Isnin, Ogos 18, 2008

Puisi Lengkap Randai Buya Hamkah

Potret Buya Hamka


Alhamdulillah, inilah puisi lengkap yang akan didendang dan dideklamasikan dalam persembahan yang akan datang. Para pelajar 1HMT akan mengambil alih tugas yang disandang para pelajar 3HMT pada mulanya. Harapan dan Doa saya agar usaha ini akan memberikan dampak yang bermakna.

*******

HAMKA

01.
Permulaan
(Azan)

02.
Lahirlah seorang anak ternama

Di Sungai Batang, Maninjau Sumatera
Abdul Malik Abdul Karim Amrullah
Dikenal juga sebagai Buya Hamka.

03.
(Lagu)Anak pejuang Islam terbilang
Ibunya seorang wanita terpandang
Namun, akibat adat kaumnya yang dijulang
Hidup anak itu bak dagang terbuang.
(Lagu)


04.
Di Kota Deli, gemuruh riuh di mana-mana
Rang Tapanuli Rang Minang semua
Datang sewaktu kota itu mula-mula dibuka
Di situlah bermula hidup mudanya.

05.
Seorang diri Hamka melangkah kaki
Menjadi seorang yang amat disegani
Lahirlah karya-karyanya bermutu tinggi
Falsafah, tasawuf menjadi inti.

06.
Di rantau Deli itu
Hamka mengadu untung nasibnya
Usia 19 tahun usianya, dia berlayar:
Meredah Samudera luas terbentang
Membawa diri dagang seorang
Kebesaran tuhan dijulang
Sejuk hatinya saujana mata memandang
Kepada Tuhan, hatinya berpulang

07.
(Talbiyah)
Di Mekah:
Ya Allah. Ya Tuhanku
KepadaMu aku berseru
Peliharalah imanku
Iman keluarga, anak cucuku

08.
Berdiamlah di Medan lalu ke Deli.
Di Baja Linggi Kota Tebing Tinggi
Menjadilah beliau seorang guru terpuji
Ramai anak muda datang mengaji.

09.
Kata-katanya, sewaktu hayatnya:
Biar mati badanku ini
Payah benar menempuh hidup
Hanya khayal sepanjang umur
Biar muram sunyi pusaraku
Ceruk kerah pudingnya redup
Lebih mana tidurku di kubur

10.
Tatkala hidupnya dihimpit derita

Tidak, tanpa sesiapa juga
Tidak kita ‘kan matiTuhan nan satu bertaruh diri
Jagalah maruah martabat diri
Usah terpedaya kehidupan susah

11.
Kata-katanya, sewaktu hayatnya:

Tiliklah kiranya kekurangan diri
Ditambahlah dengan ilmu pengetahuan
Seluas alam ciptaan Tuhan

12.
Kata-katanya, sewaktu hayatnya:
Usahlah berharap penghargaan orang
Biarlah merendah diri kita
Di hadapan mereka semua.

13.
Tahun 1966 sewaktu ditahan
Selama 2 tahun hidupnya tidak kelam
(Bacaan ayat-ayat al-Quran)
Sinaran Al-Quran menjadi pegangan
Tafsir al-Azhar yang lengkap tersiap

14.
Tidak mengharap akan pujiannya orang
Sewaktu berjawatan tiada teman berharap
Setelah mengundur diri, ratusan telegram dan surat
Tak putus-putus ucap selamat terungkap.

15.
Seorang pemuka bangsa yang tabah
Dalam setiap tokoh karyanya
Ditampilkan ajaran-ajaran Islam tentang akidah
Ibadah, muamalah, akhlak dan falsafah
Tidak lupa dengan kayanya sirah Nubuwah
Sejarah bangsanya yang tercinta.

16.
Cintanya bulat pada bangsanya megah
Daulah Islamiyah diharapnya tercipta
Islam disorot sebagai wadah karya sasteranya
Islam itu penyelesaian masalah setiap umat manusia
Kepada Allah berkiblat setiap makhluknya.

17.
Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah
Sebagai ulama pembela bangsanya
Sebagai pendawah, sastera Islam disebarkannya
Anak pintar tajam kalamnya
Kebenaran Islam disanjung-sanjungan
Berkalam falsafah dan ajaran agamanya.

18.
Senandungnya bukan kosong
Malah sering kali berisi
Kehidupan seorang Muslim dihajati
Yang dituntut agama suci.


*****

Para pelajar 1HMT saya dan juga daripada kumpulan lain akan disertakan dalam persembahan ini.

Tiada ulasan: