Khamis, Disember 01, 2011

Cerita Nyai Muni

Dalam sebuah hutan belantara, tinggal seorang nenek kebayan yang bernama Nenek Muni. Nenek Muni dikatakan dilahirkan sebagai seekor ular. Setelah sekian lama bertapa, wajahnya bertukar menjadi seorang perempuan cantik. Dia telah banyak membunuh para pemburu yang datang berburu di hutan tempat kediamannya. Setelah itu, dia mengganas dengan menyerang negeri-negeri yang berdekatan.
Kejahatannya diketahui oleh seorang putera raja. Putera Raja itu hendak membunuhnya supaya mereka terhindar daripada kejahatan Nyai Muni.
Sewaktu bertemu dengan Putera Raja itu, Nyai Muni telah jatuh hati. Namun, dia masih tidak mahu menghentikan kejahatannya dan juga kegemarannya memakan daging manusia. Maka terjadilah peperangan anatara Nyai Muni dan Putera Raja itu. Nyai Muni akhirnya tewas dan menyembunyikan dirinya di dalam sebuah gua dalam tanah. Putera Raja telah berjaya mengunci pintu keluar masuk gua itu dan dapat menghalang Nyai Muni daripada mengganggu manusia lagi.

Tiada ulasan: