Alhamdulillah, berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan di kelas-kelas bahasa.
Aktiviti bagi cerpen Elergi Di Tabir Pelangi dilanjutkan dengan kelas bahasa pelajar menengah 1 Cikgu Noormarlina membuat tugasan membina dialog mudah berdasarkan hal-hal berikut.
a. Dialog ibu, mamak dan adik-adik Girish dengan Girish.
b. Dialog antara Girish dan Dev.
c. Biografi mudah Girish.
Aktiviti di dalam kelas bahasa saya bagi menengah 1 pula menyediakan biografi mudah Girish, keluarga Girish, Dev, ibu Girish, adik-adik Girish.
Bagi aktiviti cerpen Perempuan Kerudung Hitam pula, kelas bahasa menengah 2 saya membuat perbincangan mengenai perempuan pencopet itu dan hasilnya disampaikan dalam kelas secara lisan. Bahan itu mereka perlu pindahkan pada bentuk teks bertulis dalam buku-buku kecil yang perlu mereka hias.
Bagi kelas HML VS Cikgu Noormarlina dan saya, para pelajar membuat laporan berita mengenai salah satu daripada berikut.
a. Buat laporan berita tentang jemaah lelaki yang kehilangan wang.
b. Buat laporan berita tentang banduan yang menerima hukuman potong tangan.
c. Buat laporan tentang penulis yang memaafkan orang lain.
Mereka dikehendaki menggunakan contoh petikan berita di lelaman Cyberita.com untuk menyudahkan latihan itu dengan terus menggetik di komputer. Semua hasil kerja mereka utuskan kepada saya di alamat emel saya.
Selain itu, mereka perlu mengutus emel kepada saya untuk menceritakan dalam bahasa mereka sendiri tentang pengalaman penulis sewaktu menunaikan haji itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan