Sabtu, Disember 03, 2011

Cerita Hantu Cuba Mencuri Bayi

Seorang wanita pergi ke sebatang sungai untuk membasuh pakaian kotornya. Dia menggendung bayinya dengan selendang batik sambil mengelek bakul pakaian kotornya. Sesampainya di tebing sebatang sungai yang airnya mengalir deras, dia lalu menghuraikan kain selendangnya dan meletakkan anaknya di sisinya. Dia lalu mula mencuci sambil menyaksikan anaknya yang diletakkannya di atas tebing itu.
Pada waktu itu, ada seekor hantu betina menyaksikan wanita itu dan anaknya. Oleh kerana tiada orang lain yang berada di situ, hantu betina itu lalu menyerupai wanita itu dan bergerak pantas berjalan ke arah wanita tersebut. Dengan segera dia mengambil anak wanita itu dan membawanya lari dari situ. Wanita itu berhenti membasuh kain lalu mengejar hantu betina yang mencuri bayinya. Wanita itu menjerit-jerit agar anaknya dipulangkan. Mereka berkejar-kerjaran hinggalah mereka bertemu dengan seorang lelaki alim yang pada waktu itu sedang berlalu di hadapan mereka.
Wanita itu berteriak, “ Nanti, kita baik tanyakan lelaki itu bayi itu siapa yang punya!”
Hantu betina itu berhenti lalu bersetuju dengan usul wanita itu. Mereka bersda segera mendapatkan lelaki alim yang termangu-mangu menyaksikan ada dua orang wanita yang kelihatan serupa berdiri di hadapannya. Seorang manusia dan sorang pastiny aseekor hantu betina.
“Ini anak saya!” kata hantu betina itu kepada lelaki alim itu. “Perempuan ini berbohong dan berkata ini anak dia!”
Ibu bayi itu tidak berkata apa-apa kerana dia masih termengah-mengah kepenatan setelah berlari begitu jauh.
Lelaki alim itu menyuruh hantu betina itu meletakkan bayi yang mula menangis dengan kuatnya di atas tanah. Lelaki alim itu lalu menyuruh mereka melangkah 20 tapak jauh dari bayi itu. Kedua-dua wanita dan hantu betina itu patuh menuruti arahan lelaki alim itu.
Sesudah itu, lelaki alim itu mengarahkan kedua-dua wanita dan hantu betina itu mengambil anak itu dari tempat mereka berdiri. Sudah pasti wanita ibu bayi itu tidak dapat mencapai anaknya akan tetapi, hantu betina itu dengan mudah memanjangkan tangannya dan menyentuh bayi itu dengan mudah.
“Kamu berdua dapat saksikan, bukan,” kata lelaki alim itu kepada hantu betina itu.
“Engkau bukan manusia tetapi hantu yang merupai seperti manusia. Tidak ada manusia yang mampu melakukan hal tersebut.”
“Dan lagi, aku tidak melihat engkau berpeluh-peluh atau berasa penat, walaupun engkau berdua sudah berlari-lari dalam jarak yang agak jauh,” sambungnya lagi.
“Pulangkanlah bayi itu kepada ibunya!”
Hantu betina itu menurut suruhan lelaki alim itu. Lelaki alim itu lalu memungut seketul batu besar. Setelah mendapati bayi itu dipulangkan kepada ibunya yang sebenar, lelaki alim merejam batu di tangannya ke arah hantu betina itu dengan tiba-tiba sesudah dia menyeru Allahuakbar.

Tiada ulasan: