Mulai Januari 2011, catatan di sini memuatkan semua bahan dan penemuan saya yang berkaitan dengan projek peribadi penulisan saya yang berjudul Cerita Rakyat Orang Melayu. Bahan-bahan ini saya pungut daripada kajian lapangan sewaktu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, hingga pada masa ini. Cerita-cerita di sini kebanyakannya berasal dari seluruh ceruk dan rantau di Asia Tenggara. Alamat emel saya di manafyasir@gmail.com
Isnin, Februari 21, 2011
Kim - Rudyard Kipling
Kim anak muda berbangsa Irish. Mendiang bapanya seorang pegawai tentera British. Dia anak yatim piatu dan telah dipelihara oleh seorang wanita jalang yang baik hati di kota Bombay.
Cerita bermula apabila Kim bergagung dengan seorang rahib agama Buddha berbangsa Tibet yang bernama Teshoo Lama. Mereka menuju ke kota Lahore untuk mencari sebuah kitab agama Buddha yang lama. Dalam pengembaraan mereka berdua ke kota Lahore itu, Kim ditemui oleh seorang pegawai tentera British, Kolonel Creighton lalu disertakan dalam perkhidmatan Tentera British India.
Walaupun dia dipertemukan dengan identitinya yang sebenar, Kim tetap mempercayai dirinya seorang anak India yang sejati. Buku ini penuh dengan pemerihalan kehidupan penulisnya, Rudyard kipling sendiri yang pernah hidup di India, melalui watak Kim yang menarik itu.
Buku ini adalah buku bacaan ketiga setelah novel The American Boy yang saya baca dalam masa dua hari.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan