Selasa, Januari 04, 2011

INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA - ITNM




Saya berasa cukup teruja mengikuti kursus di sini dari 13.12.2010 - 24.12.2010.

Saya bertolak dari Singapura dengan menaiki bas di Boon Lay, berdekatan dengan Pusat Beli-belah Boon Lay pada jam 9.30 malam tanggal 12.12.2010.

Saya tiba di Hotel Ancasa, berdekatan dengan Pudu Raya pada jam 2.30 pagi tanggal 13.12.2010. Saya menahan teksi lalu menuju ke KL Sentral sebaik-baik saja turun dari bas tersebut. Di KL Sentral saya mule mengatur rancangan untuk menuju ke Wangsa Maju menggunakan monorel Rapid KL. Pada jam 6.00 pagi, saya Stesesn Wangsa Maju.

Sesampai di stesen wangsa Maju, saya bertanya seorang pekerja di perhentian bas di situ dan diarahkan menaiki bas nombor 302, yang akan berhenti di luar bangunan ITNM.
Saya minta izin pegawai keselamatan di situ untuk membersihkan diri di tandas.

Dengan menyandang beg yang berat, saya masuk ke kelas pada jam 9.00 pagi. Saya tidak menduga, pengalaman selama 12 hari di KL itu amat menyenangkan hati saya.

Sebagai oleh-oleh, saya beli trilogi "Lepaskan kembali Aku Ke Laut" yang diterjemah dalam bahasa Inggeris bagi melihat aplikasi apa-apa kemahiran yang telah saya pelajari dalam kursus tersebut.

Saya memiliki edisi terbitan pertama ketiga-tiga jilid novel trilogi ini.

Sayang sekali, saya tidak membawa kamera digital untuk merakam pengalaman saya sewaktu menghadiri kursus yang memenatkan tapi cukup berbaloi.

Pada petang hari pertama di situ, saya meminta Devon, rakan kursus, untuk pergi ke HOtel Smart yang terletak di Wangsa Metro kawasan perumahan dan perniagaan di belakang Stesen Wangsa Maju.

Saya menginap di Hotel Smart hingga hari Jumaat. Setiap pagi, saya akan keluar meninggalkan hotel penginapan saya itu dan menaiki bas ke ITNM.





Saya dapat tumpang menginap di bilik Devon, rakan sekurus saya. Beliau berasal dari Sarawak dan bertugas di sebuah syarikat di Labuan.

Pada hari Sabtu, kami bersarapan di hotel dan langsungpergi ke KL Sentral dan Ampcorp Mall di Petaling Jaya. Saya amat tertarik hati dengan kedai buku BookXpresss dan juga kedai buku Popular di sana.

Pada hari Ahad, kami pergi ke One Utama, kerana Devon ada temu duga di TV3. Saya mengisi masa di Pusat Beli-belah One Utama. Saya sempat pergi buat ‘facial’ di sana. Pengalaman ini membuat saya terlena sepanjang sesi cuci muka itu.

Sesudah itu, kami bertemu dengan salah seorang rakan baik Devon dan kami bergerak ke Amcorp Mall. Di sana, saya beli buku biografi Roald Dahl. Saya mempelajari banyak hal mengenai kerja-kerja pernyiapan buku-buku kanak-kanaknya yang mashyur itu. Sebenarnya, apa-apa yang disiapkan oleh penlis tersohor ini tidak serupa dengan apa-apa yang diterbitkan. Ada beberapa orang editor yang menyumbang idea bagi membaiki idea-idea Roald Dahl dan akhirnya, buku-buku itu menjadi popular setelah diterbitkan, bukan hanya di Amaerika Syarikat malah di Britain. Namun begitu, ada beberapa pihak, termasuk beberapa orang pustakawan dan guru, yang menentang penerbitan buku-bukunya itu. Idea dalam buku-buku itu dikatakan merencatkan pemikran kanak-kanak yang membacanya kelak. Hal ini dapat ditangkis dengan bijaknya penulis dan agen penulisan yang mewakilinya.

Pada hari Isnin, saya masuk ke ITNM dengan membawa beg pakaian saya. Petangnya, saya minta Faiz menghantar saya ke Hotel Aladin di Wangsa Delima. Bilik yang ada hanya boleh saya inap selama dua hari sahaja. Pada hari Rabu, saya akan tahu sama ada bilik itu masih boleh saya inap hingga hari Jumaat.

Saya bergerak ke Itnm pada pagi Selasa dengan menaiki teksi yang saya tahan di hadapan Pusat Perubatan Naluri. Saya bersarapan dahulu di kafe yang terdapat di bahagian bawah hotel tersebut sebelum berangkat ke kelas.

Pada hari itu, saya beli buku 100 Pepatah-petitih Melayu edisi bahasa Inggeris dan bahasa Melayu serta trilogi ‘Release Me Back To The Sea’ yang diterjemah daripada judul asalnya ‘Lepaskan Kembali Aku Ke Laut’.

Petangnya, saya pulang ke hotel Aladin dengan menumpang rakan-rakan yang memandu. Saya pergi makan malam di Pusat Beli-belah Wangsa Maju Walk. Novel sejarah tulisan Cikgu Abdul Latif Talib yang berjudul ‘Khalifah-khalifah Yang Benar’ yang menerangkan perjuangan Khalifah Ar-Rasyidin Al-Mahdiyin di kedai buku Popular dengan menggunakan kad potongan harga. Kad potongan harga yang saya buat di Singapura masih diperaku untuk digukanan di Kuala Lumpur.

Pada pagi Jumaat, hujan turun dengan lebatnya. Saya tiba awal di ITNM kerana pada pagi itu, ada ujian. Selepas ujian ‘open-ended’, kami berehat minum the sebelum ujian kedua, penterjemahan teks bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu dan teks bahasa Melayu dalam bahasa Inggeris. Bagi setiap genre, ada dua petikan diberikan. Saya sempat menyudahkan kerja sebelum jam dua petang. Dengan segera saya menarik beg pakaian dan menaiki teksi ke KL Sentral.

Sesampai di sana, saya turun ke perhentian bas untuk pertgi ke ICCT. Sejam kemudian, saya tiba di ICCT. Saya masukkan beg ke dalam bagasi dan pergi makan tengah hari di sebuah kafeteria. Petang itu, saya makannasi beralukkan ikan goreng dan pucuk ubi masak lemak. Saya berlegar-legar di kedai-kedai buku di sana untuk mendapatkan lagi bahan-bahan bacaan yang lain. Semuanya hampir sama seperti yang terdapat di Singapura. Harganya lebih mahal dibadingkan dengan yang ada di Singapura. Tetapi, saya berasa cukup teruja untuk pulang semula ke Amcorp Mall dan mahu berbelanja buku di Bookxpress lagi.

Saya tiba di Singapura pada jam 9.00 malam, dua jam lebih lewat daripada jadual asalnya. Pertama kali menaiki kapalterbang Syarikat Air Asia, saya dah serik. Saya berpendapat ada baiknya saya naik bas untuk pulang ke Singapura pada masa akan datang.

Pengalaman di Kuala Lumpur pada kali amat mengesankan.

Saya ingin sekali mengikuti Kursus Terjemahan Sambilan atau Kelas Penyuntingan.

Tiada ulasan: