Khamis, Jun 25, 2009

Tamat Cuti Sekolah - Kembali Bersekolah

Sebelum cuti pertengahan tahun berakhir ini, kita sedang diduga lagi dengan wabak H5N1. Namun begitu, kehidupan kita harus berlangsung seperti biasa. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa menjaga kesihatan diri dan sedar akan semua tanggungjawab sosial sewaktu gawat wabak tersebut. Jika anda sakit, sama ada demam ringan sekali pun, usah pandang ringan. Dapatkan rawatan doktor dan patuhi semua arahannya demi kebaikan kita bersama.

Namun, pelbagai langkah telah diambil untuk memastikan agar walaupun anda berjauhan dari sekolah, pelajaran akan tetap dapat anda semua ikuti. Ikuti perkembangan hal nasional terutama tentang wabak H5N1 ini di dada akhbar nasional dan siaran berita di media tempatan. Kita hendaklah peka wabak ini dan membantu agar kita dapat mengharungi dugaan ini dengan tenang berbekalkan maklumat yang tepat. Hindari sebarang pertemuan sosial yang tidak perlu. Namun, kita harus terus mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. Selepas sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa yang lalu baru berlalu, semoga kita sama-sama sedar betapa sebagai anggota keluarga dan masyarakat kita berperanan untuk memastikan kita sentiasa aktif dalam mewujudkan suasana sentosa di kalangan keluarga dan tetangga kita.

Penggal tiga dan empat persekolahan ini akan bergerak laju. Selepas bulan kemerdekaan, kita akan berpuasa. Kita akan menyambut Hari Kanak-kanak dan Hari guru tidak lama lagi. Ujian nasional juga akan berlangsung pada masa-masa ini. Terus bertenaga dengan menjaga kesihatan mental dan fizikal anda. Pastikan anda, para pelajar, bersiap sedia untuk bertindak bagi mencapai kejayaan dalm pejaran dan kehidupan masa hadapan anda. susun semula jadual belajar dan masa berehat. Bertanya dan terus bertanya jika ada apa-apa yang anda tidak fahami apa-apa mengenai topik-topik pelajaran. selain mengulang kaji, belajar secara 'output learning' dengan membuat latihan-latihan bagi mengukuhkan pemahaman anda. Membaca buku dan seumpamanya usah anda lupakan juga.

Saya sedang seronok mengikuti drama-drama bersejarah dari Korea. Walaupun tidak memahami bahasa Korea yang agak unik ini, saya dapat memahami jalan ceritanya berdasarkan sari kata yang disediakan. Walaupun banyak kali tidak tepat dan terdapat banyak kesilapan, sama ada sari katanya dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, itu tidak menghambat pemahaman saya. 'Jumong - the Prince of the Legend' dan 'Jewel in the Palace' adalah contoh siri panjang yang saya senang mengulangi tontonannya.

Selain itu, saya gembira dapat menyudahkan pembacaan semula empat siri buku cerita rakyat Malaysia dan Indonesia selain membaca Hikayat Aceh, hikayat Raja-raja Pasai dan Sulaltus salatin termasuk Tuhfat al-Nafis semula.

Saya tidak pergi bercuti pada cuti yang lalu. Namun, berehat penting sebelum kembali beraksi dalam bilik darjah.

Tiada ulasan: