Jumaat, Disember 02, 2011

Cerita Hantu Polong

Polong dikatakan hantu jahat yang disimpan di dalam sebiji botol kaca. Polong ini dipuja oleh pawang-pawang yang mengambil darah daripada orang-orang yang mati dibunuh. Seekor pelesit, yang seakan-akan seekor belalang, akan menjelma. Pelesit itu boleh mengerik menandakan kehadirannya.
Polong suka menghisap darah manusia. Oleh tu, pembelanya akan menghantar makhluk ini untuk menyerang musuh-musuh pembelanya. Pelesit akan meresap masuk ke dalam badan mangsa melalui ekornya dan akan diikuti oleh hantu polong itu untuk menghisap darahnya. Jika si mangsa jatuh sakit, seorang bomoh akan dipanggil ahli keluarga si mangsa untuk merawatnya. Jika bomoh itu bertanyakan kepada pesakit yang sedang meracau akan pembela polong itu, pesakit itu akan memberitahunya gerangan tuan atau orang yang menghantarnya. Bomoh itu akan menghalau polong itu daripada hingga terus rasuk di badan si mangsa dengan jampi dan serapahnya.

Tiada ulasan: