Isnin, September 24, 2007

21 September 2007 - Kunjungan Ke Geylang Serai

Assalamualaikum Wr Wb

Alhamdulillah. Saya berasa sungguh terharu apabila bersama-sama anak-anak murid saya ketika membuat kunjungan ke bazar-bazar di Geylang Serai. Kini baru saya sedar Raafiq tidak sependiam yang saya duga, Syahir sememangnya begitu, berbeza dengan kepetesan Nabil dan keramahan Hanafi. Sayang sekali, Rizki tidak ada bersama-sama.

Budak Raafiq, I owe you a pack of otak-otak - seronoklah berbuka sama-sama.

Oya, anak-anak gadis murid-murid saya yang baik-baik belaka, semuanya menyenangkan.

Seperti yang kita persetujui, di bawah ini program yang hendak dijalankan pada hari sambutan hari raya di sekolah.

1. Farhana dan anak-anak lelaki saya akan mengendalikan persembahan slaid; puasa, bazar Geylang Serai dan hari raya.

2. Anak Pak Samad akan mengelolakan sebuah acara tarian.

3. Anak-anak lelaki saya akan mengatur acara untuk penonton.

4. Bacaan Puisi dan Lagu Sepasang kurung Biru akan dikelolakan oleh Sabrina dan geng-gengnya.

5. Skrip bagi pengacara akan disediakan Anna dan dibantu Sabrina juga.

Saya berharap, hal yang dibincangkan akan dapat dilaksanakan. Namun, sebarang perubahan yang difikirkan perlu juga boleh dipertimangkan.

Semoga usaha kita ini akan menghasilkan pemahaman pada sikap dan mengeratkan lagi perasaan semangat persefahaman yang sama-sama kita harapkan sebagai rakyat negara yang kita cintai di kalangan rakan-rakan kita yang berlainan agama dan bangsa. Mereka dan kita adalah sebahagian daripada negara yang kita kasihi ini.

Oya, Anak Gadis Pak Samad, CD lagu selama Hari Raya nyanyian Sharifah Aini boleh awak pertimbangkan untuk acara tarian tersebut. Lagu yang memakan masa 3.16 minit itu saya cadangkan dapat kita manfaatkan ada pada saya.

Selamat meneruskan ibadah puasa. Selamat menempuh peperiksaan akhir tahun. Banyakkan doa di samping berusaha dan mengulang kaji pelajaran. Ingat, ayah dan ibu kita sayang akan kita semua. Ingat juga, Allah menyayangi kita hamba-hambanya.

Wasalam.

Tiada ulasan: