Sewaktu para pelajar sedang membuat persembahan dalam malam anekaragam di pendopo (balai adat) di Purbalingga.
Ahmad Ghuzaili cuba menyimpai penyapu lidi yang diusahakan di Purbalingga.
Saya mencuba untuk membuat pinggan tanah dalam sebuah perusahaan di sebuah daerah di pinggir di Purbalingga.
Salah sebuah perusahaan porselain yang terdapat di Purbalingga.
Kerajinan batik tulis yang halus di salah sebuah kawasan pedalaman di Purbalingga.
*****
Daripada mengikuti aktiviti-aktiviti ini, sebahagian daripada pelbagai aspek adat resam dan kegiatan harian masyarakat di Purbalingga dapat saya saksikan dengan mata saya sendiri. Keramaham masyarakat di sana benar-benar menyentuh hati saya, mengingatkan betapa walaupun sedikit sahaja perbezaan pada ucapan mereka daripada kita, mereka ialah masyarakat yang kaya dengan budi di dalam lingkungan alam yang menyamankan ini.
Keharuman rempah ratus dalam masakan harian mereka hinggalah pada warna-warna yang terdapat pada pelbagai motif alam yang ada pada hasil kerajinan mereka benar-benar mengesankan hati saya. Namun, masa begitu perlahan di sana saya dapati memungkin saya membenahi perasaan senang dan menginsafi setiap sesuatu yang ada di bumi Allah yang luas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan