Ahad, Disember 04, 2011

Cerita Buah Delima

Pada suatu masa dahulu, tersebutlah kisah seorang puteri yang sangat rupawan bernama Puteri Maimunah. Pipi tuan puteri itu sungguh halus bak telur dikupas dan matanya indah menawan hati sesiapa yang memandangnya.
Puteri ayu itu gemar menjahit dan melakukan kerajinan tangan yang lain. Dia akan duduk di dalam taman berjam-jam lamanya sambil merungkai manik-manik. Ada waktunya, dia akan berhasil merungkai rantai manik yang panjang atau dibuat hisan pada rambutnya yang panjang dan ikal mayang itu.
Pada suatu hari, ayahanda tuan puteri itu menghadiahinya sebuah peti kecil yang berisi batu-batu delima. Rupa batu-batu delima itu kelihatan bercahaya bak bara api yang terletak di dalam peti kecil itu. Puteri itu sungguh kagum leihat keindahan rupa dan kilauan batu-batu delima tersebut.
Tuan puteri mengucapkan terima kasih kepada ayahandanya lalu segera berlari-lari dengan riangnya sambil bernyanyi-nyanyi di dalam taman larangan dengan mengenggam erat peti kecil itu di dalam tangannya.
Hari itu sungguh cerah. Matahari bersinar terang, burung-burung berkicau-kicauan dan bunga-bunga di taman pula sedang kembang dan menyebarkan harum yang amat menyegarkan.
Tengku Maimunah segera duduk lalu mengarang manik-maniknya dengan perasaan gembira. Pada mulanya, dia membuat seutas kalung panjang tetapi kemudian itu, dia membuat sebuah kantung barang. Akhirnya, dia mengarang manik-manik itu menjadi segumpal bentuk bulatan yang berwarna merah. Tuan puteri melambung-lambungkan bulatan merah bak bola itu ke udara. Setiap kali gumpalan manik merah itu melamnbung ke udara, warnanya akan bergemerlapan indah disinar cahaya matahari.
Tuan puteri berasa sungguh bahagia ketika bermain-main dengan bulatan barunya itu. Dia berhasrat hendak menunjukkan bulatan itu kepada ayahandanya. Tuan Puteri lalu mengikat gumpalan manik-manik itu pada sebatang dahan pokok lalu berlari-lari pergi mencari ayahnya.
Tidak lama kemudian, seorang pencuri masuk ke dalam taman larangan itu. Pencuri itu ternampak gumpalan manik seperti buah delima tuan puteri itu. Pencuri itu lalu cuba mengambilnya.
Mujurlah, ada sepasang mambang peri berlalu di situ dan menyaksikan perbuatan pencuri yang itu mengambil bulatan manik kepunyaan Tengku Maimuna. Dengan sekelip mata, pasangan mambang peri tersebut menukarkan bola itu menjadi sebiji buah delima. Pnecuri itu terpegun lalu berlari keluar dengan dari taman kerana takut diketahui orang lain akan perbuatan jahatnya.
Apabila Tengku Maimuna pulang semula ke dalam taman larangan itu, dia mencari-cari gumpalan bulatan manik-maniknya itu. Apabila dia mendapati gumpalan maniknya itu sudah hilang, dia lalu meraung dengan kuat-kuatnya.

Pasangan mambang peri yang berada di situ lalu bersuara dengan lembut, “Apakah gerangan yang membuat tuan puteri duduk menangis ini?”
“ Beta telah kehilangan bola delima beta itu!” teriak Tengku maimuna.
“Benarkah begitu, tuan puteri? Semoga hal ini menjadi satu pengajaran buat Tuan Puteri supayai tidak lagi cuai menjaga barang-barang kepunyaan peribadi!” ujar pasangan jin tersebut.
Apabila dilihat Tengku Maimuna terus menangis, pasangan mambang peri tersebut berasa belas melihatnya.
“Usahlah Tuan Puteri terus menangis. Dengarkanlah kata-kata patik berdua ini. Bulatan manik-manik itu tidak hilang. Jika tuan puteri cari betul-betu, tuan puter I pasti akan menemuinya.”
“Khabarkanlah di mana bulan manik-manik beta itu?” rayu Tuan Puteri itu.
“Belah buah delima di pokok itu dan lihatlah akan isinya.”
Tengku Maimuna segera mendapatkan sebilah pisau lalu membelah dua buah delima itu. Setelah terbelah dua, tuan puteri mendapati isi buah itu bersinar-sinar gemerlapan.
Hingga pada hari ini, jika anda melihat isi buah delima, anda akan mendapati bahawa manik-manik tuan puteri itu masih di situ.

Tiada ulasan: