Khamis, Disember 01, 2011

Cerita Manusia Anjing

Diceritakan kononnya, di sebuah pulau, semua lelaki di situ telah dibunuh oleh sekumpulan anjing yang boleh berdiri tegak sebagai manusia. Semua wanitanya pula dijadikan hamba abdi anjing-anjing itu. Setiap wanita yang engkar akan dibaham oleh anjing- anjing tersebut tanpa belas ikhsan.
Pada suatu hari, seorang wanita telah bertemu dengan seorang pemuda yang telah hanyut ke pulau itu. kapal lelaki itu telah karam di dalam sebuah hujan ribut. Wanita itu telah merayau-rayau jauh untuk mencari kayu api dan terlepas daripada pengawasan anjing-anjing yang menjaganya.
Pemuda itu terharu mendengar akan nasib orang-orang perempuan yang dikawal rapi oleh anjing-anjing tersebut daripada wanita itu.
“Jika kita dapat menghapuskan semua anjing itu, engkau akan dapat hidup bebas,” usul pemuda itu.
Sepulangnya daripada mencari kayu, wanita itu mengajak rakan-rakannya bertindak. Mereka menggali sebuah lubang yang besar lagi dalam. Mereka memberitahu anjing-anjing itu bahawa mereka hendak memasak daging untuk sebuah jamuan besar. Di pulau itu, mereka memasak daging dengan menggali lubang di tanah. Anjing-anjing itu percaya akan kata-kata wanita-wanita itu kerana mereka menjangkakan akan mendapat jamuan besar kelak. Setelah unggun api yang besar dibuat, mereka menyalakan api yang marak besar. Apabila anjing-anjing itu mendekati lubang tersebut kerana hendak mencium bau daging yang sedang dimasak, semua wanita di situ lalu menjerumuskan anjin-anjing itu ke dalam lubang api yang marak itu dengan kayu. Itulah yang membebaskan mereka daripada cengkaman kekuasaan anjing yang buas itu.
Wanita-wannita itu melantik pemuda tersebut manjadi ketua mereka sejak hari itu.

Tiada ulasan: