Ahad, Disember 23, 2007

Kaedah SQ3R Membaca Buku Teks

Membaca buku teks akan lebih efektif jika dirancang terlebih dahulu, diikuti dengan beberapa semakan semula dan latihan pengukuhan.

Sepintas lalu – Apakah itu SQ3R?

Survey – dapatkan gambaran jelas akan apa-apa yang hendak penulis sampaikan.

Question – bersikap aktif sepanjang proses dengan soalan-soalan bagi mengukuhkan pemahaman.

Read – kenal pasti idea penting tanpa membuat apa-apa catatan dan baca sepintas lalu.

Review – ulang semua membaca dan tandai idea-idea penting. Cuba hurai sebarang kesulitan yang ditemui.

Recite – perkukuhkan pemahaman dan hafalan dengan menyebut idea-idea utama dan idea-idea yang menyokong.



Survey (Tinjau)
Belek-belek bab-bab dalam buku teks, cuba dapatkan gambaran ringkas mengenai teks, memahami judul-judul, membelek-belek carta, gambar dan ilustrasi. Belek bahagian ringkasan, dan soalan-soalan yang disediakan. Pastikan tempoh yang anda perlukan untuk memahaminya selain menjangkakan apa-apa kesulitan yang mungkin timbul pada masa akan datang. Tetapkan had waktu dalam sesebuah bahagian yang termasuk waktu untuk membuat tinjauan, penyemakan dan pengukuhan. Bahagian ini seperti merancang sesebuah aktiviti di luar rumah.

Question (Soalan)
Sentiasa aktif dan responsif pada idea-idea penulisnya, seolah-olah anda berkomunikasi dengannya. Ajukan soalan-soalan yang anda fikir sesuai, tetapi bersikap seolah-olah ada seseorang mahu anda memahami akan sesuatu perkara yang amat penting.

Read (Baca)
Baca dengan teliti secara cepat tanpa berhenti pada mana-mana bahagian untuk membuat sebarang catatan. Dapatkan idea keseluruhan isi penting dalam bab tersebut, selalunya terdapat tiga hingga lima alasan dan sebab-musabab. Jangan hiraukan pemahaman sepenuhnya pada peringkat ini.


Review (Semak)
Bahagian inilah dikatakan bahagian anda belajar. Ulang semula idea utama. Serlahkan atau gariskan setiap kata kunci. Buat satu garis kasar catatan di tubir halaman (I, II, III, dsb). Tandakan bahan yang mencukupi untuk mencetuskan daya penghafalan anda apabila anda mengulang kajinya semula untuk ujian-ujian pada masa hadapan. Catatan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit juga mensia-siakan masa anda.

Recite (Sebut secara lisan)
Sebelum anda berhenti untuk berehat, ujilah pemahaman anda sendiri dengan memerikan atau menulis semula apa-apa daripada ingatan anda akan idea-idea utama dan pemerian yang menyokongnya sesudah anda selesai membaca. Tinjau semula bahan tersebut. Ada pelajar menulisnya di tubir bahagian bawah halaman. Menandai dan menulis teks di sana mengurangkan keperluan anda untuk menggunakan buku nota yang berasingan. Selalunya, garis idea bab terdapat di dalam buku teks untuk tujuan anda melakukan semakan semula.

Jika anda meninggalkan bahagian ini, sering kali anda akan lupa apa-a ayang telah anda baca hari ini pada keesokan hari. Anda terpaksa mengulangi semula semua langkah-langkah yang telah anda jalankan. Jika anda melakukan langkah pengukuhan ini, anda hanya perlu menyemak sekali lalu pada masa-masa akan datang.


KAEDAH SQ3R

I. SURVEY
II. QUESTION
III. READ
IV. RECITE
V. REVIEW


I. & II. Survey dan Question – Langkah-langkahnya
BACA judul, pengarang, permulaan, jadual kandungan buku, belek bahagian-bahagian buku – kenal pasti ilustrasi, saiz teks, bab-bab, glosari, lampiran, dan juga sumber-sumber rujukan lain untuk mendapat maklumat dengan segera.
Belek bahagian indeks untuk mengenal pasti istilah-istilah yang tidak kamu kenal.

Bina SOALAN - Apa, siapa, bila, di mana, mengapa/kenapa, berapa yang ditekankan. Aspek manakah yang anda lemah? Bahagian yang manakah perlu saya hafal?

Pilih sebuah bab. Baca bahagian perenggan permulaan. Tanda dengan pencil siapa-siapa, apa-apa, bila-bila, atau apa-apa kosa kata yang tidak anda ketahui. Berhenti dan baca setiap judul, sub-sub judul dan perenggan terakhir. Jika bahan dalam teks itu menyukarkan pemahaman anda, baca setiap ayat pertama dalam setiap perenggan. Tinjauan ini tidak harus mengambil masa lebih daripada seminit dan harus menunjukkan sekurang-kurangnya tiga hingga enam idea utama.

Bina soalan daripada judul pertama bab.


III. READ
Baca judul akhir bahagian ini untuk menjawab soalan. Jadikan pencarian ini secara aktif untuk mendapat jawapan soalan yang anda bina. Garis hanya kata-kata kunci – bukan seluruh perenggan, nyatakan semula secara lisan dengan ayat-ayat yang kamu bina sendiri pertalian idea yang kamu temukan. Rujuk kamus jika perlu. Usah buat sebarang catatan hinggalah seluruh bahagian ini anda baca.


IV. RECITE
Ketepikan buku teks dan cuba sebutkan secara ringkas jawapan bagi setiap soalan yang kamu bina. Bina ayat-ayat kamu sendiri dan nyatakan juga contoh menyokong idea itu. Secara ringkas, tulis semua yang kamu ingat pada sehelai kertas. Semuanya perlu ringkas dengan ayat-ayat yang kamu bina sendiri. Jika kamu tidak ingat, semak semula bahagian yang telah anda baca itu.

Ulangi langkah QUESTION, III dan IV dengan setiap judul yang selanjutnya. Lakukan sehingga seluruh bab telah anda baca.

V. REVIEW
Apabila langkah-langkah sebelum ini anda jalankan dengan teliti, ingati semula apa-apa yang telah anda baca dengan menyebutnya kembali secara lisan setiap idea utama, idea-idea kecil dan hubungan antara satu sama lainnya. Anda boleh menjalankan langkah ini dengan meniru nota yang anda buat dengan mengingati semula apa-apa fakta yang telah anda catat. Semak semula bahagian-bahagian ini sebelum menjelang sebarang ujian, jadikan rutin harian anda. Semakan ini udah melebihi daripada lima minit. Disyorkan agar anda menggunakan kaedah ini selama dua jam sehari.
Sediakan jadual belajar agar anda ada masa untuk mengulang kaji.

Tiada ulasan: