Daripada bahan-bahan yang terkumpul dari kelas ini, ada sebilangan pelajar yang menghantar item-item glosari, komik dan juga ringkasan cerpen.
Mulai Januari 2011, catatan di sini memuatkan semua bahan dan penemuan saya yang berkaitan dengan projek peribadi penulisan saya yang berjudul Cerita Rakyat Orang Melayu. Bahan-bahan ini saya pungut daripada kajian lapangan sewaktu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, hingga pada masa ini. Cerita-cerita di sini kebanyakannya berasal dari seluruh ceruk dan rantau di Asia Tenggara. Alamat emel saya di manafyasir@gmail.com
Selasa, Ogos 11, 2009
Baca! Singapura 3.0 - Hasil & Pembentangan
Hari ini, saya ada menjalankan aktiviti pembentangan di dalam kelas. Foto-foto berikut adalah rakaman yang dibuat sewaktu saya masuk ke dalam kelas Cikgu Noormarlina. Mereka membentangkan daftar glosari kosa kata yang mereka dapati sukar sewaktu membaca teks tersebut. Mereka merujuk Kamus Dewan untuk mencari makna kekata tersebut dan dibentangkan kepada rakan-rakan mereka. Saya sudahi kelas itu dengan mengarahkan mereka memilih 4 soalan daripada senarai yang disiarkan awal daripada ini dalam blog ini. Mereka hendakah memberikan respons mereka dan akan dihantar kepada saya untuk disemak.
Daripada bahan-bahan yang terkumpul dari kelas ini, ada sebilangan pelajar yang menghantar item-item glosari, komik dan juga ringkasan cerpen.




Daripada bahan-bahan yang terkumpul dari kelas ini, ada sebilangan pelajar yang menghantar item-item glosari, komik dan juga ringkasan cerpen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan