Ahad, Disember 04, 2011

Cerita Pokok Kelapa

Pada suatu masa dahulu, Pak Awang mendaki sebuah bukit tinggi menuju ke puncaknya kerana dia hendak pergi ke sebuah rumah di situ. Rumah itu adalah tempat kediaman seorang ahli sihir yang masyhur. Ramai orang yang dari jauh dan dekat pernah meminta pertolongan ahli sihir itu.
Ahli sihir itu menyilakan lelaki itu duduk lalu bertanya, “ Apakah yang dapat aku bantu Pak Awang?”
“Datuk yang saya muliakan, saya datang dari jauh untuk memohon bantuan Datuk,” jawap Pak Awang.
“Saya mahu meminta Datuk sebuah pemberian yang dapat membuat diri saya ini seorang yang amat berguna dalam banyak hal. Saya berharap dapat berguna bukan sahaja untuk manusia anak cucu serta keturunan mereka.”
“Oh, sungguh besar harapan Pak Awang itu dan sungguh murni niat Pak Awang itu,” balas ahli sihir yang budiman itu.
“Aku percaya aku dapat membantu Encik Awang mencapai hasrat yang murni itu.”
Ahli Sihir lalu mengeluarkan sebuah kepuk hikmat yang bewarna hijau lalu menyerahkannya kepada Pak Awang. Katanya, “Bawalah kepuk ini pulang ke rumah dan kepuk hanya boleh dibuka penutupnya hanya di dalam rumah engkau.”
Pak Awang menyambut kepuk itu dengan perasaan gembira seraya mengucapkan terima kasih berkali-kali kepada ahli sihir itu. Setelah berjabat tangan, Pak Awang meminta diri lalu bergegas pulang ke rumahnya.
Akan tetapi di pertengahan jalan turun dari gunung itu, Pak Awang berasa teringin sekali melihat apa-apa yang terdapat dalam kepuk hijau itu. Namun mengingatkan pesanan ahli sihir itu, Pak Awang berubah fikiran lalu menggenggam erat kepuk itu sambil terus melangkah pulang ke rumahnya.
Sesampainya dia di kaku bukit tinggi itu, perasaan ingin tahunya itu sekali lagi timbul dalam hatinya. Dia sudah hampir sampai di rumahnya yang tinggal beberapa tapak lagi.
Kali ini, keingina Pak Awang tidak dapat ditahan-tahan lagi. Pak Awang dengan terburu-buru tembuka penutup kepuk itu.
Dengan tiba-tiba, tubuh Pak Awang terpaku di tempat dia berdiri. Seketika itu juga, Pak Awang berubah menjadi sebatang pokok yang tumbuh tingggi. Di hujung pokok itu bercabang banyak pelepah dan di setiap pelepah tumbuh daun-daun lurus yang panjang-panjang. Di bahagian pangkal, tumbuh tandan-tandan buah yang berwarna coklat.
Pada ketika itu, suara ahli sihir itu kedengaran kuat bergema di balik awan di situ. “Oleh kerana kau tidak menurut arahanku itu, rupamu itu aku ubah menjadi sebatang pokok kelapa. Akan tetapi, engkau masih berguna kepada semua orang. Setiap bahagian engkau amat berguna bagi manusia; daun-daunmu, buah-buahmu dan juga batang pokokmu. Orang akan menggunakanmu untuk menampung kehidupan mereka. Engkau tidak akan kesunyian kerana engkau akan akan tumbuh melata-lata dan manusia amat senang dengan kehadiranmu di kawasan tempat tinggal mereka.
Sejak itulah, pokok-pokok kelapa tumbuh melata dengan banyaknya di mana-mana. Sememangnya pokok kelapa amat dihargai manusia kerana banyak kegunaannya. Akan tetapi, pokok-pokok kelapa tidak tumbuh di kawasan berbukit dan pergunungan

Tiada ulasan: