia yang amanah. Dan dilakukannya dengan izin Fahry juga, dan hal ini menunjukkan betapa watak dosen itu memang amat amanah sekali hinggakan isterinya sendiri tidak tahu tempat surat-surat itu berada sewaktu dicari-cari Aisya.

Setiap kali saya menonton filem ini, terbayang jelas kisah-kisah yang terdapat dalam novel. Saya terdorong untuk membuat pembacaan kedua novel yang unik yang bermotovasi ini. Bukan kerana saya cengeng sahaja, sememangnya setiap ayat cintanya menguras air mata saya tanpa terkendalikan.

Lihatlah, betapa dengan wang, kesalahan seseorang hendak ditutup dan orang-orang yang tidak berdosa teraniaya. Namun, keadilan yang akan terbit dan menenggelamkan yang bathil.

Tiada ulasan: