
Berikut adalah aktiviti yang telah saya sarankan bagi novel Hamka ini.
***************
Sinopsis Novel
Di Bawah Lindungan Kaabah
Dengan hati yang kecewa, Hamid meninggalkan kampungnya lalu pergi membawa dirinya ke Siantar, Medan. Hamid cuba menghiurkan hatinya. Hamid sedar akan kekurangan dirinya. Dia berasa dirinya yang yatim lagi miskin harta amat kerdil lagi sebatang kara. Tidak lama setelah ayah angkatnya yang telah menyekolahkannya berpulang ke Rahmatullah, ibu kandung Hamid pula meninggal dunia. Ayah kandung Hamid telah meninggal dunia sewaktu Hamid berumur empat tahun. Ibu angkatnya, isteri mendiang Haji Ja’far, Mak Asiah dan anaknya Zainab masih meganggapnya sebagai saudara angkat mereka.
Kerana itulah, Mak Asiah mengarahkan Hamid memujuk Zainab untuk menikahi sepupunya, keponakan mendiang Haji Ja’far. Dengan hati yang berat, Hamid yang sebenarnya menaruh hati tehadap Zainab, terpaksa membunuh rasa kasihnya kepada Zainab lalu menemui Zainab. Maksud Mak Asiah itu disampaikan Hamid kepada Zainab. Kerana menyedari akan kedudukan dirinya, Hamid yang berasa seorang anak miskin yang menumpang hidup dengan keluarga median Haji Ja’far tidak berani menyatakan isi hatinya terhadap Zainab.
Apabila tiba di Medan, Hamid mengutus surat buat Zainab. Dalam surat yang diutusnya itu, Hamid menyatakan perasan hatinya dan Zainab mengerti. Namun, akibat berasa rendah diri, Hamid percaya mereka tidak akan dapat berkasih-kasihan lantas mendirikan rumah tangganya dengan Zainab. Itulah pendapat dan pemahaman Hamid.
Hamid melanjutkan perjalannya ke Singapura dan akhirnya dia tiba di Makkah al-Mukaramah. Hamid menyewa sebuah bilik kepunyaan seorang Syeikh haji. Kepada tuan bilik sewanya itu, Hamid menceritakan kemelaratan dirinya hingga terlantar di tanah itu.
Setahun sesudah dia menetap di tanah sci orang-orang Muslim itu, tibalah salah seorang kenalan rapat Hamid dari Sumatera yang menginap di rumah sewa itu. Saleh, teman sekampungnya itu sudah berkahwin dengan Rosna, teman rapat Zainab. Kedua-duanya sedar akan hubungan Hamid dan Zainab.
Hami mendapat khabar di tanah airnya daripada pebualannya dengan Saleh. Berita keadaan Zainab yang tidak mahu medirikan rumah tangga setelah Hamid pergi meninggalkan tanah air diberita sedang sakit-sakit. Walaupun dia lega mendengar perkhabaran dari kampung, Hamid yang sedang menunaikan ibadah hajinya yang tinggal sedikit hari lagi akan selesai. Pada masa yang sama, Saleh mengutuskan khabar mengenai penemuannya dengan Hamid kepada Rosna. Surat yang diterimanya daripada Saleh, Rosna khabarkan kepada Zainab. Zainab juga lega apabila mengetahui bahawa lelaki yang dicintainya itu masih hidup dan berada di Makkah. Akan tetapi, keadaan Zainab pada waktu itu sudah tenat. Dengan menghimpunkan semua tenaganya, Zainab berjaya menulis sepucuk surat untuk dikirimkan kepada Hamid yang dia kasihi.
Hamid menerima surat yang Zainab utuskan itu. Setelah seselsai membaca kandungan surat Zainab itu, perasaan Hamid terpukul. Hamid jatuh sakit sesudah menunaikan ibadah wukuf. Hamid menjadi lemah akibat demam dna kurang makan. Pada waktu itu juga, surat yang Rosna kirimkan kepada Saleh mengkhabarkan Zainab sudah meninggal dunia. Kendatipun Hamid berkeadaan amat lemah, dia sedar bahawa ada surat sudah tiba yang menyampaikan khabar orang-orang di kampung halamannya.Hamid menanyakan berita yang Saleh terima dari kampung. Saleh, dengan berat hati, mengkhabarkan kematian Zainab kepada Hamid.
Ketika tiba saat untuk berangkat ke Mina, Hamid pengsan. Saleh mendapatkan khidmat orang Badui untuk memindahkan Hamid ke Mina sebelum berangkat ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf. Di antara pintu Kaabah dan Hajar Aswad berdekatan Multazam, kedua-dua orang Badui diminta Saleh berhenti seketika. Hamid yang lemah itu mencapai kiswah lalu memegangnya erta-erat seraya berdoa dengan panjangnya buat kali terakhir. Sesudah itu, Hamid menghembuskannya nafas yang terakhir.
**********
Di Bawah Lindungan Kaabah
A. Aktiviti Pra Membaca
1.
Tuliskan biografi ringkas mengenai penulis Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah atau yang dikenali juga sebagai HAMKA.
2.
a. Dengan menggunakan enjin pencarian di Internet, dapatkan maklumat mengenai hal-hal berikut:
- Pulau Sumatera
- Orang-orang Minang dan Bahasa Minangkabau
- Kota Medan
- Negera Arab Saudi
- Kota Makkah, Kota Madinah dan Kota Jeddah
- Mesir
- Kota Kahirah
- Universiti Al-Azhar
B. Aktiviti Sewaktu Membaca
1.
Baca teks
2.
Catatkan semua tempat yang menjadi latar di dalam novel ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’.
3.
Catat semua watak yang terdapat dalam ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’.
C. Aktiviti Pos Membaca
1.
Susun semula surat-surat yang Hamid utuskan kepada Zainab.
2.
a. Bina dialog mengenai permintaan Mak Asiah kepada Hamid untuk memujuk Zainab agar bernikah dengan sepupunya sendiri.
b. Bina dialog perbualan Mak Asiah dengan ibu kandung Hamid.
c. Bina beberapa buah dialog perbualan Hamid dengan ibunya daripada bab “Penolong”.
d. Bina monolog Haji Ja’far mengenai Hamid dan ibunya.
e. Bina monolog Hamid yang mendapat khabar mengenai Zainab setelah sekian lama dia menetap di Makkah.
3.
a. Buat catatan perjalanan Hamid sejak dia meninggalkan kampung halamannya hingga terlantar di Makkah.
4.
a. Bincangkan gaya bahasa secara ringkas yang terdapat dalam novel ‘Di Bawah Lindungan Kaabah.’
5.
a. Susun kisah cinta Hamid dan Zainab seperti yang terdapat dalam novel ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’ dalam bentuk puisi.
b. Susun kisah kasih dan sayangnya Hamid akan ibu kandungnya seperti yang terdapat dalam novel ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’ dalam bentuk puisi.
c. Susun kisah peri kebaikan Haji Ja’far dan keluarganya kepada Hamid dan ibunya seperti yang terdapat dalam novel ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’ dalam bentuk puisi.
6.
Berdasarkan novel ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’, bincangkan watak dan perwatakan berikut.
a. Hamid
b. Zainab
c. ibu kandung Hamid
d. Mak Asiah
f. Haji Jaafar
g. Saleh
h. Rosnah
i. Syekh
7.
a. Ringkaskan cerita dalam novel ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’ dalam buku kecil enam halaman atau kotak cerita.
b. Buat sebuah rajah plot yang ringkas mengenai cerita yang terdapat novel ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’ dalam bentuk puisi.
8
Berikan respons peribadi anda terhadap cerita yang terdapat dalam ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan