Rabu, Julai 09, 2008

Baca! Singapura 3.0

A. Merenung kembali setiap aktiviti yang dilalui




B. Merenung kembali setiap aktiviti dan dicatat dalam perenungan ringkas.


C. Fadhili berkongsi perenungannya bersama-sama rakan-rakannya.


C. Giliran Rahmat


D. Norman, membacakan perenungannya pula

@@@@@@@@@@

Berikut adalah kesemua perenungan yang dibuat pelajar-pelajar 1HMT BPGHS setelah menjalani aktiviti Baca Singapura.



01. Perenungan Aktiviti Baca! Singapura 2008 - Fahmi Bin Ahmad - 105 (2008)

Cerpen yang saya baca, ‘Singapuraku’ oleh Hafiza Talib, merupakan sebuah karya yang diterbitkan dalam antologi ‘Jauh Di Mata, Dekat Dihati, untuk menggalakkan rakyat Singapura menikmati karya-karya fiksyen.

Karya Hafiza Talib bertajuk digunakan Cikgu Manaf sebagai bahan bahan bacaan pelajaran bahasa Melayu kami itu. Buku itu dibaca di kelas dan peringkasannya kami buat setelah selesai membaca dan kami membincakan ceritanya. Semua pelajar lelaki harus membuat kotak cerita. Pelajar-pelajar perempuan pula membuat ringkasannya dalam sebuah buku kecil. Ilustrasi digalakkan oleh Cikgu Manaf untuk kami gunakan bagi kedua-dua kotak cerita dan buku kecil.

Cikgu Manaf menyuruh membuat sepucuk surat kiriman berdasarkan cerpen itu. Selepas itu, kami disuruh membuat sebuah 'papet' atau boneka kertas. Beliau merakamkan lakonan semula yang kami jalankan berdasarkan cerita Singapuraku, dengan menggunakan boneka-boneka yang kami sediakan itu.

Pada pendapat saya, aktiviti itu amat menyeronokkan. Pelajaran kami sepanjang dua minggu juga berlainan daripada apa-apa yang sering kami lakukan di dalam kelas darjah. Saya mempelajari banyak perkara daripada aktiviti itu. Saya berharap kami dapat melakukan banyka lagi aktiviti seperti ini pada masa hadapan.



02. Perenungan Aktiviti Baca! Singapura 2008 - Muhammad Zahin Bin Mohd Ali - 106 (2008)

Saya telah membaca cerpen yang berjudul ‘Singapuraku’ karya Hafiza Talib. Cerpen yang dipilih itu meruapakan salah sebuah cerpen yang digunakan untuk menggalakkan rakyat Singapura membaca karya fiksyen atau cereka. Cerpen-cerpen ini terdapat dalam empat bahasa iaitu Melayu, Tamil, Cina dan Inggeris diterbitkan dengan judul ‘Jauh Di Mata, Dekat Di Hati. Buku yang memuatkan kompilasi cerpen diterbitkan sebagai usaha menggalakkan rakyat Singapura dapat membaca.

Antologi ini adalah himpunan cerpen-cerpen yang telah digunakan oleh guru saya. Beliau meilih ‘Singapuraku’ sebagai bahan pengajaran bagi subjek bahasa Melayu sepanjang minggu 1 dan 2 dalam penggal 3 ini. Guru menyuruh kami membuat aktiviti kotak cerita komik yang merupakan ringkasan cerpen itu menurut pemahaman kami. Guru juga menggalakkan kami melukis gambar-gambar yang berkenaan cerpen tersebut pada kotak cerita itu. Kemudian itu, kami disuruh menulis sekeping surat kiriman sebagai latihan mengarang. Surat itu hendaklah kami dapatkan isinya berdasarkan apa-apa yang terkandung dalam cerpen tersebut Selain itu, sebuah ‘papet’ kami buat berdasarkan watak-watak dalam cerpen tersebut. Papet itu dibuat untuk kami lakonkan sebahagian daripada cerita dalam cerpen tersebut.

Pada pendapat saya, saya dapat mempelajari banyak maklumat dan menambahkan pegetahuan tentang Singapura, terutama sekali dalam memertingkat penguasaan bahasa ibunda saya, iaitu bahasa Melayu. Saya juga mempelajari banyak kemahiran tentang kehidupan daripada cerita dalam cerpen tersebut. Kandungan perisiwa dalam cerpen itu juga memberi saya motivasi. Bagi saya, buku sastera itu adalah antara bahan yang terbaik untuk dibaca oleh rakyat Singapura terutama sekali para remaja.

Pada masa akan datang, saya berharap guru saya itu dapat memberi kami lebih banyak bahan bacaan seperti yang kami nikmati dalam pelajaran bahasa Melayu.



03. Perenungan Aktiviti Baca! Singapura 2008 - Mohd Norman Daud - 105 (2008)

Saya menjalankan Aktiviti Baca! Singapura kerana aktiviti itu bagi saya dpat menggalakkan kami untuk membaca buku-buku cereka beramai-ramai. Cikgu Manaf menceritakan kepada kami dua buah novel yang berjudul “Mail Mahu Kahwin” dan “Harum Kencana” yang dipilih sebagai bahan untuk program peringkat nasional ini.

Kami pula membaca cerpen yang berjudul “Singapuraku” karya Hafizah Talib. Cerpen itu dipetik daripada antologi “Jauh Di Mata, Dekat Di Hati’ yang diterbitkan sebagai salah satu bahan bacaan Baca! Singapura. Kami meringkaskan cerita dalam cerpen tersebut setelah membacanya bersama-sama. Kami juga digalakkan memberi ilustrasi bagi menghiasi kotak cerita yang perlu kami isikan dengan ringkasan cerpen tersebut. Sebahagian daripada kami mempersembahkan hasil daripada aktiviti membuat kotak cerita di bilik darjah.

Kemudiannya, kami membuat latihan menulis surat kiriman berdasarkan kandungan cerpen tersebut. Kami juga membuat boneka dan buku dialog untuk aktiviti melakonkan cerita dalam cerpen tersebut. Cikgu Manaf mengambil gambar dan merakam lakonan kami untuk dipaparkan dalam blognya.

Pada pendapat saya, saya lebih gemar membuat aktiviti pelajaran bahasa seperti begini kerana pengalamannya lebih seronok daripada membuat kerja latihan sekolah dan latihan kertas ujian. Saya juga bangga melihat muka Cikgu Manaf yang sentiasa gembira mendapati kami seronok pada waktu itu.


04. Perenungan Aktiviti Baca! Singapura 2008 - Nurul Farhanny Bte Salim - 105 (2008)

Kami menjalankan aktivti ini untuk menemarakkan lagi salah satu projek nasional untuk menggalakkan rakyat Singapura membaca karya fiksyen secara beramai-ramai.
Guru kami menggunakan antologi 'Jauh di Mata, Dekat di Hati'. Bahan yang kami gunakan ialah cerpen ‘Singapuraku’ oleh Hafiza Talib yang Cikgu Manaf petik daripada antologi itu

Kami semua membaca cerpen itu beramai-ramai. Kami mambuat ringkasan cerita itu setelah selesai membincangkan kandungannya. Bagi pelajar perempuan, kami membuat buku kecil. Pelajar lelaki pula, diarahkan membuat kotak cerita. Saya membuat sebuah buku kecil. Guru kami menggalakkan kami untuk mewarna lukisan padanya supaya hasil kerja kami itu menjadi lebih menarik.

Selepas itu, guru kami mengarahkan kami untuk membuat sepucuk surat kiriman. Kami harus menghantarkannya melalui e-mel kepada beliau. Kami membuat surat itu berdasarkan cerita dalam cerpen ‘Singapuraku’ itu.

Guru kami juga memberi arahan kami untuk membuat boneka. Kami harus juga membuat dialog untuk dilakonkan dengan boneka-boneka itu berdasarkan cerpen yang kami baca itu. Sewaktu kami berlakon, guru kami merakamkan setiap lakonan lucu kami yang bagi saya amat menarik.Pengalaman menjalankan semua aktiviti ini dengan kelolaan Cikgu Manaf sungguh menyeronokkan walaupun kadangkala saya dimarahi kerana menghantarnya lambat dan tidak menuruti arahanya. Yang paling seronok saya rasakan adalah aktiviti membuat boneka-boneka kami itu. Saya beasa bahawa pelajaran bahasa di bilik darjah kami agak berbeza dan menarik hati.

Saya percaya saya boleh membuat banyak aktiviti yang menyeronokkan untuk menambah pemahaman kami terhadap apa-apa subjek dengan lebih baik. Kalaulah Cikgu Manaf dapat melanjutkannya lagi pada masa hadapan.


05. Perenungan Aktiviti Baca! Singapura 2008 - Ahmad Mustaqim Jumat - 106 (2008)

Saya telah membaca cerpen berjudul ‘Singapuraku’ yang diterbitkan dalam empat bahasa bagi menggalakkan rakyat Sinagpura membaca dalam program Baca! Singapura.

‘Jauh Di Mata, Dekat Di Hati’ adalah tajuk buku kompilasi cerpen yang terkandung cerpen tersebut. Cerpen yang telah dibaca dan digunakan oleh guru saya, Cikgu Manaf sebagai acara sokongan sekolah kami bagi program Baca! Singapura. Kami disuruh beliau melukis gambar-gambar bagi aktiviti kotak cerita setelah kami selesai dan berbincang mengenai cerpen pilihan itu. Kami disuruh membuat latihan menulis surat kiriman berdasarkan beberapa episod yang terdapat dalam cerpen tersebut. Kami juga disuruh untuk membuat boneka atau ‘papet’ untuk melakonkan sebahagian cerita dalam cerpe itu di hadapan rakan-rakan sekelas kami.

Pada pendapat saya, aktiviti itu dijalan oleh Cikgu Manaf untuk menggalakkan kami membaca buku cerita dan cerpen ini supaya kami rakyat memperkayakan pengalaman hidup dan hidup bahagia dalam sebuah negara yang kecil ini tetapi damai dan penuh dengan harapan.

06. Perenungan Aktiviti Baca! Singapura 2008 - Marissa Bte Ali Madjelisi – 106 (2008)

Kami menjalankan aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti bagi menyokong program Baca! Singapura 2008. Program ini dijalankan bagi menggalakkan setiap warga Singapura membaca karya-karya fiksyen. Saya berpendapat, aktiviti sedemikian dapat juga mengalakkan pertumbuhan ekonomi secara tidak langsung.

Cerpen yang dibaca ialah ‘Singapuraku’ oleh Hafiza Talib, pilihan Cikgu Manaf bagi aktiviti Baca! Singa pura di sekolah kami.

Hafiza Talib seorang penulis tanah air kita, Singapura. Kami membaca cerpen yang beliau tulis di dalam kelas. Sesudah itu, kami membuat ringkasan cerita dalam cerpen itu bersama-sama. Cikgu Manaf pula mengarahkan murid-murid perempuan membuat buku kecil dan murid-murid lelaki membuat kotak cerita. Kami menulis ringkasan cerita dalam cerpen itu di dalamnya. Sesudah disiapkan, kami sekelas pun berbincang dan berkomgsi tentang cerita itu dalam bentuk-bentuk buku kecil dan kotak cerita itu.

Saya membuat novel kecil dengan melipat sehelai kertas putih sehingga menjadi buku kecil. Di dalamnya, saya melukis gambar sebagai ilustrasi bagi ringkasan cerpen yang saya baca itu. Berdasarkan cerita ini, kami sekelas juga ada membuat latihan menulis surat kiriman. Kemudian Cikgu Manaf menyuruh kami membuat boneka sendiri berdasarkan watak-watak cerita yang kami pilih. Untuk akiviti membuat boneka, saya dipilih untuk membuat boneka watak seorang wanita India. Sementara membuat boneka itu, kami juga membuat dialog-dialog yang mudah mengenainya. Apabila kita sudah selesai membuat boneka itu, kita pun melakonannya berdasarkan dialog yang kami sediakan dalam sebuah buku kecil.

Pada pendapat saya, aktiviti-aktiviti dalam program yang dijalankan ini sungguh menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti itu tidak membosankan dan banyak memberikan pelajaran kepada saya. Saya juga berasa sangat puas dengan boneka saya siapakan kerana saya dapat menghiasnya dengan perca-perca kain yang cantik dan kertas yang berwarna-warni. Saya juga dapat menyelesaikan boneka itu dengan cepat, sesuai dengan yang diberikan oleh Cikgu Manaf. Sya harap kami sekelas akan dapat membuat aktiviti-aktiviti begini pada masa depan.


07. Perenungan Aktiviti Baca! Singapura 2008 - Muhammad Fadhli Bin Abdul Rahim – 105 (2008)

Buku-buku yang digunakan oleh Cikgu Manaf adalah antologi ‘Jauh Di Mata Dekat Di Hati’. Cerpen oleh Hafiza Talib berjudul ‘Singapuraku’ Cikgu Manaf gunakan untuk aktiviti pelajara bahasa Melayu kami.Cikgu Manaf membincangkan cerpen ‘’Singapuraku’. Sesudah itu, beliau mengarahkan kami untuk membina sebuah kotak cerita kecil dan boneka berdasarkan cerpen tersebut.

Kami digalakkan menggunakan ilustrasi untuk mencantikkan lagi kotak cerita kami. Selepas itu kami menulis sepucuk surat kiriman. Kami membuat sebuah boneka setiap seorang dan membincangkan dialognya unuk kami lakonkan boneka yang kami buat itu. Kami menggunakan dialog itu untuk menceritakan semula kisah-kisah dalam cerpen tersebut dengan menggunakan boneka kami itu. Boneka saya menceritakan tentang sepasang suami dan isteri berbangsa India yang hendak menonton pembarisan Hari Kebangsaaan. Mereka berbincang tentang rancangan mereka itu dan juga cara-cara serta usaha yang mereka mahu lakukan untuk menjaga keharmonian semua kaum di Singapura. Cikgu Manaf mengambil gambar dan merakam lakonan kami.

Saya fikir Cikgu Manaf mahu mengalakkan kami untuk membaca buku cerita sebagai salah satu usahanya untuk mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa Melayu kami.


08. Perenungan Aktiviti Baca! Singapura - ‘Izzati Safwanah Bte Haizad – 105 (2008)

Kami membuat aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti menyokong usaha menggalakkan rakyat Singapura membaca karya fiksyen beramai-ramai.

Cerpen yang digunakan ialah ‘Singapuraku’ oleh Hafiza Talib dipetik daripada buku koleksi cerpen yang berjudul ‘Jauh Di Mata, Dekat Di Hati’ dalam kelas bahasa Melayu kami.

Kami telah berbincang cerpen ini setelah membacanya beramai-ramai. Kami membuat ringkasan cerita dalam cerpen ini. Semua murid perempuan membuat latihan ringkasan ini dalam sebuah buku kecil. Murid-murid lelaki pula membuat komik yang dalam aktiviti kotak cerita. Kami digalakkan melukis dan mewarnai bahan yang kami sediakan itu untuk menjadikannya lebih menarik. Apabila hasil menariknya, pasti akan menarik perhatian ramai orang.

Kami diminta membaca semula cerpen ini. Selepas itu, kami diminta mengutus sepucuk surat berdasarkan apa-apa yang terdapat dalam cerpen itu. Surat tersebut harus dihantarkan kepada Cikgu Manaf melalui e-mel. Surat itu mengenai tanggapan Aini dan Hadi, watak-watak utama dalam cerpen ini.

Kami juga diarahkan membuat sebuah boneka. Saya dikehendaki membuat boneka untuk watak Aini. Boneka itu dihias dengan kain, benang dan diwarnakan. Kami membuat dialog untuk watak-watak di dalam cerita ini. Kami pula harus melakonkannya menggunakan boneka kami itu. Lakonan itu telah dirakamkan oleh guru kami.

Saya berasa seronok membuat kerja-kerja dalam aktiviti membaca ini. Saya dapat menggunakan kreativiti saya sewaktu membuat boneka itu. Kami dikehendaki membuat buku kecil dengan lukisan dengan ringkasan cerita cerpen ini tetapi saya telah membuat sebuah cerita panjang. Boneka saya sahaja yang mengandungi muka seorang artis, tidak seperti rakan-rakan sedarjah saya. Saya telah menolong Cikgu Manaf mencarikan gambar-gambar latar yang berkaitan dengan Hari Kebangsaan Singapura. Dengan membuat aktiviti ini, kami dapat mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa Melayu kami.



09. Perenungan Aktiviti Baca! Singapura 2008 - Md Rahmat - 104 (2008)

Kenapa saya menjalani Baca! Singapura? Saya mahu mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran bahasa Melayu saya. Buku-buku yang telah Cikgu Manaf ceritakan kepada kami adalah novel ‘Haruman Kencana’ dan ‘Mail Mahu Kahwin’.

Mengapa dijalankan program Baca Singapura? Program ini hendak menggalak lebih ramai rakyat Singapura untuk membaca buku cereka yang bermutu.

Cikgu Manaf juga telah menggunakan buku antologi cerpen ‘Jauh Di Mata Dekat, Di Hati’. Sebuah cerpen yang berjudul ‘Singapuraku’ oleh Hafiza Talib telah Cikgu Manaf pilih untuk tujuan ini. Cerpen ini mengisahkan seorang wanita yang sangat rindu tanah airnya, Singapura. Selepas membaca dan membincangkan cerpen tersebut, kami dsuruh Cikgu Manaf membuat ringkasan. Para pelajar lelaki membuat peringkasan di sebuah kota cerita. Para pelajar perempuan membuatnya di dalam sebuah buku kecil yang harus mereka buat sendiri. Mereka melipat sehelai kertas dan menampal lipatan yang seperti sebuah buku kecil.

Sesudah itu, kami diharuskan membuat boneka dan melakonkannya. Skrip lakonan kami itu ditulis di dalam sebuah buku kecil supaya lebih kemas dan memudahkan kami membuat rujukan. Cikgu Manaf telah merakamkan setiap lakonan lucu tersebut.

Kami juga diarahkan menulis surat daripada Hadi untuk diutuskan kepada Aini yang berada di Australia, menurut kandungan cerpen itu.

Pengalaman saya pada minggu lepas dan minggu ini amat seronok. Kami belajar bahasa Melayu dengan cara yang menarik. Kami telah membuat boneka yang telah menjadikan cerita dalam cerpen tersebut lebih hidup. Kami dapat memahami suasana dalam cerpen itu dengan cara yang lebih jelas.


10. Perenungan Aktiviti Baca! Singapura 2008 - Izyan Nadirah - 106 (2008)

Inilah penerangan aktiviti Baca! Singapura yang saya lalui dalam kelas bahasa Melayu Cikgu Manaf.

Kami menjalankan aktivit ini selain mengalakkan pertumbuhan ekonomi warga Singapura dengan membaca karya fiksyen secara beramai-ramai. Buku yang digunakan untuk aktiviti ini adalah ‘Jauh Di Mata, Dekat Di Hati’ dan cerpen ‘Singapuraku’ oleh Hafiza Talib kami baca daripada buku tersebut. Hafiza Talib seorang penulis yang menulis bagaimana beliau merindui tanah airnya, negara kita, iaitu Singapura.

Kami membaca cerpen ‘Singapuraku’ di dalam kelas dan kemudian membuat sebuah peringkasan tentang ceritanya secara beramai-ramai. Aktiviti yang diberi menolong kami menyudahkan peringkasan cerita ini dengan cara menarik. Para pelajar perempuan ditugaskan membuat peringkasannya di dalam sebuah buku kecil. Lelaki pula diberikan tugas untuk melukis komik pada sebuah kotak cerita.

Untuk menyudahkan peringkasan yang ditugaskan Cikgu Manaf, saya menggunakan sekeping kertas dan melipatkannya. Kertas itu lalu saya tampal menjadi sebuah buku yang kecil. Sesudah itu, saya menulis ringkasan berdasarkan cerpen yang sudah kami baca itu.

Selepas itu, Cikgu Manaf menugaskan kami untuk membuat sebuah boneka setiap seorang. Sebuah buku kecil yang mengandungi dialog yang akan kami gunakan dalam melakonkan boneka itu juga perlu kami sediakan. Lakonan kami dirakam Cikgu Manaf. Untuk membuat boneka, saya menggunakan sekeping kertas lembut lalu menampal kertas berwarna-warni pada lakaran boneka itu. Saya memotongnya lalu menampal boneka yang sudah siap itu di kertas yang lebih keras.

Pada pendapat saya, dalam setiap aktiviti Baca! Singapura ini, saya berpendapat sangat kreatif lagi menarik. Saya ingin melakukan aktiviti seperti ini lebih kerap pada masa hadapan. Saya suka membuat boneka yang cantik dan berwarna-warni.


11. Perenungan Aktiviti Baca! Singapura 2008 - Illy Iman - 104 (2008)

Karya Hafiza Talib yang bertajuk ‘Singapuraku’ digunakan oleh Cikgu Manaf sebagai bahan projek ini dipetik daripada himpunan cerpen yang terdapat dalam buku ‘Jauh Di Mata, Dekat Di Hati’. Cerpen itu dibaca di dalam kelas dan peringkasan dibuat setelah aktiviti perbincangan mengenai kandungan cerpen itu. Para pelajar perempuan diarahkan untuk membuat peringkasan itu dalam sebuah buku kecil. Para pelajar lelaki pula diarahkan membuatnya pada sebuah kotak cerita. Dalam penyediaan buku kecil itu, Cikgu Manaf menggalakan kami menambah ilustrasi padanya.

Setalah itu, kami membuat sepucuk surat kiriman berdasarkan buku itu. Cikgu Manaf pula menyuruh kami membuat sebuah papet atau boneka. Cikgu Manaf juga merakamkan lakonan berdasarkan cerita dalam cerpen Singapuraku, dengan menggunakan boneka-boneka itu.

Pada pendapat saya, aktiviti-aktiviti demikian sungguh menyeronokkan. Aktiviti tersebut juga berlainan daripada apa-apa yang pernah dilakukan Cikgu Manaf di dalam darjah. Saya mempelajari banyak perkara mengenai Singapura dan kehidupan rakyat-rakyatnya dengan melakukan aktiviti membaca itu.



12. Perenungan Aktiviti Baca! Singapura 2008 - Danial Ritzuan Bin Junaidi – 104 (2008)

Kenapa saya menjalani 'Aktiviti Baca Singapura'? Saya mahu tahu lebih banyak tentang negara kita, Singapura, dengan membaca buku-buku cereka iaitu 'Harum Bencana' dan 'Mail Mahu Kahwin' yang boleh mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu saya.

Cikgu Manaf menggunakan antologi 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati', dengan mengambil sebuah cerpen yang berjuduh ‘Singapuraku’ oleh Hafiza Talib. Kemudian, cikgu menyuruh kami meringkaskan cerita 'Singapuraku' dalam kotak cerita dengan ilustrasi yang sesuai. Selepas itu, Cikgu Manaf mengambil dua buah kotak cerita sebagai contoh yang baik untuk kami kongsi dalam kelas. Sesudah itu, beliau mengarahkan kami menulis surat kiriman berdasarkan cerita 'Singapuraku' melalui e-mail. Akhir sekali, kami membuat penceritaaan semula 'Singapuraku' dengan menggunakan patung boneka yang kita membina sendiri sebelum itu.

Pada pendapat saya, menceritakan semula 'Singapuraku' dengan patung boneka amat menarik lagi menyeronokkan.

Apakah tanggapan saya terhadap Cikgu Manaf? Beliau bijak dalam subjek Bahasa Melayu. Beliau juga selalu menolong kami jikalau ada masalah. Saya suka Cikgu Manaf kerana beliau menyuruh kami membuat aktiviti bahasa seperti kotak cerita dan patung boneka, berlainan daripada guru-guru lain.

@@@@@@@@@@

Nota Kecil

Saya berasa sungguh teruja menjalankan aktiviti. Saya beharap para peljar saya juga akan mendapat manfaat dan pengalaman yang menyeronokkan sewaktu menjalani semua aktiviti program Baca! Singapura 2008.

Tiada ulasan: