Selasa, September 25, 2007

Siapa 'tu Cikgu Manaf?

Cikgu Abdul Manaf, nama guruku
Baru dua tiga bulan kukenalinya
Tidak panjang tempoh kukenalinya dengan lebih dekat
Tetapi cukup kuketahui serba sedikit tentang dirinya

Beliau ingin menjadi guru yang efektif
Akan bertukar bengis
Pabila aku dan yang lain-lainnya tidak menghantar kerja
Berjiwa penyayang dan berhati mulia
Yang terbaik untuk kami semua, itulah harapannya
Bagi kami, anak-anak didiknya

Empat kali dalam seminggu, dia kami temui
Ilmu pengetahuannya yang kaya mahu kami pelajari
Tidak lokek akan ilmunya
Ketika mengajar sentiasa diselangi jenaka
Ada masa-masanya
Bercerita tentang para nabi
Berdakwah dengan cerita-cerita agama

Tidak kukesal berguru dengan manusia
Yang bernama Cikgu Abdul Manaf
Cintanya kepada bahasa, seni dan bangsanya
Begitu halus dan amat tinggi
Tiap kata ucapannya dan juga tiap gerak gerinya
Memohonkan sentiasa
Kesejahteraan dan kebahagiaan buat kami
Harapan bangsa dan tunggak negara

Kadangkala naik angin juga guruku yang seorang ini
Dan pada masa yang lain, tertawa ceria riang memanjang
Tidak pernah lupa
Menegur rakan-rakan dan aku pabila kami berjumpa
Senyumannya manis, matanya menipis
Tegurannya, kudapat pelajari akan kesilapanku
Mencari yang hakiki, banyak ketika juga
Selalu terkesan di hati ini
Kata-katanya yang dia ujar
Dalam lenggok suara yang mencabar
Siapa tak kenal dengan Cikgu Abdul Manaf?
Sungguh dramatis orangnya
Ramai rakanku yang berkata!

Sudah tiba masanya
Untuk kuucapkan terima kasih kepadanya
Seorang guru yang menjalankan tugas dengan penuh amanah

“Terima kasih dan Selamat Hari Guru, Cikgu Abdul Manaf!”
Semoga Allah murahkan rezekimu
Dan mengabul akan doa-doamu.....


oleh Izyan Liana
Men. 203(2007)
BPGHS

Tiada ulasan: