Sabtu, Disember 03, 2011

Cerita Mata Kail Sakti

Tersebutlah kisah seorang nelayan yang sangat pandai memancing ikan. Namanya Amin bin Hasan. Kepandainnya memancing itu sungguh masyhur hingga menjadi buah mulut orang serata negeri. Setiap kali pulang dari laut, dia mendapat banyak ikan tangkapan.
Amin tidak sombong malahan dia amat pemurah. Ikan-ikan yang ditangkapnya itu dijual dengan harga yang murah daripada biasa.Amin berbuat demikian kerana dia sedar para pelanggannya misikn-miskin belaka. Maka itulah, Amin tidak menjadi kaya. Hasil jaulannya hanya sekadar cukup untuk makan dan pakainya sahaja.
Amin hidup gembira, lapang dadanya dan riang. Munah isterinya juga hidup bahagia dengan kesederhanaa suaminya itu. Munah tidak pernah mengeluh walaupun dia menghadapi pelbagai kesulitan hidup sebagai isteri seorang nelayan yang miskin.
Perihal Amin yang menjual ikan-ikan tangkapannya dengan harga yang murah dibantah oleh nelayan-nelayan yang lain. Mereka bersungut-sungut mengatakan bahawa cara Amin mnejual ikan itu merosakkan peluang mereka. Mereka tidak dapat meraih keuntungan kerana harga jualan mereka selalu dibanding-banding dengan harga ikan jualan Amin. Oleh yang demikian, mereka manjadi marah dengan sikap Amin. Mereka lalu mengutus seoragng wakil untuk bertemu Amin. Wakil itu meminta agar Kadie tidak menjual ikan-ikan tangkapannya dengan harga yang terlalu murah. Mendengar akan usul wakil itu, Amin menurut sahaja pandangan daripada kawan-kawan yang sepencariannya itu. Dia pun menjual ikan-ikan tangkapannya dengan harga yang mahal. Tidak lama kemudian, Amin mendapat keuntungan yang amat banyak. Wang jualannya melebihi daripada biasa. Dia pun membelikan emas dan perhiasan untuk isterinya yang dikasihi. Hal yang demikian menimbulkan perasaan iri hati para isteri nelayan-nelayan yang lain. Mereka lalu meminta suami-suami mereka masing-masing melakukan hal yang sama yang Amin lakukan. Oleh kerana itu, nelayan-nelayan sekampung dengan Amin bermuafakat untuk memerhatikan cara-cara Amin menangkap ikan-ikannya. Akhirnya mereka mendapati bahawa sememangnya Amin dapat memancing lebih banyak ikan daripada mereka. Hal ini membuat salah seorang nelayan sahabat pergi menemui Amin.
“Kami hairan, bagaimana awak dapat menangkap ikan dengan begitu banyak sekali tiap-tiap kali awak turun ke laut?”
Sambil ketawa, Amin menjawab, “Oh, itukah yang awak semua hairankan? Adakah awak tahu bahawa saya mempunyai mata kail sakti?” Amin lalu menunjukkan mata kail yang dibentuk daripada mutiara, kukuh dan elok buatannya.
“Bolehkah saya pinjam mata kail awak itu?” tanya sahabat Amin itu.
“Awak jangan marah, ya. Mata kali ini milik saya sendiri. Tentang sakti mata kail ini, bukan boleh dipinjam-pinjamkan kepada orang lain,” jawanb Amin dengan tegas.
Semenjak itu, semua nelayan di kampung itu mengetahui bahawa Amin memiliki sebentuk mata kail sakti. Mereka bertambah-tambah benci akan Amin. Sungutan mereka itu akhirnya sampai kepada pengetahuan Sultan negeri itu.
Sultan negeri itu memerintahkan Amin masuk menghadap. Sebaik-baik sahaja tiba di istana, Amin ditangkap dan dipenjarakan tanpa usul periksa. Mata kail kepunyaannya itu dirampas baginda. Sultan lalu menyuruh seorang rakyatnya pergi mengail di laut. Mata kail yang dirampas daripada Amin dipasang pada jorannya dan baginda memancing. Setiap kali di tarik mata kail itu, didapati ada bangkai-bangkia haiwan yang lain dan bukan ikan yang didapatinya. Melihatkan kejadian buruk yang berlaku berturut-turut, maka banginda pun hilang kesabarannya. Sepulangnya di istana, baginda lalu membaling jauh-jauh mata kail itu ke dalam simpanan barang-barang lusuhnya.
Tersebut pula kisah Amin yang dipenjarakan tanpa usul periksa. Dia hidup sengsara berpisah daripada isterinya. Nelayan-nelayan yang lainnya telah menjual ikan-ikan tangkapan mereka dengan harga yang mahal kerana mereka tahu tiada sesiapa yang akan memotong jalan bagi jualan ikan-ikan mereka itu. Harga ikan-ikan yang dijual semakin mahal menyebabkan ramai orang kampung tidak berupaya membeli ikan-ikan itu untuk dimakan oleh mereka.
Sepeninggalan Amin dalam penjara, keadaan isterinya, Munah menjadi melarat. Munah terpaksa menjual segala-gala yang dia miliki untuk menyara hidupnya. Sewaktu Amin diheret ke penjara, Munah pula telah berbadan dua. Apabila genap kandungannya, Munah melahirkan seorang bayi lelaki. Kelahiran anaknya menambahkan kedukaan yang ditanggungnya sejak suaminya Amin dipenjarakan.
Pada hari yang sama, permaisuri negeri itu juga telah melahirkan seorang puteri. Munah telah mengambil keputusan untuk meninggalkan bayi lelakinya di taman istana sultan negeri itu. Sewaktu ditemui dayang-dayang istana, mereka segera menunjukkan bayi lelaki itu kepada sultan. Pada mulanya, baginda berasa takjub memikirkan tentang bayi yang ditinggalkan di dalam taman istananya. Akan tetapi baginda akhirnya baginda yakin hal itu terjadi mungkin ada bersangkutan dengan kelahiran puterinya itu. Oleh itu baginda menitahkan agar bayi lelaki itu dipelihara dengan sebaik-baiknya seperti puteranya juga, tidak dibeza-bezakan. Bayi lelaki yang dijumpai ditu diberi nama Lela, sedangkan puteri bagin da sendiri diberi nama Aminah.
Demikianlah kedua-dua bayi itu dibela bersama-sama oleh baginda. Makin hari makin bertambah besarlah mereka hingga meningkat umur remaja. Kedua-dua orang anak angkat dan puteri baginda itu saling kasih-mengasihi dan tidak dapat dipisah-pisahkan lagi. Percintaan anak angkat dan puteri baginda itu menjadikan baginda murka. Pada sangkaannya, mereka berdua saling kasih-mengasihi ibarat dua orang bersaudara. Puteri Rukian sendiri mengakui di hadapan baginda bahawa dia mencintai Lela, pemuda anak angkat baginda sultan itu. Lela juga melafazkan perasaan cintanya kepada Puteri Aminah di hadapan baginda. Mereka bermohon kepada baginda agar membenarkan mereka bernikah.
Mendengar sahaja akan pengakuan Lela itu, sultan menjadi murka lalu memerintahkan agar Lela dihalau keluar dari istana dan dilarang menjejakkan kakinya lagi di istana itu. Munah yang mengikuti perkembangan anaknya pergi mendapatkan Lela. Setelah bertemu dan mengetahui bahawa Munah ialah ibunya, Lela tinggal bersama-sama dengan ibu kandungnya.
Akan hal Aminah, sejak berpisah dengan Lela, dia berasa sungguh sedih hati hingga dia jatuh gering. Ramailah para tabib datang cuba mengubatinya namun tidak seorang pun yang berjaya menyembuhkannya. Keadaan Munah pula semakinhari semakin tenat. Menyedari akan bahaya yang menimpa diri anakanda baginda, Lela dipanggil menghadap baginda untuk ditemukan dengan Aminah. Sejak bertemu dengan Lela, penyakit rindu Aminah bertambah pulih dan akhirnya kembali sembuh.
Tanpa bertangguh-tangguh lagi, sultan menitahkan upacara pernikahan dan persandingan Puteri Rtukiah dan Lela dilangsungkan. Setelah sah menjadi suami isteri, Lela menerangkan asal usul dirinya kepada Puteri Aminah. Lela mengakui dia seorang anak nelayan yang miskin. Namun begitu, hal itu tidak endahkan Puteri Aminah malahan kasihnya terhadap suaminya itu semakin bertambah-tambah. Lela berasa bahagia apabila mendengar pengakuan isterinya itu.
Kebahagian pasangan itu diuji sekali lagi dengan Puteri Aminah jatuh gering dengan tiba-tiba buat kali kedua. Seperi keadaan sebelum itu, semua ikhtiar tidak berjaya memulihkan keadaan Aminah. Pada suatu malam, Aminah bermimpi didatangi oleh seorang lelaki alim. Menurut keterangan orang alim di dalam mimpinya itu, penyakit Aminah itu dapat disemuhkan dengan memakan seekor ikan yang ditangkap sendiri oleh Lela.
Aminah memberitahu suamiya akan mimpinya itu. Lela berasa gembira mendengar kata-kata isterinya yang masih lemah itu. Dia pun berjanji akan pergi memancing ikan yang dikehendaki isterinya.
Aminah lalu mengkhabarkan kepada ayahnya bahawa Lela perlu dibekalkan dengan sebuah sampan untuk pergi memancing ikan. Baginda sultan tidak keberatan untuk memenuhi permintaan puteri kesayangannya itu. Lela telah Puteri Aminah memohon kepada baginda sultan sebentuk mata kail yang terbuat daripada mutiara untuk alatan memancingnya. Permintaan itu dikabulkan.
Setelah semua keperluan memancingnya lengkap, Lela lalu bertolak berdayung ke tengah laut. Lela tidak berjaya mendapatkan seekor ikan pun walaupun dia sudah seharian suntuk berada di tengah-tengah laut memancing. Maka pulanglah Lela dengan hati yang hampa kerana tidak dapat menyempurnkan permintaan isterinya yang sangat dikasihi itu.
Sesampai di rumah, Lela berbincang dengan isterinya. Puteri Aminah lalu meminta ayahandanya sebentuk mata kail yang lama. Baginda sendiri mencari mata kail yang dimaksudkan Puteri Aminah itu. Baginda terjumpa sebentuk mata kail kepunyaan Amin yang dirampasnya dahulu. Dengan segera mata kail itu baginda serahkan kepada menantunya, Lela.
Pergilah Lela sekali lagi ke tengah laut untuk memancing menggunakan mata kail kepunyaan ayahnya, Amin. Lela bermohon agar sultan melepaskan ayahnya, Amin yang masih dipenjarakan itu. Kemdudian, Amin diperintahkan ke tengah laut bersama-sama Lela untuk memancing ikan. Setelah keluar dari penjara, Lela meraikan ayahnya dengan penuh kesyukuran di rumah bersama-sama ibunya.
Tanpa berlengah-lengah lagi, Amin dan Lela keluar memancing pada petang itu juga. Pada waktu senja, mereka telah dapat menangkap ikan dengan banyaknya. Lela berasa kagum melihat kemahiran ayahnya memancing ikan itu. Dia yakin bahawa mata kail ayahnya itu memang luar biasa.
Akan hal Aminah, sebaik-baik sahaja dia dapat memakan ikan-ikan yang ditangkap itu, penyakitnya itu mula sembuh. Khabar itu disampaikan kepada baginda sultan. Baginda berasa sangat sukacita dan memberikan anugerah yang bukan sedikit kepada Amin dan Lela. Baginda juga berasa kesal akan perbuatannya yang lalu hingga memenjarakan Amin tanpa usul periksa dan mengakui kesalahan baginda.
Pada suatu petang, kedua-dua orang anak dan bapa itu berbual-bual. Lela bertanya akan mata kail yang digunakan oleh Amin untuk menangkap ikan itu.
Amin menerangkan bahawa mata kail itu mata kail biasa. Dia berjaya menangkap banyak ikan kerana memiliki kemahiran dan pengetahuan mengenai mengail ikan. Amin menerangkan bahawa dia mendakwa mata kail itu berhikmat untuk menutupkan dirinya daripada bermegah-megah akan kepadaiannya kepada kawan-kawan nelayannya yang lain. Dia melakukan hal demikian untuk mengelakkan rakan-rakan nelayannya berasa iri dan berdendam dengan kesombongannya itu. Akan tetapi, hal yang sebaliknya berlaku.
Seminggu kemudian, Amin mula turun memancing lagi. Banyaklah ikan tangkapannya. Dengan yang demikian, dia menjual ikan-ikannya dengan harga yang murah. Nelayan-nelayan lain bersungut akan cara Amin menjual ikan-ikannya dengan harga yang murah. Para nelayan itu sekali lagi mengadukan akan hal itu kepad sultan. Amin diperintahkan menghadap sultan. Sultan melarang Amin memancing ikan lagi dan diberi baginda sara hidp yang cukup hingga ke akhir hayat.

Tiada ulasan: