Mulai Januari 2011, catatan di sini memuatkan semua bahan dan penemuan saya yang berkaitan dengan projek peribadi penulisan saya yang berjudul Cerita Rakyat Orang Melayu. Bahan-bahan ini saya pungut daripada kajian lapangan sewaktu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, hingga pada masa ini. Cerita-cerita di sini kebanyakannya berasal dari seluruh ceruk dan rantau di Asia Tenggara. Alamat emel saya di manafyasir@gmail.com
Rabu, Oktober 06, 2010
Dea Jang Geum - Emas Istana
Drama Korea Selatan yang diterbitkan dalam tahun 2003 pernah menjadi popular di seluruh Asia pada tahun-tahun sesudah itu. Dipercayai telah tayangannya telah diterjemahkan dalam bahasa-bahasa Melayu/Indonesia, Filipina dan Thai.
Bagi saya, drama yang penuh dengan pengajaran dan ilmu mengenai peri kepentingan penyelidikan dan membuat catatan tidak menjemukan walaupun sudah saya tonton berulang-ulang kali.
Saya akan menyediakan terjemahan sinopsis setiap siri drama ini berdasarkan catatan sebuah blog dengan tajuk drama Dea Jang Geum. Siaran drama ini dapat ditonton dengan percuma dalam lelaman sesawang youtube.com dan seumpamnya.
Saya ada memiliki koleksi lengkap cakera dvd siri ini yang diterbitkan dengan sarikata bahasa Melayu dan Inggeris. Bahan yang saya miliki ini diterbitkan di Malaysia.
Bahan ini saya sediakan untuk latihan peribadai saya memahami selok-belok membuat kerja-kerja terjemahan bahasa Melayu bagi karya yang asal dalam bahasa Inggeris.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan