Rabu, Disember 21, 2011

Cerita Saudagar Badri

Badri seorang saudagar yang rajin. Walaupun dia sudah berumur, Saudagar Badri bertubuh cergas dan sering berulang-alik dari sebuah tempat ke sebuah tempat yang lain untuk menjalankan perniagaannya. Banyaklah pemandangan yang dia saksikan dan pengalaman yang dia lalui. Ada yang menyenangkan hatinya dan tidak kurang pula yang mendukakan hatinya. Saudagar Badri mengangkut barang-barang dagangannya di dalam sebuah pedati yang ditarik seekor lembu. Lembu-lembu yang dia gunakan itu sering kali dia ganti memandangkan perjalanan jauh yang dia selalui tempuhi.
Pada suatu petang dia tiba di sebuah pekan di Melaka setelah berjalan jauh dari pekan Muar. Cuaca pada waktu itu agak mendung dan angin sedang bertiup kencang. Saudagar Badri cuba mencari rumah tumpangan yang di kota itu. Akan tetapi, semua rumah tumpangan yang dia singgah itu sudah penuh. Terpaksalah Saudagar Badri berjalan jauh merentasi jalan yang ada belukar di kanan dan kirinya hingga dia bertemu dengan seorang petani yang sedang lewat di hadapannya. Saudagar badri lalu memberhentikan pedatinya tidak jauh dari petani itu.
“Assalamualaikum, Encik,” sapa Badri petani lelaki.
Lelaki itu hanya tersenyum sambil mengangguk-anggukan kepalanya sewaktu membalas sapaan Badri itu.
“Adakah tempat yang boleh saya tumpang untuk bermalam?”
“Oh, ada,ada! Di hujung jalan ini ada sebuah pondok tumpangan. Encik boleh juga membeli dan tukar lembu untuk tarik pedati di situ,” kata petani itu sambil menuding ke hujung jalan denai itu.
Sesudah itu, peladang tadi terus berlalu pergi.
Saudagar Badri tidak berasa curiga. Dia bimbang hujan lebat akan turun dan dia tidak mahu barang-barang dagangannya basah ditimpa hujan. Saudagar Badri memecut lembu pedatinya bergerak pantas . Seperti yang dikatakan petani itu tadi, Saudagar Badri menemui sebuah rumah tumpangan di hujung jalan itu. Mujur juga ada kandang untuk dia tambat lembu dan pedatinya. Setelah memastikan pedati dan barang-barangnya selamat, dia masuk ke dalam untuk bertemu dengan pemilik rumah tumpangan itu.
Setelah membayar cengkeram bagi dia bermalam di situ, Saudagar Badri menanyakan pemilik rumah tumpangan itu sama ada benar, dia dapat menukarkan lembunya dengan seekor lembu yang baru.
“Boleh, kalau kena dengan harganya,” balas tuan punya rumah tumpangan itu. “Sebaik-baiknya, Encik mandi dan berehat dahulu malam ini. Nanti, saya hidangkan makan malam. Esok pagi, boleh kita bincang lagi.”
Saudagar Badri akur dengan usul pemilik rumah tumpangan itu. Dia ditunjukkan ke bilik sewaannya . Setelah menyelesaikan salat, dia duduk menghadap hidangan makannnya yang telah dibawakan oleh pemilik rumah tumpangannya itu. Sewaktu di berbaring sebelum matanya terlelap, dia teringat akan wajah petani yang dia temui mirip wajah pemilik rumah tumpangan itu. Tidak lama sesudah itu, matanya pun terpejam akibat penat berjalan sepanjang hari.
Tepat tengah malam, Saudagar Badri terjaga daripada tidurnya kerana dia dikejutkan oleh suara orang bercakap-cakap. Dia bingkas lalu duduk di atas katil tempat dia berbaring tadi. Dia memasang telinga dengan cermat. Itu bukan suara orang mengaji al-Quran atau bersalat. Dia lalu menekapkan cuping telinga di dinding kayu bilik itu. Sadagar Badri lalu mengintai di celah-celah daun tingkap biliknya yang tertutup. Di lalu membuka pintu luar bilik sewaannya, dia terpandang di balik pintu bilik pemilik rumah tumpangan itu terang benderang. Saudagar Badri lalu merapati bilik itu. Saudagar Badri lalu mengintai di celah-celah pintu bilik itu. Dia dapat melihat pemilik rumah tumpangan itu sedang duduk bersila di atas lantai sambil menghadap sebiji piring yang diletakkan di hadapan sebiji pelita. Pemilik rumah tumpangan itu asyik membaca serapah tetapi sebutannya tidak jelas biji butirnya.
Badri menyaksikan peristiwa itu dengan penuh perasaan curiga. Sesudah selesai berserapah, pemilik rumah tumpangan itu lalu memadamkan lampu di biliknya itu. Saudagar Badri kembali segera ke dalam biliknya. Dia berasa kurang senang menyaksikan kelakuan pemilik rumah tumpangan itu. Dia kembaIi berbaring di katinya namun dia tidak dapat melelapkan matanya.
Saudagar Badri bangun subuh lalu pergi berwudhu untuk menunaikan salat subuh. Selesai sahaja dia berdoa, dia mendengar bunyi beberapa ekor lembu melenguh. Dia lalu mengintai di balik pintunya. Berdekatan kandang lembu, dia mendapati dua orang lelaki yang lain telah berubah wajah menjadi dua ekor lembu. Mereka berguling-guling di atas lantai seraya meraung-raung seperti lembu-lembu yang sedang melenguh.
Dia mendapati pemilik rumah tumpangan itu kelihatan gembira. “Berjaya juga aku kali ini!” Kedua-dua ekor lembu itu lalu diikat lehernya dan ditambat di kandang itu. Lelaki itu lalu mendekati pedati Saudagar Badri lalu mengusap-usap kepala lembu di pedatinya.
Tubuh Saudagar Badri menggigil menyaksikan kejadian itu. Dia segera mengemaskan barang-barangnya lalu bersiap-siap untuk meninggalkan rumah tumpangan itu. Sewaktu dia melangkah keluar dari bilik sewaannya itu, di disapa oleh pemilik rumah tumpangan itu.
“Dah bangun Encik rupanya. Sudah nak bertolak sekarang?” tanya pemilik rumah tumpangan itu.
“Saya,” sahut Saudagar Badri. “Saya terpaksa gesa-gesa sebab ada kiriman pelanggan saya yang hendak saya hantar.”
“Kalau begitu, bersarapanlah dahulu. Saya sudah siapkan minuman dan penganan hidangan satapan,” balas pemilik itu sambil tersenyum, seolah-olah dia seorang yang bertimbang rasa. Dia masuk seketika dan keluar tidak lama kemudian. Dia menatang sebiji dulang yang terdapat secawan air kopi dan sepiring kuih keria. “Makanlah dulu,” katanya sambil menyuguhkan dulang itu kepada Saudagar Badri.
Saudagar Badri hanya mencapai sebiji kuih keria. “Saya belum lapar lagi. Nanti saya jamah dalam perjalanan,” katanya sambil terus menuju ke kandang lembu tempat pedati dan lembunya tertambat. Demi terpandang dua ekor lembu yang juga tertambat di situ, dia segera menaiki pedatinya lalu bertolak dengan segera, Pemilik rumah tumpangan itu dia lihat masih ternyum simpul melihatkan dia berlalu pergi.
Saudagar Badri tidak makan kuih keria yang sudah di letakkan di sisinya. Dia sedar akan nasibnya nanti jika penganan itu dimakannya. Di pertengahan jalan, dia berhenti di sebatang anak sungai. Setelah dipetik daun pisang hutan, dia membungkus kuih keria itu baik-baik lalu disimpan di dalam sebuah bekas yang berasingan. Dial lalu mengambil segenggam tanah dan dilumur-lumur tangannya yang ada bekas-bekas kuih keria itu. Setelah itu, dia membilas bersih tangannya di dalam air sungai . Sesudah itu, dia pergi ke pekan untuk bersarapan sebelum meneruskan urusan perniagaannya pada hari itu. Saudagar Badri tinggal di pekan itu selama dua malam.
Pada hari ketiga, Saudagar Badri pulang semula ke rumah tumpangan di hujung jalan itu. Dia telah memmbeli beberapa potong keropok yang sama seperi keropok yang dia ambil dari rumah tumpangan itu. Di keluarkan keropok dari bekas khasnya lalu mencampurinya dengan keropok yang baru dia beli.
Pemilik rumah tumpangan itu terpegun melihat Saudagar Badri muncul di situ.
“Oh, Encik datang lagi,” katanya. “Encik tidak makan kuih keria yang saya berikan hari itu?”
“Ada, tapi rasanya tidak sedap. Dari mana Encik dapat keropok itu?” tanya Saudagar Badri.
“Salah seorang penyewa di sini yang beri. Kenapa Encik datang lagi ke mari?” kata pemilik rumah tumpangan itu.
“Bukankah saya hendak membeli seekor lembu jantan dalam kandang itu tempoh hari,” kata Saudagar Badri memberi alasan. “Tapi, tidak ada lembu nampaknya.”
“Saya dah jual kelmarin. Apa kata Encik datang lagi sehari dua ini. Kalau ada rezeki, ada lembu jantan yang boleh saya jual,” balas pemilik rumah tumpangan itu.
Saudagar Badri berpura-pura kecewa. Dia lalu berkata, “Baiklah. Oh, ya, saya ada belikan Encik kuih keria di pekan tadi. Kuih ini sedap rasanya.” Saudagar Badri lalu mengunjukkan bukungsan berisi kuih keria itu pada pemilik rumah tumpangan itu.
Pemilik rumah tumpangan itu menerimanya sambil tersenyum setelah melafazkankan ucapan terima kasihnya.
“Jempulah makan, Encik. Puas saya membeli dan membawanya ke mari,” gesa Saudagar Badri.
Pemilik itu membuka bungkusan itu lalu mengambil sebiji kuih keria lalu makan. Kuih yang dimakannya ialah kuih yang tidak dimakan saudagar Badri tempoh hari.
Saudagar Badri segera menaiki pedatinya lalu meninggalkan pemilik rumah tumpangan itu. Tidak berapa lama sesudah itu, Saudagar Badri ada mendengar suara pemilik rumah tumpangan itu meraung-raung kesakitan lalu diikuti pula dengan bunyi seekor lembu melenguh. Saudagar Badri berasa lega kerana usahanya untuk membalas perbuatan jahat pemilik rumah tumpangan itu berjaya.
Saudagar Badri tidak berhenti atau menoleh ke belakang. Dia berjanji yang dia tidak akan melalui kawasan itu lagi.

Tiada ulasan: