Khamis, Disember 01, 2011

Cerita Burung Merbok

Menurut cerita orang-orang tua, burung Merbok Putih yang banyak terdapat di sebuah kawasan lembah yang menghijau. Terdapat sebuah lombong bijih timah yang aktif di situ. Di pinggir kampung ini ada sebatang anak sungai yang airnya sangat jernih dan nyaman berpunca daripada sumber di puncak sebuah gunung yang berdekatan.
Burung Merbok ini dikatakan berasal daripada jelmaan seorang puteri yang budiman. Puteri itu dikatakan telah membantu rakyatnya yang dizalimi oleh ayahandanya, raja negeri tersebut.
Pada suatu masa, negeri itu telah mengalami musim kemarau yang sangat buruk. Para penduduk percaya kejadian itu adalah tanda kemurkaan Tuhan kepada raja mereka yang zalim. Oleh itu, kejadian kebakaran hutan sering terjadi. Banyak tanaman musnah ditimpa kemarau dan kebakaran semula jadi itu. Pada masa itulah, burung merbok jelmaan puteri itu akan terbang memberi amaran kepada para penduduk kampung akan bahaya kebakaran yang akan berlaku.
Menyedari akan kelebihan burung merbok itu, para penduduk kampung tidak menjerat mana-mana burung merbok. Raja yang sedar akan kezalimannya dan kejadian yang menimpa atas puterinya turut menitahkan agar burung merbok tidak diganggu oleh rakyatnya.

Tiada ulasan: