Sudah enam bulan Saerah berbadan dua. Dia dan suaminya, Adil, tinggal di Kampung Paya Subur. Mereka masih muda belia.
Aidil seorang lelaki yang tampan berasa bertuah dapat berisiterikan Saerah. Hidup mereka serdehana tetapi mereka bahagia. Selain bercucuk tanam di sebuah kebun di belakang rumah, Adil juga pergi berburu sewaktu menunggu tanaman-tanamannya berbuah.
Pada suatu hari, Saerah telah menyatakan kepada suaminya bahawa dia mengidam. Dia teringin sekali memakan daging rusa, pelanduk dan kijang putih. Setelah menyatakan hajat dalam hatinya, dia menjadi sedih. Saerah sedar bahawa permintaannya itu agak pelik dan pastinya menyusahkan suaminya nanti.
“Di manakah hendak abang mencari binatang-binatang itu? Maafkan Saerah, abang,” ujar Saerah.
“Betul, setahu abanglah, semua pelanduk dan rusa berbulu kelabu. Kijang pula berbulu merah,” kata Adil.
Saerah memandang wajah Adil dengan pandangan yang sayu. Adil hanya tersenyum.
“Awak jangan bimbang. Abang berjanji akan cuba ikhtiarkan mencarinya di mana-mana,” balas Aidi sambil memujuk isterinya itu.
Setelah dia menyediakan semua bekalan makanan dan minuman serta kelengkapan berburunya, Adi pun mengucapkan selamat tinggal kepada isterinya.
“Sekarang, Saerah tinggal di rumah. Jaga diri baik-baik. Insya-Allah, setelah abang dapat semua yang kita perlukan, abang akan pulang segera. Doakanlah semoga abang selamat dan berhasil nanti,” ucap Adil sewaktu Saerah mengucup tangannya.
Saerah mengiringi suaminya sampai ke muka pintu. Setelah mengucapkan Bismillah, Adil pun menggalas semua keperluannya lalu berjalan masuk hutan. Namun, pencariannya tidak berhasil pada hari itu, binatang-binatang yang dia cari tidak dia temui.
Setelah hari hampir senja, Aidil berehat di bawah sebatang pohon yang rendang sesudah membuat unggun api. Esoknya, dia berjalan lagi. Setelah sehari suntuk merayau-rayau di kawasan hutan yang tebal itu, dia tiba di sebuah gua pada petang hari. Tanpa berfikir panjang, Aidil berjalan masuk ke dalam gua itu.
Dalam gua itu diterangi oleh unggun api yang besar. Aidil terpandang seorang lelaki tua sedang duduk bersalat di atas sebongkah batu besar. Walaupun rambutnya sudah beruban penuh, Aidil mendapati tubuh lelaki itu masih tegap dan kuat. Janggut putih orang tua itu mencecah ke perutnya.
Aidil memberi salam sebaik-baik sahaja orang tua itu selelsai menunaikan salat.
“Waalaikumsalam,” balas orang tua itu sambil menoleh ke arah Aidil.
“Bolehkan saya tumpang bermalam di dalam gua ini?” kata Aidil.
“Oh, sudah tentu boleh!” jawab lelaki tua itu. Adil merapati lelaki itu sambil mengulurkan tangannya untuk berjabat salam.
“Oh, anak ini sedang berburu rupanya,” balas lelaki tua itu. “Anak ini hendak berburu binatang-binatang yang aneh. Isteri anak mengidam, bukan?”
Adil mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum.
“Anak berehatlah dulu. Datuk akan cuba bantu nanti,” kata orang tua itu.
“Terima kasih, Tuk! Terima kasih!” ucap Adil. Setelah membersihkan dirinya dan menunaikan salat, Adil duduk berehat sambil bersembang-sembang dengan lelaki tua itu.
“Kalau anak hendak mencari pelanduk putih, hendaklah anak berjalan menuju ke arah matahari terbit esok. Jangan berbelok ke kiri atau ke kanan,” pesan orang tua itu sebelum mereka masuk tidur.
Esok pagi, Adil berangkat setelah bersalaman dengan lelaki tua itu. Adi telah mengikat pedangnya di pinggang dan menggalas busur dan anak panahnya. Dia tidak melupakan pesanan lelaki tua itu. Dia berjalan menuju ke arah matahari terbit. Sudah berjam-jam dia berjalan namun dia tidak menemukan seekor pelanduk putih, kijang putih atau rusa putih pun. Adil tidak berputus asa. Sewaktu matahari mulai condong ke barat, tiba-tiba seeekor pelanduk putih melintas di hadapannya.
“Ha, itu pun dia! Ada juga pelanduk putih dalam hutan ini,” bisik Adil dalam hatinya. Dia tersenyum lega. “Aku tidak boleh berlengah-lengah dan aku mesti menangkapnya.”
Dia mencepatkan langkahnya sambil matanya tertumpu ke arah kelibat pelanduk putih. Adil lalu membidik busuk dan anak panahnya lalu menghalakan ke arah pelanduk putih itu. Tiba-tiba, seekor ular tedung sebesar betis menerpa ke arahnya. Adil dengan lintang-pukang berlari menjauhkan dirinya. Setelah berapa langkah dia berlari, Adil berhenti lalu menoleh semua ke belakang untuk mmeastikan arah ular tedung itu berada. Dia melihat ular tedung itu sedang mengekori pelanduk itu.
“Ular tedung itu pengawal pelanduk putih itu, barangkali,” bisik Adil mengagak-agak sambil menghela nafas dengan kencang.
“Kalau begitu, aku mesti bunuh ular tedung itu dulu!” kata Adil sambil bersedia dengan anak panah di busurnya sewaktu dia melangkah maju. Dia terus melangkah dengan berhati-hati sambil mengacumkan anak panah ke ararh pelanduk itu. Ular tedung itu memanggung kapalanya dan bergerak pantas ke arah Adil. Kali ini Adil tidak melarikan dirinya. Dia melepaskan anak panahnya setelah dia pasti panahannya itu akan mengenai sasaran – ular tedung itu. Tidak lama kemudian, Adil mendapati ular tedung itu menggelupur sebaik-baik sahaja anak panahnya mengenai kepala ular tedung itu.
Sewaktu dia menoleh ke kiri, Adil mendapati prlanduk putih itu berlari susp-sasap han hilang tidak kelihatan lagi. Adil bertinjau-tinjau ke sana ke mari tetapi kelibat prlanduk putih itu sudah tidak kelihatan lagi.
Adil segera pulang ke gua dengan perasaan hampa.Dia menceritakan pengalamannya hari itu kepada lelaki tua itu.
“Ular tedung itu memang pengawal pelanduk putih. Setelah anak membunuhnya, esok anak pulang semula ke sana dan cari pelanduk putih itu,” pesan lelaki tua itu.
Adil menerima sebuah perangkap rotan yang usang daripada lelaki tua itu pada hari esoknya.
“Bawa perangkap ini dan pasang di tempat ular itu kaubunuh,” kata orang tua itu.
“Baik, Tuk! Terima kasih, Tuk!”
Adil menurut seperti yang apa-apa yang dikatakan oleh lelaki itu tadi. Dia memasang perangkap itu di tempat ular tedung yang dibuhnya semalam. Daun-daun muda digantung dalam perangkap itu, seperti yang diterangkan lelaki tua di gua.
Sesudah itu, dia menanti dengan sabar di sebalik semak samun yang berdekatan. Seprti yang dia harap-harapkan, pelanduk putih itu dia nampak sedang bergerak. Sewaktu berada di dalam perangkap rotan itu, pelanduk itu terus memakan daun-daun muda di situ. Pada krtika itulah, perangkap itu terbidas dan pintunya tertutup.
“Alhamdulillah, Makbul juga harapan aku suami isteri!” ucap Hadi gembira. Dia lalu menghela perangkap itu pulang ke gua.
“Saya berjaya dengan bantuan perangkap bertuah tok ini!” berseri-seri wajah Adil sambil berkata-kata itu. Lelaki tua itu tersenyum-senyum sambil mengangguk-anggukka kepalanya.
“Nanti saya masukkan makanan dan minuman untuknya setiap hari,” kata Adil. Lelaki tua itu hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.
Pagi esoknya, Adil bangun awal-awal sekali. Kejayaannya semalam memberikannya semangat untuk memburu lagi pada hari itu. Sebelum bertolak, lelaki tua itu memesannya agar membawa sama kelebang pada hari itu.
“Hari ini, berjalanlah menuju ke arah matahari terbenam,” pesan lelaki tua itu.
“Baiklah, Tuk! Terima kasih,” jawab Adil. Setelah bersalaman, Adil pun melangkah pergi setelah menyisipkan kelebang di pinggangnya. Kali ini, dia menemui banyak binatang-binatang lain. Kijang atau rusa putih tidak dia temui. Dia dapat memanah seekor arnab.
Setelah berjalan sangat jauh, melintaslah seekor kijang putih tidak jauh daripa tempatnya. Sebaik-baik sahaja dia hendak memanah, muncullah seekor harimau belang yang sangat besar. Harimau itu hendak menerkam ke arahnya. Adi segera membalingkan arnab yang sudah dia panah itu ke arah harimau tersebut. Harimau itu berhenti lalu membaham daging arnab yang Adil balin itu. Adil lalu memanjat ke sebatang pokok. Apabila di atas dahan pokok itu, Adil mendapati harimau itu sedang membaham daging arnab itu. Dengan menghunuskan kelebang ditangannya, Adil lalu terjun ke arah harimau itu dan melibasnya ke arah harimau itu. Libasan kelebangnya mengenai mata harimau yang bersiap-siap untuk menyerangnya. Dengan melaung-laung sekuat-kuatnya, Adil melibas-libaskan kelebangnya itu ke arah harimau yang sudah luka itu. Libasan-libasannya mengenai kela, leher dan badan harimau itu. Tidak lama kemudian, harimau itu menjadi lemah dan menggelupur di atas tanah. Adil lalu menikam perut harimau yang meraung-raung kesakitan itu. Tidak lama kemudian, harimau itu sudah tidak bernyawa lagi.
Kijang putih itu sudah lesap di dalam hutan itu. Adil terus menjejaki kijang putih itu tetapi tidak berjaya. Dia hanya dapat memanah dua ekor burung hutan dan seekor arnab lagi.
Sepulangnya dia gua itu, lelaki tua itu menasihati Adil agar membawa cangkul dan menggali lubang untuk memerangkap kijang putih itu. Lubang itu hendaklah dia gali berdekatan dengan bangkai harimau yang dia bunuh itu. Adil mengerjakan apa-apa yang disarankan lelaki tua itu pada keesokan harinya.
Esoknya, setelah dia menggali sebuah lubang yang dalam di tempat itu, Adil menutupnya dengan ranting-ranting kayu dan daun-daun segar. Sebaik-baik sahaja dia selesai memasang jeratnya itu, seekor kijang putih kelihatan meryau-rayau tidak jauh dari situ. Dengap senyap-senyap, Adil memanjat sebatang pokok rambutan dan duduk menanti jeratnya itu.
Kijang putih itu merapati bangkai harimau itu. Sebaik-baik sahaj dipijaknya permukaan lubang jerat itu, kijang putih itu terjatuh ke dalamnya. Adil segera melompat turun dari pokok rambutan itu dan menangkap kijang putih itu. Diikat kaki-kai kijang itu sebelum dia menggalasnya pulan ke gua.
“Berjaya juga engkau menangkap kijang putih ini, Adil!” puji lelaki tua itu.
“Saya sungguh-sungguh terhutang budi kepada Tok atas kejayaan saya ini!” balas Adil. “Tinggal rusa putih saja yang perlu saya tangkap.”
“Insya-Allah, engkau akan berjaya mendapatkannya,” balas lelaki tua itu. “Esok, cari rusa itu di sebuah tanah lapang di utara. Akan tetapi, kau harus lebih berhati-hati kali ini, Adil!”
“Kenapa, Tok?” tanya Adil, curiga.
“Lawanmu kali ini agak besar dan banyak!” balas lelaki tua itu. Lelaki tua itu lalu bangun dan membawa sebuah bungkusan. “Dalam bungkusan ini ada beberapa ketul tulang. Lontarkan tulang-tuang ini ke arah musuh-musuh yang menyerang kamu esok. Gunakan tali yang ada itu dan ikatkan tanduk rusa itu dengannya.”
Adil menerima bungkusan itu seraya mengucapkan terima kasih.
Pagi esoknya, Adil berangkat segera. Selain alat-alat berburu, dia membawa juga bungkusan yang dia terima semalam. Dia tiba di sebidang kawasan lapang setelah berjalan ke arah utara untuk sekian lama. Dia mendapati ada sekawan gajah sdang mencari makan di sana. Dalam kumpulan gajah itu ada seekor rusa putih sedang meragut-ragut rumput.
Adil mendekati tempat kawanan gajah dan rusa putih itu berada. Sewaktu dia melepaskan anak panah ke arah gajah-gajah itu, dia mendapati gajah-gajah itu bertempik lalu datang menyerang. Adil menghuraikan bungkusan itu dan mengeluarkan ketulan-ketulan tulang lalu membalingkannya ke arah gajah-gajah itu. Gajah-gajah itu lari bertempiaran ketakutan melihatkan balingan ketulan-ketulan tulang itu. Akan tetapi, rusa putih itu hanya tercengang-cengang apabila gajah-gajah itu melarikannya. Adi segera mengikat jerutan pada tali itu lalu melontarkan jerutan tali itu pada tanduk-tanduk rusa putih itu. Dengan sekali lempar, tanduk-tanduk rusa itu kena jerutan tali itu. Adil segera menari hujung tali jerutannya. Rusa itu Adil hela pulang ke gua.
“Sekarang saya sudah mendapat ketiga-tiga ekor binatang yang isteri saya idam-idamkan. Terima kasi atas bantuan datuk. Saya tidak akan dapat membalas budi baik datuk itu,” ucap Adil.
“Datuk hanya menolong engkau mana-mana yang datuk mampu!”
Adil tidak henti-henti menyatakan penghargaannya atas abtuan lelaki tua itu.
“Gunakan tali dan ikatlah ketiga-tiga ekor binatang ini. Kamu hela binatang ini macam kamu menghela lembu atau kambing,” kata lelaki tua itu.
“Ini ada sebilah golok tajam untuk kau gunakan sewaktu berjalan pulang nanti,” lanjut lelaki tua itu seraya memberikan Adil sebilah golok bersarung.
Adil mengunus golok yang tajam itu. Dia menyarungkan ke sarungnya semula lalu menyisipkannya di pinggang.
Pada keesokan harinya, Adil meminta diri untuk berangkat pulang. Setelah bersalam-slaman dengan lwlaki tua di gua itu, dia berangkat pulang. Adil menghela ketiga-tia haiwan itu dengan mudahnya. Sewaktu berjalan itu, dia tidak-tidak putus mengucapkan rasa syukur atas kejayaannya itu.
Di pertengahan jalan itu, Adil hendak berehat sebentar. Dia menambat ketiga-tiga ekor haiwan itu di sebatang pokok sebelum dia duduk berehat. Sewaktu dia sedang berehat itu, datang seorang perompak. Perompak itu mahu Adil menyerahkan ketiga-tiga haiwan itu kepadanya. Adil membantah dan berlakulah perkelahian disusuli sebuah pergelutan antara mereka. Dengan menguhuns golok yang dia miliki, Adil berjaya menikam hujung golok itu di perut perompak itu. Setelah mendapati perompak itu tewas akibat terluka di perutnya, Adil melepaskan lelaki itu dan membiarkannya terbaring di atas tanah. Dia segera membuka ikatan haiwan-haiwan yang dia tambat itu lalu meneruskan perjalanannya.
Akhirnya, Adil selamat sampai di rumahnya. Saerah berasa gembira melihat suaminya selamat pulang dan berjaya menangkap pelanduk, kijang dan rusa putih yang dia idam-idamkan dagingnya. Saerah dan Adil makan berlaukkan daging ketiga-tiga haiwan itu hinggalah Saerah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan