Ahad, Februari 15, 2009

MRT - Program Bacaan

Alhamdulillah.

Setelah mengenalkan siapakah penulis cerpen yang akan dibaca, saya mengarahkan para pelajar membaca teks secara berasingan.

a. Secara senyap, saya suruh mereka menyemak dan serlahkan setiap perkataan baru atau yang tidak mereka fahami.
b. Dengan merujuk Kamus Dewan, mereka mencari makna senarai kekata yang telah mereka senaraikan.
c. Kami membaca bersama-sama teks tersebut, sama ada membaca nyaring dan diganti-ganti dengan rakan-rakan yang lain.

Secara spontan, saya bincangkan mengenai apa-apa yang penulis maksudkan dengan makna cinta, keikhlasan, wang, hijrah dan seumpamanya. Saya lakarkan peta minda untuk para pelajar fahami dan mengayat daripadanya untuk mereka buat latihan penulisan mudah.

Oleh kerana cerita ini banyak falsafah, maka setiap satunya saya suruh pelajar-pelajar saya buat peta minda sebelum mereka buat coretan ringkas hal-hal yang mereka buat. Mereka akan membaca nyaring dan rakan-rakan yang lain memberikan komen.

Tiada ulasan: