Sabtu, Ogos 01, 2009

Bengkel Penulisan Bersama Faisal Tehrani, NLB, 1 Ogos 2009

Saya berharap dengan perkongsian yang dijalankan dalam bengkel ini para peserta dapat memahami apa-apa yang dituntut dan perlu bagi sesseorang yang hendak menjadi penulis. Saya berharap juga para peserta bengkel dapat memahami apa-apa yang dimaksudkan dengan sebuah penghasilan serta apa-apa yang terdapat dalam sebuah karya penulisan, tak kiralah daripada cerpen, novel, sajak, darama dan apa-apa yang dihasilkan dari segi bentuk dan penggarapan penghasilannya.
Hanya mengulang sahaja, pembimbing bengkel membincangkan asas yang harus ada bagi seseorang yang mahu menghasilkan karya kreatif, dari segi pengumpulan idea hingga pada tahap penulisan dan apa-apa yang perlu. Saya berharap para peserta dapat menimba pemahaman akan sesebuah hasil karya kreatif dan dapat menikmatinya sebagai seorang pembaca, terutamanya seorang pelajar, dalam mendekati bahan-bahan sastera yang sangat luas pengertiannya dan banyak cabang serta bentuk hasilnya. Selamat bersastera dan selamat mencipta.








Tiada ulasan: